Alexandra - Pertemuan pertama.

677 Words
Daun daun kuning keemasan jatuh berguguran disepanjang jalan. Kedinginan pagi ini sepertinya menambah kesunyian hati milik Andrea. Wanita itu merenung ke luar sambil fikirannya terbang jauh. Setahun yang lalu , seperti hari ini dia bertemu lelaki itu. Seperti tahun tahun sebelumnya , tiada apa yang dapat diharapkan dari pertemuan mereka. Apakah erti sebuah pengorbanan bagi lelaki itu? Apakah erti cinta bagi lelaki seperti Leon? Entah bila air mata Andrea gugur. Pedih hatinya mengenangkan lelaki itu. Namun hatinya tak mampu meninggalkan Leon. Selama bertahun tahun dia mempertahankan cintanya dan selama itu juga Leon tidak memperdulikannya. Lamunan Andrea termati apabila bas yang dinaikinya berhenti secara mengejut dan badan kecilnya terhumban sedikit kehadapan. Kelihatannya ada kemalangan kecil di hadapan. Andrea memeriksa telefon pintarnya dan segera bangun. Dia mengambil keputusan untuk turun dan berjalan ke destinasinya yang tidak jauh dari hentian ini. Langkahnya di atur perlahan dan matanya tertumpu kepada kereta BMW hitam yang berhenti di bahu jalan tidak jauh darinya dan pandangannya beralih kepada lelaki tinggi lampai yang sedang berdiri di belakang kereta. Skylar , hatinya terdetik. Lantas langkahnya beralih menuju ke arah lelaki itu. “ Skylar..” nada Andrea perlahan namun jelas. “ Oh Hello Ms Andrea..” lelaki itu tersenyum sambil membalas sapaan Andrea. “ Are you okay?” Soal Andrea sambil memandang ke arah kereta BMW hitam itu. “ I am fine , I tengah tunggu kereta lain untuk bos I sementara I uruskan kereta ni.” Skylar membalas sambil tersenyum. “ Oh ..” Andrea angguk perlahan. Belum sempat Andrea menyambung soalannya seorang lelaki tinggi lampai berambut perang kemerahan keluar dari kereta. Fakhry Roux , Andrea menelan liurnya. Ini kali pertama dia melihat Fakhry secara berhadapan. Selama ini dia , seperti wanita wanita lain hanya membaca perkembangan Fakhry menerusi internet. “ Skylar , I will walk to Silver Tower.” Nada Fakry perlahan dan mendatar. Skylar mengangguk biarpun lelaki itu telahpun berlalu tanpa menunggu balasan darinya. Andrea berpaling ke arah Skylar. “ Fakhry Roux?” Andrea bertanya soalan yang jawapannya sangat jelas. “ Yes. Anyway Andrea , you nak pergi ofis?” Skylar bertanya apabila melihat Andrea dengan pakaian formal. “ I ada meeting tak jauh dari sini. Skylar , take care. I pergi dulu.” Andrea meminta diri apabila menyedari jika dia berada lebih lama di situ dia akan terlewat menemui lelaki itu. Langkahnya kembali di atur perlahan. Skylar merupakan teman sekuliahnya dan lelaki itu adalah salah seorang pelajar terpintar jadi tidak hairanlah jika dia bekerja untuk Roux Group. Agak lama juga mereka tidak berjumpa namun kekal berhubungan di w******p group kuliah dan Andrea mengenali Skylar secara rapat sewaktu di universiti kerana mereka kerap berada di dalam kumpulan sama untuk tugasan berkumpulan. Skylar padanya adalah seorang lelaki sopan yang berbudi bahasa selain pintar dalam segala aspek. Entah berapa ramai gadis jatuh hati dengannya namun Skylar menolak dengan baik. Katanya , dia tidak bersedia. Andrea tersenyum sendiri membayangkan waktu itu. Langkah Andrea termati apabila telefon pintarnya berdering. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin namun Andrea menjawab panggilan tanpa ragu. “ Ms Andrea , I will pick you up in five minutes. Mr Leon asked me to bring you to White Mansion.” Suara lelaki itu jelas dan nasanya serius. Belum sempat Andrea bertanya talian telah dimatikan. Andrea melepaskan keluhannya perlahan. Apa lagi kejutan yang ingin diberikan Leon kepadanya. Tidak sampai lima minit sebuah kereta BMW hitam berhenti di bahu jalan berdekatan dengannya dan seorang lelaki kelyar dari ruang pemandu , menyapa Andrea dan membuka pintu penumpang untuknya. Andrea mengenali kereta itu namun bukan pemandunya. Wanita itu berdiri tidak berganjak buat seketika dan telefon pintarnya berdering sekali lagi dan kali ini pemanggilnya adalah Leon. “ Hi Andrea , please get in the car .. We are waiting for you.” Nada Leon bersahaja. “ Leon , what is going on?” Andrea menyoal. “ Get in the car , talk later..” Leon membalas pendek dan panggilan di tamatkan. Andrea menggelengkan kepalanya tidak percaya dengan tingkah Leon namun melangkah masuk ke dalam kereta. Bertahun tahun dia mengenali Leon masih lagi dia tidak percaya Leon selalunya begini.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD