sekolah berasrama penuh

743 Words
‘Tahniah Ema dapat keputusan cemerlang dalam UPSR ‘ ucapku pada kakak ku ‘Thanks Izan ‘ balas kakak ku ‘ awak tu belajar rajin rajin boleh dapat keputusan macam Ema , ni tak asyik main je memang payah la nak dapat keputusan macam Ema’ sindir ibu pada ku Aku? Baik diam lebih baik UPSR ni keputusan peperiksaan untuk darjah 6 atau tahun akhir sebelum ke tingkatan 1 sekolah menengah ‘Izan , Jom g main basikal bosan ar duk rumah’ panggil Zam ‘ Jom la’ bergegas aku bangun ikut Zam ‘Aku cakap dah! Baru tadi bebel dia dh keluar pegi main’ jerit ibu sambil geleng kepala pada ku ‘Kami main dulu Ye ibu’ sahut kami berdua malas nk dengar ibu bebel sambil laju meninggalkan rumah dengan basikal masing masing Dah faham sangat perangai ibu , Ema tu semua betul kami ni ape pun tak kena di mata ibu Cuti sekolah bermula memang penuh la aktiviti harian anak ank sebaya kami Habis tu nak buat apa lagi Duk rumah mesti bertinju je la ngan adik beradik Nak tengok tv masa ni tak tau pun menatang ape televisyen tu haha Yang ade cuma radio , Bile dengar lagi sedap skit kang rase nk test suara plak Pastu kena bebel ngan ibu Last part ibu jugak yang hambat kami suruh main kat luar serabut katanya haha ‘Korang ni balik rumah mesti kotor busuk , ape nak jadi la korang ni ! ‘ marah ibu pada kami Nak buat macam mane duk rumah pun bukan boleh buat ape pun .. ucapku dalam hati Lain betul dengan Ema , sentiasa setia dengan buku dan rajin bantu ibu kat rumah dan tolong jaga adik adik yg masih kecil Mungkin sebab utama ibu tak pernah peduli padaku .. tak biasa bantu ibu kat rumah Belajar pun malas tapi Alhamdulillah result aku tak de la teruk sangat kan. Setiap tahun pasti akan naik pentas ambil hadiah . Maknanya aku budak bijak jugak la kann.. Hihi Kakak aku ditawarkan ke asrama Felda , anak ank Felda yg bijak je la merasa tinggal di asrama tu Gembira sungguh ayah dan ibu Pelbagai persiapan untuk hantar kakak ke asrama Dalam hati aku terdetik jugak ‘ mane la ayah dapat duit beli semua kelengkapan asrama Ema ye’ padahal kami makan sehari hari pun cukup cukup makan je Punye la excited ibu ayah nak yang terbaik untuk Ema anak emas mereka Menjelang hari pendaftaran ayah pinjam kereta jiran sebab banyak barang nak bawa . Nak naik bas susah nak angkut kan Aku? Dah biasa pergi sendiri haha , aku kan budak lasak ape pun bleh buat sendiri haha Sama abang dan adik2 ku Ibu aku? Duk rumah la jaga adik adik yang masih kecil. Itu la kehidupan orang kampung . Segala urusan luar memang tak akan melibatkan ibu . Ibu memang seperti katak bawah tempurung Bergantung seluruh hidupnya pada ayah 2 minggu berlalu . Ayah dapat khabar gembira dari sekolah terbaik di daerah Pekan Pahang. Sekolah Shah , Pekan. Sebuah sekolah yang amat gah ketika itu. Bahawa Ema ditawarkan bersekolah di sana. Pasti la ayah gembira bukan kepalang. Tapi sayang Ema tak mahu sebab dah seronok jumpa kawan baru di asrama Felda Usaha ayah untuk memujuk Ema sangat meruntun hati ku.. betapa sayang nya ayah pada kakak ku Ema Beberapa bulan yang lepas ayah ade beli motor baru sebab motor lama dah uzur dan selalu rosak Jadi ayah dapat bonus terus beli motor baru Tapi demi anak emas ayah sanggup jual kembali motor tu hanya untuk memujuk Ema bertukar ke sekolah baru. ‘Cantik nye jam ko Ema’ sambil belek belek jam di tangan Ema kakak ku ‘Ayah beli sebagai hadiah untuk aku pindah sekolah’ jawab Ema ‘Best nye ko kan dapat hadiah mahal’ kataku sambil menahan suara agar kakak ku tak sedar kesedihan ku ‘Aku tak nak pun sebab aku dah dapat kawan baru kat sekolah lama, tapi ayah beria ia nak aku pindah ke sekolah Shah tu, tak sampai hati plak nak tolak’ katanya lagi ‘Ko kan anak harapan ibu dan ayah, betul la tu tindakan ko’ aku masih cuba berfikiran positif Tapi hati aku sangat sedih mengenangkan tindakan ayah yang sanggup jual motor demi kakak ku Sedangkan motor tu la kenderaan utama keluarga kami Mujur la motor lama masih boleh di pakai walaupun dah buruk Dalam hati aku berdoa semoga aku juga beroleh kejayaan yang sama dan mungkin dapat ape yang kakak aku dapat ..
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD