Prologue Chapter 1

7499 Words
“Kringg…” Deringan penggera talifon tidak dihiraukan Asfan yang masih lena.Lelaki itu langsung tidak rasa terganggu dengan deringan alarm yang memekakan telinga.Atrisha menggeleng,entah pukul berapa agaknya Asfan pulang malam tadi Dia sendiri tidak sedar.Asfan memang sering pulang lewat kerana itu Atrisha tidak tunggu.Entah dengan siapa suami berteman semalam.Atrisha sudah malas hendak fikir.Atrisha bingkas bangun mencari talifon bimbit Asfan untuk mematikan Alarm dihandphone .  "Kunci jam,tapi tak pernah nak bangun"Getus hati kecil Atrisha.Dia lantas turun dari katil dan menuju kesofa.  "Nak senang saja lah dia ni"Rungut Atrisha menggeleng.Sudah berapa kali Atrisha pesan pada Asfan supaya jangan letak pakaian kotor merata-rata. Pakaian Asfan yang bersepah di atas sofa,Atrisha kutip sebelum dihidu satu persatu.Tiada bau minuman keras,itu bermakna Asfan tidak ke kelab. Asfan sudah berjanji tidak minum minuman keras,tidak berfoya dan tidak akan ke kelab lagi.Namun,jauh disudut hati Atrisha masih ada perasaan ragu-ragu pada Asfan. Bukan dia tidak kenal dengan Asfan,Kaki perempuan,Kaki minum,Kaki mabuk.Cepat-cepat Atrisha mematikan lamunan sebelum makin jauh pemikiran dia.Tidak baik dia buruk sangka dengan suami sendiri.Sudah tiga tahun mereka bersama.Setakat ini,Atrisha tidak pernah lihat Asfan mengabaikan dia.Cuma lelaki itu jarang ada waktu di rumah disebabkan sibuk menguruskan perniagaan pengurusan acara milik Asfan dan sahabatnya Mikail yang baru berusia setahun jagung.Itu pengorbanan yang mereka perlu bayar untuk hidup selesa.Atrisha mengerti bahawa Asfan tidak biasa lihat dia hidup serba kekurangan.Itu kelebihan suami tercinta Atrisha.Apa yang keluar dari mulut Atrisha pasti Asfan adakan.  “Assalamualaikum” Atrisha tersentak dari lamunan.Perlahan salam Asfan dijawab.Tubuh Atrisha dirangkul dari belakang.Kusyuk betul Atrisha hingga tidak sedar dia sudah terjaga dari tidur.  “Waalaikumusalam”  “Jauh menung,fikir pasal madu you ke?” Usikan Asfan dibalas dengan cubitan.Asfan mengaduh sambil mengosok peha yang dicubit Atrisha. Pedih. “Macam ketam.Yang you dok belek baju I dari tadi kenapa?nak spotcheck?”Soal Asfan menyindir.Dia pasti Atrisha tidak akan jumpa apa-apa bukti kerana semua sudah dia hapuskan sebelum pulang.  “Kenapa,you takut kantoi?” Duga Atrisha.  “Sorry..i nak takut kenapa pulak?i tak buat apa pun.I jumpa client kan malam tadi?i ajak you tak nak. You tak takut ke I sangkut dengan pengurus lama you tu” Dahi Atrisha bekerut,sedang berfikir siapa yang dimaksudkan Asfan.  “Dorine?”Terpacul nama yang sudah lama tidak meniti dibibir mugilnya itu.Kenapa pulak Dorine berjumpa dengan Asfan?Ada urusan apa lagi Asfan dengan syarikat yang menguruskan dia dahulu.  “Ya la.You tahu kan dia syok kat I macam mana?”Atrisha sedikit cemburu bila teringat kembali apa yang telah Dorine buat pada Asfan dihadapan dia.Oleh kerana itu,Atrisha berhenti dari syarikat peragaan yang pernah menjaga karier Atrisha sebelum dia berkahwin dengan Asfan tiga tahun lepas.  “Dia buat apa jumpa you?”  “Company yang you kerja dulu ambil syarikat kita untuk arrange event fashion show.I tak tau pulak sekarang Dorine dah jadi projek manager.So,I should be professional la sayang.Dont worry,I tepis tepis kalau dia try nak goda I okay?” Terang Asfan.Kebiasaannya dia tidak pernah becerita soal kerja dengan Atrisha.Dia cukup jaga apa yang dia lakukan diluar agar tidak tertangkap oleh Atrisha.Dia cintakan Atrisha.Namun ada tabiat yang sukar untuk dikikis oleh Asfan.Bukan dia tidak cuba tetapi hakikatnya itu la dia.Ubun ubun Atrisha dikucup lembut sebelum berlalu ke bilik mandi.Dia sudah lewat untuk kepejabat.Ada mesyuarat yang perlu dia hadiri tengahari nanti.  Atrisha kembali termenung.Entah kenapa hati dia terasa bagai ada tidak kena.Ubat di atas meja direnung lama.Sudah tiga minggu dia tidak mengambil ubat yang dibekal doktor untuk dia.Atrisha sudah tidak mahu bergantung dengan ubat.Sudah bertahun dia makan ubat yang dibekalkan doktor,tapi ingatan dia masih sama.Dia masih juga tidak ingat sebahagian sejarah hidupnya yang telah hilang.Dia Cuma ingat siapa dia dan keluarganya,selebihnya Atrisha tidak bisa ingat hingga kini.Bila dia paksa diri untuk mengingati sesuatu,pasti kepala akan terasa sangat sakit.Nasib Atrisha sangat baik kerana Asfan sentiasa ada bila dia perlukan lelaki itu.Asfan sentiasa memberi sokongan moral walau Atrisha tahu,Asfan kadang kala takut jika Atrisha teringat sesiapa yang istimewa yang pernah singgah dalam hidup Atrisha sebelumnya,lantas Atrisha akan tinggalkan dia.Tapi mana mungkin.Hanya Asfan sahaja yang bertahta dihati Atrisha.Tiada yang lain.  Ummi pula lebih suka jika Atrisha tidak ingat kisah hidup dia sebelum kemalangan yang hampir-hampir meragut nyawa Atrisha.Kata Ummi,sejarah biarkan menjadi sejarah.Hari esok dan seterusnya mungkin lebih baik.Atrisha percaya memang benar kata Ummi.Mungkin pertemuan dia dan Asfan adalah masa depan yang lebih baik.Dia tidak pernah rasa cinta sebagaimana dia cintakan Asfan.Dia tinggalkan kerjaya sebagai peragawati kerana Asfan,sedangkan kata Ummi,itu cita cita Atrisha sejak kecil.Atrisha mahu jadi seperti Zahnita.Peragawati pujaan Atrisha sejak sekolah.Atrisha tidak kisah apabila teman teman mengatakan dia bodoh kerana tinggalkan kerjaya hanya untuk menjadi seorang suri rumah kepada “Badboy”.Hurm,”Badboy” adalah jolokan buat Asfan. Siapa yang berada di dalam kalangan mereka,pasti kenal dengan Asfan. Seorang usahawan muda,kacak dan yang penting,lelaki itu memang hebat memikat. Setiap butir bicara yang keluar dari bibir Asfan cukup teratur dan yang tiada seorang wanita pun yang akan terlepas jika sudah dipangkah Asfa termasuklah dia.Atrisha tersenyum sendiri.Bagaimanalah dia yang keras hati cair juga dengan Asfan Azriff.   Chapter 1 Senyuman Asfan meleret sehingga membuatkan Mikail pelik.Siapa agaknya yang sedang bermain di dalam fikiran Asfan.Sampai dia masuk kebilik pun Asfan tidak perasan.Tak mungkin dapat projek baru.Dia tidak pula dapat apa-apa email. “Oi!!” Jerkahan Mikail membuatkan Asfan terkejut.Hampir sahaja handphone di tangan terlepas.Mujur dia pantas menangkap. “Kau tak reti ketuk pintu ya?” Asfan pura pura marah.Sebenarnya dia malu.Sudah berapa lama agaknya Mikail lihat dia tersenyum sendirian. “Yang kau tersenggeh sorang- sorang dari tadi dah kenapa bro?” Tanpa dipelawa,Mikail melabuh punggung di sofa yang tersedia di bilik Asfan sebelum Asfan menyusul duduk bersama sama Mikail. “Nothing,Cuma teringat bini aku kat rumah”Ujar Asfan jujur.Apa agaknya ubat yang sudah Atrisha beri pada dia sampai setiap saat pasti ada sahaja wajah Atrisha muncul dimana-mana. “Ya la tu.Entah perempuan mana kau ulit malam tadi”Sindir Mikail.Tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Asfan. “Sumpah lah.Aku tengah terfikir pasal Isha…”Ujar Asfan sungguh sungguh.Memang dia selalu begitu bila teringat pada Atrisha. “Entah apa la kau gila sangat kat isteri kau tu kan?nak kata baru kahwin,dah tiga tahun dah kahwin” Mikail menggeleng.Dia tidak nafikan yang Asfan begitu cintakan Atrisha.Tetapi