Alexandra - Leon White

788 Words
Andrea bermain dengan telefon pintarnya sementara hatinya tertanya tanya mengapa mereka perlu berjumpa di kediaman keluarga White? Seingat Andrea beberapa tahun ini jika dia kesini Leon akan menghilangkan diri entah kemana , tidak sekalipun mereka bertemu disini dan Leon juga berkali kali memintanya untuk tidak kembali ke White Mansion dan alasan yang diberi setiap kali ditanya Sebastian mengapa dia tidak ke White Mansion adalah kerana jadual kuliahnya yang padat.Ya , Sebastian White , antara lelaki terkaya yang memiliki empayar perniagaan dalam pelbagai cabang. Lelaki itu juga yang bermurah hati membiayai pengajiannya selama bertahun tahun. Dia sedar tanpa lelaki itu mungkin hari ini dia akan terus hidup dalam kemiskinan itu. Kemiskinan yang meragut semua kebahagiaannya. Bicara tentang hidupnya seakan membaca cerita malang yang bertimpa timpa hinggalah saat dia bertemu dengan Sebastian White. Entah mengapa lelaki itu begitu mengambil berat tentangnya saat tiada siapa pun ingin mengambil tahu tentang gadis miskin sepertinya dan kerana itu dia amat terhutang budi dengan Sebastian White. Budi yang tak mampu dibalasnya dengan segala apa pun. Kereta yang dinaikinya berhenti di hadapan White Mansion , rumah agam yang terletak di kawasan perumahan persendirian milik White Properties. Andrea segera melangkah keluar dan kelihatan Leon sedang menunggunya di pintu masuk. Lelaki berkulit putih kemerahan itu masuk tanpa menunggunya dan Andrea yang faham dengan tingkah Leon mempercepatkan langkahnya mengekori lelaki itu. Mereka melewati ruang tamu dan terus menuju ke bilik tetamu. Andrea mengekori langkah Leon masuk dan kelihatan beberapa orang lelaki yang tidak dikenalinya sedang meneliti kertas kertas yang dikiranya dokumen penting. Leon mengisyaratkan Andrea supaya duduk berhadapan dengannya. Lelaki berkaca mata bersebelahan Leon memperkenalkan dirinya sebagai Felix Brune , peguam kepada Sebastian White. Pandangan Andrea beralih kepada Leon dan seakan mengerti maksud pandangan itu Leon membetulkan duduknya. “ Grandpa is no longer capable of managing the properties .. he is in a coma state.” Nada Leon perlahan dan tenang , sepertinya tiada apa yang terjadi. Andrea menahan emosinya apabila mendengar bicara Leon. Jadi mengapa dia perlu berada di sini saat ini? Dia ingin melihat Sebastian White dengan matanya sendiri. Belum sempat Andrea berbicara , Felix memulakan bicaranya tentang aset White Corp. Andrea tidak mengikuti dengan tekun segala aset yang diperkatakan namun dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya apabila Felix menyebut namanya. Andrea memandang Leon. “ Yes , those are yours .. Forty percent of everything is yours. Ms Andrea , you are now one of the rich.” Leon berkata sambil tersenyum nipis. “ Tapi .. Leon? I tak faham? Why?.” Andrea bertanya bingung. Mengapa Sebastian White memberinya sebegitu banyak harta? Harta yang sebetulnya milik Leon. “ Andrea.. are you that stupid? Anyway , sign the documents and see you next week at White Corp.” Leon menjawab bersahaja sambil bangun ingin meninggalkan bilik tetamu. “ Leon , tunggu. Explain to me please..” Andrea seakan merayu. “ This is what you have always wanted right? Don’t you remember you told grandpa long time ago that you do not want to be poor anymore? And since that moment grandpa has granted all your wishes. Andrea , don’t pretend to be naive. It doesn’t suit you. Like I have always told you , you will get everything you want but me. I don’t even care that grandpa gave you forty percent of what supposedly mine. I am tired of your game. See you next week.” Nada Leon perlahan namun cukup menusuk hati kecil milik Andrea. Leon White , lelaki yang dikenalinya selama bertahun tahun. Namun hubungannya dengan lelaki itu bukan seperti ini. Leon yang dikenalinya lima belas tahun dulu adalah seorang lelaki yang akan tersenyum apabila melihatnya , akan bertanyakan khabar tentangnya. Tuturnya lembut dan berhati hati. Leon dibesarkan oleh datuknya kerana ibu dan bapanya tidak sehaluan dan memberi hak penjagaan Leon kepada datuknya. Leon adalah orang terpenting dalam hidup Sebastian White. Segala yang dilakukannya adalah untuk Leon dan seringkali Sebastian White mengingatkannya bahawa jika tiba masanya untuk dia pergi meninggalkan dunia ini dia inginkan Andrea menggantikan tempatnya untuk menjaga Leon. Seawal umurnya sepuluh tahun Sebastian White telah mengatur segalanya tanpa pengetahuan dia dan Leon. Tanpa dia sedari juga dia telah berjanji bahawa apa pun yang terjadi dia akan berada di sisi Leon , kerana dia selalu melihat Leon dengan pandangan kasih dan sayang. Mungkin di dalam hatinya menyangka nasib Leon persis nasibnya. Namun tahun demi tahun berlalu dan Leon berubah sedangkan dia masih Andrea yang sama. Tahun demi tahun Leon terus menyakiti hatinya tanpa belas. Hari ini apa yang dikatakan Leon bukanlah sesuatu yang baru. Leon selalu sahaja melontar kata mengguris hati. Namun di hati Andrea Leon adalah seperti yang pertama kali dilihatnya. Mungkin kerana inilah dia tidak mampu membenci Leon walau apa pun di lakukan lelaki itu. Cinta ini amat menyakitkan.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD