Mukadimah

304 Kata
Aku cerita ni untuk lepaskan geram dan semoga sesiapa yang jumpa dan baca cerita aku ni jadikan ia satu pengajaran. Dan kalau apa2 terjadi kataku, ketahuilah, suami aku bukan orang baik2, harta2 aku yang aku tinggalkan takkan aku halalkan satu sen pun yang dia sentuh. Semua untuk anak2 dan parents aku sahaja. Alkisahnya, masa umur aku lewat 20-an, adik aku yang muda lagi tu dah gatal sangat nak kahwin. Aku takde pilihan. Mak bapak aku memang takde sediakan aku calonlah, yang diorang tau, calon yang perlu aku bawa balik adalah dari kalangan yang ternama dan kaya. Aku memang tiada niat langsung nak berkahwin pada masa tu. Tiada seru dan lelaki yang aku jumpa semua niat nak kahwin lain macam. Nak kahwin dengan aku tapi buat aku macam tuli tanya kat kawan depan aku, "boleh ke dia jaga mak aku?", "boleh ke dia masak?" Aku bukan jenis kampung tak terpelajar macam tu. Aku antara yang terpandai dalam kampung aku kot. Lepas tu nak buat aku macam nanny, macam tukang masak. Nak orang macam tu apa kata cari orang kampung korang yg habis2 SPM untuk korang jadikan bibik dan tukang masak. Takde langsung yang niat kahwin tu ikhlas lillahi taala. Untuk membimbing aku bersama2 mengorak langkah ke arah perkahwinan yang bahagia, penuh barokah dan selayaknya melangkah bersama ke Jannah. Tapi dah adik aku ni lain macam dah gatalnya. Aku sowh kawin jerla dulu, bukan ada kena bayar lebih pun untuk dia kahwin dulu. Tapi biasalah kalau dah jenis2 camtu, dahtu anak manja mak pulak tu, kena paksa gak aku cari calon suami. Bagi aku masa tu, amik jerla mana yang ada, esok2 kalau laki tu tak elok, mintalah cerai. Walaupun cerai tu bukan mudah dan dilaknat Allah. Tapi buat apa aku hidup teraniaya macam tu kan? Makanya, bermulalah episod aku jumpa bakal suami aku masa tu...
Bacaan gratis untuk pengguna baru
Pindai untuk mengunduh app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Penulis
  • chap_listDaftar Isi
  • likeTAMBAHKAN