Rancangan kabur
"Maya.. !!!!"
Suara Mikael bergema di seluruh rumah besar itu.
"Aduh, ada apa sih. Hari ini kan hujung minggu". Maya yang mendengar namanya dipanggil terus segera berlari ke tingkat dua di ruangan bilik tuan muda Mikael, anak kepada pemilik rumah besar ini iaitu keluarga Romano.
Pembantu-pembantu lain yang mendengarkan suara Mikael itu hanya menggelengkan kepala dan ada juga yang tersenyum sahaja, termasuk ibu kepada Maya iaitu Maria ketua pembantu di rumah besar itu. Mereka sudah terbiasa dengan jeritan seperti itu.
Mereka juga sudah faham dengan sikap Mikael yang tidak akan membenarkan sesiapa pun masuk ke dalam biliknya. Hanya Maya sahaja yang dibenarkan untuk membersih dan mengemas biliknya sejak Maya berusia lima tahun sehingga sekarang berusia lapan belas tahun.
"A..ada apa tuan muda memanggil saya"? Tanya Maya sambil memperbetulkan pernafasannya kerana penat berlari.
Mikael yang menunggu Maya di depan pintu biliknya hanya mengangkat sebelah kening sambil memeluk tubuhnya.
"Emm... adakah perlu sebab untuk aku memanggilmu Maya?"
"Ti..tidak tuan.. bukan begitu. Ada apa yang tuan perlukan?".
Walaupun sejak kecil lagi menjadi pembantu di rumah besar ini. Tetapi Maya tetap merasa takut kepada Mikael. Mikael seorang yang garang dan tidak segan silu memukul pembantu yang berbuat salah. Walaupun Mikael hanya tua dua tahun daripada Maya, tetapi kerana sikap Mikael yang bengis, Maya dan pembantu- pembantu lain di rumah itu
Mikael memandang Maya tanpa reaksi. "Buatkan aku kopi seperti biasa dan bwakan kemari."
"Baik tuan". Ada apa-apa......" belum sempat Maya menghabiskan katanya pintu di tutup dengan kuat hampir- hampir mengena hidung Maya.
'Sabar Maya sabar.. hari ini hari terakhir kau akan melihat Mikael sombong itu'. Kata maya di dalam hatinya sambil mengurut dadanya untuk menenangkan hatinya.
Sebenarnya Maya dalam diam bercadang melarikan diri dari rumah besar ini. Dia tidak tahan mengabdikn diri untuk kluarga sombong ini. Keluarga Maya telah mengabdikan diri sejak dari datuk moyangnya lagi. Maya tidak maw mengikuti jejak langkah itu.
"Tuan.. saya letak kopinya di sini". Maya melihat disekeliling bilik besar yang kelihatan indah dan mewah itu. Tidak melihat adanya Mikael di sana. Maya pun melangkah keluar dari bilik itu.
Belum sempat Maya melangkahkan kaki dari bilik itu tiba- tiba pintu telah di tutup.
"Mahu ke mana?". Suara Mikael bertanya dan mendekati Maya.
Maya hanya menundukkan kepalanya. Dia sangat takut dengan Mikael.
"Maya.. adakah kau telah bisu?". Mikael berkata perlahan di dekat cuping telinga Maya.
"Tidak... ti..dak tuan. Saya hanya ingin keluar".
Maya terus menundukkan kepalanya.
" Aku dengar kau akan berkahwin dengan Ben. Tahniah di ucapkan. pembantu dan tukang kebun memang akan berjodoh. Maya hanya mendiamkan diri lalu berlalu pergi meninggalkan ruangan bilik Mikael.
Selepas pemergian Maya. Mikael menghempaskan pintu dengan kuat. Mikael merasa tersakiti. Dia sudah lama memendam perasaan terhadap Maya. Mikael juga tidak boleh menerima kenyataan Maya akan dimilik orang lain.
Sudah lumrah kehidupan hidup sebagai pekerja keluarga Romano. Seseorang yang bekerja di keluarga Romano ini akan menjadi hamba seumur hidup. Mereka akan berkahwin dengan hamba yang lain supaya akan ada generasi penerus.
Antara salah satu sebab Maya meninggalkan kediaman serba mewah ini kerana dia tidak mahu akan perjodohan yang telah diatur. Jika perjodohan ini terjadi dia akan selamanya menjadi hamba kepada keluarga Romano. Perjodohan anak-anak pekerja di buat ketika mereka berumur 18 tahun.
Malam itu seperti biasa pada pukul 12 tengah malam seluruh kawasan kediaman mewah itu akan di kunci. Tiada kenderaan atau orang yang akan keluar atau masuk selepas jam 12 malam. tinggal sepuluh menit lagi menandakan pukul 12 malam. Maya telah menyiapkan diri untuk meninggalkan rumah besar itu. Walaupun keadaan jantung tidak stabil ketika ini. Bukan disebabkan sakit jantung tetapi takut ketahuan melarikan diri. Tetapi Maya sudah bersiap sedia jika ketahuan. Dia rela di bunuh dari terus menjadi hamba.
Seminggu sebelum perancangan Maya melarikan diri. Maya telah mendengar perbualan Mikael dan Ayahnya Marfin akan kedatangan tetamu bisnis terkaya di rantau Asia dan pre bisnis yang lain. Di sanalah Maya memikirkan idea untuk melarikan diri.
Pada hari tersebut terjadi orang yang terakhir meninggalkan rumah kediaman Romano itu adalah anak pre bisnis terkaya Rafael Remon.
pada ketika itulah Maya mengambil kesempatan memasuki kereta Rafael. Untungnya , perancangan melarikan diri Maya itu tidak disedari oleh sesiapa pun.