bc

Duit untuk kasih sayang mu Ibu! Perlukah?

book_age4+
1
FOLLOW
1K
READ
BE
age gap
fated
drama
city
like
intro-logo
Blurb

Aku perkenalkan diriku , nama ku Siti Norizan binti Muhamad atau panggilan ku Izan. Ibu kepada seorang anak lelaki yang kini berusia 16 tahun. Aku anak ke 4 dari 8 orang adik-beradik . Hihi biasa la orang dulu dulu kan memang membilang anak. Anak ramai satu kebanggaan tapi kasih sayang??!! … Aku cuma 2 beradik perempuan aku dan kakak aku yg tua 2 tahun dari aku. Macam best je kan tapi…hmmm… aku sentiasa tersisih dari pandangan ibu dan arwah ayah. Kenapa ek? Tapi segalanya berubah setelah kematian ayahku akibat kemalangan. Tunggu jap! Betul ke berubah dengan ikhlas atau ade sesuatu yang sesuatu sangat kannnnn

chap-preview
Free preview
Bijak tapi nakal
‘Wei korang Jom mancing ikan nak tak?’ Jerit ku pada abang ke 3 aku Ahmad Nizam yang aku panggil Zam dan jugak adik ke 5 aku Ahmad Rizal yang aku panggil Ijal. ‘Jom la ‘ sahut mereka berdua Ni aktiviti aku lepas habis waktu sekolah Memang menghayati dunia kanak kanak dengan jayanya haha Kami sekeluarga tinggal di kawasan Felda sebab ayah kami pegawai Felda jadi kami semua membesar dalam hutan sawit.. hidup dalam seba kekurangan , tiada bekalan eletrik bekalan air yang sentiasa terputus jalan merah yang sentiasa berselut kalau musim hujan telah tiba hahaha.. Ada aku kisah asal kami bahagia Ibu aku surirumah tapi bukan sepenuh masa tau bab akibat kekangan kewangan ibu ade bantu dengan buat kuih dan hantar ke gerai gerai berhampiran rumah Biasa nya aku la tukang hantar Bahagia kan hidup masa ni Tak de bebanan pun rasa Kat sekolah aku antara murid yang bijak Kesayangan cikgu ke? Entah la aku tak de jawapan tu Tapi selalu gak la dapat pujian Tapi aku ni sejenis budak banyak cakap atau lebih tepat lagi becok, dapat dari mana la agaknya perangai aku ni kan.. haha .. ‘Izan tolong saya hantar buku buku ni ke bilik guru ye’ panggil cikgu kelas ku ‘Baik cikgu, semua Ye cikgu nak hantar , nak letak kt meja cikgu Ye macam biasa tu ‘ ‘Ye betul’ jawap cikgu tak acuh ‘Sekarang ke cikgu atau nak tunggu petang nanti’ ucapku cuba untuk bergurau ‘Sekarang!!!’ Jerit cikgu ‘Nak gurau pun tak boleh ke cikgu ‘ gumamku tapi masih dapat didengari cikgu ku ‘Ape gurau gurau’ jeling cikgu Aku pun berlari terus sambil bawa buku ke bilik guru ‘Hish budak ni semua perkara nak dibuat bergurau sabo je la’ gumam cikgu perlahan Balik sekolah campak beg dalam bilik terus makan ‘Kenapa tak mandi dulu ni Izan ‘ tegur ibu ku ‘Orang lapar la ibu’ jawap aku sambil ambil pinggan ‘Menjawab dia ye’ dengus ibuku Aku? Hihi ambil nasi ambil lauk baca bismillah terus ngap . Dah kenyang baru mandi dan tukar baju lepas tu pegi main . Pasti ade yg tertanya tanya mana kakak aku kan? Dia budak baik duk mengadap buku 24 jam Nama dia Siti NorAkma yang aku panggil Ema Nasib baik mandi tak di bawak buku tu haha Dia anak kesayangan ibu dan ayahku , mungkin ade yg cakap aku dengki kan tapi itu la hakikatnya Aku nakal sebab ibu tak pernah marah ape aku nk buat tak sama kakak aku yang mak aku tatang bagai minyak yang penuh. Nak buat ape ape pun ibu tegur dan nasihat senang kata dia macam wanita melayu terakhir la, aku pulak dah macam tomboy perempuan tapi lasak kalah lelaki Kawan2 aku memang tak de la perempuan bab aku tak reti nak main pondok pondok ni Aku selalu mengharap peluk cium ibu sebelum tido sebelum pergi sekolah tapi hampeh Baik aku pejam mata dan mimpi confirm dapat sebab mimpi tu aku yang cipta ‘Ibu, Izan nk keluar dengan Hana dan Suria ni bleh kan diorang dah sampai ni’ jerit aku dari luar rumah Hana dan Suria ni je la perempuan yang sudi kawan ngan aku.. haha.. Ibu kalut keluar rumah sambil menjawab ‘pegi la Tp jangan balik lambat’ jawap ibu sambil dukung adik bongsu aku ‘Weh izan ko tak salam ibu ko ke sebelum keluar rumah?’ Tegur Hana Aku garu kepala sambil tengok Hana dan Suria berjalan ke arah ibu untuk bersalam Ibu sambut salam mereka sambil senyum dan berkata ‘ hati hati Ye semua’ Aku pun apa lagi terus pegi kat ibu nak salam jugak la ‘Eh ko ni buang terbiat ke bersalam bagai , tak pernah hayat bersalam selain hari raya tu lu sebab nk duit raya’ kata ibu perlahan takut kawan aku dengar Tapi tangan tetap dihulur Aku diam menahan malu dan sakit hati Tunduk dan terus berjalan bersama Hana dan Suria ‘Izan , ko keluar rumah tak salam ibu ke , tak baik tau’ tegur Hana lagi ‘Salam je ‘ jawap aku gugup ‘Tapi tadi aku kalut tu yang lupa’ aku menipu untuk menutup aib ku ‘Aku pun heran gak tadi selamba je dia jerit bgtau nak keluar Pastu blah macam tu ‘ sambung si Suria plak ‘Relak la korang aku cakap dah tadi aku lupa’ elak ku lagi ‘Weh kita nk pegi mana ni?’ Cepat cepat aku ubah topik ‘Pegi taman mainan nak tak?’ Ajak Suria ‘Jom’ jawap aku dan Hana bersama Habis semua yang ade kt taman tu kami main maklum la masa ni kami masih kanak kanak ribena Menjelang magrib kami semua bersurai pulang kerumah masing masing Kebiasaan kami akan pulang sebelum magrib sebab kami selalu di momokan oleh orang orang tua lepas maghrib hantu kopek akan sorok budak budak Memang takut la semua budak budak Ayah aku , tak banyak kisah sebab dia sibuk di pejabat dah malam baru balik Biasa pagi keluar kerja tengahari balik kejap hantar barang basah untuk lauk tengahari kami lepas tu ibu siap masak makan dan masuk kerja semula petang baru balik dan bawak barang basah untuk makan malam Zaman ni mane la mampu nk beli peti sejuk lagi pun kawasan Felda belum ade kemudahan elektrik lagi Kenderaan pun hanya motor kapai untuk pegi dan balik keje Kami pegi sekolah jalan kaki je Tapi kami bahagia dengan kehidupan seperti itu Aku dengan kakak aku si Ema tu memang sekadar baik sebab kami adik-beradik je Sadis kan haha kebanyakkan orang lain mesti rapat kan sebab dua orang je kan perempuan Aku lagi rapat dengan abang ke3 aku si Zam Dia la kawan dia la abang dan dia la geng gaduh aku Abang sulung aku ni pendiam skit lagi pun dia garang ngan kami nak ajak borak pun takut haha Lupe plak nk cerita kami tinggal di Felda Chini , pekan Pahang .. boleh Google kalau nak tau kat mane Tapi kalau korang pernah dengar kisah naga tasik Chini hah tempat aku dekat dekat situ la Tak de la dekat sangat perjalanan setengah jam gak la nk sampai tasik Chini tu Ayah aku mula bertugas kt sini masa aku umur 5 tahun sampai la aku form 4 umur 16 tahun la Hihi

editor-pick
Dreame-Editor's pick

bc

Her Triplet Alphas

read
7.0M
bc

The Heartless Alpha

read
1.5M
bc

My Professor Is My Alpha Mate

read
464.7K
bc

The Guardian Wolf and her Alpha Mate

read
501.2K
bc

The Perfect Luna

read
4.1M
bc

The Billionaire CEO's Runaway Wife

read
603.7K
bc

Their Bullied and Broken Mate

read
465.7K

Scan code to download app

download_iosApp Store
google icon
Google Play
Facebook