"Hello, Assalamualaikum mommy." Sapa Mia sambil mengemas meja makan. "Waalaikumsalam, Mia buat apa tu?" Soal Puan Mawar di hujung talian. "Baru siap kemas meja makan ni. Kenapa mommy call pagi macam ni?" Soal Mia ketika mencuci tangannya di sinki. "Mommy ingat nak ajak kamu keluar tengahari nanti, teman mommy pergi shooping. Boleh, kan?" Soal Puan Mawar. Mia mengerling ke arah jam yang tergantung pada dinding. "Nanti Mia minta izin Hakimi. Kalau dia bagi, Mia call mommy semula, boleh?" Ujar Mia. Sukar dia mahu memberi kata putus bila sudah berkahwin. "Ha ok, nanti kalau dia bagi mommy datang ambil kamu dekat rumah." Setuju Puan Mawar. Mia meletak panggilan dan terus menghubungi Hakimi meminta izin. Setelah mendapat izin, Mia terus menghantar pesanan ringkas kepada Puan Mawar dan bersi