yang Mikail tidak faham,jika Asfan begitu gilakan Atrisha,mengapa Asfan masih simpan Marissa.Sedangkan Mikail tahu bagaimana Marissa memperlakukan Asfan sehingga temannya itu pernah frust menonggeng. “Aku saja yang tahu apa yang hebat sangat Isha tu Mika..”Asfan tersenggeh lagi membuatkan Mikail menggeleng.Teruk betul penyakit Asfan. “Dah tu Marissa?” Senyuman Asfan termati.Potong betul pertanyaan Mikail. “Tak boleh ke sehari kau tak ingatkan aku pasal dia?Kau tahu kan kenapa?” “Sebab dendam kau?”Asfan terdiam.Asfan mengangkat kening sambil menjeling sekilas kearah Mikail. “Kau tak takut ke kalau Isha dapat tahu?” Asfan masih membisu.Tiada apa yang perlu dijelaskan.Asfan pasti Mikail sudah tahu apa jawapan dia.Jawapan dia tidak akan pernah berubah. “Asfan Azrif,Aku tahu kau marah dengan apa yang Marissa buat pada kau.Tapi kau patut bersyukur sebab ada Atrisha.Lebih baik kau clearkan pasal kau dengan Rissa sebelum isteri kau dapat tahu…Kecuali la kalau kau masih cintakan Rissa” Asfan tersenyum kelat.Mana mungkin dia masih cintakan Marissa.Dia Cuma mahu Marissa rasa tersiksa.Biar Marissa rasa bagaimana menjadi kekasih simpanan.Sebelum bertemu Atrisha memang dia begitu gilakan Marissa.Dua kali dia beri peluang pada Marissa.Tapi memang dasar perempuan jalang.Tidak cukup dengan seorang lelaki.Dia diperlakukan seperti orang bodoh.Asfan pun tidak tahu mengapa dia jadi begitu mudah memaafkan Marissa dahulu. “Kau jangan risau Mika.Aku tengah cuba nak tinggalkan apa yang patut aku tinggalkan.Cinta aku ni,Cuma untuk Isha jer…Yang lain boleh share tapi hati aku untuk isteri aku jer..”Ujar Asfan beseloroh.Mikail ketawa sambal menggeleng.Tak guna dia nasihatkan Asfan.Sahabat dia itu bukan makan saman.Cakaplah apa sahaja,jika putih kata Asfan,putih lah jadinya.Tidak akan berubah.Biarlah.Mungkin Asfan tahu apa yang dia lakukan.Hendak nasihat lebih-lebih,dia pun bukan betul sangat.Mikail sendiri rasa geli hati pula. “Macam macam la kau ni..Aku keluar dulu.Ada meeting dekat Tropicana.Aku terus balik.Ada date dengan Maya” Dahi Asfan bekerut.Bila pula Mikail rapat dengan Maya,bekas teman tapi mesranya. “Wei,Maya sadeli?tu bukan” “Kata BFF…bukan Marissa pun kau share dengan aku ke?”Belum sempat Asfan menghabis kata-kata,Mikail sudah memotong. “Nama kau dengan perangai kau,memang tak sesuai la Mika…” “Sebab tu aku tak kasi orang panggil nama penuh aku faham…”Kedua lelaki itu ketawa berdekah. Memang sejak dahulu lagi,Mikail dan Asfan sering bertukar kekasih.Mereka sering berlumba lumba mendapatkan wanita paling ‘hot’.Asfan ada sebab mengapa dia jadi begitu.Cuma Atrisha sahaja yang dia tidak dapat dengan mudah.Mahu sentuh sikit pun tidak merasa.Memang susah untuk dia dapatkan Atrisha.Kerana itu dia benar benar gilakan wanita itu.Asfan menjeling jam tangannya yang sudah menunjukkan jam tiga petang.Hari itu dia lewat masuk ke pejabat.Itu bermakna dia akan lewat pulang.Banyak kertas kerja yang perlu dia semak. “Trut..trut….”Asfan membiarkan talifon bimbitnya bedering.Dia tahu siapa yang akan menghubungi dia pada waktu waktu begitu.Atrisha tidak mungkin.Dia tahu waktu itu Atrisha ke pusat gymnasium.Tadi Atrisha sudah tinggalkan pesanan di whatapp.Seketika kemudian,pintu biliknya diketuk bertubi.Asfan mengeluh sebelum memberi kebenaran untuk masuk. “Ada apa you datang ni?” Soal Asfan keras.Kurang senang dengan kehadiran Marissa dipejabatnya. “You dah dua minggu tak jenguk I tahu Afan?”Adu Marissa separuh kecewa. “I busy”Pendek jawapan Asfan sebelum meneruskan kerja .Sedikitpun dia tidak menoleh kepada Marissa yang sudah berdiri disisi mejanya. “Busy dengan wife you?” “Kalau I busy dengan wife I pun kenapa?dia isteri i.”Jawab Asfan acuh tidak acuh. “Then i?”Marissa menarik file yang sedang dibelek Asfan menyebabkan lelaki itu sedikit berang.Namun cepat cepat Asfan menyabarkan diri.Dia tidak mahu pekerja diluar terdengar pertengkaran antara dia dan Marissa.Kedua bahu Marissa dipegang,meminta wanita itu berdiri menghadap dia. “You kena sedar siapa you pada i. Sekarang ni I tengah busy.I tak ada masa nak ketempat you.” “You nak kata I ni just you mistress” “I tak paksa you.You yang tak nak lepaskan i.You tahukan I dah kahwin?” “I boleh jadi second wife you kan?Atrisha mesti faham.Lagipun dia yang ambil you dari I” “Dia tak pernah ambil I dari you.You yang curang dengan i.Atrisha yang ubat luka hati I faham” Marissa mendengus.Kalau bukan kerana Atrisha tiba-tiba muncul dalam hidup Asfan,sudah pasti dia yang menjadi isteri Asfan.Dia tahu,dia masih ada dalam hati Asfan. “Kalau you cintakan dia,kenapa you masih simpan i?” Soal Marissa inginkan kepastian. “I dah cakap,you yang paksa i…you ugut nak bunuh diri la.You yang sanggup.You kena ingat.Kalau Atrisha dapat tahu pasal kita.You tak kan dapat jumpa I lagi faham”Ugut Asfan.Dia tahu,Marissa tidak akan berani kerana dia pernah benar benar menghilangkan diri dari hidup Marissa kerana Marissa cuba cuba menganggu Atrisha. “Tapi you kena janji,you mst kena datang tempat I” Asfan menarik lengannya yang dipegang Marissa.Dia tidak selesa Marissa datang ke tempat kerjanya. “Ya la,nanti I datang la.Tapi I tak janji bila.You jangan nak call i.Tunggu I yang call you”Pesan Asfan dengan nada keras.Jika dilayan nanti,makin menjadi-jadi pula perangai Marissa. “Okay sayang..”Asfan rimas apabila Marissa memeluk pinggangnya.Dia cuba meleraikan pelukkan Marissa namun,di tepis dipinggang,Marissa beralih pula ke bahunya.Isteri dia pun tidak begitu. “Apa kata you balik dulu,staff I Nampak nanti,tak elok” “I miss you so much Afan.You tak faham ke?”Marissa sempat mengucup pipi Asfan menjadikan Afan semakin rimas.Merah padam wajah Asfan diperlakukan sebegitu oleh Marissa.Jika diluar,dia tidak kisah sangat.Ini di pejabat.Asfan tidak selesa. “Kalau ya pun bukan kat sini faham..”Suara Asfan sedikit keras.Mengingatkan Marissa yang mereka kini berada di pejabat Asfan.Jika pekerja dia terlihat,apa kata mereka nanti.Asfan memang sangat menjaga statusnya sebagai pengarah urusan di syarikat itu,apatah lagi semua pekerja tahu bahawa dia suami orang.Jika Marissa kerap ke pejabat,lambat laun Atrisha juga pasti akan dapat tahu.Jika Atrisha tahu,masak Asfan hendak menjawab.Atrisha jika merajuk bukan boleh disogok dengan harta benda. “Okay,okay…I tunggu you di tempat i..” “Habis kerja I ke tempat you” “Betul ni?”Marissa merenung manja,inginkan kepastian. “Ialah,tapi tak boleh lama. Before 12 I should go” “Apa sahaja,asal you datang..” Dikucup pipi Asfan sebelum beredar dari bilik Asfan.Marissa tahu Asfan pasti akan mengalah.Dia yakin lelaki itu masih cintakan dia.Buktinya,Asfan akan ke tempat dia selepas waktu pejabat nanti,bukan pulang bertemu Atrisha. “Ishhhhh,menyusahkan betul perempuan ni” Asfan merungut sendirian.Silap dia juga kerana terus menerus melayan Marissa.Ah,layan atau tidak,Marissa umpama bayangan hitam hidup dia.Marissa tidak akan pernah melepaskan dia. ****************** “You dari mana?” Asfan tersentak apabila ditegur Atrisha.Wanita itu tidak berganjak dari sofa.Berbaring sambil kaki melunjur di bahu sofa. Cantik,walau berbaju tidur. “I jumpa kawan-kawan lama I tadi” Bohong Asfan.Mustahil untuk dia beritahu yang dia bersama Marissa.Ditoleh jam tangan.Pukul dua pagi.Patutpun Atrisha menyeringa.Sudah dua malam dia pulang lewat. “Kawan lama?”Atrisha bangun sambil mendepa tangan ke penyandar sofa.Mata bundarnya merenung Asfan tajam.Entah mengapa dia seperti tidak percaya dengan kata-kata Asfan.Tadi,Katrina talifon mengatakan,dia teserempak dengan Asfan di Lobi Kondonya.Tetapi Katrina tidak pasti Asfan bertemu siapa.Dia tidak berani berteka teki.Oleh yang demikian,dia segera bertanya sendiri.Mana tahu Asfan atau Atrisha punya kenalan lain disana. “Kawan satu universiti dengan I dulu.You tak kenal” “Tapi kenapa I rasa you macam tipu I jer Afan..You jumpa kawan you kat mana?” Asfan seperti merasakan ada yang tidak kena.Mengapa begitu banyak soalan yang keluar dari mulut Atrisha.Sudah lama Atrisha tidak begitu. “usual place,Publika…” “Then,kenapa Rina Nampak you di Kondo dia?” Asfan rasa seperti jantungnya diregut.Sejak bila pula Katrina sahabat Atrisha tinggal di kondo yang sama dengan Marissa.Sudah bertahun Marissa tinggal disitu.Tidak pernah pula dia teserempak dengan Katrina.Mati Asfan jika tersilap kata. “Kenapa diam?” “Err,lepas ke Publika kami lepak di Kondo one of them,itu yang I balik lambat” Dalih Asfan.Dia berharap Atrisha percaya.Jika tidak,teruk dia dikerjakan Atrisha.Atrisha bangun dan menghampiri suaminya yang masih berdiri di tepi tangga.Atrisha menghidu kemeja yang dipakai Asfan sebelum menghela nafas panjang. “You minum ya?” Lambat lambat Asfan mengangguk.Wajah Atrisha sedikit kecewa.Asfan sudah berjanji tidak akan minum lagi. “Sorry sayang,sorry..kawan kawan I pelawa I,tak akan I nak tolak..Lagipun I tak mabuk kan?i okay,boleh drive balik…” Baru hendak di capai tangan Atrisha,Atrisha sudah membelakangi dia sambil memeluk tubuh. “I tak tahu sampai bila you nak macam ni.Syukurlah Allah belum beri kita rezeki untuk ada anak”Atrisha menekan suara sedikit agar jelas dipendengaran Asfan.Hati Atrisha tiba tiba terasa sakit. “Kenapa you cakap macam ni Isha?salah I kita masih tak ada zuriat lagi?” Asfan sedikit tersentap dengan kata kata Atrisha.Kenapa perlu mengungkit sikapnya dengan rezeki yang belum Allah nak beri.Bukan mereka tidak pernah ikhtiar,bukan dia yang tidak mahu anak.Masih ramai yang sudah bertahun tahun berkahwin dan masih tidak punya anak.Lagipun jika tiada punya zuriat sendiri,kasih sayang dia pada Atrisha tidak mungkin hilang.Dia cintakan wanita itu seadanya.Kenapa tidak Atrisha.Bukan Atrisha tidak kenal dia siapa. “I tak ada mood nak cakap dengan you.You dah balik,I nak tidur.Letih jadi security tak berbayar ni.” Asfan meraup wajah dengan kedua belah tangan sambil mengeluh.Atrisha jika dibiarkan merajuk,boleh sampai seminggu.Lagipun memang salah dia.Kebiasaan jika dia mabuk,dia tidak akan pulang begitu.Dia akan hilangkan segala bukti agar Atrisha tidak perasan yang dia minum.Tapi malam itu,dia memang tergesa gesa ingin pulang kerana dia tidak memaklumkan pada Atrisha yang dia pulang lewat.Dia sudah tiada selera hendak bersama Marissa,disebabkan itu dia sengaja memabukkan diri.Baik dia mandi dulu,kemudian baru dia fikir bagaimana hendak memujuk Atrisha. Sesudah membersihkan diri,Asfan mengenakan seluar pendek kegemaran dia yang sudah Atrisha sediakan diatas sofa.Tanpa baju,lelaki itu membelek tubuh sasanya dihadapan cermin.Nampaknya dia perlu kembali ke gymnasium,ada bahagian tubuh yang masih dirasakan tidak memuaskan hati.Sudah lama Asfan tidak ‘Work out’ kerana sering sibuk di pejabat.Sebelum ini dia sering ke gymnasium bersama Atrisha untuk bersenam.Asfan menoleh ke katil sambal merenung setiap inci tubuh Atrisha yang hanya dibaluti baju tidur pink. “You memang cantik sayang,I love you so much” Bisik Asfan sambil menyelimutkan tubuh Atrisha.Penghawa dingin dinaikkan sedikit agar isterinya selesa.Kemudian,lelaki itu berlalu keberanda luar bilik kondo mereka.Dingin angin malam tidak sedikit pun menjejaskan tubuhnya yang hanya berseluar pendek.Dibiarkan angin malam itu menerpa wajahnya.Asfan terasa nyaman disitu.Asfan bukan tiada perasaan bersalah pada Atisha tetapi sukar untuk dia tinggalkan apa yang telah dia mulakan.Semua kerana Marissa.Untuk seketika Asfan membiarkan fikiran dia melayang jauh.Teringat kembali kejadian yang membuatkan rasa cinta dia pada Marissa lenyap begitu sahaja.Peluang yang dia beri pada Marissa disalah guna.Dia yang bodoh. Throwback “Hai sayang,you kat mana?” Hati Asfan berbunga bunga ingin bertemu buah hati pengerang jantungnya. “I, I dirumah…kenapa?” “Just asking,I tak dapat datang your place.Ada meeting di Shah Alam”Bohong Asfan.Yang sebenarnya,dia dalam perjalanan ke Kondominium Marissa.Sengaja mahu memberi kejutan pada wanita itu.Pagi tadi,Marissa beritahu dia tidak bekerja kerana kurang sihat.Lantas,asfan terus sahaja batalkan semua mesyuarat dan temujanji untuk hari itu kerana mahu menemani Marissa. “Jadi you tak datang”Terdengar suara separuh kecewa Marissa bergema dari corong talifon makin membuatkan Asfan makin yakin yang Marissa pasti kecewa jika dia tidak datang. “I will go to your place as usual.Love you…”Sebaik menghabiskan kata katanya,Asfan terus mematikan talian.Sungguh dia tidak sabar bertemu Marissa. Dari sekolah hingga menuntut di luar Negara,Marissa sahaja kekasih hatinya.Cuma sejak Marissa buat perangai dia sedikit tawar hati.Dia juga sudah mula simpan wanita lain diluar pengetahuan Marissa.Tapi dia cuma sayang pada Marissa.Susah untuk dia lupakan wanita itu.Hanya Marissa yang tahu melayan dia.Pakaian yang bagaimana yang sedang Marissa pakai.Asfan tersenggeh.Marissa memang menggiurkan.Asfan menjeling jambangan bunga yang baru dibeli tadi buat Marissa.Tentu Marissa suka kerana bunga lili adalah kegemaran Marissa.Kerana terlalu asyik menggelamun,hampir saja Asfan terlepas simpang.Nasib sempat,jika tidak,jauh juga dia perlu membuat pusingan U.Seperti biasa,Asfan memarkir kereta disebelah kereta mini cooper putih milik Marissa.Asfan segera memperkemaskan diri,dia mahu sentiasa kelihatan tampan dimata Marissa.Sewaktu meraba minyak wangi di dalam Dashboard,Asfan terpandang dua keping tiket menonton konsert Neyo di Sunway Lagoon malam Khamis minggu hadapan.Susah payah dia mendapatkan tiket VVIP dari pihak penganjur yang juga teman sealiran dia.Mahu ke agaknya Atrisha menjadi teman dia malam itu.Dari info yang Asfan tahu,Atrisha memang menggilai lagu lagu artis antarabangsa itu.Asfan pasti Atrisha akan bersetuju untuk keluar dengan dia.Liat betul wanita yang satu ini.Jika bukan kerana Dorine,sampai kiamat pun dia tidak dapat nombor talifon Atrisha.itu pun jual mahal.dia mesej hari ini,lusa atau tulat baru wanita itu balas.Nasib cantik lagi dari Maya Karin.Kalau tak,tak ingin dia mengorat.Asfan menggeleng,kesitu pula dia.Dua keping tiket itu diletakkan semula sebelum dia mencapai jambangan bunga buat Marissa sebelum beredar dari tempat parkir.Dia mahu tengok reaksi Marissa.Pasti wanita itu terkejut kali ini. “Alamak,mana kunci rumah ni?”Asfan menyeluk saku seluar slack yang dipakai.Mana agaknya dia tercicir.Mungkin didalam kereta.Hendak turun semula Asfan malas. “Tekan sahajalah loceng”Getus hati kecil Asfan.Hampir lima minit juga Asfan terpaksa menanti Marissa membuka pintu.Marissa benar benar tidak laratkah?bimbang juga Asfan.Baru Asfan ingin mendail nombor talifon Marissa,pintu terkuak.Wajah Marissa sedikit kusut tetapi tidak dihiraukan oleh Asfan. “Afan,kenapa tak bagitahu nak datang?”Dahi Asfan bekerut.Tidak pernah pernah Marissa soal dia begitu.Rumah Marissa sudah seperti rumah dia juga.Perlu ke dia beritahu Marissa kalau dia hendak datang.Lagipun tujuan dia mahu beri kejutan pada Marissa. “I nak bagi surprise kat you” “Oh,thanks…you kata ada meeting?” “I cancel semua sebab nak temankan you.You okay sayang?” Asfan meletakkan tangan di dahi Marissa.Biasa,tidak panas pula. “I okay jer.Buat susah you jer sayang,jom kita masuk bilik”Asfan hanya menurut apabila tangan dia ditarik Marissa kebilik. “Kejap..kejap…ada sesiapa datang rumah ke sebelum i?”Asfan berhenti melangkah apabila matanya tertancap pada sepasang kasut lelaki di bawah almari kasut.Kelihatannya,kasut itu seperti tergesa gesa disorokkan.Wajah Marissa direnung tajam.Dia inginkan kepastian. “Mana ada,mana ada orang pernah datang sini selain you” Jawab Marissa tergagap.Wajahnya pucat lesi ditenung Asfan begitu.Bukan dia tidak tahu bagaimana jika Asfan naik angin. “Kasut tu siapa punya”Asfan menolak tubuh Marissa keras sambil menunjuk kearah kasut lelaki di bawah almari.Dan tiba tiba,muncul seorang lelaki tergesa gesa keluar dari dapur.Dengan pantas Asfan menyambar lengan lelaki asing itu menyebabkan kedua mereka tersungkur.Asfan segera mencapai baju Jackie sebaik lelaki itu ingin bangun membuatkan mereka kembali terduduk. “Sial kau Jackie!!”Jerkah Asfan seraya melepaskan tumbukan ke muka Jackie.Jackie orang kepercayaan Asfan.Patutlah Jackie sering tiada dipejabat,rupa rupanya kesitu.Tidak sangka Asfan Jackie sanggup menikam dia dari belakang.Ramai-ramai perempuan mengapa kekasih dia juga yang Jackie pilih. “Sudah lah Afan..sudah…!!”Asfan tidak mengendahkan jeritan Marissa disebabkan hati dia benar benar sakit.Marissa takut ada yang terbunuh jika dibiarkan terus.Dia kenal sangat dengan Asfan.Ditarik bahu Asfan tapi hampir hampir sahaja tangan Asfan hinggap ke muka dia.Jika tidak,pasti pengsan dia ditampar asfan.Asfan menolak tubuh Jackie yang sudah lembik ke dinding.Lelaki itu langsung tidak dapat melawan kerana tenaga Asfan lebih kuat dari dia dan lebih lebih lagi Asfan memang handal berlawan. “Listen me Tengku Puteri Marissa,You cheated on me twice…No more…no more…Dasar tak pernah cukup dengan seorang lelaki” “Sayang,listen me…Apa yang you Nampak tu bukan apa yang sebenarnya.Dia datang sebab nak tolong betulkan aircond i..”Penjelasan Marissa membuatkan Asfan ketawa kecil. “You ingat I bodoh…hei,I lebih kenal Jackie ni dari you.Apa yang dia tahu pasal aircond?dia betulkan aircond ke,betulkan you”Ujar Asfan sambil kakinya menyepak Jackie.Dia masih tidak puas hati. “Bos,sorry…Cik Marissa yang suruh I datang sini” “Diam kau.Selama ni aku percayakan kau…Marissa,kita break up and no more chance.You hanya layak jadi perempuan simpanan I saja” “Apa you cakap?serendah tu you letakkan i?” “Bukan itu jer layak untuk you?i beri you peluang,tengok apa yang you buat?”Bentak Asfan.Menyampah pula dia lihat wajah tidak bersalah Marissa. “You buat tak apa?”Asfan tersenggeh.Dia tahu Marissa cuba memanupulasi kata kata. “I buat apa?you lupa I jadi macam tu kenapa?sebab you,sebab mama I,sebab semua perempuan sama…CHEAP!” “Ni sebab Atrisha kan?You dah dapat dia?”Asfan mengetap bibir.Mana Marissa tahu pasal Atrisha.Wanita itu tiada kena mengena dengan hal mereka. “You jangan nak alihkan topik.Atrisha tiada kena mengena…Tapi you sendiri rasa dia jauh lebih sesuai untuk I dari you kan?”Melihat Asfan masih belum reda,Marissa bertindak untuk mengalah.Kebiasaannya Asfan akan lemah bila melihat air matanya. “Afan, I minta maaf..i janji dengan you I akan berubah.Tolong bagi peluang pada i…”Asfan menolak tubuh Marissa yang melekap di tubuhnya.Asfan jijik. “You tahu tak,I lebih rela bersama pelacur dari bersama dengan you…I jijik…I tak kan terima you lagi…tak akan…You layak jadi perempuan simpanan sahaja…”Asfan terus beredar sebaik menghabiskan kata katanya.Dia nekad untuk tidak beri peluang kepada Marissa.Asfan agak pelik kerana dia tidak merasa sangat kecewa seperti kali pertama Marissa tertangkap oleh dia.Cuma yang Asfan sakit hati,kenapa Jackie.Budak pejabat dia sahaja.Kalau dia cari wanita untuk bermain main sekali pun,bukan sebarangan perempuan.Murah betul harga diri Marissa.Mungkin Marissa bukan untuk dia.Jika dia berkahwin dengan Marissa dan jika mereka dikurniakan zuriat nanti,pasti dia ragu ragu adakah bayi yang dikandung Marissa adalah benih dari dia.Kenapa selama ini dia buta.Dia cintakan Marissa atau nafsu semata mata.Memang dari sekolah dia dan Marissa sudah melakukan hubungan terlarang.Malah,Marissa yang menghanyutkan dia dalam dunia yang mereka cipta.Hingga kini,Asfan tidak menoleh langsung kebelakang.Dia seronok begitu.hidup dia makin jauh dari agama apabila arwah nenek meninggal.Asfan seperti layang layang terputus tali.Nasib Asfan baik kerana nenek tinggalkan harta untuk dia dan dua adiknya.Tetapi kerana harta yang tidak pernah luak itu buat Asfan makin alpa.Bebas untuk buat apa sahaja.Cuma dia begitu tegas terhadap dua adik perempuannya kerana dia tidak mahu adik-adiknya mengikut jejak dia.Biarlah dia sahaja yang begitu. “Trut trut….” Lamunan Asfan terhenti apabila terdengar talifon bimbitnya berlagu minta diangkat. Waktu diskrin talifon menunjukkan jam empat pagi.Asfan mematikan talifon.Jika Atrisha terdengar,masak dia hendak menjawab.Tubuh Atrisha begerak gerak apabila Asfan naik ke katil.Mungkin wanita itu rasa terganggu.Diusap lembut rambut Atrisha sebelum dikucup lembut.Asfan tidak akan menyentuh Atrisha jika dia bersama wanita lain sebelumnya.Dia tahu Atrisha cukup baik buat dia tetapi ada satu perasaan yang menghalang dia untuk berubah.Adakah hatinya telah hitam.Ah,mungkin belum sampai waktu untuk dia bertaubat.Dia masih muda.Masih banyak waktu. ************** “Morning sayang”Atrisha tidak menyambut sapaan Asfan.senyuman pun tiada.Tidak seperti selalu. “Marah pada I lagi?”Masih sunyi sepi.Asfan mendengus.Ternyata,rajuk Atrisha masih berbaki.Atrisha tidak mengendahkan renungan Asfan.Dia pura pura tidak nampak Asfan yang masih duduk di birai katil sambil memerhatikan tingkah lakunya. “Sha,I ambil cuti hari ni ya?kita keluar”Asfan berharap Atrisha termakan ajakannya walaupun dia tahu Atrisha bukan seorang yang suka keluar rumah.Kalau cuti pun,kebiasaannya mereka berdua akan teperap di dalam rumah. “Teha nak datang petang ni”Pendek jawapan Atrisha sebelum berlalu ke bilik mandi.Dahi Asfan bekerut.Kenapa Fateha tidak beritahu mahu datang kerumah mereka. “I tak tahu pun?” “Dah dua hari dia call you tak dapat,dekat office memanjang tak ada” Suara Atrisha samar samar pada pendengaran Asfan kerana Atrisha di dalam bilik mandi dengan pintu tertutup. “Dia tidur sini?” Soal Asfan sedikit terjerit. “Kan sem break dah mula.Mana dia nak pergi lagi”Asfan menghela nafas panjang.Kenapa dia terlepas pandang tentang Fateha.Mujur ada Atrisha yang sering ambil berat tentang adik bongsunya itu.Setiap cuti semester,Fateha akan pulang ke Kondominium dia dan Atrisha.Jarang sekali Asfan membenarkan Fateha mengikut kawan-kawan Kolej adiknya itu bercuti,lagi lagi jika bercampur lelaki dan perempuan.Ada juga sekali dua Fateha memberontak dan merajuk sehingga tidak mahu pulang ke kodominium dia dan Atrisha tetapi siapa lagi yang Fateha ada.Hendak pulang ke rumah Mama,Asfan memang tidak pernah izinkan.Lagi- lagi selepas peristiwa Fariza hampir dirogol bapa tiri mereka enam tahun lalu.Sejak itu,mereka adik beradik tidak pernah bertemu dengan Mama.Asfan memang tidak akan ambil tahu tentang Mama.Bagi Asfan,dia tidak pernah punya Mama.Mama penyebab mereka tiga beradik jadi yatim piatu.Mereka hilang Papa.Papa sakit kerana Mama.Papa pergi meninggalkan mereka juga kerana menderita,kecewa kerana Mama lari mengikut lelaki lain yang juga sahabat Papa.Habis segala peniagaan Papa bankrup disebabkan Papa tiada ambil tahu lagi tentang perniagaannya kerana kecewa teruk.Bagi Papa,Mama la segala galanya.Papa meninggal kerana kesihatan yang terjejas teruk.Berbulan bulan Papa tidak mahu makan dan minum.Begitu Papa derita kerana cinta.Asfan masih ingat dan tidak pernah akan lupa detik hitam itu.Waktu itu dia baru pulang dari sekolah bersama sama Papa.Sampai dirumah,mereka lihat Fariza dan Fateha bermain sendirian diruang tamu.Mugkin Mama sedang sibuk mengemas barang barang mereka kerana hari itu mereka akan ke Singapura untuk bercuti dengan nenek.Tetapi apa segalanya hancur bila Mama tertangkap dengan Uncle Rosman,sahabat baik Papa sedang melakukan perbuatan terkutuk di katil Papa dan Mama.Semua itu berlaku dihadapan mata dia.Mana mungkin Asfan lupa.Mama tanpa rasa bersalah,mengikut Uncle Rosman dan meninggalkan mereka begitu sahaja.Asfan tidak tahu dimana hilang kasih sayang Mama selama ini.Asfan benci.Benci! Benci dengan PEREMPUAN sebelum dia bertemu Atrisha. “Afan..Afan…”Atrisha mengoncang tubuh Asfan lembut.Dia terkejut melihat air mata Asfan menitis.Apakah Asfan sedang berfikir tentang keluarganya.Atrisha pelik,sejak akhir-akhir ini,Asfan selalu termenung.Perasan bersalah menyelubungi diri Atrisha.Rasa berdosa kerana tidak mengendahkan Asfan.Dikesat air mata di pipi mulus suaminya dengan jari. “You menyesal tak kahwin dengan i?” Kedua tangan Atrisha digenggam sebelum dikucup lama. “Kenapa you cakap macam tu?” “You tak jawab lagi soalan I sha”Atrisha melabuhkan punggung di sebelah Asfan sebelum memeluk tubuh suaminya erat. “Demi Allah,you lah satu satu nya lelaki yang I cinta.I tak pernah menyesal terima you jadi suami i.Siapa pun you I terima” “Macam mana kalau ingatan you pulih semula dan you tak ingat I lagi?You tahu tak I tak boleh hidup tanpa you” Hati Asfan bertambah sebak bila mengingati itu semua.Mungkinkah Atrisha akan ingat semula.Asfan pernah diberitahu Ummi yang Atrisha punya kekasih sebelum kemalangan.Atrisha begitu cintakan lelaki itu sepenuh hati.Ummi sudah ingatkan pekara tersebut sebelum dia melamar Atrisha. “I tak perlu ingat kisah silam i..Mungkin Allah tak mahu I ingat lagi,kerana itu Allah kirimkan you untuk I” “Biar I mati dulu kalau you nak ingat pun Isha..”Atrisha terkedu.Kenapa tiba tiba Asfan menyebut perkataan ‘Mati’.Asfan benar benar terasa hati dengan dia ke? “You jangan cakap macam tu boleh?You tak kesian dengan I ke?” Soal Atrisha sambil mengusap rambut Asfan.Dia terus lupa akan rajuknya. “Sayang,I minta maaf pasal semalam.I cuba tak minum lagi.Tapi you tahu kan,dah bertahun.Dari sekolah lagi I dah minum.Susah I nak tinggalkan”Ujar Asfan terus terang. “Habis,perempuan?pun bertahun tahun juga”Asfan tersentak.mencari kata untuk teruskan bicara.Silap kata,mahu rahsia dia terbongkar. “I dah ada perempuan yang seorang ni kat rumah,cukup lah.I tak larat…You sahaja dah macam I ada sepuluh perempuan tau”Kata kata Asfan membuatkan pipi putih bersih Atrisha merona merah.Asfan sengaja mengusiknya. “Sha,cinta dan sayang I hanya untuk you seorang sahaja tau..You dah cukup cantik,baik.You jaga I perfect”Puji Asfan sambil mengusap lembut jari jemari Atrisha. “Cuma I belum boleh beri you baby lagi kan?”pintas Atrisha.Asfan menggaru garu kepala yang tidak gatal. “Hei sayang,look at me.I never care about baby.Orang kat luar sana pun,ramai dah bertahun tahun kahwin tapi masih tak ada anak…chill okay,belum sampai rezeki kita”Dahi Atrisha dikucup lembut.Asfan tidak mahu Atrisha tertekan dengan pekara-pekara begitu.Anak itu rezeki.Rezeki itu rahsia Allah.Tiada siapa yang boleh mempersoalkan tentang itu. “Nanti you cari lain” “Don’t worry,kalau ada lain pun you tetap nombor satu…”Ujar Asfan berseloroh. “What,its mean you have other?” “Hahahaha….tak ada ala…aduh…sakit la sayang…aduh”Terlompat lompat Asfan apabila pehanya yang tidak beralas dicubit Asfan.Tubuh Atrisha dirangkul ke dalam dakapannya erat. “You tahu tak sayang,I tak boleh hidup tanpa you tahu…I gonna miss you every second” Atrisha menggelak dari bertentang mata dengan Asfan.Tenungan Asfan bisa membuatkan hati perempuannya cair.Patut pun ramai perempuan yang kalah dengan Asfan. “You nak goda I ya”Duga Atrisha manja. “You rasa I nak goda you?ke you yang tergoda dengan i?”Asfan terus menerus mengusik Atrisha kerana dia tahu isterinya memang pemalu.Merah padam wajah Atrisha bila diusik Asfan. “You guna ayat sama untuk tackle semua perempuan ya?”Asfan menggeleng. “Diorang I terjah jer,tapi isteri I lain..Dengan Queen mesti I kena behave…”Atrisha ketawa kecil.Dia langsung tidak terasa dengan kata kata Asfan kerana dia mengerti apa yang cuba dimaksudkan suaminya. “I tak percaya la” Kata Atrisha sekadar menduga. “Tak percaya?”Atrisha tejerit kecil apabila tiba tiba Asfan mengendongnya ke katil.Kadang kala perbuatan Asfan memang tidak dijangka.Dia terasa sungguh bahagia bila Asfan ada disampingnya.Atrisha terus lupa akan rajuknya sejak semalam. Bab 2 “Assalamualaikum,baru pindah ke?” Asfan menegur ramah jiran yang dia rasakan baru berpindah di kawasan kediaman mereka itu.Sebelum ini,unit kondominium itu sudah hampir tiga bulan tidak berpenghuni.Walaupun tidak kenal siapa yang tinggal disitu sebelum itu,tapi Asfan tahu ada atau tidak penghuninya.Hendak bertegur sapa bagaimana kerana dia sendiri keluar rumah sebelum matahari naik,pulang juga bila semua penghui kondominium sudah lena diulit mimpi.Sebulan dua itu sahaja dia banyak masa lapang.Dapat juga dia menemani Atrisha. “Walaikumusalam…yup,baru seminggu.Tapi saya dah lama beli rumah ini.Sebelum ni sewakan pada orang sebab saya tinggal di luar”Jelas Saiful Amri sambil menghulur salam perkenalan. “Saya Asfan Azrif,panggil Afan sahaja.Jiran depan rumah awak saja”Ujar Asfan memperkenalkan diri. “Saya Saiful Amri.Panggil Am cukup” “Hope,you enjoyed living here.Enviroment and service tip top”Saiful Amri menunjuk isyarat bagus kearah Asfan.Baik sungguh jiran barunya itu.Segak orangnya.Agak-agak Saiful Amri,Asfan mungkin sudah beristeri kerana semalam,dia nampak ada seorang wanita sedang berdiri