Maya merasakan hidupnya telah bebas ketika keluar dari kediaman Romano. Dia tidak peduli apa yang akan berlaku kepadanya di luar sana. Maya hanya ingin bebas dari menjadi hamba Romano.
Ketika Rafael memasuki perkarangan rumahnya. Dia merasa seperti mendengar nafas seseorang di kerusi belakang mobil. Rupa-rupanya Maya telah tertidur nyenyak di sana.
Rafael membuka pintu mobil belakang . Dia menyangka ada maling yang masuk di mobilnya. Rafael sedikit terkejut melihat gadis kecil yang mengenakan pakaian pembantu tidur di dalam mobilnya. Rafael mengenal pakaian seragam yang dikenakan Maya. Pakaian itu milik pembantu di kediaman Romano.
"Bangun.... hei bangun...". Rafael yang terkenal tegas dan garang tiba- tiba menjadi baik pada malam itu.
Rafael paling tidak suka mobilnya di tumpang oleh mana-mana orang. Dia sangat-sangat tidak menyukai miliknya di sentuh oleh orang lain, lebih-lebih seseorang yang tidak dikenali.
Rafael tidak sedar dia tanpa sengaja tersenyum menatap wajah polos Maya ketika tidur. Tiba-tiba hatinya merasa kasihan melihat keadaan Maya. Walaupun pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya.
"Emmm..... sudah pagi ya bu. 5 menit lagi deh..". Maya yang masih belum sedar sepenuhnya kembali tidur semula.
"Mbak bangun.. tidurnya jangan di mobil. Masuk rumah dulu. Baru sambung tidurnya.." Rafael membisikkan kata- kata itu ke telinga Maya.
Maya seperti aneh dengan suara yang berbisik di telinganya. Dia pun perlahan-lahan membuka matanya dan mengumpul kesedarannya semula. Maya segera bangun dan melihat di sekeliling. Alangkah terkejutnya Maya apabila dia teringat kembali kejadian dia yang seperti maling memasuki mobil seseorang.
"Pak pak tuan... maafkan saya... Saya ini bukan orang jahat pak.. saya hanya ingin menumpang keluar untuk ambil angin di luar pak..benar pak" Dengan panik Maya memutarkan kata-katanya. Dia juga sangat takut jika Rafael seperti Mikael yang akan terus menghukum seseorang tanpa belas kasihan.
"Emmm.... saya sepertinya sangat lelah. apa kata kamu istirehat sahaja dulu di villa saya. Esok sahaja saya mendengar alasan kamu." Rafael meninggalkan Maya yang masih terpinga-pinga di dalam mobil.
"Gadis kecil... kalau kamu ngak mahu keluar dari mobil. Penjaga keamanan yang bertugas akan menangkap kamu loh.."
Maya dengan cepat keluar dari mobil dan mengikuti Rafael masuk ke villanya.
"Maaf pak.. eh tuan ngak marah sama saya?"
Rafael terus menarik tangan Maya sehingga dipelukannya dan terus mencium bibirnya sekilas.
"Gadis kecil... Jangan memanggilku tuan atau bapak.. seperti ku katakan tadi.. Aku sangat lelah.. Kamu boleh pilih untuk tidur mana-mana bilik yang kamu mahukan.. bye.. good night". Cup. Rafael mengakhiri kata-katanya dengan ciuman di kening Maya.
Wajah Maya terus merona merah. Degupan jantungnya tiba-tiba melaju seperti ingin keluar dari badan. Maya segera memegang dadanya.
Maya yang pertama kali diperlakukan dengan begitu baik sekali merasa terharu dengan kebaikan yang diterimanya. Walaupun itu adalah ciuman pertamanya telah di ambil oleh seseorang yang baru dikenalinya. Bahkan Maya merasa hairan dirinya sangat bahagia.
Air matanya tanpa sedar mengalir. Sedangkan ahli keluarganya sendiri tidak pernah bersikap baik kepadanya. Maya dibesarkan oleh keluarganya tanpa diberikan kasih sayang. Ibunya Maria seorang ketua pembantu hanya ingin Maya menjadi pembantu yang sempurna dan tidak mempunyai sedikit pun melakukan kesalahan.
Ayahnya pula Jelvin supir serta orang kanan kepada Martin Romano. Jelvin tidak pernah memberikan kasih sayang seorang ayah kepada Maya sejak kecil lagi. Jelvin sentiasa sibuk mengurus keperluan majikannya sehingga jarang berada di rumah.
Maya tidak berani untuk tidur di dalam bilik yang besar berseorangan. Selalunya Maya akan tidur bersama pembantu yang lain di rumah pembantu bersebelahan dengan kediaman Romano. Maya hanya duduk di sofa sehingga dia tertidur di sana.
Rafael melangkah masuk ke dalam biliknya. Degupan jantungnya menggila perlahan- lahan kembali normal. Dia memegang dadanya dan tanpa di sedari senyuman terukir di bibirnya. Rafael tidak menyangka dia akan memperlakukan Maya dengan baik.
Rafael tidak menyangka cinta dihatinya yang dia tidak pernah rasai tiba- tiba hadir dengan kehadiran gadis yang baru di kenalnya.
Rafael yang dikenali sebagai lelaki yang tidak mempunyai perasaan tiba-tiba tertarik dengan kehadiran gadis kecil yang baru dikenalinya.
" Rafael... adakah kau sudah gila". Rafael bermonolag kepada dirinya.
Rafael tidak dapat melelapkan matanya. fikirannya hanya tertumpu kepada gadis yang baru dikenalinya dan kini berada di rumahnya.
Ketika Rafael keluar ingin mengambil air di dapur. Rafael terlihat ada sosok tubuh yang tidur di sofa. Sepertinya gadis itu dalam keadaan sejuk. Rafael mengendong Maya masuk ke biliknya. Akhirnya Rafael tertidur sambil memeluk