Pelepasan

1105 Kata
Akhirnya dia akur jual kereta tu. Sebab aku ungkit yang aku: (i) tak nampak usaha dia nak bayar hutang pada aku; (ii) takkan bantu dia apa2 lagi untuk baiki/servis/petrol kereta tu; (iii) akan sumpah dia bila apa2 jadi kat dia dan keluarga dia datang tuntut kereta tu dari aku. Jadi, dia pun jual kereta tu. Dapatla cukup2 untuk cover barang dan duit hantaran. Tak cover pun barang kemas yang dia isi dalam borang sebagai mas kahwin hantaran. Tapi, masa nilah keluar sifat suka manipulasi dia tu. Ha red flag kan tapi dah terlambat. Dia ada berkenan satu kereta ni, yang memang aku tak berkenan pun sebab panjang sangat, dan dia minta gunakan duit tu untuk bayar duit muka kereta tu. Jadi, duit bulanan yang aku kena bayar jadi kurang. Gila apa? Harga kereta tu untuk aku pada masa tu bukan dalam julat kemampuan aku. Sebab masa tu, kereta yang aku pakai dari bujang pun tak habis bayar lagi. Dan dengan bayar bulanan sikit untuk kereta tu pun, aku nak makan dah kena ikat perut. Belum kira nak beli baju dan keperluan aku dan anak. Tanggungjawab dia yang dia tak ambil2 alih lagi. Minta bayar duit taska anak bulan2 pun, lebih banyak tak bayar dari bayar. Pui! Duit yang aku dapat tu pun aku ingat nak setel hutang mana yang ada dulu. Hutang kad kredit haritu pun tak dapat setel guna duit KWSP sbb sedap dia lenjan sana sini. Tak lama lepas tu, anak kami disahkan sakit. Duduk la bertapa beberapa hari kad wad. Minta cuti kecemasan sebab tak tau berapa lama kat hospital. Dia sedap tak nak gilir2. Ikut dan dia je. Aku tak tau lah, tapi bersyukur sangat masa tu Allah makbulkan doa aku. Aku minta permudahkan hidup aku dan anak. Aku akhirnya dapat naik pangkat. Dah anak sakit, aku usahakan juga dapatkan rumah sewa yang dekat dengan hospital. Alhamdulillah dapat. Senanglah kami nak ulang-alik temujanji pemeriksaan anak tiap2 minggu. Nak dijadikan cerita, satu hari, masa kami santai2 beli-belah tingkap di satu pusat beli-belah, ada pameran kereta yang dia minat tu. Masa nilah dia tayangkan lagi kemahiran manipulasi dia. Terus dia heret saya dan anak pergi tengok kereta tu. Sumpah, tengok jauh pun tak berkenan, ni kan tengok dekat. Lagilah. Dia pulak sedap terus deal dengan jurujual. Siap sebut jumlah yang dia bayar kat saya tu sebagai duit muka. Kira2 kurang beberapa puluh lagi nak cecah seribu. Memang tak nak lah saya. Dia dengan jurujual tu beriya2. Siap cakap saya boleh jual kereta yang ada sekarang ni dengan dia untuk mudahkan bayar satu kereta je. Saya keras2 tak nak. Tapi dia paksa2 juga. Akhirnya dengan berat hati saya okaykan aje. Tuhpun sebab saya tau, kalau saya tak ambil tu mesti dia ugut nak apa2 kan anak saya. Malam tu saya menangis. Baru rasa lega sikit. Kenaikan gaji saya bukan banyak, dia bebankan saya lagi. Saya ungkit lagi minta hak nafkah saya. Jawapan kali ketiga pun sama. Jawab tak mampu sambil marah2 saya kata saya tak paham situasi kewangan saya. Habistu yang dia bebankan saya dengan hutang yang pelbagai ni? Sebab saya sakit hati sangat, saya doakan dia cepat mampus. Tapi doa yang jahat untuk orang yang jahat mana pernah termakbul. Berapa lama, sampai dah selesai urusan jual beli kereta, dia tetap buat bodoh dengan tanggung jawab dia. Satu hari tu saya marah sangat, sebab masa tu dia rampas anak dari tangan saya bawa masuk bilik, kunci