Jovana

808 Words
SUASANA terasa membahang. Peluh merenik pada dahi. Dia tidak main tapi dia yang melebih berpeluh. Sesekali Alisa mengerling Zoey yang sedang aktif mengejar dan menyepak bola dalam gelanggang futsal. Ampang Sport Planet terasa bingit dengan suara orang menjerit dan ketawa.            Esakkan halus teman baik di sisi, membawa Alisa kembali memandang pada Jovana. Tiada lago renungan pada Zoey. Air mata Jovana mengalir lesu. Jovana adalah teman terbaik yang pernah dia ada. Dia janji dengan Tuhannya. Dia sayangkan Jovana dunia dan akhirat. Dia janji umtuk sama-sama ke menara gading. Apa saja, dia akan bantu.           Tapi......... Ujian Jovana kali ini dirasakan ujian yang bukan biasa. Andai trjadi pada dirinya, entah mampu atau tidak dia bertahan.           "Jov, kalau kau terus menagis begini.. Aku pun akan nagis sama."           Alisa mengusap bahu Jovana  perlahan. Sebu betul perasaan dia waktu ini bila Jovana bercerita segalanya tentang apa yang telah menimpa. Tak mudah untuk Jovana hadapi.           Dia yang mendengar pun rasa rebah bahu, apalagi Jovana patah bahu gamaknya menahan patah riuk.           "Aku tak tahu dah nak buat apa Lis. Aku dah tak ada tempat nak mengadu, aku dah tak ada orang lain selain engkau.." balas Jovana dengan nada suara tenggelam timbul dihurungi sebak.           Alisa paut bahu Jovana. Dipeluk erat. Dia pun tak sangka semua ini akan terjadi lebih teruk. Rasa dia bertuah benar kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Ibu dan ayah yang begitu memahami malah rumah yang dikatakan syurga sebelum syurga itu benar-benar membahagiakan.           "Aku pun tak tahu nak kata apa buat masa sekarang. Aku tahu, kalau aku cakap apa pun sekarang mesti kau susah nak terima. Sekali aku buntu, kau lebih berganda buntunya. Tapi ada satu hal yang harus engkau tahu....." Tubuh Jovana ditolak. Dicengkam sedikit bahu Jovana. Menghantar maksud kasih sayang seorang sahabat yang  begitu dalam. Air mata Jovana mengalir lesu. Jovana nampak beneran lemah. Saat ini, satu sahaja difikiran. Sudah makankah? Nampak lemah benar.           " Aku akan sentiasa ada untuk kau, Jov. Aku akan bantu kau bila-bla masa sahaja kalau kau perlukan bantuan. Cuma, sekarang kau kena jaga diri. Betul-betul kena jaga diri kau. Apa pun jadi, jangan rosakkan diri sendiri. Kau kena sayangka diri kau dulu. Baru orang lain akan  hormat dan sayangkan engkau. Kau fahamkan maksud aku ni?"           Bersungguh-sungguh Alisa menyoal.           Bukan apa, dalam keadaan sebegini sesiapa saja akan mudah terpengaruh dengan benda tak elok. Dan dia tak nak Jovana terpengaruh sama. Dia nak Jovana tahu, dia masih memberikan bahu untuk sahabatnya bersadar.           "Kau perlu tabah tau..." pintas Alisa separuh merayu dalam senyuman yang pincang. Macam mana dia nak senyum manis jika begini sekali nasib yang menimpa Jovana.           "Sekarang ni kau kena balik rumah dulu. Dudukdan bincang baik-baik. Kalau perlu mengalah, biarlah kita yang mengalah."           "Aku tak nak balik.." Jovana mengelengkan kepala berkali-kali. Air mata berjuraian ke pipi. Ketakutan jelas terpancar. Dah sudah, tak nak balik rumah pula. Alisa melepaskan keluhan tips.           "Kau kena balik dulu. Cuba bincang dulu apa yang patut. Adik-adik kau semua sangat memerlukan engkau. Ingat tu. Kalau kau tak balik, siapa nak bela nasib dia orang. Kalau kau kata ada aku sahaja dalam hidup kau sekarang, macam tu juga lah adik-adik engkau ada kau aja Jov." Rendah suara Alisa memujuk Jovana agar kembali kerumah.           Jika Jovana enggan balik, mana lagi Jovana akan pergi? Dia boleh bawa Jovana kerumahnya tapi bagaimana dengan adik-adik Jovana. Tersentuh dengan kata-kata Alisa, air mata Jovana terus mengalir tanpa henti.           "Lis..."           "Ermmm..."           Tangan Alisa digenggam erat. Mencari sedikit kekuatan di balik keikhlasan seseorang yang dia gelar sahabat.           "Kau kawan aku kan?" soal Jovana           Alisa angguk. "Dunia akhirat.." senyum nipis membalas genggaman Jovana.           "Kau tak kan tinggalkan aku kan?            "Takkan..."          Sekali lagi pelukkan bertaut erat. Tuhan... berikan ketabahan pada hati-hati kami menempuhi ujianMu. Risaunya pada Jovana tak pernah surut sejak dulu malah semakin tinggi pula rasa itu.                                                                    ~,~ SEJAK tadi dia tidak beraksi. Dah tukar pemain. Hanya berdiri ditepi gelanggang, dan mata yang tunak memandang Alisa dan Jovana yang sedang buat sesi luahan perasaan. Nampak Jovana sedang menagis sejak tadi. Bukan dia tidak tahu masalah Jovana tapi entahlah... Kurang selesa sedikit bila Alisa begitu lembut dengan Jovana.           Sekali pandang orang sudah boleh agak betapa rapatnya mereka berdua. Dia pula yang naik semak mata. Bukan dia tak suka cuma... Tak selesa..           "Zoey"           Renungam Zoey tersentak bila bahunya dilanggar oleh Panggeran yang sudah berdiri tepat disebelahnya dengan mata turut sama mtapi dia mandang Alisa dan Jovana.           Dia sudah separuh mati risaukan tentang Alisa. Ya! dia tahu Jovana sedang dilanda masalah tapi dia lebih risaukan Alisa. Alisa itu, hati lembut. Mana boleh tengok orang menagis mulalah  nak jadi penyelamat dunia.  Nak jadi Tun Fatimah lah  tu kononnya. Hehh..           "Zoey, kau nak main lagi tak?" Zoey menoleh pada temannya Panggeran. Tersenyum tawar lalu mengeleng perlahan. Nak main apa kalau mata tak lepas daripada mengerling Alisa dan Jovana. Jangan-jangan, bola kemana,kaki kemana.           "Aku gerak dululah. Kau orang mainlah. Next week aku jin lagi." Tangan dilambai, sedia untuk beredar.            
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD