Pulang Ke Pangkuan

1367 Words
        Aku dan Anastasia hadir ke perjamuan tersebut yang diadakan di luar rumah agam itu. Agak ramai orang yang dijemput hadir dan kebanyakannya aku tidak kenal. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk duduk di satu penjuru dan makan makanan yang aku suka. Tak lama kemudian Anastasia membawakan aku segelas koktail. Aku mengucapkan terima  kasih dan meminum segelas habis koktail  itu dan dengan duniaku menjadi kelam.                                                         ===================== "Ada...." satu suara memanggil namaku dan menggerak-gerakkan tubuh ku.         Dengan perlahan aku membuka mataku, tapi cahaya yang memasuki mataku menyebabkan aku tidak boleh membuka mata. Aku cuba membuka mata ku dengan sebelah tanganku melindungi pancaran matahari dari mengenai mata ku. Sebelah lagi tangan ku menggapai tangan yang terhulur cuba untuk bangun.  "Di mana kita?" tanya aku kepada wanita pengiring atau Anastasia "Mari kita bergerak ke bawah, di bawah terdapat sebatang jalanraya, aku akan terangkan segalanya di dalam perjalanan kita ke sana" arah Anastasia, tanpa membuang masa kami berdua bergerak ke bawah. Walauppun suasana masih pagi tetapi kami risau jika terlambat suasana akan menjadi gelap dan menyukarkan pergerakan kami. Ini kerana kami tidak tahu sejauh mana yang kami perlu tempuhi untuk sampai ke pinggir jalan. Sepanjang perjalanan ke bawah, Anastasia menceritakan segalanya kepada aku dan perancangan yang akan kami laksanakan. Rupanya Anastasia mempunyai hubungan dengan abang ngah ku, mereka bertemu semasa sama-sama belajar di sana. Namun hubungan mereka tergantung kerana abang ngah telah keluar dari tempat tersebut sedangkan dia masih lagi di sana walaupun telah mempelajari segala ilmu yang Pak Cik Albert perturunkan. Pada mulanya dia agak marah kepada Pak cik Albert tetapi akhirnya berasa amat beruntung kerana dia dapat belajar dari Tok Betty dan itu adalah ilmu yang sangat di dambakan oleh pelajar-pelajar di sana tak kira lelaki atau wanita.  Walaupun begitu, ilmunya lebih rendah dari aku walaupun pada dasarnya dia berada lama di sana kerana aku dilatih secara lansung oleh Pak cik Albert.  Kami berdua juga diminta menukar wajah dan nama, jadi sepanjang perjalanan kami mereka-reka nama untuk kami berdua dan ketawa lucu dengan nama yang kami cipta untuk diri sendiri. "Ssshhh" arah Anastasia kepada ku sambil mengarahkan aku untuk bersembunyi di sebalik pokok sedangkan dia menghendap ke satu kawasan. Tak lama kemudian dia kembali bersama beberapa orang lelaki. Beberapa orang lelaki yang amat aku kenali. Aku pun berlari dan memeluk abang ngah ku sambil menangis teresak-esak.  Abang ngah ku mengusap rambutku lembut. "Sudahlah buat drama kat sini, patutnya Anastasia yang memeluk abang ngah bukan kamu" kata abang long ku memecah sunyi. Aku mencebir mulutku dan mengelap air mata ku dengan baju. Lalu aku menumbuk perut abang long ku dengan geram dan dia yang tidak bersedia mengaduh sakit. "Mari kita bergerak sekarang" Bryan bersuara sambil merangkul pinggang ku. Aku tersenyum malu kerana mengabaikan kewujudan dia.        Kami berlima bergerak menuju ke kereta yang sedang menunggu, rupanya mereka menyediakan 'homevan' untuk memudahkan kami berkumpul bersama.  Aku dan Anastasia diberikan pakaian dan kami berdua mengubah wajah kepada wajah orang lain yang terlihat agak menua. Kami makan dengan berselera sekali kerana sudah lama tidak makan makanan yang enak. Mereka bertiga ketawa melihat kelakuan kami berdua. "Okay, sekarang setiap seorang akan dapat nama baru. Ada kepada Enot, Tas kepada Etot" kata abang long ku dan membuatkan aku terkejut dan marah. Tetapi wajah abang long ku terlihat dingin jadi aku pun tak berani membantah dan menunduk patuh. "Kamu berbualah aku pergi ke depan duduk dengan pemandu" kata abang long ku kepada kami berempat.         Bryan menarik tangan ku untuk di sebelahnya dan memeluk erat diriku seolah tidak ingin melepaskan aku dari sisinya lagi. Aku diam tidak berkata-kata, sedangkan abang ngah ku dan Anastasia ke kerusi di belakang satu lagi dan menarik tirai untuk menghalangi pandangan kami. Aku pun menjadi agak tidak malu kerana tidak ada abang-abang ku yang akan mengejek aku.  "Kau masih suka aku walau aku sudah tua? " soal ku kepada Bryan sambil bersandar manja di dadanya. "Aku akan menua bersama dengan mu, adakah kau akan tinggalkan aku bila aku tua?" soal Bryan semula sambil jarinya yang runcing memegang daguku lalu mulut kami bertaut dengan lama. Bryan melepaskannya di saat yang tetap ketika aku hampir lemas tiada oksigen. Wajah ku memerah hingga ke telinga kerana malu, tetapi Bryan tersenyum senang melihat gelagat ku yang malu-malu. "Kamu malu?" tanya Bryan dan ini membuatkan aku lebih malu lagi. Terasa aku ingin membenamkan wajahku ke dadanya yang bidang supaya panahan matanya tidak terlihatkan oleh ku. Kami berpelukan erat sehingga sampai ke suatu tempat. "Kita akan  bertukar kenderaan sekarang, kau dan Tas akan ikut aku pulang ke rumah ku sebagai pembantu, ku harap kau dapat mengawal perasaan dan bersabar dengan Ada palsu di sana" ucap Bryan sambil mengusap lembut pipiku. Aku cuma mengganggukkan muka ku tanda faham.         Kami telah bertukar kenderaan, Anastasia (Etot) duduk di sebelah pemandu dan aku aka Enot duduk di belakang bersama-sama dengan Bryan. Dia masih tidak sanggup melepaskan aku dari pelukannya. Aku tertidur di dalam pelukannya yang hangat. "Sudah sampai, kamu turun dan Faz akan mengatur tempat kamu berdua. Pastikan seperti yang dirancang"  ucap Bryan dengan wajah yang berat untuk melepaskan aku. Begitu juga dengan aku. Bryan membuka pintu untuk turun. "Hanya pembantu rumah yang tak bermartabat kenapa harus U pergi jemput?" satu suara hinaan wanita yang nyaring menyambut kedatangan kami. Aku tertegun di dalam kereta dan akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari pintu di sebelah aku.         Setelah keluar aku melihat Bryan berlalu pergi dengan seorang perempuan persis wajahku mengikuti Bryan dengan hentakan sepatu tumit tingginya dan leterennya sepanjang jalan menghina kami berdua. Aku dan Faz berpandangan dan akhirnya kami ketawa. Agak lucu, pertukaran yang tidak menguntungkan dan penyamaran yang tidak berjaya sama sekali.         Aku dan Anastasia di tempatkan di kamar khas tidak seperti pembantu lain yang di tempatkan di asrama. Kamar Anastasia di sebelah kanan bangunan di tingkat dua dan aku ditempat di sebelah kiri bangunan di tingkat yang sama. Aku agak hairan kerana ini bukannya rumah yang aku pernah datang dulu. Ini rumah yang mana, rumah yang tidak pernah aku ketahui dan akhirnya aku sedar yang aku cuma kenal Bryan beberapa ketika sahaja sebelum aku di bawa secara paksa ke tempat siksaan itu.                                                                         =========================         Faz memanggil aku dan Anastasia turun ke bawah kerana Bryan dan Ada palsu ingin berjumpa dengan kami berdua. Mereka menunggu kami berdua di ruang tamu  bersama-sama semua pembantu rumah dan para pekerja yang ada di dalam rumah agam ini. Aku terpegun sejenak, wanita ini amat galak sekali amat tidak seperti aku. Dia memarahi semua orang di situ dan membuatkan aku yang berjalan ke arah mereka merasa pening kepala. "Ada, mari duduk" panggil Bryan kepada perempuan itu sambil matanya sekilas memandang ke arah ku dan menunduk. Jarinya yang runcing  memegang kepalanya. Aku faham situasinya, aku yang melihatnya pun merasa pening. Mungkin mereka cuba untuk memberikan kesan buruk kelakuan ku kepada Bryan dan orang sekitarnya. Untung saja Bryan sedar dan tahu hal sebenarnya. "Kamu berdua ingat kami ini apa, kami ini tuan besar dan puan besar rumah ini. Kami pemilik rumah ini dan kamu membuatkan kami tertunggu-tunggu akan kamu. Kamu rasa kamu hebat, dasar pembantu rumah yang tidak bermartabat"  amarah Ada palsu tertuju kepada kami. Punggungnya yang baru sahaja mencecah sofa seakanterkena paku terus bangkit dan menhala ke kami dengan bebelannya. Kami bertiga tidak menghiraukannya dan berlalu di hadapannya dan menganggap Ada palsu sebagai angin yang menghembus. "Kamu bertiga hebat sekali, sampai aku yang di sini tak hirau. Kamu tahu aku Paun Besar rumah ini. Kamu ingat kamu..." "Sudah Ada, duduk"  arah Bryan sambil bangun. Wajahnya memerah menahan marah. Aku tersenyum kepada Bryan kerana aku faham perasaannya. Wajah Bryan agak tenang setelah melihat aku tersenyum. "Mereka berdua adalah pengawal peribadi yang ku upah untuk menjaga kamu dan aku. Seorang Enot dan seorang lagi Etot" jelas Bryan kepada Ada palsu  memperkenalkan kami. "Aku akan mengambil Etot untuk diriku, sebagai pengawal ku sekiranya ada wanita yang cuba mengganggu ku akan lebih mudah untuk di tangani" kata Bryan kepada Ada palsu dan aku terkejut kenapa dia menyurung aku kepada wanitahilang akal ini.  Bryan cuba menyiksa aku dengan perempuan ini atau cuba membuatkan aku bertambah cemburu kepada hubungan mereka atau apa sebenarnya yang berlaku. Terasa seperti ingin menjerit kepada Bryan ' Adakah kamu sudah hilang akal dan tidka sayang kepada aku lagi' tapi ku telan segalanya dan berdoa agar wanita  hilang akal ini tidak memilih aku.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD