"Aku akan mengambil Etot untuk diriku, sebagai pengawal ku sekiranya ada wanita yang cuba mengganggu ku akan lebih mudah untuk di tangani" kata Bryan kepada Ada palsu dan aku terkejut kenapa dia menyurung aku kepada wanita hilang akal ini. Bryan cuba menyiksa aku dengan perempuan ini atau cuba membuatkan aku bertambah cemburu kepada hubungan mereka atau apa sebenarnya yang berlaku. Terasa seperti ingin menjerit kepada Bryan ' Adakah kamu sudah hilang akal dan tidak sayang kepada aku lagi' tapi ku telan segalanya dan berdoa agar wanita hilang akal ini tidak memilih aku.
"Apa........ apa hubungannya kamu dengan dia sehingga kamu sendiri memilih dia, khas untuk diri kamu? Apa kamu lebih istimewa dari ku, lebih hebat dari ku?blablablabla" marah Ada palsu kepada Etot, dia terusan bla bla bla dan aku pusing mendengar bebelannya. Aku memandang bryan dan tersenyum kepadanya, dia hanya menunduk.
"Baiklah Ada, Ada bebas memilih siapa yang Ada mahu........." ucap Bryan kepada Ada palsu dan berlalu dari situ. Aku tertegun di situ dan memandang ke arah Anastasia dan Faz. Mereka hanya tersenyum kepada aku dan aku membalas senyuman mereka.
"Baik, aku mahu Faz menjadi pegawal ku, kamu berdua jagalah tuan besar" kata perempuan hilang akal itu. Aku bernafas lega, nanum bunyi nafas yang agak kuat menarik perhatian Ada palsu dan kesemua yang ada di ruangan itu menunduk tidak berani memandang kepada ku. Aku menyumpah di dalam hati.
"Kamu, perempuan berdarjat rendah, berani-beraninya mendegus di hadapan aku, Puan Besar rumah ini, kamu tidak mahu bekerja lagi di sini, kamu..........."
"Puan Besar yang cantik, maafkanlah dia, dia masih baru lagi bekerja di dalam bidang ini. Sebelum ini ada suaminya yang menyara, kini suaminya telah tiada. Kasihani lah dia" Faz memotong kata-kata yang belum dengan memujuk Ada palsu. Aku merasa isi perut ku meledak ingin keluar mendengar kata-kata Faz. Patut saja perempuan hilang akal ini suka kepadanya. Mungkin saja ini dinamakan cinta. Aku menunduk tetapi masih menyimpan senyuman.
"Baiklah, disebabkan Faz yang merayu kepada ku, aku lepaskan kau kali ini" kata perempuan hilang akal itu sambil jari runcingnya menyentuh dagu Faz. Faz hanya tersenyum kelat dan aku berterima kasih kepada nya menjadi penyelamat aku.
Setelah itu, Ada palsu itu pun berjalan ke atas menuju ke biliknya di tingkat satu. Semua orang bernafas lega seolah-olah badai telah berlalu dan semua orang senang.
"Kamu hutang aku satu bantuan" kata Faz kepada aku dan belum sempat aku menjawab kata-kata Faz, Ada palsu telah melaung namanya dari tingkat satu memanggil Faz ke kamarnya. Muka Faz berubah menjadi tidak sedap dipandang mata. Dia pun menunduk dan berjalan ke arah perempuan hilang akal itu.
"Selamat berbahagia" ucap ku kepada Faz dengan suara dengan sangat rendah hanya Faz dan orang sekeliling yang hampir sahaja yang mendengar kata-kata ku. Faz dengan muka mencerut mengangkat jari tengahnya kepada ku dan aku hanya tersenyum dan menundukkan muka ku supaya perempuan hilang akal itu tidak memarahi aku.
Kami semua yang tersisa di bawah kemudianya memandang sesama sendiri dan bubar tanpa suara mengerjakan kerja masing-masing. Aku dan Anastasia pulang ke kamar masing-masing di tingkat dua kerana tiada pekerjaan yang kami dapat lakukan di bawah.
"Kenapa ambil masa yang lama untuk naik. Dah lama menunggu" Bryan menyapa ku setelah aku menutup pintu kamar. Aku terkejut dan terhantuk kepala ke pintu kamar. Bryan terkekeh ketawa kepada aku yang mengaduh kesakitan. Bryan mengusap dahiku yang merah kerana terhantuk di pintu kamar. Aku menpis tangannya dan berlalu ke katil ku dan mengambil minyak panas untuk ku letakkan di tempat yang merah itu bagi meredakan kesakitan. Bryan membontoti ku dan duduk di sisiku.
Aku bergegas bangun ke kamar mandi, aku membawa sepasang pakaian yang disediakan oleh Bryan untuk ku. Aku mengubah wajahku ke asal dan memakai gaun bewarna biru turquoise. Aku merias wajahku seadanya untuk orang yang aku sayangi. Setelah yakin dengan penampilan ku, aku pun keluar.
Aku terkejut kerana Bryan berdiri tepat di hadapan pintu kamar mandi. Dia tersenyum lembut ke arah ku. Kami bergandingan tangan ke sofa di samping katil dan menonton siaran nyanyian di television. Bryan bangun mengunci pintu agar kami tidak terganggu terutama oleh Perempuan hilang akal itu.
Bryan duduk di sampingku dan kaku di situ tanpa suara, hanya matanya yang merenungku dengan penuh kasih sayang. Aku hanya menjeling kepada nya, tanda protes dengan perbuatannya kepada ku tadi. Dia melemparku kepada perempuan hilang akal itu. Dia tersenyum kepada ku dan merangkul bahuku ke dalam pelukannya. Aku mengelak perbuatannya dan begerak ke tingkap.
"Jangan di situ, cctv akan dapat merakam kita" kata Bryan kepada ku.
"Datang ke kamar ku cctv tidak merakamnya?" tanya ku kepada Bryan sambil tersenyum manja kepada nya dan bergerak ke arah Bryan. Dia bangun dan mengapai tangan ku. Dia mengandengkan tangan ku menuju ke almari bersebelahan kamar mandi dan membukanya. Disebalik baju-baju yang bergantungan ada ruangan rahsia. Bryan menggemgam erat tanganku dan membawa aku melalui lorong yang sempit menuju ke satu pintu. Kami keluar dari sebalik rak buku yang tinggi hingga ke syiling rumah. Bryan meletakkan telapak tangannya di frame gambar wajahku dan satu laluan terbuka untuk di lalui.
"Ini kamar ku" ucap Bryan kepada ku sambil merangkul aku dalam pelukannya.
"Hebat permainan mu tadi Bryan" ucapku kepada Bryan sambil bersandar ke dada bidang nya.
"Aku tahu dia suka kepada Faz, sebenarnya dia tidak menyemburui mana-mana perempuan pun di samping ku kerana tiada cinta di hatinya untuk ku dan cintaku hanya untuk mu" ucap Bryan sambil tersenyum kepadaku dan mengucup mulutku. Terasa nikmatnya setelah sekian lama terpisah, akhirnya aku menjadi sedikit dewasa di dalam diri. Aku membalas kucupannya.
Kedewasaanku dan kematangan Bryan menarik api di dalam tubuh kami tidak terhentikan. Aku hampir kehabisan nafas dan akhirnya Bryan melepaskan mulutku dan mulutnya meneroka ke telinga, leher dan ke dadaku. Aku hanya mendesah, menikmatinya. Kami menikmatinya tetapi tidak hingga ke puncak kerana Bryan berhenti di saat kehendaknya membara le atas ku. Bryan mengendong ku ke kamar mandi. Kami mandi di bawah air bagi meringankan keinginan kami berdua.
"Aku tidak akan berlebihan denganmu selagi tidak ada ikatan, aku berpegang kepada janji ku" bisik Bryan ke telingaku ketika kami di bawah pancuran air. Aku mengangguk faham dan sangat menghormatinya kerana dia benar-benar seorang lelaki bagi ku.
Selepas kami menyejukkan badan, kami memakai tuala keluar dari kamar mandi. Jika terlihat oleh orang akan menyangka kami melakukan sesuatu di kamar mandi. Bryan ke almari baju dan mengeluarkan satu bag pakaian untuk ku. Di dalam nya ada pakaian untuk ku, sepertinya dia telah menyiapkan segalanya untuk aku. Saiz pakaiannya memang untuk aku. Aku tersenyum. Setelah siap berpakaian aku pun bergegas ke kamarku. Bryan ketawa kecil dengan kelakuanku keanak-anakan.
Setibanya di kamar, aku mengubah wajahku ke wajah Enot dan dengan itu pakaian yang aku pakai menjadi berlebihan berbanding dengan wajahku yang tua. Aku tersenyum melihat wajahku sendiri di dalam cermin. Aku berjalan ke katil untuk berbaring.
Tok Tok Tok
Ketukan di pintu, aku bergegas ke pintu dan membukanya. Bryan berada di depan pintu kamarku, sangat pantas gerakannya.
"Ya Tuan Besar, bagaimana saya membantu" ucapku sambil menunduk hormat
"Aku rindu kepada mu" ucap Bryan dan mengarahkan aku keluar dengan isyarat matanya.
Aku bergerak keluar dari kamarku tanpa mengganti baju dan membontoti Bryan yang menuju ke kamar Anastasia. Bryan mengetuk pintu kamar Anastasia. Tidak lama kemudian Anastasia pun keluar, dia memang seorang yang berdisplin, sentiasa bersiap sedia. Aku menjadi malu bila berdepan dengan Anastasia. Dia membarikan tunduk hotmat kepada Bryan dan menyertai aku membontoti Bryan turun ke tingkat satu dan mengetuk kamar Ada palsu. Setelah agak lama barulah pintu kamar terbuka dan keluarlah satu lembaga manusia yang berantakan dan dapat diteka apa yang berlaku kepadanya.
"Kenapa sangat lewat menyelamatkan aku................" kata Faz kepada kami bertiga dengan nada berbisik tetapi dengan nada di tekan seakan marah. Aku tidak dapat menahan tawa berbeza dengan Anastasia, dia sangat patuh, wajahnya dingin.
Kami bergegas turun ke bawah dan menuju ke kereta. Tetapi kali ini Bryan yang memandu dan Faz di kerusi penumpang di depan dan kami berdua di belakang. Aku tersenyum dan menyandarkan badan serta memejamkan mata. Aku mendengar Faz membebel kepada Bryan, dia kini lebih kepada barang pertukaran oleh Bryan kepada musuh dan tidak dihargai oleh majikannya di atas kesetiaan yang di berikan selama ini. Aku akhirnya terlelap di dalam bebelan Faz dan bermimpi indah.
"Ada" namaku di panggil dan badan ku digerakkan oleh Anastasia. Aku tersenyum ke arahnya, fikiranku mulai berada di dalam dunia yang nyata. Anastasia tersenyum ke arahku dan Faz ketawa dengan penuh suka manakala muka Bryan merah hingga ke telinga namun membisu seribu kata. Aku terpana dengan suasana di dalam kereta. Apa yang salah dengan aku, aku berdengkur atau air liur ku meleleh.