bc

Cinta Dan Dendam Seorang Wanita

book_age16+
17
FOLLOW
1K
READ
revenge
love-triangle
arrogant
drama
twisted
sweet
first love
addiction
stubborn
sacrifice
like
intro-logo
Blurb

Dalam kegelapan itu aku melangkah sendirian. Air mata menjadi penemanku. Malam itu bulan berlindung di sebalik awan seakan kecewa dengan jalan cerita hidupku. Bintang bintang seolah hilang cahaya. Mungkin mereka tertanya kebodohan apakah yang ditontonkan oleh manusia sepertiku , wanita seperti aku. Wanita yang telah memberi sepenuh cinta dan hatinya hingga tak sedikitpun tertinggal untuk dirinya sendiri. Hari ini jiwaku mati, dibunuh oleh orang yang paling aku cintai. Bagaimana lagi hidup ini ingin aku teruskan? Bagaimana tubuh ini bisa bertahan dengan tikaman demi tikaman itu. Ya tuhan, aku tidak mampu.

chap-preview
Free preview
Helena
Bunga bunga Sakura yang berterbangan di pagi hari nampak begitu indah di pandang dan pagi ini aku terlihat akan dirinya dan hatiku seakan berbunga indah , seindah Sakura ini. Namun aku hanya mampu memandang dia dari kejauhan. Langkahnya , gerak gerinya dan riak wajah sangat mempersona namun aku bukanlah bunga pilihan. Aku seorang gadis yang hanya mampu melihat kebahagiaan insan lain dan berbahagia untuk mereka. Langkahku perlahan di atur menuju ke dewan kuliah , kelihatan beberapa teman sekuliahku sedang bergelak ketawa di hadapan kafeteria. Aku hanya menoleh dan tersenyum apabila ditegur mereka. Aku bukanlah seorang yang gemar bersosial. Sedang fikiranku mengelamun entah kemana seseorang melanggar bahuku pantas aku menoleh dan di hadapanku terlihat seorang jejaka tinggi lampai berambut merah keperangan. Riak wajahnya jelas seakan aku yang bersalah melanggarnya. " Sorry , I tak nampak you tadi.. " mulutku pantas meminta maaf. Ya , walaupun bukan aku yang bersalah ia adalah rutinku untuk meminta maaf. Mengapa? Aku telah di ajar begini dan kerana itu juga aku dibuli setiap masa oleh hampir sesiapa sahaja. Lelaki itu masih berdiri tegak tanpa kata. Matanya tajam memandang ke arahku. Aku menunduk mengalih pandangan namun sempat mengerling ke arah kad pelajarnya 'Leon Daniel' . " Hmm.. " Leon membalas pendek. Lelaki itu melangkah menuju ke Dewan Alfa , ya dan aku juga menuju ke destinasi yang sama. Adakah ini bermakna lelaki itu adalah rakan sekuliahku? Aku tersenyum sendiri , mungkin juga dia rakan sekuliahku selama empat tahun ini tanpa aku sedari. Aku mempercepatkan langkahku apabila terlihat Dr Emir sudahpun memasuki dewan kuliah. Kebiasaannya pensyarah muda itu tidak seawal ini. Selang beberapa minit dewan kuliah terdengar seperti kafeteria pabila sekumpulan pelajar lelaki masuk namun masih berbual riang. Mereka tidak menyedari kehadiran Dr Emir kerana seperti aku , umum mengetahui bahawa Dr Emir kebiasaannya akan sampai tepat pada waktu kuliah dan kuliah hanya akan bermula dalam masa lima minit. Ini tahun akhir kuliahku di Victoria University dan mungkin ini juga tahun akhirku berada di kalangan anak anak kaya ini. Lihat sahaja gadis seperti Lisa yang duduk di hadapanku , pakaiannya dari hujung kepala ke hujung kakinya semuanya berjenama mahal. Duduk bersebelahan dengannya Arianna , anak tauke balak ternama. Di belakangku pula Damien Rosales , emaknya seorang penyanyi berstatus diva dan ayahnya seorang ahli perniagaan turun temurun. Kumpulan lelaki tadi yang baru sahaja masuk bergelak ketawa riang adalah anak anak orang kaya turun temurun dan disini adalah aku , yang bukan siapa siapa. " Helena.." jerit Diana sambil menepuk bahuku dan segera duduk bersebelahan denganku. Aku hanya tersenyum melihat gadis cantik itu. Diana , secantik namanya secantik itu jugalah orangnya. Matanya coklat terang , bibirnya merah dan kulitnya putih kemerahan. Diana adalah seorang gadis cantik yang diminati ramai lelaki .Senyumnya lebar apabila melihat ke arah Dr Emir. Gadis ini sukakan pensyarah itu sejak hari pertama kami di Victoria dan entah berapa kali dia telah mencuba untuk memikat pensyarah itu namun belumpun berjaya. " He looks better each day.. Helena , today you teman I pergi library boleh? I nak kena siapkan assignment tapi I malas nak buat dekat bilik sorang sorang." Diana seakan merayu sambil memegang tanganku. Aku mengangguk tanpa berfikir. Ya , dan ini adalah salah satu kelemahanku. Aku tidak mampu menolak segala permintaan Diana. Mungkin bukan sahaja Diana tapi permintaan permintaan orang lain juga. Diana adalah teman yang paling akrab denganku di Victoria dan tanpa Diana mungkin aku tidak mampu menghadapi hidup di Victoria. Diana menginap di Victoria Hotel kerana dia tidak mahu tinggal di rumah keluarganya. Seperti ramai pelajar di sini yang memilih untuk tinggal di Victoria Hotel sama ada pilihan sendiri ataupun pilihan keluarga mereka. Aku juga tinggal di sini sejak empat tahun lalu dan sebelum itu di Victoria College. Bukan pilihan aku. Syarahan Dr Emir bermula dan dewan kuliah tenang tanpa suara suara lain selain pensyarah muda itu. Diana kelihatan tekun melihat ke hadapan namun belum pasti apa yang ada di dalam fikiran gadis itu. Tangan kirinya menongkat dagu sambil tangan kanannya bermain dengan hujung rambutnya. Sesekali dia tersenyum apabila Dr Emir memandang ke arah kami. Syarahan Dr Emir berkisar tentang E - Commerce yang sejujurnya tidak difahami oleh hampir separuh dari pelajar yang berada di dalam kuliah ini . Tahun ini mereka akan ditempatkan di syarikat syarikat ternama namun subjek E-Commerce adalah wajib. Subjek yang diwajibkan setiap tahun dan tiada siapapun pernah bertanyakan soalan ketika syarahan Dr Emir dan pensyarah itu juga sepertinya faham dengan situasi pelajar pelajar di Victoria. Pensyarah itu hanya akan memberi syarahan selama satu jam setiap minggu dan beredar apabila tugasnya selesai. Tugasan diberi secara online dan ujian diberi setiap minggu ke empat. Sejam berlalu pantas dan Dr Emir melangkah keluar sebaik sahaja menghabiskan syarahannya dan mengingatkan tugasan yang perlu diselesaikan secara dalam talian. Dewan kuliah hingar bingar dengan suara pelajar yang rata ratanya berbincang berkenaan trip ke Silver City yang dijadualkan minggu hadapan. Diana tidak tertinggal berbual tentangnya dengan sepupunya Eric yang duduk selang satu kerusi darinya. Aku hanya mendengar tanpa bicara , menunggu Diana untuk ke perpustakaan seperti permintaannya tadi. Kebisingan dewan kuliah semakin menjadi jadi apabila Aiden masuk membawa beberapa keping kertas. " Shhh... Okay trip ke Silver City tu dah confirm hari Isnin sampai hari Ahad , group according to this ya . Tengok dalam ni atau buka website Victoria. As all of you know this is by invitation only so no amount of money can buy this trip if you are not invited. Enjoy!" Aiden meletakkan kertas yang dibawanya ke atas meja dan berlalu pergi. Sekelip mata meja itu dikerumuni pelajar pelajar. " Eric , you check nama I dengan Helena ada tak.. cepat sikit I nak pergi library ni." Diana meminta sambil mengemas barang barangnya. " Hmm... nama you dengan Helena ada tapi bukan satu kumpulan. Eh you hari tu bukan register dengan Helena ke?" Eric menghulurkan telefon bimbitnya kepada Diana dan gadis itu menyambut pantas. Diana berpaling ke arahku. " Leon .. sejak bila Leon ada dekat Victoria?" Diana bertanya sambil memandangku. Aku mengangkat bahu tanda tidak pasti dengan soalannya. Diana kemudiannya memandang ke arah Eric. " Have you seen Leon Daniel around?" Diana bertanya soalan yang hampir sama kepada Eric. Lelaki berambut perang kekuningan itu melurut rambutnya sambil tersenyum nipis. " Well Diana , kalau you nak dengar gosip I don't mind. Semalam I dengar Leon shoot a guy at Brixton." Eric tersenyum sambil membetulkan duduknya. " Oh my god , really? mati ke ? He is crazy .. you ingat tak dia gunting rambut Lisa when we are at primary two ?" Diana menutup mulutnya. Aku menelan liurku sekaligus. Leon Daniel? Itu lelaki yang melanggar bahuku sebelum kuliah tadi. Dari apa yang dibualkan antara Eric dan Diana , Leon adalah seorang lelaki yang kedengaran sangat menakutkan. Riak lelaki itu kembali bermain di ruang memoriku. Mata birunya tajam memandang seperti seekor helang yang memburu mangsanya. Diana menarik tanganku lembut dan mengisyaratkan supaya kami segera beredar. Eric mengekori kami tanpa bicara.

editor-pick
Dreame-Editor's pick

bc

Dear Calon Imamku

read
14.8K
bc

Sister Complex

read
28.6K
bc

Fifty Shades of Handerson

read
25.5K

Scan code to download app

download_iosApp Store
google icon
Google Play
Facebook