pintu. Anak yang saya dah besarkan guna hasil titik peluh dan derita saya. (Saya kumpulkan sampai anak nombor dua saya untuk ceritakan pengalaman derita saya bersalin dan berpantang). Saya punya geram, saya tendang pintu bilik sampai pecah. Saya jerit kuat2. Dasar jantan tak guna. Saya minta cerai lagi. Sebab buat apa dia nak aniaya saya lagi? Dia rasa dia hebat, dia ambillah anak tu jaga. Tapi kalau saya dapat tau anak saya diserahkan kat mak mertua saya untuk dijaga, saya bagitau polis keluarga dia culik anak saya. Biar dia tengok, rasa, macam mana tengok ahli keluarga dalam derita. Dia diam. Sebab dia tau, sepanjang selepas anak saya lahir, tak dapat banyak pun dia keluarkan untuk anak saya, bayar duit taska pun dia cuma buat 2,3 bulan. Akikah anak pun guna duit saya. Nasib saya pandai sorok baki duit KWSP. Tapi, mana dia nak mengaku kesalahan dia. Esoknya dia pergi kerja. Tau balik gi tampal artikel surat khabar kat dinding. Lepas tu kurung saya dalam bilik. Saya tak tau lah cerita bohong apa yang dia beritau orang pejabat dia, tapi kat artikel tu saya conteng, tunjukkan mana kesalahan dia. Dia masuk bilik tak lama lepas tu, dia nampak apa saya buat. Eh, malulah, ingat nak gunakan artikel tu bagi menegakkan benang yang basah, tup2 boleh guna untuk buat infografik kesalahan2 dia. Dia cabut artikel tu dia jerit marah2 kat saya kata saya tak baca. Saya jerit kat dia yang dia dayus, dia yang tak reti nak baca. Tak perlu nak tunjuk diri dia bagus sangat bila tiada satu pun tanggungjawab dia yang dia laksanakan. Lepas tu saya tak tau macam mana jadi okay. Kalau ikutkan marah sangat saya tu, memang saya dah halau dia keluar rumah. Nasiblah Allah jadikan saya ni penyabar yang amat. Lepas kejadian tu, saya tak banyak bercakap dengan dia. Tapi saya tanamkan dalam diri saya, saya takkan halalkan satu sen pun duit saya yang dia guna. Termasuklah perbelanjaan pergi balik kampung dia yang dahlah kereta tu bulanan saya bayar tanpa dia bayar sewa, minyak lagi, tol lagi, makan minum masa perjalanan lagi. Dan dia kata saya tak boleh minta hak nafkah saya dari keluarga dia walaupun dalam Islam dah cakap, kalau suami tak mampu beri nafkah, boleh tuntut dengan ahli keluarga lelaki dia. Saya kata boleh, tapi balik je rumah dia, saya takkan buat apapun kat rumah tu walaupun kutip sampah. Saya tak peduli dah masa tu. Kalaupun mak mertua saya perli depan muka saya ke apa, stand by lah satu hari saya akan balas balik kat muka mak dia tu terima kasih melahirkan dan membesarkan anak yang hanya mampu jadi biawak hidup. Buat masa sekarang? Masih bertahan. Walaupun tak tahan dengan perangai dia yang mengaku harta saya sebagai harta dia, duit saya sebagai harta dia, memerli saya depan ahli keluarga dia macam saya yang salah memasak bila dia yang salah campur bahan dan tidak benarkan saya menggunakan harta saya terutamanya kereta yang saya beli menggunakan hasil titik peluh, derita, air mata dan ikat perut saya. Banggalah orang tua dia macam anak biawak dia yang hebat sangat padahal gaji anak dia jauh lagi kecil dari gaji saya dan tak ada usaha nak tambah pendapatan apatah lagi bagi mampu membayar hutang dan beli sendiri harta2 tu.
Bacaan gratis untuk pengguna baru
Pindai untuk mengunduh app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Penulis
  • chap_listDaftar Isi
  • likeTAMBAHKAN