BAB 4

247 Words
Pagi Isnin datang lebih cepat daripada yang Indah sangka. Dia berdiri di hadapan cermin, membetulkan tudung berkali-kali. Wajahnya pucat, tapi senyum kecil cuba juga diukir. “Hari pertama, Indah. Jangan takut.” Baju kurung krim sederhana jadi pilihannya. Dia tak mahu menonjol, cukup sekadar nampak kemas dan sopan. Di luar, bunyi enjin motosikal Farah kedengaran. “Cepatlah, Indah! Nanti kau lambat hari pertama kerja!” jerit Farah dari bawah. Indah tergesa-gesa capai beg tangan dan fail kecil. “Datang sekejap je, Farah. Nanti aku balik sendiri.” “Good luck! Kalau bos tu garang, senyum je. Lelaki macam tu kalah dengan senyuman!” sempat Farah menggoda dari motor. Indah hanya ketawa kecil. “Gila.” Sampai di D’Catalyst Holdings, hatinya kembali berdebar. Semua orang di lobi berpakaian korporat, nampak sibuk dan yakin. “Awak mesti Indah, kan?” tegur suara lembut dari belakang. Indah berpaling. Seorang wanita berambut ikal paras bahu, berwajah ramah, tersenyum kepadanya. “Saya Sarah. Tengku Razin pesan suruh saya tunjukkan awak sekitar pejabat.” Nama itu cukup membuatkan jantung Indah berdetak laju semula. Dia hanya mengangguk, menyembunyikan gementar. Pejabat di tingkat sepuluh luas dan moden. Setiap sudut berkilat, setiap pekerja kelihatan fokus. Sarah menoleh kepadanya sambil tersenyum. “Jangan risau. Tengku Razin garang cuma masa kerja. Tapi dia sebenarnya baik.” Indah hanya mampu mengangguk. Dalam hati, dia tahu — kata-kata itu belum tentu benar... Kerana hanya masa akan menentukan — siapa sebenarnya Tengku Razin di mata seorang gadis bernama Indah Sofea.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD