Aku dikejutkan oleh deringan jam di sisi katil, terkejut dan berkejaran ke bilik air. Terlewat dan perlu segera bertindak. Lewat lagi ke kuliah, mama berleter, pensyarah berleter..........laju, laju........ Aku berkejaran bersiap dan turun ke bawah.
'Sunyi'
"Mama, Kak Ain....." panggil ku, hairan.
Aku tercari-cari mama dan kak Ain di dalam rumah, di luar rumah, di kamar mereka tapi masih tidak ketemu. Kemana mereka ini, tidak pulang semalaman atau sudah pulang ke kampung se awal pagi. Tanpa jawapan yang saheh aku bergegas ke kuliah.
==============================
Setibanya aku di kuliah, aku termaklum pengarah tempat kuliah ku mencari aku. Sudah.......... aku ponteng sehari, sudah ketahuan ke pihak atasan kuliah ku. Aku dengan fikiran yang kacau menuju ke pejabat pengarah. Setibanya di depan pintu bilik pengarah, aku pun mengetuk pintu dengan fikiran yang kacau...........
"Masuk..........." suara dari dalam.
Aku membuka pintu dan tunduk hormat kepada pengarah kuliah ku lalu duduk di kerusi yang di sediakan di situ.
"Kyra, saya tahu awak ada aktiviti lain diluar waktu kuliah, tapi saya berharap agar aktiviti tersebut tidak mengganggu kuliah kamu. Saya tahu, syarikat keluarga kamu banyak menyumbang kepada jabatan kami tetapi itu tidak membolehkan kamu membuat sebarangan di sini. Selama hari ini, kami memejam mata atas setiap kesalahan kamu, tapi kali ini kamu melampaui batasan," terang pengarah dengan panjang lebar.
"Saya mohon maaf, saya janji tidak akan ulangi lagi......" ucapku sambil menunduk.
"Ucapan maaf mudah di ungkap tapi sukar diterima, saya cuba memberikan peluang terakhir kepada kamu, jika berulang lagi kuliah kamu akan di tamatkan, kamu boleh keluar sekarang." tegas pengarah kepada ku.
Aku yang masih bingung bangun, tunduk hormat dan keluar dari kamar pejabat pengarah. Mungkin aku sedang kekacauan dengan kehilangan mama dan tidak mengambil peduli hal yang berlaku tadi. Aku menghubungi telefon mama, nampaknya telah dimatikan. Kemana mama telah pergi, tanpa meninggalkan pesanan kepadaku. Sedih, terasa tidak disayangi....
Lamunan ku terhenti, telefon ku berbunyi, panggilan dari abag sulung ku. Aku berlari ke kawasan yang tiada keramaian kerana abang-abangku tidak akan menelefon jika tiada hal yang penting.
"Ya abang long, mama ada dengan abang long kah?" tanya ku tanpa basa basi lagi selepas menekan tombol jawab.
"Hahaha, adik ku yang lembab pun tahu mama hilang ya...." suara di hujung sana mempersendakan aku, begitulah cara abang-abang ku. Aku sepertinya dilindungi oleh mereka, teramat dilindungi sehingga tiada apa-apa yang aku boleh ketahui tanpa izin dari mereka.
"Abang long, cepatlah. Adik risaukan mama, dah tu pengarah panggil bagi amaran untuk tamatkan kuliah adik, adik runsing dan kacau di sini............" ungkapku dengan sedih.
"Keluar dari sana sekarang, abang tunggu di tangga tempat kuliah, sekarang..........." arah abang long ku dengan tegas
Tanpa banyak soal, aku bergegas ke tempat yang dinyatakan oleh abang long ku. Di sana kelihatan sebuah kereta sport berwarna merah metalic yang sangat menarik perhatian ramai. Aku berasa gugup kerana pandangan mata sekeliling ku. Di sana juga berdiri seorang lelaki yang tampan dengan blazer kelabu. Kakinya yang panjang menyilang dan bersandar di kereta sport tersebut. Rambut kerinting yang panjang di ikat ke belakang, kacamata hitam menambahkan lagi ketampanan. Itulah abang long ku, walaupun menginjak usia 40 an masih lagi amat tampan dan menarik perhatian ramai wanita. Mungkin sebab itu dia tidak mempunyai pasangan sehingga sekarang. Aku bergegas masuk ke dalam kereta bagi mengelakkan pandangan iri dari sekeliling ku. Abang long ku juga bergegas masuk dan memandu kenderaan keluar dari sana.
Kedua kami terdiam sepanjang perjalanan. Aku mengenal jalan yang dibawa oleh abang long ku. Tempat perjumpaan keluarga secara rahsia. Aku tidak faham kenapa kami sekeluarga tapi masih perlu menyimpan rahsia dari orang ramai. Akhirnya kami tibe ke lokasi.
================================
"Abang long, adik..." sapa abang ngah ku. Aku bergegas memeluk abang ngah ku. Pastinya aku kesayangan abang ngah ku dari orang lain sedari kecil lagi.
"Abang long buli adik kesayangan abang ngah dak.............." soal abang ngah ku seperti aku seorang anak-anak kecil sambil masih memeluk dan membelai rambutku.
"Ya, abang long buli adik tadi...............dia kata adik lembab......." ucapku sambil memuncungkan mulutku.
"Oh...nanti abang ngah marahkan abang long buli adik ya......" pujuk abang ngah ku.
"Mari kita mulakan perbincangan, abaikan budak manja tu........." abang long ku memberikan arahan kepada kami berdua.
Kami berdua pun menurut ke tempat perbincangan. Pelbagai topik yang di utarakan oleh kami bertiga mengenai keadaan semasa yang berlaku dan kehilangan mama. Selain itu, topik kepulangan Bryan juga kami bincangkan. Dan memang betul aku pernahberjanji dengan Bryan serta mencium nya. Memerah muka ku dibuat oleh kenyataan yang tidak aku sangka. Cincin yang ku sarungkan juga memang cincin yang kami buat sendiri semasa kanak-kanak.
Yang paling aku tidak sangka adalah, kehilangan mama dan kemarahan pengarah tempat kuliah ku juga berhubung dengan kepulangan Bryan. Satu alasan yang tidak terjangka oleh akal fikiran ku. Berapa ramai musuh yang Bryan miliki, aku pun teringat kembali kisah di malam itu. Aku hilang kawalan dan berlari turun dari kereta untuk membantunya. Aku merasa kesal kerana tindakan aku menjebak kami sekeluarga ke dalam masalah, terutamanya mama.
Tanpa aku sedari, ada orang lain yang lebih sedih dariku di dalam hal kehilangan mama. Namun semuanya tersorok di dalam raut wajah tenang dan berkarisma. Mungkinkah sesuatu yang disembunyikan oleh mereka berdua ini dari aku.
Setelah perbincangan lanjut, diputuskan aku terpaksa tinggal rumah n dan kuliahku di gantung sehingga mama ditemui begitu juga telefon ku disita agar orang tidak dapat mencariku di mana. Ini bertujuan bagi mengelakkan aku dari sebarang bahaya yang akut tidak dapat hidu. Aku hanya menurut apa yang terbaik.
===========================
Hari kedua kehilangan mama, masih tiada sebarang berita atau tanda-tanda mama akan ditemui. Aku terus berdoa agar mama cepat-cepat ditemui. Pelaku juga masih belum ditemui.
Sedang aku berleka membuang masa di depan television, pintu utama di buka dan Bryan melangkah masuk bersama abang long ku. Aku tidak menyangka mereka kelihatan sangat akrab. Abang long ku kelihatan sangat kusut dan ditenangan oleh Bryan. Aku melihat suatu hubungan yang tersembunyi disitu.
"Abang Bryan, aku betul-betul minta maaf, aku betul-betul sayangkan Qristiena...." ucap abang long ku sambil mengangis. Aku menyembunyikan diri memasang telinga ke atas perbualan mereka.
"Aku faham, aku tak pernah salahkan kau atas apa yang berlaku. Kau masih lagi suami yang sah Qristiena dan sentiasa adik iparku yang baik. Kita akan bersatu selepas semuanya di selesaikan...." pujuk Bryan sambil menepuk bahu abang long ku sambil memujuk. Aku terkejut yang amat sangat, rupanya abang long ku adalah suami Qristiena, kenapa tiada sesiapa yang tahu atau hanya aku yang tidak tahu.
"Mari kita berbincang di bilik kerja di atas" ajak abang long ku kepada Bryan. Setelah mereka naik ke atas, aku bergegas ke dapur dan membuatkan air dan kuih untuk mereka. Setelah siap semuanya, aku pun menghantar ke bilik kerja di tingkat atas. Aku mengetuk pintu.
Pintu di buka, ternyata mereka membincangkan perkara yang penting. Bryan tidak kelihatan, abang long ku mengambil minuman tersebut dan meminta aku tunggu di dalam kamar. Dia akan meminta Bryan berjumpa denganku di kamarku. Aku menggangguk dan menurut kata-kata abang long ku. Aku menuju ke kamarku dan menanti di sana.
Aku merasa sangat bosan, lalu menyalakan television yang tergantung di dinding kamarku. Sambil bersandar di katil aku memandang kosong ke arah television sambil mendengar pembaca berita memaklumkan sekujur tubuh wanita tiada identiti ditemui. Keadaannya tidak dapat ditentukan samaada masih hidup atau telah meninggal. Setelah gambar sebuah wajah muncul di kaca televesion, aku menjadi cemas dan seperti ingin menjerit keluar, namun aku menahannya.