Chapter 1

1305 Words
"Assalamualaikum" "Waalaikumusalam" Zairil yang sedang bersiap-siap untuk pulang setelah hujan berhenti berjalan menuju kearah pintu yang terbuka separuh. "Maaf menganggu.Kami mendapat aduan mengatakan ada perlakuan sumbang didalam kediaman ini?"Dahi Zairil berkerut.Maksud lelaki dihadapan dia itu.Dia dan Airin dituduh berkhalwat?. "Saya tak faham.." "Saya Haji Ibrahim.Pihak berkuasa agama Islam.Kami mendapat aduan orang ramai yang dirumah ini berlakunya perlakuan sumbang..Boleh kami periksa rumah ni?"Zairil mengangguk tetapi dia kurang bersetuju.Pintu rumah terbuka luas.Kenapa pula mereka dituduh berkelakuan sumbang. "Pintu rumah ni tak bertutup pun.Kami tak buat apa-apa pun" Zairil cuba mempertahankan diri. "Ya,semua yang kami jumpa cakap tak ada buat apa-apa.Tapi encik ada saksi yang boleh membuktikan Encik dan pasangan tidak lakukan apa-apa?"Zairil beristiqfar panjang.Dia bukan baik sangat tetapi tidak pula sampai dia fikir hendak mengapa-apakan Airin. "Erm..Saya cuma tumpang berteduh lepas hantar adik saya..Maksud saya,adik angkat saya" "Bukan muhrimkan?Mana boleh sesuka hati duduk sekali berdua.Boleh mendatangkan fitnah Encik"Sampuk seorang lagi lelaki yang mula memeriksa dari bilik ke bilik.Pintu bilik Airin diketuk bertalu-talu kerana Airin lambat membuka pintu. "Eh,ada apa ramai-ramai ni?"Soal Airin pelik bila pintu terbuka.Dia tidak kenal seorangpun dari lelaki-lelaki yang bertandang kerumah dia tanpa diundang itu. "Rin,diorang dari jabatan agama Islam"Dahi Airin berkerut.meminta penjelasan dari Zairil. "Encik dan Cik dituduh berkhalwat kerana duduk berdua-duaan hingga mendatangkan fitnah dan keraguan" "What?Khalwat?"Airin menjeling Zairil dengan wajah keliru.Apa semua itu?.Airin rasa bagai mimpi. "Khalwat.Ada orang report.Ni mesti sebab Zarul atau jantan mana entah yang selalu datang sini"Ujar Zairil bengang. "You cakap baik-baik sikit ya.." "Bawa bertenang..Kita bincang baik-baik" "Bincang..?Saya tak ada buat apa-ap pun dengan dia ni..Salah faham jer ni Encik"Airin cuba menjelaskan kedudukan mereka.Semua itu cuma satu salah faham.Zairil mengeluarkan talifon dan segera menelefon Puan Ruzila mamanya untuk memaklumkan kejadian yang menimpa mereka. "Cik sila hubungi orang tua Cik" "Dia dah call mama kami dah..Parents dia,parents saya..."Jelas Airin pendek.Sudah malas hendak buka mulut.Tiada siapa akan percaya dengan mereka.Airin terbayangkan bagaimana reaksi Zarul jika tahu apa berlaku malam itu.Tentu Zarul mengamuk. ************** "Kenapa boleh jadi macam ni?"Soal Tuan Hakim tegas.Apa yang jadi bakal menjatuhkan reputasi keluarga mereka.Selama ini dia sudah acap kali pesan kepada anak-anaknya.Jika ingin buat sesuatu sila fikirkan nama baik keluarga mereka. "Mama tahu kan apa jadi.Airil call mama..Airil kata tak nak masuk,mama yang beria-ia suruh masuk"Jelas Zairil dengan wajah masam mencuka.Jika Juwita tahu,mati dia.Mujur waktu itu Juwita berada di Indonesia atas urusan kerja. "Ya,mana mama tahu nak jadi macam ni" "Macam mana sekalipun kamu berdua bukan muhrim"Sambung Tuan Hakim. "Ya,Airil tahu pa.." "Kalau orang tahu apa jadi malam ni..Malu kita Ril..Lagi-lagi nenek"Zairil mendengus.Bukan salah dia semua itu terjadi. "Ermm,macam ni..Sebelum family kita dapat tahu,Papa nak Airil dengan Airin kahwin jer"Kata-kata Tuan Hakim mengejutkan mereka yang ada diruang tamu.Bukan selama ini keluarga mereka melarang untuk mereka bercinta kerana bagi Tuan Hakim,Airin sudah dianggap seperti anak sendiri.Oleh sebab itulah,Zarul dan Airin merahsiakan hubungan cinta mereka. "What?Papa mama tahu kan Airil dah ada Juwita?Airil nak kahwin dengan dia"Bantah Zairil.Langsung tidak setuju dengan cadangan Tuan Hakim. "Ya Pa..Airin dah anggap Airil ni macam abang Airin sendiri.."Airin menekup wajah.Tidak percaya Tuan Hakim akan buat keputusan begitu. "Kamu berdua jangan selfish boleh tak?Bagaimana kalau keluarga kita tahu?Kawan-kawan papa dengan mama?Malu tahu tak?" "Buat apa nak malu?Kami tak buat apa-apa pun" "Orang tahu kamu berdua tak buat apa-apa?"Zaiil memicit kepala yang mula terasa sakit.Apa lagi yang hendak dijelaskan.Dia langsung tidak bersetuju. "Airin masih belajar lagi.."Ucap Airin lemah.Jika Zarul ada,pasti Zarul akan membantah.Tapi puas Airin cuba hubungi Zarul,lelaki itu langsung tidak menjawab panggilan dari dia.Dia perlukan Zarul waktu itu. "Arwah ibu Rin kahwin dengan arwah ayah Rin dulu pun,masa mereka belajar kan?"Airin mengalihkan pandangan kearah lain. "Ibu ayah kahwin sebab cinta..Situasi kami tak sama..Airil dah ada Juwita..Its fair for us Ma,Pa..?"Soal Airin dengan suara yang sudah mula bergetar.Dia tidak setuju hidupnya diatur keluarga.Tetapi Airin terhutang budi dengan keluarga Zairil.Jika keluarga Zairil tidak ambil dia dari Mak Long,tentu semua harta ibu ayah habis dibolot oleh keluarga ibunya.Dia pula mungkin hidup melarat macam dalam cerita-cerita drama. "Airin..tak boleh ke Airin fikirkan sikit tentang Mama"Airin melepas keluhan panjang.Lemah bila Puan Ruzila mula menitiskan air mata.Selama ini dia degil.Langsung tidak mahu dengar kata.Selalu buat mama risau. "Ma..Airil tak setuju.Please faham.Airil cintakan Juwita..Kami dah lama bercinta tiba-tiba Airil nak tinggalkan dia..Apa ni Ma"Zairil meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan keputusan orang tua mereka itu.Semua itu gila. "Ya Ma..Kita kena fikirkan juga hati Juwita"Airin cuba menyakinkan Puan Ruzila.Kasihan Juwita.Bertahun-tahun menunggu Zairil.Tiba-tiba jadi begini. "Perasaan Juwita kamu nak jaga Zairil.Selama ni,perasaan Mama ada kamu nak jaga?"Zairil tersentak.Sudah berkali-kali Puan Ruzila minta Juwita datang bertemu mereka tetapi tidak pernah sekali Juwita menunjuk muka. "Ma..Apa ni?"Zairil faham apa yang cuba dimaksudkan mama. "Perkara dah jadi.Pa bukan nak kamu beri keputusan sebab papa dah buat keputusan.Airin tanggungjawab Papa.Arwah ayah Airin beri amanah pada Papa untuk didik Airin.Papa gagal.Now,biar Zairil pula yang ambil alih.Kalau Airin sayangkan Papa dengan Mama.Jangan bantah"Tuan Hakim terus beredar sebaik habis berkata-kata.Zairil dan Airin berpandangan seketika.Langsung tidak bersetuju. "Ma..Please pujuk Papa..Airil janji akan bawa Juwita jumpa Mama dalam waktu terdekat ni.." "Mama dah beri masa lama dah Airil.Tapi kamu endah tak endah.Macam Mama dengan Papa ni tunggul.Now,ikut pula lah kata kami" "Ma..Airin tak nak kahwin dengan Airil" "Kenapa?Airin ada boyfriend?"Airin terkedu.Bagaimana dia hendak beritahu yang Zarul itu kekasihnya. "Err..Tak" "So,ikut saja cakap mama dan papa"Kedua-dua mereka hanya diam menunduk.Tidak berani hendak menjawab lagi.Zairil bangun dan terus meninggalkan rumah keluarganya pulang ke kondo malam itu juga.Dia tidak betah untuk terus tinggal disitu. ************** Zairil duduk diberanda bilik kondonya termenung.Memikirkan arahan orang tuanya untuk menyatukan dia dan Airin.Zairil terfikirkan tentang kekasihnya Juwita.Dia mencapai talifon dan cuba menghubungi Juwita.Cuma Juwita yang mampu menenangkan hati dia saat itu. "Hai sayang,tidur dah ke?" "Belum..Baru balik hotel.Ada apa ni?Lain macam jer suara?"Zairil melepaskan keluhan berat.Serba salah dengan Juwita. "I penat..Sayang..Kita kahwin nak?"Lama Juwita diam sebelum ketawa. "Apa you merepek ni?" "Tak kan you nak kita macam ni saja sayang?" "Kan kita dah setuju nak tunggu sampai kerjaya i stabil..Then baru kita fikir"Zairil mengetap bibir. "At least jumpa Mama dengan Papa i dulu.Diorang nak sangat jumpa dengan you" "Airil..Dah berapa kali i beritahu you.I tak ready.Nanti bila i dah jumpa parents you,diorang fikir kita nak kahwin cepat pula nanti" "I tak fahamlah dengan you ni.Apa susah sangat you nak jumpa family i.."Juwita mendengus.Sudah banyak kali mereka bertengkar tentang hal itu.Zairil tidak faham agaknya yang dia masih belum bersedia.Lagipun,penting sangat ke dia hendak jumpa keluarga Zairil.Dia mahu berkahwin dengan Zairil,selepas kahwin pun,bukan dia mahu tinggal bersama-sama keluarga Zairil.Jadi,tidak perlulah terlalu rapat dengan keluarga lelaki itu.Bila mereka sudah bersetuju hendak bernikah nanti,baru dia fikirkan bagaimana hendak mengambil hati Puan Ruzila. "Kenapa diam?"Zairil mengendurkan sedikit suara.Dia tahu Juwita pantang ditegur. "You marah,i diamlah..Nanti i menjawab you lagi marah" "Hurmm,sorry..I tengah serabut..You tidurlah sayang.Later i call you"Belum sempat Juwita menjawab,Zairil sudah mematikan talian.Apa tidak kena agaknya dengan Zairil malam itu.Biarlah.Juwita sudah letih seharian dengan kerja.Matanya sudah tidak dapat diangkat lagi. "Dia sayang aku ke tidak?"Soal Zairil didalam hati.Sudah bertahun mereka bercinta.Dia yang beria-ia sahaja.Tapi tak mungkin.Juwita sayang dan cintakan dia.Itu Zairil pasti.Cuma mungkin memang benar Juwita belum bersedia.Juwita baru sahaja membuka butik.Dia tidak patut marahkan Juwita begitu tanpa sebab.Juwita bukan tahu mengapa dia mendesak.Zairil mengeluh panjang.Buntu. ************* "Akak okay?"Soal Zahirah perlahan.Melabuhkan punggung disisi Airin diatas katil. "Okay?Mama suruh akak kahwin dengan Airil tau"Senyuman Zahirah meleret.Dia suka jika Airin menjadi kakak iparnya.Dari kecil mereka membesar bersama-sama.Dia kenal sangat perangai Airin.Gadis itu memang suka berhibur.Tetapi Zahirah tahu yang Airin sangat baik hati. "Senyum pula dia.." "Senyumlah.Kak,kalau akak ada pilihan lain,beritahu sajalah mama.Orang tua.Biasalah.Dia risau malu jika orang tahu kakak dengan Abang Airil kena tangkap basah"Kata-kata Zahirah membuatkan Airin terbayangkan wajah redup Puan Ruzila yang sabar membesarkan dia penuh kasih sayang.Puan Ruzila tidak pernah sekali merungut,melayan kerenah dia yang pelbagai. "Arghh..Ira saja buat akak tersepitkan?" "Bukan..Tak salah pun kahwin awal.Pilihan ditangan akak.Akak tak perlu taat pun pada permintaan Mama Papa sebab diorg bukan parents kandung akak kan?" "Ira..Kenapa cakap macam tu?"Airin menjeling Zahirah tajam.Dia tidak pernah fikir sampai kesitu.Tuan Hakim dan Puan Ruzila sudah dianggap seperti ibu bapa kandung dia sendiri. "Dah akak degil sangat..Tu la..Akak tu suka sangat clubbing..Tu Mama tak tahu yang akak sampai mabuk-mabuk" "Syhhh..Ira..Mama dengar nanti" "Tahu takut"Airin menjegil mata.Zahirah jika sehari tidak mengusik dia tidak sah. "Tidurlah..Esok ada kelas kan?"Zahirah mengangguk.Memang dia mengantuk pun.Tadi dia sudah tidur awal.Tiba-tiba terjaga kerana mendengar bunyi riuh rendah ibu bapanya bisingkan Zairil dan Airin.Selimut ditarik hingga keparas dada.Zahirah tidak mahu menganggu Airin.Biarlah gadis itu sambung termenung.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD