Chapter 4

1900 Words
Bab 4 “Astagfirullahalazim…”Atrisha beristigfar panjang.Dikesat dahi yang berpeluh-peluh.Sudah dua malam tidurnya diganggu mimpi yang sama.Dia mimpi Asfan ditarik oleh sekumpulan lelaki berserban,dan berjubah putih hingga hilang didalam gelap malam.Suasana yang gelap,menghalang penglihatan Atrisha.Puas Atrisha menjerit meminta tolong,namun suaranya seakan tersekat dikerongkong.Tiada siapa yang menghiraukan kehadiran dia disitu.Dia seolah-olah tidak wujud.Apa maksud mimpi Atrisha itu.Dia tidak mengerti.Mengapa kumpulan lelaki itu menarik Asfan pergi dari dia. “Ya Allah,kau lindungi suamiku dari segala mala bencana dan bahaya”Doa Atrisha di dalam hati.Ditoleh kekiri dan kanan.Asfan tiada.Atrisha menjeling jam dinding yang menunjukkan pukul 3.30 pagi.Kemana agaknya Asfan.Atrisha mencapai talifon untuk menghubungi Asfan.Terkejut Atrisha apabila melihat melihat banyak missed call dan mesej dari Asfan.Baru Atrisha teringat,yang dia tidur awal.Memang dia ada whatapp dengan Asfan,kemudian dia sendiri tertidur. “Sayang,I balik lewat,maybe terus tidur rumah Mikail.Pagi nanti I balik” Atrisha merenung lama skrin talifon bimbit hingga cahaya terpadam.Sejak mereka berkahwin,Asfan tidak pernah tidur dirumah Mikail.Atrisha rasa seperti ada yang tidak kena.Dengan pantas jari runcingnya mendail nombor Asfan.Namun hampa.Asfan menutup talifon.Kemudian,Atrisha mendail nombor kekasih Mikail,Ceceilia.Dia tahu,jika dia menghubungi Mikail,sudah pasti lelaki itu akan melindungi Asfan.Mikail selalu menipu untuk Asfan.Atrisha memang tidak percaya pada Mikail.Selalu,jika mahu tahu sesuatu,Atrisha akan terus pada Ceceilia.Wanita itu sentiasa menyebelahi Atrisha. “Hello CC,sorry ganggu” Terus Atrisha memohon maaf.Dia tahu,dia telah menganggu tidur wanita itu.Tapi apa kan daya.Dia bimbang dengan Asfan. “Eh,no problem Trisha…ada apa ni?you okay…?”Risau juga Ceceilia apabila Atrisha menghubungi dia pada waktu-waktu begitu.Mungkin kecemasan. “I just wanna make sure,Asfan ada dengan you all ke?” “Asfan?” Mikail yang baru hendak lelap,terjaga semula apabila mendengar nama Asfan disebut Ceceilia.Tahu lah dia yang Atrisha yang mencari Asfan.Mati Asfan jika Atrisha dapat tahu di mana lelaki itu. “Asfan ada Trisha…dah tidur..”Pantas Mikail merampas talifon dari Ceceilia. “Are you sure Mika?you tak tipu I ni?i datang sana nanti” Ugutan Atrisha sedikit menakutkan Mikail.Bukan Atrisha tidak pernah buat begitu. kecoh dibuatnya nanti. kemana sahajalah Asfan pergi. “Sure…sure….Esok pagi-pagi I halau dia balik ya” Ujar Mikail dengan suara yang cukup yakin.Dia tidak mahu Atrisha tertangkap pembohongan dia.Jika Atrisha dapat tahu.Pasti semua akan jadi berantakan. “You jangan macam-macam ya Mika.Kalau I tahu you subahat dengan Afan,siap you” Ucap Atrisha sebelum mematikan talian.Dia kurang yakin dengan kata-kata Mikail sebenarnya.Bukan dia tidak tahu perangai Mikail dan Asfan.Dua-dua satu kepala dalam bab perempuan. “Sampai bila you all nak bohong Trisha.Entah-entah belakang I pun you ada simpan perempuan.Sebab tu sampai sekarang you tak nak kahwin dengan i.”Ceceilia meluahkan rasa tidak senangnya pada Mikail.Ceceilia kadang-kadang sakit hati juga dengan Asfan yang masih melayan Tengku Puteri Marissa yang berlagak itu.Ada isteri baik seperti Atrisha pun masih tidak bersyukur. “You pernah nampak ke I dengan perempuan lain” Mikail menunjukkan wajah tidak puas hati dengan tuduhan Cecilia itu. Dia sudah tidak segalak dahulu. “Mana I tahu.I kan selalu fly berhari-hari.Mana tahu masa tu…” “Jangan merepek..You seorang pun I tak terlayan.I nak pergi call Asfan.You jangan sesekali pecahkan rahsia Asfan”Ceceilia menghenyak tubuh ketilam.Sakit hati dengan jawapan Mikail.Sedikitpun tidak ada rasa bersalah.Dasar lelaki.Ceceilia bukan percaya sangat pada Mikail.Bukan dia tidak tahu yang Mikail dan Asfan sama sahaja.Kerja dia sebagai Flight attendance menuntut dia untuk selalu meninggalkan Mikail dirumah sendiri.Dan atas alasan itu jugalah yang Mikail guna setiap kali Mikail tertangkap kerana berlaku curang dibelakang dia.Nasib badan kerana terlanjur cinta pada lelaki itu. Entah sampai bila mereka hendak terus hidup bersekedudukan begitu.Dia sering meminta Mikail mengajar dia tentang Islam tetapi Mikail sendiri acuh tidak acuh.Bagaimana Mikail hendak bimbing dia jika diri sendiri pun Mikail tidak terbimbing.Islam hanya pada nama.Ceceilia mengeluh panjang. “Hello…” Jerkah Mikail sebaik panggilan bersambung.Sudah jenuh dia menghubungi Asfan.Akhirnya terpaksa juga dia mendail nombor Marissa. “Tak reti bagi salam ke Mika?” “You reti jawab salam ke Rissa?”sindir Mikail sinis. “Mulut tu baik sikit..You nak apa call I pagi-pagi buta ni” Kasar pertanyaan Tengku Puteri Marissa. “I bukan nak cari you..Tolong panggil Afan,urgent” Jika ikutkan hati,malas Mikail hendak bertekak dengan Marissa.Dia masih sakit hati dengan apa yang telah Marissa buat pada Asfan.Dia tidak suka Asfan bersama Marissa,tetapi Asfan sendiri yang degil. Sengaja mencari penyakit. “Afan tidur.Ada apa yang penting sangat.Nanti I sampaikan pada dia” “Dah tak boleh bangun ke Afan tu?you bagi ubat tido ke pada dia?”Sindir Mikail keras. “Tak payah bagi ubat pun memang Afan memang tak akan bangun” Jawab Marissa sinis.Geram dengan Mikail yang berlagak. “You sebut nama Atrisha kat telinga Asfan,mesti dia bangun…” “Kenapa dengan perempuan tu?” Soal Marissa geram.Langsung tak boleh lihat dia senang dengan Asfan.Ada sahaja yang menganggau. “You tu memang tak sedar diri ye..Trisha tu Wife Asfan…W.I.F.E…adalah benda penting I nak cakap dengan Afan pasal Atrisha.You tak takut ke tak dapat jumpa Asfan lagi kalau sebab bodoh ni,sebab you tak bagi I cakap dengan Afan,then Atrisha tahu pasal you dengan Afan…You tahu kan macam mana Afan sayang pada Isha tu?Kalau bukan sebab you nak bunuh diri dulu,tak kan Asfan balik pada you faham!”Sembur Mikail tanpa bertapis.Malas hendak bersoal jawab dengan Marissa.Itu sahaja yang boleh buat Marissa akur. “Sekejap…”Marissa menggoncang tubuh Asfan yang sedang tidur.Sakit hati mengenangkan kata-kata Mikail.Memang Mikail sengaja cari pasal dengan dia.Marissa tahu Mikail tidak suka pada dia. “Apa dia…” Jawab Asfan malas.Mata masih mengantuk.Dipisat mata berkali. “Mika call,pasal isteri you…” Memang betul kata Mikail.Pantang dengar pasal Atrisha.Bulat mata Asfan. Talifon bimbit ditangan Marissa pantas beralih tangan. “Kenapa bro dengan Isha?”Soal Asfan pantas.Bimbang apa-apa berlaku pada Atrisha.Rasa mengantuk hilang terus. “Isha okay.Cuma aku rasa,Isha macam dapat hidu yang kau makan luar belakang dia Fan” Kata Mikail.Dia dapat rasakan yang Atrisha akan tahu juga nanti tentang hubungan sulit Marissa dan Asfan. “Kenapa kau cakap macam tu?” “Tadi dia call CC,bukan call aku tahu.Nasib aku belum tidur lagi..Kau bukan tak tahu CC tu baik dengan Isha,ringan jer mulut dia nak cakap dengan Isha.” Kepala yang tidak gatal digaru.Masak mereka berdua jika Atrisha dapat tahu. “Habis,Isha cakap apa dengan kau” “Kau tahu la Isha tu garang macam mana.Dia siap ugut aku lagi tu.Dia cakap kalau aku bersubahat dengan kau,siap aku.Risau juga aku.Bini kau tu kan ada silat.Tak ke naya kalau aku kena silat dengan dia Fan..Kau lupa ke yang kau dengan Suzi pernah kena penampar dengan Isha.Tu baru cium-cium.Kalau dia dapat tahu apa kau dengan Marissa buat,entah lah.Ada yang mati pucuk nanti” Kata-kata Mikail ada benarnya. Lembut Atrisha tidak boleh dibuat main.Teringat pula dia dan Suzi ditampar Atrisha di kelab malam.Waktu itu dia mabuk.Dia sendiri tidak sedar apa yang dia buat.Entah siapa yang beritahu Atrisha dia disitu.Tidak semena-mena malam itu dia makan penampar.Hampir juga mereka putus tunang.Sejak itu Asfan akan menjaga setiap perilaku agar tidak dihidu Atrisha.Semua dia lakukan dengan berhati-hati.Hasilnya hingga kini Atrisha tidak dapat menghidu hubungan dia dan Marissa. “Weh,yang kau diam kenapa?tengah bayangkan muka handsome kau tu kena toreh dengan Trisha?” Ujar Mikail beseloroh.Dia tahu Asfan sedang risau.Pasti waktu itu muka Asfan sedang pucat lesi kerana bimbang rahsia dia bocor. “Kesitu pula kau.Isha ada cakap nak datang rumah kau?” “Hello bro,kau kenal dengan Trisha kan?dia rasa nak datang,dia datang…Baik kau ready.Aku pula yang risau..Kesian Trisha.Dia seorang kat rumah.Kau sedap-sedap kat sana” Asfan menghela nafas panjang.Sedikit sebanyak apa yang Mikail kata itu masuk keotak Asfan.Cuma belum sempat diproses. “Aku mandi kejap.Nanti aku balik teruslah.Masak kalau Isha syak” “Better kau balik teruslah.Satu lagi,aku rasa kalau kau betul-betul sayangkan Trisha,baik kau tinggalkan Marissa.Tak rugilah Fan.Aku pun rasa macam nak stop.kesian CC.” Ujar Mikail sambil menjeling kekasihnya yang mungkin telah lena.Bila mereka hendak kahwin pun,Mikail tidak tahu.Macam mana dia hendak membimbing Ceceilia tentang Islam kalau dia sendiri tidak terbimbing. Dia dan Asfan sama-sama punya latar belakang agama yang baik. Tapi entah dimana silapnya. Mujur dia dan Asfan sahaja begitu,Ziyad tidak terikut-ikut. “Esok jumpa kat Office,aku masuk lambat sikit.Ada meeting tengah hari dengan client” Sebelum terlupa,Asfan memberitahu Mikail tentang mesyuarat yang perlu dihadiri esok. “Okay.jangan lupa apa yang aku cakap tu..Jangan ya..ya…tapi tak buat apa-apa”Pesan Mikail sebelum menamatkan talian.Dia kenal sangat dengan Asfan.Lelaki itu tidak akan buat apa-apa selagi masalah tidak timbul. “You nak pergi mana ni?” Soal Marissa pelik apabila Asfan bangun dari katil dan mencapai tuala. “You dengarkan conversation between I dengan Mika..?”Jawab Asfan acuh tak acuh. “You nak balik?You kan dah janji nak temankan I sampai pagi” “Janji?tadi I mabuk..I pun tak tahu apa yang I cakap.I kena balik.Isha dah syak..Oh ya,seluar jeans dalam drawer tu bukan seluar i..Lelaki mana yang you bawa. I dah cakap yang I tak suka kongsi apa-apa dengan orang.I tak dapat jumpa you buat masa ni”Ucap Asfan sambil tersenyum menggeleng. “Afan,kenapa you buat I macam ni?” Marissa bingkas bangun dari katil menerpa Asfan.Air mata Marissa mula menggalir.Takut Asfan tinggalkan dia lagi. “Tiap kali you dengan orang lain,apa dalam fikiran you?kalau I,dalam kepala I ni,tetap Atrisha..”Asfan menunding jari telunjuk kekepala Marissa.Dileraikan pelukan Marissa tetapi Marissa enggan melepaskan. “Kenapa dia?” “Kalau bukan dia,siapa lagi?you…?sedar sikit diri you tu..”Sekali lagi Asfan cuba meleraikan pelukan Marissa.Kali ini agak kasar.Asfan tidak suka berkasar dengan perempuan.Tetapi Marissa yang memaksa dia untuk berkasar. “Dengar sini Marissa.I dah penat tahu nak layan kerenah you.Sampai bila nak macam ni?I tengok you dah macam pelacur tahu?you tak fikir pasal Pak engku dengan Mak Engku” Marissa mendengus keras takala Asfan menyebut tentang kedua orang tuanya yang bukan dari kalangan orang biasa.Kedua orang tua Marissa sudah maklum dengan sikap liar Marissa dan mereka tahu tentang kegilaan Marissa pada Asfan.Tiada apa yang boleh mereka lakukan kerana Marissa keras kepala. “I jadi macam ni sebab you..i cintakan you Afan..” Asfan tersenyum sinis.Cinta konon. “Don’t talk about love if you don’t know the meaning of love” “Afan…I dah banyak kali bagi tahu you kan..i tak kisah jadi isteri nombor dua…jadi perempuan simpanan you sampai bila-bila pun I sanggup asalkan I tak hilang you” Tangan Asfan digenggam erat dan dikucup berkali-kali. “I'm begging you,don’t you ever leave me sayang…” Air mata Marissa becucuran.Dia takut Asfan meninggalkan dia terus. “Rissa,for the time being..i memang tak boleh jumpa you.Kalau Isha tahu pasal you and I ,mati I..I tak janji,depend on time” Malas Asfan hendak mendengar rayuan Marissa.Dia tahu,jika dia tidak kesitu pun,pasti ada lelaki lain yang menjadi teman Marissa.Marissa terduduk dibirai katil.Dia tahu,tidak guna pujuk rayu Asfan waktu begitu kerana dalam fikiran Asfan Cuma Atrisha.Lelaki itu menghilang kedalam bilik mandi.Sedikitpun dia tidak hiraukan air mata Marissa yang semakin ligat menggalir. “Sial punya perempuan…kenapa Asfan takut sangat dengan kau.apa kau dah bagi dia makan.Aku kenal Asfan bertahun-tahun…Cisss!!!” Marissa berkata separuh berbisik.Digenggam cadar kuat,menahan geram.Dia perlu laku kan sesuatu.Dia tidak boleh kehilangan Asfan.Sampai bila-bila Asfan tetap akan jadi miliknya seorang.Marissa tidak kisah kalau terpaksa membunuh sekalipun asalkan apa miliknya tetap akan jadi miliknya selamanya. “Asfan,kau yang paksa aku..aku cintakan kau…tapi kau hina cinta aku sampai macam ni sekali..”Marissa mengenggam selimut kuat menahan geram.Di tidak boleh terima bila Asfan layan dia begitu. Marissa menjerit sekuat hati sehingga mengejutkan Asfan.tetapi lelaki itu hanya membiarkan sahaja kerana dia sudah biasa dengan reaksi gila Marissa. Wanita itu bukan boleh diberi muka.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD