Permulaan

640 Kata
Mula2 kahwin dia dah tunjuk belang. Aku minta nafkah. Tau apa alasan dia beri aku? SAYA TAK MAMPU Ha? Kalau tak mampu, kenapa nak buang masa perempuan lain tabur janji bulan bintang semua? Aku terus kira as hutang dan akan tuntut dari semasa ke semasa. Dia langsung tak tanya aku nak minta nafkah berapa. Terus cakap tak mampu ya. Kedekut, langsung tak reti nak bertanggungjawab. Aku terus tawar hati. Sebab nampak sangat sebelum kawin manis menabur janji, lepas kahwin semua tanggungjawab nak dilepasnya. Takde nak usaha pun bagi tunai tanggungjawab. Aku minta dia tunaikan tanggungjawab. Bayar sewa rumah dan belanja rumah sebab tu tanggungjawab wajib dia. Dia bagi alasan tak mampu lagi sebab dia kerja kt luar kawasan tempat tinggal kami. Aku terus sedih masa tu. Apa guna kami kahwin? Semua aku yang kena tanggung. Elok2 gaji aku untuk aku makan seorang, dah kena tanggung seekor biawak lagi! Maka, akulah yang membayar segala2 yang sepatutnya menjadi tanggungjawab wajib dia dalam rumah tu. Tu belum kira duit minyak kereta. Dia ada kereta yang dia beli guna nama bapak dia. Dan motor atas nama sendiri. Dia dah tau kerja dia jauh tu, masih nak ulang-alik hari2. Aku minta dia untuk hadkan balik hujung minggu sahaja sebab tempat kerja dia tu jauh, dia dah ada pun tempat penginapan kat sama dan ulang-alik dia tu makan banyak duit aku. Kenapa aku kata duit aku? Tiap kali dia nak isi minyak, berkali2 seminggu nak kasi penuh tu, dia sibuk minta kad kredit aku. Aku marah dia, aku cakap yang dia swipe2 kad kredit aku tu tak kena bayar ke? Ingat kerajaan langit yang bayar? Dia boleh tak percaya kad kredit kena bayar balik. Apa bodohnya dia ni! Aku rasa macam bercakap dengan dinding! Tak lama lepas tu, nak dijadikan cerita, kereta dia rosak tersadai kat tepi jalan. Memang takleh jalan langsung. Aku dah sampai kerja masa tu. Dia call aku sowh gi bantu dia. Aku sowh dia call konsesi lebuhraya minta bantu tarik kereta. Bukan aku boleh tarik kereta dia pun. Nak gak tunggu aku sampai dulu! Aku sampai je, dah ada petugas lebuh raya bantu nak tarik kereta. Sebab dekat, minta bantuan pada petugas untuk tarik sampai lepas tol dekat rumah. Sebab dorang kata tak boleh bantu tarik jauh lagi. Sampai tol, sedap2 dia lenjan kereta aku gi cari bengkel. Dapat bengkel mana yang dah bukak, minta bengkel tarikkan. Kitorang mana biasa dengan bengkel dekat taman perumahan tu jadi tak tau bengkel tu okay ke tak. Tapi rasa macam kena tipu. Bengkel tu kata kos nak baiki RM2000. Mana pulak lah nak cekau? Dia kata abang dia ada hutang dengan dia jadi dia minta abang dia bayar balik. Sudahnya dia call sana-sini, datang kat aku, dia cerita abang dia yang pinjam duit tu kata dia berkira bila dia minta duit tu dan kakak dia tak boleh pinjamkan duit. Elok betul perangai adik-beradik dia kan? Habis tu macam mana? Aku mana ada duit dah. Dah semuanya aku yang bayar. Dia minta aku pinjamkan kat kawan sepejabat sebab kawan dia jauh. Bahana, bahana. Aku dah cakap dah, tak payah susahkan aku nak ulang-alik hari2. Ni nak suruh aku tebalkan muka pinjam duit orang? Maka hari tu, aku patah balik ke ofis dan mula tanya sana-sini nak pinjam duit. Ya Allah, malunya! Seumur hidup aku, tak pernah pinjam orang! Satu persatu aku dapat kata2 penuh hinaan dari orang sepejabat aku. Ada yang bertanya "Eh, bukan baru kahwin ke? Dah sesak?" "Kau kahwin dengan laki macam mana ni? Kalau tau macam ni, baik kau jadi perempuan simpanan aku dulu?" "Eh, selalunya pegawai banyak duit" Malu sangat. Tak tau dah nak jawab apa. Alhamdulillah ada yang baik hati bagi pinjam. Aku minta bayar ansur-ansur dan dia bagi. Habis kerja petang tu aku bawa balik duit tu, aku sorok elok2. Dalam kepala otak dah fikir nak minta cerai saja.
Bacaan gratis untuk pengguna baru
Pindai untuk mengunduh app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Penulis
  • chap_listDaftar Isi
  • likeTAMBAHKAN