14

497 คำ
Comeback week Sehun mula sebuk dengan latihan dan juga show untuk mempromosikan album baru mereka. Saera pula masih menetap di rumah Sehun. Walaupun Sehun jarang pulang. Dia tetap di sana menunggu Sehun pulang. Kerana, kadang kala Sehun akan pulang bersama yang lain untuk makan tengahari atau malam. "Hari ni awak balik tak?" Soal Saera kepada Sehun di hadapan pintu rumah. Sehun berpaling memandang Saera. Dia tersenyum nipis. "Mungkin tak. Sebab hyung nak buat mesyuarat malam ni dekat dorm." Jawab Sehun sambil mengusap kepala Saera. Saera mengangguk. "Hari ni awak ada comeback stage kan?" Soal Saera lagi. "Ye sayang. Aku pergi dulu. Dah lambat ni. Jumpa esok." Ujar Sehun dan berlalu pergi. "Haih, bosan la duduk sorang-sorang. Kalau tak silap dia buat comeback stage dekat KBS hari ni. Baik aku pergi." Terus dia bersiap dan menuju ke tempat yang dia ingini. ----- ^Saera POV^ Sekarang aku dah berada di antara peminat-peminat EXO. Orang pertama yang naik ke pentas ialah Chen. Disusuli oleh Baekhyun dan yang lain. Semua peminat mula menjerit. Mereka bersembang sebentar sementara menunggu segala persiapan selesai. Aku dari tadi hanya perhatikan Sehun. Berharap dia nampak kehadiran aku disini. "Sehun oppa!!!" Jerit seseorang di belakang aku. Sehun memandang peminat tersebut dan senyum. Aku rasa dia perasan tentang kehadiran aku disini. Dia merenung aku tajam. Marah mungkin. Kemudian dia turun dari pentas dan bercakap dengan seseorang dan naik semula. Bila semua sudah tamat. Tiba-tiba ada seorang yeoja datang menghampiri aku. "Cik, Sehun nak jumpa cik di belakang pentas. Sila ikut saya." Ujar yeoja tersebut dan terus berlalu. Aku yang masih blur ini tetap mengikut langkahnya ke belakang pentas. ----- "Kau buat apa dekat sini?" Soal Sehun dengan nada dingin. Saera menundukkan kepala. "Saya bosan dekat rumah. Sebab tu saya datang sini." Jawab Saera. Sehun tetap merenung tajam ke arah Saera. "Kenapa tak bagitahu aku yang kau nak datang?" Soal Sehun lagi. "Saya ada mesej awak tadi. Tapi awak tak jawab. Sebab tu saya datang." Jawab Saera lagi. "Kau datang dengan siapa?" Soal Sehun. Saera menghelakan nafasnya. "Haih, saya datang sorang je. Kenapa nak jumpa saya ni? Bukan lepas ni awak ada benda lain ke nak buat?" Soal Saera pula. "Ehem. Sebab kau dah ada dekat sini. Aku ingat nak kau ikut aku je lepas ni." Ujar Sehun. Saera memgerutkan dahinya. "Ikut? Ikut pergi mana?" Soal Saera. Sehun tetap diam dan terus berlalu pergi. Saera tak henti-henti menyuruh Sehun menjelaskan arah tuju mereka selepas ini. ----- Saers memandang Sehun pelik. "Kita nak buat apa dekat butik ni?" Soal Saera pelik melihat Sehun memakirkan keretanya dihadapan butik perkahwinan yang terkenal di bandar Seoul itu. Sehun tersenyum manis memandang ke arah Saera. "Saje je. Nak tengok baju dulu. Bukan apa lagi pun adik sepupu aku nak kahwin. Jadi dia minta tolong aku ambilkan baju kahwin dia. Jom la." Terus Sehun keluar dari perut kereta dan diikuti oleh Saera. 'Ceh, adik sepupu dia yang nak kahwin. Tapi kenapa yang ambilkam baju diorang. Rajin tak bertempat.' Monolog Saera yang masih berdiri di sisi kereta. "Tunggu apa lagi? Cepat la." Panggil Sehun. Saera hanya menghelakan nafas dan merapati Sehun yang berdiri di pintu masuk butik pengantin tersebut. TBC
อ่านฟรีสำหรับผู้ใช้งานใหม่
สแกนเพื่อดาวน์โหลดแอป
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    ผู้เขียน
  • chap_listสารบัญ
  • likeเพิ่ม