Prolog

1037 Words
Zairil masih leka membalas whatapp yang dihantar Juwita kepada dia.Jarang dia punya banyak waktu untuk berbalas whatapp dengan Juwita diwaktu kerja tetapi tengahari itu,Zairil rasa teramat penat dengan kerja yang berlambak-lambak dipejabat.Sesekali lelaki itu tersenyum sendiri bila Juwita membalas dengan kata-kata romantik untuk dia. Kasihan Juwita.Dia jarang ada waktu untuk kekasihnya itu.Zairil berjanji untuk melamar Juwita dalam waktu terdekat itu. Sudah lama mereka bercinta,Zairil rasa dia sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. Sampai bila dia dan Juwita hendak berkasih tanpa arah tujuan. Trut..trut.... Zairil tersenyum.Airin Natasya.Apa lagi Airin mahu dari dia.Waktu-waktu begitu. "Ada apa call i?"  "Assalamualaikum.." "Waalaikumusalam..Pandai beri salam?" Terdengar tawa Airin dihujung corong talifon. "Sindirlah..I peduli apa.Airil,kereta i rosak..Boleh ambil i tak?" "Abang Zarul?I kerjalah..You dengan siapa?" "You mabuk ke apa?Abang zarul kan ada krusus?"Baru Zairil teringat yang Zarul baru sahaja mula berkrusus semalam.Kemana dia tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. "Patutlah cari i..You dengan siapa?" "I sorang...Tadi hantar baby balik.Then masa on the way enjin kereta i termati.Kalau you busy tak apa.You just sent me nombor komeng.Nanti i call dia minta ambil kereta i bawa pergi bengkel dia"Jelas Airin.Dia tidak suka menyusahkan sesiapa.Selama inipun dia sudah biasa berdikari.Cuma petang itu hari sudah hampir senja.Airin jarang guna laluan itu. "Sent location..I ambil" "Habis kereta i?" "Nanti i mintalah Komeng ambil.Jangan keluar dari kereta,kunci pintu"Pesan Zairil sebelum menamatkan panggilan.Sejurus selepas itu,Zairil segera mengemas laptop untuk dibawa pulang. "Kak Zura,tak balik lagi?"Tegur Zairil sebaik keluar dari biliknya. "Belum.Tunggu suami akak ambil.Tadi bukan kata nak stayback sampai malam?" "Nak ambil Airin.Kereta dia rosak" "Oh,pergi lah cepat Encik Airil.Dah nak Maghrib ni"Zairil mengangguk meminta diri untuk pulang.Dia juga risaukan Airin. *********** Airin tersentak bila tingkap keretanya diketuk dari luar.Di urut dada berkali-kali.Zairil rupa-rupanya.Dia membuka pintu kereta dan keluar mencari kereta Zairil. "You naik apa?"Zairil mengangkat helmet.Terbeliak mata Airin.Zairil hilang akal agaknya hendak bawa dia naik motorsikal besar itu. "Tak nak lah i" "Jangan mengadalah Airin Afrina..Nak hujan ni"Bentak Zairil. "I pakai skirt ni..Macam mana nak naik motor?"Airin memberi alasan. "Tu la..Lain kali tak payah pakai kain lagi bagus..Bukan you dari kelas ke?"Pelik Zairil.Mana mungkin Airin menghadiri kelas dengan pakaian begitu.Gila apa?. "Jangan cakap you ponteng ya Airin?"Airin mengigit bibir.Menyibuk betul Zairil. "Mana adalah" "Jangan tipu.I beritahu mama nanti.Itu sebab nak duduk rumah sewakan?"Airin menutup kedua telinga.Malas hendak mendengar bebelan Zairil.Macam manalah Juwita boleh tahan dengan perangai abanga dia yang satu itu. "Iya..I terlewat pergi kelas tadi..." "Terlewat pergi kelas atau you terlewat bangun sebab clubbing malam tadi?"Duga Zairil.Sudah berbuih mulut dia menasihati Airin untuk tidak berhibur hingga dini hari.Apa hendak jadi aganya dengan Airin.Dari awal dia tidak bersetuju Airin pindah dari rumah keluarga mereka.Makin liar pula Airin bila tinggal dirumah sewa. "Airil..Kalau you nak bebel dekat i,nanti boleh tak?Dah senja ni"Zairil menggeleng.Menyerahkan satu lagi helmet kepada Airin.Mujur dia memang sentiasa ada tinggalkan helmet di pejabat kerana kadangkala dia mengambil Juwita di butik milik kekasihnya itu.Airin mengikut Zairil kearah motorsikal yang diparkir dibelakang kereta Myvi milik Airin.Airin teragak-agak hendak membonceng motorsikal bersama-sama Zairil.Dia tidak biasa walaupun Zairil sudah dia anggap seperti abangnya sendiri. "Cepatlah"Bentak Zairil. "Ya lah..Sabar boleh tak?"Balas Airin bengang.Tak ikhlas langsung.Jika ada Zarul.Dia pun tidak ingin hendak minta bantuan Zairil.Mahu atau tidak,Airin terpaksa juga menumpang motorsikal Zairil petang itu.Jika Zarul tahu,lelaki itu pasti cemburu.Bukan Airin tidak tahu bagaimana dinginnya hubungan Zairil dan Zarul walaupun kedua-dua lelaki itu kembar seiras.Jika sekali lihat,memang sukar hendak bezakan yang mana Zarul dan yang mana Zairil.Dahulu sewaktu zaman sekolah rendah,elok sahaja kembar itu,tapi bila masuk sahaja sekolah menengah,Zarul dan Zairil mula menjauhkan diri diantara satu sama lain.Tidak boleh dekat langsung.Sampai sekarang Airin tidak tahu mengapa. Hujan lebat mematikan lamunan Airin.Habis basah kuyup mereka berdua walaupun hanya disimbah hujan beberapa kilometer dari rumah sewa Airin.Airin menggigil-gigil menahan sejuk menimbul bibit senyum dihujung bibir Zairil,gelihati melihat Airin yang menggigil kesejukan. "Masuk dulu.." "You?" "I tunggu dekat luar sampai hujan berhenti"Airin menggeleng.Ikut suka hati Zairil lah.Zairil ingin terus pulang tetapi hujan makin lebat dan mungkin membahayakan keselamatan dia. "Tunggu i ambilkan tuala" Airin hilang kedalam rumah seketika dan beberapa minit kemudian kembali dengan tuala. "Mama nak cakap"Airin menyerahkan juga talifon bimbit miliknya kepada Zairil sementara dia hilang kedalam rumah.Hujan makin lebat hingga menggena Zairil yang cuba berteduh kedalam sedikit.Lebat betul hujan berserta angin ribut.Tidak pernah Zairil berdepan dengan cuaca begitu.Bila Airin keluar mengambil talifon dari Zairil,dia juga terkejut.Basah muka pintu hadapan rumah. "Mama suruh masuk dulu sampai hujan berhenti.Mama risaukan you"Panggil Airin teragak-agak.Dia risau juga kerana hanya dia sahaja dirumah malam itu.Apa-apa pun dia dan Zairil bukan muhrim. "Tak apa lah.i tunggu sini sahaja"Zairil menolak pelawaan Airin walaupun dia sudah setengah mati kesejukan. "Masuk jer lah..Mama tak nak you demam" "Erm,okay..Tapi buka pintu"Airin ketawa mengangguk. "You tunggu kat sini,i ambilkan you baju ganti.."Kepala yang basah dikeringkan dengan tuala.Pelik.Airin mahu beri dia pakai baju perempuan ke?.Rela dia berbaju basah lagi. "Baju abang Zarul"Zairil menjungkit kening.bagaimana baju Zarul boleh ada dirumah Airin. "Apa pandang i macam tu?"  "Macam mana baju abang Zarul boleh ada dekat rumah you?Dia ada datang sini?"Soal Zairil bertubi. "Ada..Tapi tak masuk pun.Dia biasa lepak dekat depan rumah jer"ujar Airin berterus terang. "So,macam mana ada baju dia dekat sini?" "You ni macam polis lah..Tak perlu tanya boleh tak?"Zairil terdiam untuk seketika.Pakaian yang dihulur Airin Zairil letak ketepi.Tidak mahu dia memakai pakaian milik Zarul.Dia lagi rela mati kesejukan. "Kenapa tak tukar?" "Apa,you nak tengok i jadi dia?Tak nak lah i" "Tak faham lah i dengan korang berdua ni..Apalah yang digaduhkan pun tak tahu" "you tak perlu tahu..Rin,tolong buatkan air panas untuk i boleh?"Lambat-lambat Airin mengangguk.Mungkin Zairil kesejukan.Mujur lelaki itu memakai jaket kalis air.Yang cuma basah,seluar kerja lelaki itu sahaja. "You minum dulu.I nak mandi kejap boleh?" "Pergilah.Nanti demam pula..Kalau hujan berhenti i balik ya?" "Okay.tapi jangan lupa kunci pintu balik.tekan jer and tutup. "Safe ke?Solex mana?"Airin memuncungkan mulut menunjuk kearah kunci mangga diatas meja. "Nanti i kunci"  "Thanks hantarkan i balik"Jerit Airin sebelum menghilang kedalam bilik mandi.Dia sudah rasa melekit seluruh badan kerana pakaian yang basah sudah hampir kering sendiri. Zairil memerhati sekeliling ruang tamu.Kemas susunannya.Terdapat banyak replika kapal terbang dari pelbagai syarikat penerbangan dunia tersusun diatas rak kayu.Mungkin dihadiahkan oleh Zarul.Zairil tidak pasti sejauh mana rapatnya Zarul dan Airin.Setahu Zairil,kembarnya itu masih solo sehingga hari ini. Zairil  masih ingat peristiwa yang menyebabkan mereka jadi begitu. Zarul salah sangka pada dia.Zarul langsung tidak mahu mendengar penjelasan dia.Mula-mula dia dituduh merebut Azharina kekasih Zarul,kemudian tempat Zarul sebagai ketua pasukan hoki kelab mereka juga diambil dia.Bila dia menarik diri,Zarul tuduh dia sengaja mahu berlagak hero.Zairil pun tidak tahu apa yang Zarul mahukan dari dia sebenarnya.Bodoh jika kerana perempuan mereka bergaduh adik beradik.Lainlah jika sudah sah menjadi isteri.Itu memang patut digaduhkan.Sampai bila mereka hendak begitu pun,Zairil tidak tahu.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD