Beberapa Bulan Kemudian "Sayang." Panggil Hakimi. Mia memandang ke arah Hakimi. "Yes?" Sahut Mia. Hakimi mengambil tempat di sebelah Mia. "Baby apa khabar?" Soal Hakimi sambil mengusap perut Mia yang sudah membesar. Lagi 2 bulan, keluarlah dia. Mia tersenyum suka. "Baby sihat je papa. Aktif sangat hari ni." Jawab Mia. Hakimi sudah teruja. "Dia selalu tendang ke?" Soal Hakimi. Tangannya masih di perut Mia. Mia mengangguk. "Setiap masa. Entah apa yang seronok sangat tak tahulah." Jawab Mia. Tiba-tiba bayi di dalam kadungan menendang. Hakimi memandang ke arah Mia. "Hah, dia tendang!" Ujar Hakimi teruja. Mia mengangguk. "Tak sakit ke?" Soal Hakimi bersama wajah yang berkerut. Mia tergelak kecil. "Takdelah, biasa je." Jawab Mia. Hakimi baru mahu membuka mulut lagi, telefon bombitnya s