bersama sama Asfan di beranda bilik.Cuma Saiful Amri tidak perasan wajah wanita itu.Mesti cantik untuk dipadankan dengan Asfan. “Daddy,come.Daddy kata nak balik rumah opah.Naj miss opah so much..”Kehadiran Najlaa mematikan lamunan duda anak satu itu.topi yang diatas kepala,dibetulkan sesekali.Saiful Amri suka berpakaian santai di luar waktu bekerja.Jika dilihat,lelaki berusi 32 tahun ini nampak jauh lebih muda dari usia sebenarnya.Mungkin ramai yang tidak akan percaya dia sudah mempunyai seorang anak gadis berusia 8 tahun. “Anak?”Saiful Amri lambat-lambat mengangguk.Riak wajah Asfan berubah.Sungguh dia tidak percaya lelaki itu sudah punya anak sebesar itu. “The only one..Tak percaya ke?” “Oh my god bro.You look so young untuk ada anak sebesar ni”Ujar Asfan teruja. “Kahwin muda.Haha..” “Daddy..”Najlaa yang sudah lama berdiri disisi Saiful Amri mula merenggek.Dia mahu cepat pulang bertemu opah.Lagipun sepupunya sudah sampai disana. “Eh,okay lah.Saya minta diri dulu” “Eh Am..Kau Aku saja lah ya?Rasa more comfortable” “Aku okay saja.I got to go.Princeses ni mengamuk nanti.Haru” “Daddy ni.”Merah padam wajah putih bersih Najllaa diusik bapanya. “Lets go.No need to bring baju,so on.Rumah opah ada”Tangan kecil Najlaa dipimpin menuju ke tempat letak kereta.Mereka sudah berjanji untuk makan tengahari di rumah ibu Saiful Amri.Sesekali terdengar ketawa Najlaa apabila diusik bapanya. “Daddy,cantiknya aunty tu”Saiful Amri menjenguk kearah yang dimaksudkan Najlaa.Terjenguk jenguk dia mencari. “Mana,Daddy tak nampak pun” “Daddy lambat.Dah masuk dalam kereta tu” “Cantik sangat ke?” Soal Saiful Amri lembut. “she so gorgeous…” “You,tiang pun kata cantik”Sindiran Saiful Amri dengan cebikan oleh Najlaa.Bapanya sering memperlekehkan citarasa dia. “I have good taste okay.Daddy,she look like the girl in you old photo album” Dahi Saiful Amri bekerut.Sedang memproses ingatan.Cuba mengingati siapa yang dimaksudkan oleh Najlaa. “Which one..” “Your schoolmate..” Saiful Amri tersenggeh.Tak mungkin dia yang Najlaa maksudkan. “old friend daddy tu dah tak ada la Naj.” “I didn’t say her…?Look a like” Saiful Amri mengetap bibir.Boleh jadi apa yang Najlaa kata itu benar.Kan dalam dunia ini ada tujuh orang yang punya wajah yang sama.Wajah anak gadisnya ditenung seketika sebelum mengucup ubun ubun Najlaa penuh kasih. “Seat belt pakai.Daddy nak gerak dah ni.” “Tak sabar la Naj nak makan masakkan opah”Anak kecil itu bersorak gembira sebaik kereta Range Rover hitam milik bapanya mula begerak meninggalkan ruang tempat letak kereta kediaman mereka.Selepas Juliana meninggal,Saiful Amri tiada hati untuk berkahwin lagi.Dahulu,dia berkahwin dengan Juliana di London kerana mahu membantu Juliana yang baru memeluk agama Islam.Jullian atau nama Islamnya Nur Juliana yang berbangsa Inggeris dibuang keluarga kerana memilih Islam sebagai agama pilihan.Dari niat ingin membantu,timbul rasa cinta.Semua dipermudahkan.Kedua orang tua Saiful Amri menerima Juliana dengan hati terbuka walau ketika itu,Saiful Amri masih menuntut ditahun pertama.Kata Arwah abah,besar pahala jika kita membimbing saudara baru.Lagi menguatkan rasa sayang mereka apabila Juliana disahkan hamil.Namun,kebahagian mereka tidak lama apabila Juliana pergi meninggalkan dia dan bayi yang dilahirkan akibat komplikasi sewaktu melahirkan Najlaa.Hampir sahaja Saiful Amri berhenti dari belajar kerana sedih tetapi apabila memikirkan Najlaa dan masa hadapan mereka dua beranak,Saiful Amri cekalkan hati.Sedar dan tidak,sudah lapan tahun berlalu.Setiap tahun Saiful Amri akan membawa Najlaa ke London untuk menziarahi kubur arwah Juliana.Rindu pada arwah Juliana tidak pernah hilang.Mujur wajah Najlaa mirip betul dengan arwah Juliana.Terubat juga rasa rindu pada arwah isterinya itu. Throwback Juliana oh Juliana “Am if something bad happen to me,please..please take a good care of our baby” Saiful Amri mengusap kepala Juliana yang dilitupi selendang.Hati Saiful Amri berdetik seperti akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.Tetapi dia tidak mahu melayan perasaan.Waktu- waktu begitu la,syaitan akan mula berbisik,menjauh kan kita dari Allah.Sepanjang menanti kelahiran puteri sulung mereka,Saiful Amri tidak henti berdoa agar semua selamat.Entah kenapa Juliana yang sihat walafiat sepanjang waktu mengandung menghadapi kesukaran disaat waktu kelahiran makin hampir.Keadaan kesihatan Juliana semakin merundum.Doktor turut mengingatkan Saiful Amri supaya sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal berlaku. “Please my dear.i always pray for you health.InshaAllah,Everything will be fine” “But I cant stand anymore.Im not strong like Maryam Amri..”Air mata lelaki Saiful Amri tumpah jua.Dia cuba kuatkan diri.Namun,dia tidak kuat untuk melihat Juliana terus begitu. “Istigfar,InshaAllah.Allah always be with you.Think about our baby.You must be strong.I know you can Juliana..” “Amri,can you promise me something” Sekian lama membisu,akhirnya Saiful Amri mengangguk lemah. Tangan Juliana digenggam erat sepertinya dia tidak akan dapat mengenggam tangan itu lagi. “I wanna say thank you because guide me to be a good muslimah.I never feel this feeling before I know Islam..Im happy because I left something special for your before I leave.It might you remember me always” Saiful Amri tersenyum pahit.Juliana cukup tenang,tidak seperti dia. “Amri,please promise me. if anything happened to me . Please take care of our child well . Give full of love. And one more thing. I want you to promise to get her back” Saiful Amri tergamam.Apa maksud Juliana.Bagaimana Juliana tahu. “Amri,I read your diary.Im so sorry because I read you diary without your permission” “But im writing In Malay.How can you read?”Soal Saiful Amri pelik. “I learn your language,learn your culture because I wanna be a part of you..Amri,first word I have learn is,saya cintakan awak Amri” Dalam sedih ada satu perasaan yang sukar untuk Saiful Amri gambarkan.Hingga begitu sekali Juliana berusaha untuk dia.Jadi,selama ini Juliana faham apabila dia mengungkap kata cinta pada Juliana.Ya Allah,mengapa dia tidak sedar. “Saya tahu, awak masih cintakan dia.Jadi,kejarlah cinta dia semula Amri. Saya bahagia jika awak bahagia.Saya tidak mahu awak terus memendam rasa cinta awak itu.” Ujar Juliana dalam pelat inggerisnya.Sesungguhnya,dia redha jika Allah mengambil nyawanya ketika itu.Allah sudah beri dia kesempatan untuk mengecapi bahagia walau mungkin dia tidak akan sempat menatap wajah bayi mereka. “Saya minta maaf.Tapi saya mahu awak tahu yang saya betul betul ikhlas cintakan awak.i love you so much” Berkali- kali Saiful Amri mengucup tangan Juliana.Rasa bersalah kerana selama ini dia tidak pernah beterus terang pada Juliana tentang Atrisha.Atrisha wanita pertama yang dia cintai hingga kini. “Saya mahu awak janji untuk cari dia dan sambung semula cinta kamu berdua.Dia terbaik untuk awak.” “Jika dia boleh terima anak kita…saya janji.Tapi awak mesti janji juga dengan saya untuk terus kuatkan semangat.Awak boleh,saya yakin dengan awak sayang” Agak lama membisu,Saiful Amri akhirnya membuka mulut.Itulah janji terakhir dia pada Juliana sebelum Juliana meninggal dunia sewaktu melahirkan Najlaa.Allah mengambil Juliana dari dia tetapi Allah menggantikan Najlaa sebagai penyambung kasih antara dia dan Juliana. Saiful Amri mecapai sekeping gambar yang sudah lusuh warnanya.Ditenung gambar itu lama-lama.Air mata Saiful Amri menitis perlahan. “Abang minta maaf Isha…”Perlahan suara Saiful Amri hingga tenggelam dek angin malam.Saiful Amri tidak sangka berita perkahwinan dia dan Arwah Juliana sampai ke telinga Atrisha.Segalanya tidak dirancang.Dia memang mahu berterus terang dengan Atrisha.Cuma waktu kurang sesuai.Dia gusar Atrisha terkejut dengan berita tersebut.Dia mahu Atrisha faham mengapa dia menikahi Juliana.Pengorbanan demi membantu seorang saudara baru.Juliana lebih memerlukan dia. Saiful Amri tidak mahu Juliana terkapai kapai mencari arah.Dan yang paling penting,Juliana ikhlas memilih Islam sebagai agamanya. Sebaik selesai upacara pengebumian Juliana,Saiful Amri mengambil keputusan untuk berehat seketika.Saiful Amri menangguhkan pelajaran untuk dua semester kerana dia mahu menjaga Najlaa sendiri.DIa mahu memberi sepenuh perhatian kepada Najlaa.Anaknya perlukan seorang ayah dan ibu.dan dia akan menjadi ibu dan ayah kepada Najlaa.Itu janji Saiful Amri.Sebulan pulang ke tanah air,Saiful Amri cuba menjejaki Atrisha.Dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan Atrisha.Dia akan jelaskan segala-galanya pada Atrisha.Saiful Amri mohon agar Atrisha mengerti dan boleh menerima dia semula. “Am,mari sini nak?”Datin Hajah Halimah memanggil Saiful Amri lembut.Tidak tahu bagaimana hendak memulakan kata-kata.Namun dia tidak sanggup melihat Saiful Amri terus-terus mencari.Dia dan suami juga rasa bersalah dengan apa yang berlaku.Mereka bukan tidak tahu hubungan Atrisha dan Saiful Amri,tetapi mereka langsung tidak menghalang ketika Saiful Amri memberitahu keinginan anak lelakinya itu untuk memperisterikan Arwah Juliana.Bukan Datin Hajah Halimah tidak nasihatkan Saiful Amri supaya fikirkan tentang Atrisha,tetapi Saiful Amri bertegas bahawa dia berkahwin dengan Juliana kerana agama.Bukan suka-suka. “Am okay ke ni?Ibu tengok asyik menung sahaja sejak balik.Tak kasihan pada Najlaa ke?”Saiful Amri tersenyum kelat.Memang dia suka termenung.Banyak yang berselirat didalam kepala.Banyak soalan yang masih tidak terjawab.Dimana Atrisha dan keluarga hilang.Puas Saiful Amri mencari. “Ibu kadang-kadang tak tahu siapa yang Am tengah fikir dan apa yang ada dalam kepala Am.Yang dah pergi tu,biarkan pergi.Kita doakan moga roh arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan hambanya yang beriman.Tak guna Am terus-terusan begini.Arwah Juliana tak akan kembali.Redha dengan Qada dan Qadar”Panjang lebar nasihat Datin Hajah Halimah.Ditepuk belakang Saiful Amri lembut.Sesuai ke waktu itu dia hendak berterus terang dengan Saiful Amri.Jika tidak,bila lagi?betahkah dia lihat Saiful Amri terus menerus mencari. “Am redha bu.Am tahu yang arwah tenang disana.Tapi hati Am ni tak tenang bu selagi tak jumpa Isha.Puas Am cari.Am Tanya kawan kawan kami semua tak nak bagitahu Am apa-apa.Maybe diaorang semua marah sebab Am kahwin dengan orang lain”Jelas Amri dengan nada kecewa. “Am tak jumpa ummi dengan babah Atrisha?diorang tak cakap apa-apa?” “Mak cik sebelah rumah kita dulu beritahu Am yang keluarga Atrisha dah berpindah tapi tak tahu kemana.Am buntu bu.Am rasa bersalah sangat.Tapi bu berdosa ke Am sebab kahwin dengan arwah Juliana bu?”Wajah Saiful Amri sedikit tegang. “Saiful Amri,jangan salahkan diri sendiri.Ibu dan ayah bangga sebab Am dapat bimbing Juliana sebaiknya sampai akhir hayat dia.Ibu yakin dan pasti yang Isha juga faham.Cuma,kita tidak tahu bagaimana Atrisha kecewa.Ialah,kamu berdua berkawan bukan setahun dua. Tapi berbelas tahun.Perempuan ni,hati tak sama dengan lelaki Am.Lagi-lagi cinta pertama.Am kena faham tu”Nasihat Datin Hajah Halimah seperti angin lalu.Saiful Amri tidak boleh terima kehilangan Atrisha.Jika marah sekalipun,Atrisha tidak boleh menghilangkan diri begitu sahaja.Atrisha perlu beri dia peluang untuk membuat penjelasan.Keadaan menjadi sunyi sepi untuk seketika.Datin Hajah Halimah cuba mencari ayat yang paling sesuai untuk Saiful Amri,supaya anaknya itu tidak terkejut dengan berita yang akan dia sampaikan. “Ibu tak tahu nak cakap macam mana dengan kamu ni Amri.Ibu pun serba salah” Saiful Amri memalingkan tubuh menghadap ibunya.Menanti apa yang bakal keluar dari mulut ibu. “Pasal Atrisha” “Kenapa ibu?Isha dah kahwin?”Soal Saiful kurang sabar.Jika diikutkan,Atrisha masih belajar.Tidak mungkin Atrisha sudah berkahwin.Tapi dia pun masih belajar.Kahwin juga.Semua itu tidak musatahil. “Sabar Am.Dengar sini.Ibu nak kamu tenang dan buka hati lapang-lapang…fikir tentang Najlaa ya”Saiful Amri makin pelik.Tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan Datin Hajah Halimah. “Ibu nak cakap apa sebenarnya bu?”Soal Saiful Amri curiga. “Am,Atrisha dah tak ada.Dia accident masa on the way balik dari jumpa ibu dan ayah” Bagaikan halilintar menyambar telinga,Saiful Amri terpana.Ya Allah,dugaan apa lagi yang kau berikan ini.Sesungguhnya aku tidak kuat Ya Allah.Saiful Amri tersandar sambil kedua tangannya menekup wajah.Berat betul dugaan untuk dia. “Ibu dan ayah tak nak beritahu kamu sebab kamu baru kahwin dengan Arwah Juliana waktu itu.Ibu pun tak tahu nak cakap macam mana.Waktu dia jumpa kami.Ibu tengok macam okay jer.Setitik air mata pun tak keluar.Tiba-tiba,petang tu.Ummi Atrisha call beritahu kami Atrisha accident.Ibu sendiri tengok masa Atrisha di ICU Am.Seminggu lepas tu,Ummi Atrisha beritahu kami yang Atrisha meninggal dunia.Bila kami nak ziarah arwah.Kami tengok rumah mereka dekat Pandan tu,dah kosong.Bila Tanya jiran jiran,mereka semua kata tak tahu”Jelas Datin Hajah Halimah panjang lebar.Bukan senang untuk dia berterus terang dengan Saiful Amri.Lagi-lagi Saiful Amri baru sahaja kehilangan arwah Juliana. “Ibu tak tipu?”Saiful bagaikan tidak percaya.Dia kehilangan seorang lagi jantung hatinya.Mata kuyunya memandang tepat ke mata Datin Hajah Halimah meminta penjelasan pasti.Saiful Amri masih tidak percaya. “Ibu nak tipu kenapa?ibu dah anggap Atrisha tu macam anak ibu sendiri.Ibu pun sedih tapi Allah lebih sayangkan dia Am.Kita siapa untuk menidakkan takdir Allah” “Tapi,kenapa baru sekarang ibu nak beritahu?dah setahun…” “Ibu tak bersedia..ibu kuatkan juga hati ibu beritahu kamu ni sebab ibu dah tak larat nak tengok kamu ulang alik mencari.Najlaa tu pun kamu abaikan.Kamu lupa ke janji kamu pada arwah Juliana Am?”Saiful Amri mendengus.Entah apa yang merasuk fikiran hingga dia sanggup bangun dan tidak mengendahkan kata-kata ibunya.Untuk seketika Saiful Amri terlupa akan Najlaa.Berbulan bulan dia sibuk melayan lara hatinya.Setiap hari Saiful Amri mencari dimana kubur Atrisha.Selagi tidak jumpa kubur Atrisha,bagi Saiful Amri,wanita itu tidak pernah mati.Mungkin itu semua helah keluarga Atrisha untuk memisahkan mereka.Mungkin keluarga Atrisha menganggap,dia yang menjadi penyebab Atrisha kemalangan.Dia pembawa malang kepada wanita itu. ************* “Sampai bila Am nak jadi macam ni?Ayah tengok,solat pun tidak” Tegur Dato’ Haji Taruddin.Dia gusar,jika dibiarkan,makin jauh Saiful Amri hanyut.Sudah berbula-bulan Saiful Amri begitu. “Orang,makin diuji,makin dekat dengan tuhan.Tapi kamu ni…Kamu tak percaya dengan Qada dan Qadar ye Saiful Amri?” Saiful Amri mengetap bibir.Keadaan yang tidak terurus, meresahkan lagi hati kedua orang tua Saiful Amri.Pihak Universiti sudah meminta Saiful Amri untuk membuat pengesahan samada Saiful Amri masih mahu meneruskan pelajaran atau tidak.Jika Saiful Amri tidak memberi jawapan dalam waktu terdekat.Mungkin Saiful Amri akan dibuang Universiti. “Anak kamu,langsung kamu tak hiraukan.Asyik keluar pagi,balik malam.Kamu tahu tak Najlaa dekat hospital.Demam panas.Nasib ibu kamu tu ada lagi.Kalau tak,siapa yang nak menjaga si Najlaa tu.Sedar lah Saiful Amri.Perjalanan hidup kamu tu jauh lagi”Dato’ Haji Taruddin menekan sedikit suara.Selama ini dia hanya memerhati sahaja tingkah laku Saiful Amri.Tapi makin dibiarkan,makin teruk pula dia lihat keadaan Saiful Amri. “Najlaa demam ayah?” “Ya,Dah dua hari Najlaa admitted..Kamu tak kasihan ke pada Najlaa.Sudah lah tak beribu,ada bapa pun macam tak ada..”Dato’ Haji Taruddin merendahkan sedikit nada suaranya sebelum duduk disisi Saiful Amri.Bukan niat dia untuk mengherdik Saiful Amri.Tapi Saiful Amri perlu disedarkan. “Maafkan Am ayah.Am buntu..Semua ni disebabkan Am.Dulu sebelum pergi belajar,Am janji nak kahwin dengan Isha.Tapi Am mungkir.Am kahwin dengan Juliana..Bila Am kahwin dengan Juliana,Juliana pula meninggal sebab lahirkan anak Am” Saiful Amri menekup wajah dengan kedua belah tangan menahan sebak.Rasa bersalah sering menghantui diri Saiful Amri.Sehingga kini dia rasa,dia adalah penyebab kematian dua wanita kesayangnya itu. “Sudah lah Am.Kamu muda lagi.Masih jauh perjalanan.Ingat,segala ujian yang Allah beri itu pasti ada ganjaran.Mungkin hari ini kamu hilang dua orang yang kamu cintai.Mana tahu nanti,kamu akan dapat lebih dari apa yang pernah kamu ada.Allah itu maha adil.Allah tidak turunkan ujian pada kamu kalau kamu tak mampu,sudah.Bawa-bawa solat.Ayah nak hantar makanan pada ibu.Pergi tengok Najlaa tu.Kesian ayah tengok dia dicucuk sana sini” Dato’ Haji Taruddin menghela nafas panjang,seakan lega dapat melepaskan apa yang terbeban di bahunya.Apa yang perlu dikata,dia sudah katakan pada Saiful Amri.Kini,terpulang pada Saiful Amri untuk guna akal waras. “Kejap lagi Am pergi ayah.Tropicana Medical Centre kan?” Dato’ Haji Taruddin mengangguk.Selepas Asar dia akan kesana menghantar makanan buat isterinya dan bubur buat Najlaa.Pagi tadi,Najlaa sudah mula mahu makan.Cuma sesekali hati Dato’ Haji Taruddin sebak apabila Najlaa asyik memanggil bapanya. “Ya Allah,ampuni aku kerana mengabaikan amanah yang kau berikan.Sesungguh,aku hambamu yang lemah.Kembalikan segala kekuatan ku Ya Allah demi anak ku Nur Atrisha Najlaa ya Allah.Kau lindungi anak ku dari sebarang penyakit dan bala bencana…Amin” Lama Saiful Amri berteleku di atas sejadah.Terasa begitu lama dia meninggalkan segala kewajipan dunia akhiratnya.Begitu dia alpa dalam menjalankan tanggungjawab kepada Najlaa.Tiba-tiba Saiful Amri terasa rindu kepada Najlaa.Lantas,segera Saiful Amri bangun dan bersiap.Dia mahu bertemu Najlaa.Mahu mengucup pipi gebu Najlaa.Begitu lama dia tidak memeluk tubuh Najlaa.Saiful Amri berjanji,dia akan jaga apa yang bersisa untuk dia.Segala kasih dan sayang Saiful Amri hanya untuk Najlaa. ************** “Assalamualaikum….” “Waalaikumusalam” Salam Cikgu Adriana disambut dengan senyuman.Entah sejak bila Cikgu Adriana ada disitu,Saiful Amri tidak perasan. “Aunty beritahu yang awak ada disini.Sebab tu saya kesini.” Wajah mulus Cikgu muda itu dijeling sekilas.Tudung biru laut itu cantik dipadankan dengan kurung moden putih bercorak abstrak biru gelap.Sesuai dengan kulit sawo matang Cikgu Adriana. “Lepas makan,memang saya selalu duduk disini.Dulu saya selalu study kat sini dengan somebody” Kata-kata Saiful Amri disambut dengan senyuman.Cikgu Adriana tahu,Saiful Amri sengaja menekankan tentang seseorang itu dihadapan dia agar dia tidak berharap.Tapi akan daya,dia sudah terlanjur cinta pada Duda anak satu itu.Lagipun,Cikgu Adriana tahu tentang kisah silam Saiful Amri.Jika Saiful Amri izinkan,Cikgu Adriana sudi menjadi penganti sebagai pengubat lara hati Saiful Amri. “Amri,saya tahu saya bukan sesiapa.Tapi,awak patut beri peluang kepada diri awak.Najlaa perlukan seorang ibu.Sekarang Naj dah lapan tahun.Tak lama lagi dia akan jadi gadis dewasa.Saya tahu awak memang sayangkan Najlaa.Tak ada sesiapa pun boleh nafikan itu…” “Apa maksud Cikgu?”Dahi Saiful Amri berkerut.Tidak dapat menangkap apa yang cuba Cikgu Adriana sampaikan. “Awak ni.Macam mana saya nak cakap..” Cikgu Adriana berkira-kira bagaimana hendak disampaikan hasrat hatinya pada Saiful Amri. Sekaligus mahu Saiful Amri tahu bahawa Najlaa yang semakin menginjak dewasa tentu punya banyak kemuskilan untuk dikongsi bersama sama seorang wanita yang bergelar ibu. “Saya rasa,awak perlu cari seorang ibu untuk Najlaa..Tak lama lagi dia makin besar.Ada banyak benda yang dia perlu kongsi dengan seorang wanita bergelar ibu..” “Cuba straight to the point Cikgu”Saiful Amri sudah faham.Tetapi sengaja pura-pura tidak mengerti.Dia suka apabila melihat Cikgu Adriana menggelabah. “Saya sudi jadi ibu Najlaa kalau awak izinkan” Perlahan tapi jelas di cuping telinga Saiful Amri.Cikgu Adriana tertunduk malu.Entah mengapa dia berani sangat untuk berterus terang pada Saiful Amri.Rasa ingin terjun sahaja ke dalam kolam mandi disebelah mereka itu.Saiful Amri ketawa kecil. “Cikgu..Cikgu…Comel lah cikgu ni bila malu”Saiful Amri terus,menerus mengusik Cikgu Adriana.Geli hati melihat Cikgu Adriana yang sudah tidak betah duduk dihadapanya. “Maafkan saya Amri.Saya ikhlas.Lagipun saya memang sayangkan Najlaa.Saya dah anggap Najlaa macam anak saya sendiri” Bagai mahu gugur jantung Cikgu Adriana apabila melihat senyuman Saiful Amri yang makin meleret hingga menampakkan lesung pipit lelaki itu. “Cikgu,Cikgu dah lama kenal ibu saya kan?” Lambat-lambat Cikgu Adriana mengangguk. “Anak saya pun cikgu dah mengajar dua tahun kan?” Cikgu Adriana seperti orang bodoh,menganggukan kepala sekali lagi. “Saya baru balik sini tiga bulan cikgu..Cikgu ada banyak masa lagi untuk kenal saya.Saya ni scary tau” Usikan dan kata-kata Saiful Amri sedikit melegakan hati Cikgu Adriana.Itu bermakna dia ada harapan.Saiful Amri tidak menerima dan tidak menolak.Dia perlu berusaha. “Saya tahu awak akan jatuh cinta pada saya juga nanti Amri” Ujar Cikgu Adriana separuh berbisik.Dia tidak sedar, Saiful Amri mendengar apa yang dia katakan. “Dua kali saya bercinta.Dua-dua berakhir dengan kematian.Kalau awak berani jadi yang ketiga,cubalah” Cikgu Adriana terkedu.Apa maksud Saiful Amri.Apa itu satu sumpahan.Cikgu Adriana mempercepatkan langkah,mengikut Saiful Amri dari belakang.Seram pula dia tinggal disitu sendirian.Saiful Amri tersenyum melihat wajah Adriana yang sudah berubah takut.Comel pula Cikgu Adriana bila dilihat lama-lama.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD