Chapter 3

2228 Words
Bab 3 “Assalamualaikum” “Waalaikumusalam,lama tak nampak?” Asfan menyambut salam Saiful Amri dengan senyuman.Dia mempelawa Saiful Amri duduk bangku bersebelahan dengannya. “Busy outstation,semalam baru balik” Jelas Saiful Amri sambil membelek-belek peralatan meluncur Asfan. “Pernah surfing?” Soal Asfan spontan.Lihat gaya macam Saiful Amri berminat dengan peralatan meluncur milik dia. Lihat postur tubuh Saiful Amri, ada gaya seperti peluncur. “Dulu,selalu juga surf dekat Gower, Wales.. Intermediates..tak ada lah experts.Pantai sana pun banyak yang bahaya. Kau selalu surf kat mana?” “Selalu dekat Bali..situ yang paling heaven untuk intermediates macam aku ni.Haha..Kalau tak ada kesempatan pun,kami akan surf dekat Cherating.Tapi banyak obor-obor lah” Asfan mengerut dahi bila terkenang disengat obor-obor empat bulan lepas.Pedih,sampai ke hari ini tak hilang.Kalau boleh,jangan lah waktu dia meluncur ada lagi si obor-obor di persisir pantai.Asfan tidak suka.Boleh berbirat jika terkena. “Kalau macam tu,boleh lah joined.Aku sejak balik sini memang tak surf lagi.Tak explore mana tempat yang happening nak surf.Lagipun ada anak kecil lagi…” Jelas Saiful Amri. Kawan-kawan sekolah dia yang ada pun semua memang tidak layan aktiviti meluncur. Hanya dia seorang tersesat.Itu pun dahulu dia terjebak kerana kawan-kawan satu universiti yang rajin mengajak. “Okay lah tu,wife kau boleh geng dengan orang rumah aku kan” Saiful Amri tersenyum panjang. “Ermm,aku ni ada anak,tapi tak ada isteri…”Asfan mengangkat kening.Kurang mengerti.Sukar untuk dia tafsir maksud dari kata-kata Saiful Amri. “My wife passed away lapan tahun lepas” Asfan menghela nafas panjang.Sedikit merasa simpati dengan lelaki dihadapan dia itu.Belakang Saiful Amri ditepuk tepuk perlahan tanda sokongan.Wajah Saiful Amri masih tenang seperti tadi.Dia sudah lama terima kenyataan yang Juliana sudah tiada. “Sorry to hear..Kami pula tak ada anak..Dah tiga tahun kahwin.Tak ada rezeki lagi.By the way,I didn’t see you daughter” Sengaja Asfan mengubah topik perbualan.Dia tidak suka suasana yang suram.Perkara yang lepas usah dikenang.Mereka yang hidup perlu teruskan hidup kerana masih jauh lagi perjalanan. “Cucu opah.Jarang ada sini.Lagipun aku selalu tak ada.Kalau cuti baru dia tinggal sini dengan aku.Hari-hari biasa memang dekat Kota Damansara,rumah opahnya”Jelas Saiful sambal tangannya membelek-belek papan luncur Asfan berkali-kali. Sepertinya ditempah khas kerana Saiful Amri lihat pada body papan luncur yang dilihat unik itu. “Seronok ada anak.Mesti kecoh kan?”Soal Asfan lagi berminat.Tentu comel.Dia juga teringin hendak bermain-main dengan anak kecil tetapi mungkin belum rezekinya dan Atrisha lagi. “Kalau dia ada ni,habis semua barang ni,dia belek.Orang surf pun dia nak surf.Alih-alih nanti,aku kena teman dia surfing tepi pantai jer…”Tawa kedua lelaki diluar agak kuat hingga menganggu Atrisha yang sedang membaca novel.Dijengah keluar.begitu rancak asfan berbual.Dengan siapa agaknya Asfan berbual.Dia tidak perasan pula sesiapa yang datang.Jarang kawan-kawan Asfan datang bertandang kerumah mereka pada hari-hari biasa begitu.Atrisha meletakkan novel di atas meja kopi sebelum melangkah ke dapur.Tidak manis jika tetamu datang dia tidak hidangkan apa-apa.Ummi selalu berpesan,jika ada tetamu yang datang,hidangkan walau segelas air kosong.Tetamu itu pembawa rezeki. Siap membacuh dua gelas air sarsi,Atrisha memotong kek yang dibeli Asfan dari secret Recipes semalam.Kek Coklat Indulgence kegemarannya ditenung penuh nafsu seketika.Lepas hantar air pada Asfan nanti,Atrisha ingin makan jugalah kek Coklat Indulgence.Rasa terliur pula dia. “Wah,rajin isteri I ni..Am,my wife..Nur Atrisha Najwa…” Saiful Amri terkesima sebaik mendengar nama keramat itu.Namun cepat-cepat dia mengawal air muka agar tidak tertangkap oleh Asfan.Atrisha juga terkejut sebaik melihat tetamu suami dia itu. “Alamak,mamat ni.Sejak bila pula dia berkawan dengan Asfan?Aduh,dia ada cerita apa-apa ke pada Asfan?” Hampir tertangkup dulang Atrisha sebaik melihat lelaki dihadapan dia itu.Lirikan mata mereka bertembung untuk beberapa detik. “Sha,letak kat sini..”Atrisha tersentak apabila Asfan menyua meja kecil untuk dihadapan Atrisha.Segalanya jangal.Kenapa pula lelaki itu tiba-tiba muncul dalam cerita dia dan Asfan. “Ermm,jemput minum..Afan,I masuk dulu.”Ucap Atrisha sebelum berlalu.Dia perlu beredar dari situ sepantas mungkin.Tidak sanggup dia berhadapan dengan lelaki itu.Naik bulu roma Atrisha.Macam ada sesuatu yang buat dia rasa tidak menentu apabila berhadapan dengan lelaki itu. ada aura yang membuatkan Atrisha rasa semacam. Tidak tenang dia disitu. “Jemputlah minum.Isteri aku memang macam tu.Asal orang datang rumah jer,mesti dia hidang apa-apa”Ujar Asfan sambil menghulur gelas berisi air sarsi pada Saiful Amri.Saiful Amri menjeling kek di atas pinggan.Kek Coklat Indulgence kegemaran Atrishanya. “Nama wife kau lebih kurang dengan nama anak aku..Nur Atrisha Najlaa…”Asfan agak teruja.Kebetulan yang tidak disangka-sangka. “Kebetulan pula..?” “Hahaha,Anak mat Salih celup.Late wife aku tu English..So,muka anak aku tu macam Barbie doll sikit la…”Saiful Amri memuji sendiri.Dia yakin, pendapat Asfan sama dengannya.Najlaa memang comel.Sama dengan Arwah Juliana. "Wow,boleh tahan juga ya Am taste kau..” Asfan dan Saiful Amri sama-sama ketawa. “Jodoh,dulu bercinta dengan melayu kita..tapi aku yang tiba-tiba kahwin dengan arwah isteri..Susah nak cakap soal hati ni” Entah kenapa Saiful Amri rasa senang meluahkan perasaan pada Asfan walau mereka baru sahaja kenal. “Aku setuju,memang susah nak duga hati kita ni.Lagi-lagi soal cinta,soal perempuan”Suasana menjadi agak hening.Kedua jejaka itu berpandangan sambil tersenyum.Asfan juga rasa ingin berkongsi sesuatu dengan Saiful Amri.Hati Asfan meronta-ronta ingin bercerita pada Saiful Amri.Tetapi,dia baru sahaja mengenali sahabat barunya itu.Kebiasaan dia bukan seorang yang mudah untuk berkongsi hal-hal peribadi,lagi-lagi pada orang yang baru dia kenali.Tetapi dengan Saiful Amri dia rasa senang. Mungkin kerana sifat Saiful Amri yang agak terbuka. “Kenapa tiba-tiba senyap jer ni?” Saiful Amri yang perasaan perubahan di riak wajah Asfan segera menegur. “Tak ada apa…Tiba-tiba terfikirkan,bagaimana kalau terpisah dengan orang yang kita sayang.Macam kau.Maaflah,kalau buat kau teringat pada Arwah isteri kau .Aku cintakan Atrisha tu,lebih dari nyawa aku sendiri.Aku rela buat apa sahaja asalkan Atrisha happy”Jelas Asfan jujur.Saiful Amri mengetap bibir.Saiful Amri pedih mendengar apa yang dikatakan Asfan tapi apakan daya.Asfan lebih berhak.Atrisha milik mutlak Asfan.Tiada apa yang Saiful mampu lakukan.Kekasih orang dia boleh dapatkan lagi.Tetapi isteri orang mana mungkin.Lagipun,Saiful Amri lihat,Asfan benar-benar cintakan Atrisha. “InshaAllah,yang penting kau tahu tanggungjawab sebagai suami,bimbing dia kejalan yang diredhai…Sayang dan cintai dia seadanya…Jangan sesekali buat dia terluka.Aku tahu isteri kau tu,tentu wanita yang sangat baik.Tengok gaya dia perfect wife..” Saiful Amri memuji ikhlas.Jika benar itu Nur Atrisha Najwa dia yang dulu.Saiful Amri faham benar hati nurani Atrisha.Dia tahu Atrisha bagaimana.Saiful Amri benar-benar terpukul dengan kenyataan yang perlu dia terima hari itu.Atrisha milik orang atau lebih tepat lagi isteri orang.Dan dia tidak mampu untuk mendapatkan atrisha langsung. Tiada ruang dan peluamg lagi buat dia. ********** Semalaman Saiful Amri tidak bisa melelapkan mata.Wajah Atrisha asyik terbayang-bayang diruang fikiran.Jika itu Atrisha,kenapa Atrisha langsung tidak ingat dia.Mana mungkin Atrisha tidak perasan akan wajah dia.Saiful Amri membelek-belek wajah dicermin.Rasanya,wajah dia tidak banyak berubah.Sedikit berisi kerana dia work out.Tapi tidak berubah banyak pun.Saiful Amri mendengus sebelum berlalu ke beranda bilik yang bertentangan dengan bilik Atrisha.Jantung Saiful Amri berhenti berdegup apabila matanya tertancap pada susuk tubuh yang sedang berdiri diberanda menghadap kolam mandi utama kondominium mereka. Cantik,sama cantik seperti dulu.Cuma sebelum itu,Saiful Amri tidak pernah lihat lekuk tubuh Atrisha kerana wanita itu sebelumnya tidak pernah berpakaian begitu.Dahulu,Atrisha gadis sederhana,polos.Berbaju T longgar,dan jeans lusuh.Kini,Atrisha yang sedang dia lihat berbeza.Jika Atrisha dihadapan dia waktu itu,tentu gugur jua iman dia melihat Atrisha yang hanya berbaju tidur nipis separas peha.Walaupun cahaya samar-samar,Saiful Amri dapat lihat dengan jelas setiap inci tubuh Atrisha.Untuk seketika,Saiful Amri terleka hingga Asfan muncul memeluk Atrisha dari belakang.Hati Saiful Amri diregut rasa cemburu kerana wanita yang dicintai sedang dalam pelukan lelaki lain. “Astagfirulahaazim…apa aku buat ni?” Lama berkhayal, Saiful Ami tersedar. Jauh sudah khayalan dia. Saiful Amri berkali-kali beristigfar didalam hati.Menyesali keterlanjurannya.Dia tidak patut mengintai isteri orang begitu.Dia dan Asfan berkawan.Mana mungkin dia berlaku biadap begitu pada Asfan.Saiful Amri segera masuk kedalam rumah.Tidak sanggup untuk terus lihat Atrisha bermesra dengan Asfan dihadapan dia.Agaknya,itu yang Atrisha rasa sewaktu dia berkahwin dengan Juliana.Sungguh dia kejam.Tiba-tiba Asfan teringat berita kematian Atrisha.Mungkinkah semua itu direka-reka untuk menjauhkan dia dari Atrisha.Apa yang berlaku sehingga Atrisha langsung tidak ingat pada dia?Handphone dibirai katil segera Saiful Amri capai.Dia inginkan jawapan kerana terlalu banyak soalan yang berlegar-legar dikepalanya.Mengigil jari jemari Saiful Amri mendail nombor talifon Datin Hajah Halimah.Ibu sahaja yang tahu apa yang terjadi sebenarnya. “Assalamualaikum” “Waalaikumsalam Am.Kenapa call malam-malam ni.Tadi dah call.Rindu kat Najlaa ke?” Terkejut juga Datin Hajah Halimah. Jarang Saiful Amri membuat panggilan waktu lewat malam begitu. “Am sentiasa rindu pada Najlaa bu…sama macam Am rindukan arwah Juliana lagi-lagi Atrisha…”Lemah suara Saiful Amri meluahkan kata-kata. “Am kenapa ni.Macam sedih jer” Datin Hajah Halimah mendegus.Sudah dapat meneka pasti ada yang menganggu fikiran anak lelaki dia itu. “Ibu,ibu pasti ke Atrisha dah meninggal?ibu tengok ke kubur dia?”Soalan yang bertubi-tubi dari Saiful Amri tidak terjawab oleh Datin Hajah Halimah.Entah kenapa tiba-tiba Saiful Amri mula bertanya soalan itu.Datin Hajah Halimah tidak faham mengapa Saiful Amri tidak mahu menerima kenyataan bahawa Atrisha sudah meninggal dunia. “Ibu,Am Tanya ni?” Saiful Amri menekan sedikit suara apabila tiada jawapan dari corong talifon. “Am nak ibu cakap apa lagi?dah lapan tahun kan Saiful Amri..Ibu memang tak pernah tengok kubur Atrisha,tapi tak mungkin Uncle Faliq dan Aunty Rosaliza kamu nak main-main soal hidup mati anak mereka.Cuba Am lupakan Atrisha.Terima kenyataan.Bina hidup baru..” “Tapi Am jumpa Atrisha bu..Am tengok dengan mata kepala Am sendiri,Atrisha masih hidup..Mana mungkin ada orang punya wajah yang sama dengan nama yang sama”Datin Hajah Halimah mendengus.Tidak percaya.Agaknya,anak lelaki dia itu angau. “Saiful Amri,sudah lah tu.Am mengigau agaknya ni.Ibu tak percayalah…” “Ya Allah,macam mana Am nak buat ibu percaya…hurmm,kalau ibu tak percaya,ibu datang rumah Am.Dia tinggal depan rumah Am jer.” Bersungguh-sungguh Saiful Amri mahu Datin Hajah Halimah percaya.Dia yakin dan pasti bahawa,Atrisha isteri Asfan,adalah Atrisha yang pernah menjadi kekasihnya satu masa dahulu. “Saiful Amri,kamu ni dah teruk sangat la.Ibu tak percaya..Ibu percaya kamu silap” “Terpulang pada ibu lah..Am tahu tak akan ada seorang pun akan percaya cakap Am.Bagi ibu,Am ni tak betul kan sebab masih ingat pada Atrisha…am gila kan?”Ujar Saiful Amri separuh merajuk.Datin Hajah Halimah ingin ketawa tapi gusar Saiful Amri akan bertambah sedih lagi.Ditahan tawanya didalam hati. “Ke situ pula dia.Buruk tahu dah tua-tua merajuk.Ibu nak tengok sendiri baru ibu percaya.Tengok esok macamana.Lagipun ibu nak hantar Najlaa balik.Kamu nak bawa dia beli buku kan?” Hati Saiful Amri sedikit lega apabila Datin Hajah Halimah bersetuju untuk melihat sendiri Atrisha yang dikatakan Saiful Amri itu. “Kalau bukan,siap kamu.Kamu kahwin dengan Cikgu Adriana.Biar hilang angau kamu tu” Datin Hajah Halimah memberi peringatan.Dia pun mahu tidak mahu untuk percaya.Jika benar itu Atrisha,dia amat bersyukur kerana Atrisha masih hidup.Tapi mengapa keluarga Atrisha bohong tentang Atrisha?Datin Halimah jadi tertanya-tanya. Setelah menamatkan perbualan dengan Datin Hajah Halimah,Saiful Amri terus menhenyak tubuh ke tilam empuk.Tiada minat untuk menyambung kerja dari pejabat malam itu.Fikiran Saiful Amri asyik teringat pada Atrisha. Throwback “Sha,Isha janji dengan Abang yang Isha kena dapat result cemerlang.Nanti boleh follow abang study di London”Wajah polos Atrisha direnung seketika.Tiada senyuman.Mungkin Atrisha sedih kerana selepas ini mereka terpaksa berjauhan dalam jangka waktu yang agak lama. “Isha,cakaplah.Jangan diam jer macam ni” “Agaknya nanti,mesti abang lupa pada Isha kan…”Sedikitpun Atrisha tidak memadang wajah Saiful Amri.Dia bimbang jika Saiful Amri melupakan dia jika sudah sampai di London nanti.Atrisha takut,lelaki itu terjatuh hati dengan perempuan-perempuan Mat Salih di sana nanti. “Abang pergi sana nak belajar,bukan nak bercinta.Lagipun cinta hati abang kat sini.Abang ada Isha seorang sahaja” Saiful Amri cuba untuk menyentuh tangan Atrisha tetapi seperti kebiasaan,gadis itu akan cepat-cepat mengelak.Atrisha memang tidak akan benarkan mana-mana lelaki menyentuhnya termasuk Saiful Amri sendiri. “Isha percaya pada abang” Suara Atrisha sayu.Mahu tidak mahu dia terpaksa demi masa hadapan Saiful Amri. “Kalau percaya kenapa buat muka macam tu?Abang nak pergi dah esok tahu?Isha kena percaya pada abang.Dari kecil Isha sahaja yang abang gilakan…Abang dah tempah Isha dari kecil tahu..”Senyuman terukir dari wajah putih bersih Atrisha. “Abang janji,abang tak akan pandang wanita lain..Isha,Isha pun kena janji dengan abang tahu.Jangan gatal-gatal.Isha tu dah la ramai nak try.Risau abang..Study rajin-rajin,nanti boleh ikut abang study kat London…”Ucap Saiful Amri.Waktu itu dia memasang impian untuk belajar bersama-sama Atrisha di London. “Isha tak sebijak abang.Tak apa lah kalau Isha tak dapat belajar kat sana,Isha belajar sahaja la kat sini.Malaysia kan banyak Universiti” “Belum apa-apa lagi dah putus asa.Try you best.Jangan lupa solat dan doa.InshaAllah,abang pun akan sentiasa doakan Isha” Untuk seketika pasangan muda itu bertentang mata.Tidak tahu lagi bila mereka akan dapat duduk berdua begitu. “Terima kasih abang.Isha harap,abang tak hampakan Isha.Hati Isha cuma untuk abang.Selama ini,Isha Cuma ada abang.Isha tak dapat terima kalau abang curang dengan Isha tau.Sebab Isha tak boleh hidup tanpa abang.”Tergiang-giang kata-kata Atrisha itu ditelinga Saiful Amri.Tegar dia melukan hati Atrisha.Wanita itu begitu setia pada dia.Ya Allah,kau tabahkan hatiku,kuatkan imanku Ya Allah.Sesungguhnya,aku yakin pasti ada hikmah disebalik segala yang kau aturkan buat hambamu ini.Saiful Amri menakup muka dengan kedua belah tangan.Dia buntu. Moga dia berlapang dada,menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan Allah S.W.T.Mungkin ada sesuatu yang lebih baik untuk dia.Apa pun,hidup mesti diteruskan.Najlaa perlukan dia dan perlukan seorang ibu.Cadangan ibu perlu dia pertimbangkan demi masa depan Najlaa.Tidak patut dia mengejar isteri orang. Itu bukan cara Saiful amri.Biarlah dia pendam sahaja cinta dia pada Atrisha.Sekurang-kurangnya dia tahu keadaan Atrisha.Wanita itu sihat dan cantik. Kehidupan Atrisha juga Saiful lihat sangat bahagia dengan Asfan.Itu sudah cukup buat Saiful Amri. Kecuali jika Asfan buat sesuatu yang bisa menyakiti hati Atrisha.Saiful Amri tidak akan lepaskan Asfan jika itu terjadi.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD