Hakimi dan Hairul melangkah masuk ke dalam teratak keluarga mereka. Hakimi terus menuju ke ruang rehat yang dijadikan tempat keluarga mereka berkumpul.
Hakimi mengambil tempat di sebelah kanan Haikal, Hairul di sebelah kiri Haikal di atas sofa itu. "Hm, kenapa mommy panggil suruh balik ni?" Soal Hakimi dan mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.
Mawar memandang anaknya itu. "Kawan mommy bagitahu mommy yang dia nampak Kimi dengan seorang perempuan masuk hotel semalam. Kamu buat apa?" Soal Puan Mawar dingin memandang ke arah Hakimi.
Hakimi menghelakan nafasnya. Begitu juga dengan adik-adiknya yang berada di situ. "Mommy bukan tak kenal Kimi." Jawab Hakimi dengan ringkas dan bertentang mata dengan Puan Mawar.
Haikal dan Hairul mengangguk bersetuju. "Sepatutnya mommy dah tahu apa yang jadi." Sambung Hakimi lagi tanpa rasa bersalah.
Tengku Malik dan Puan Mawar menggelengkan kepala. "Kamu bertiga ni dah dewasa. Sepatutnya kamu bertiga tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Apa nak jadi dengan kamu ni?" Soal Tengku Malik. Wajahnya kelihatan sungguh tidak senang dengan perangai anak-anaknya.
"Daddy, kami tahu apa yang kami buat." Ujar Haikal.
Tengku Malik menjengkitkan keningnya. Kemudian dia tertawa sinis. "Huh, kalau tahu kenapa buat juga?" Soal Tengku Malik.
Hakimi berdiri secara tiba-tiba. "Sudah la. Kimi nak balik. Kalau panggil sebab nak cakap pasal ni, baik tak payah panggil. Mommy dengan Daddy bukan tak kenal kami." Ujar Hakimi. Terus dia mencapai kunci kereta di atas meja dan berlalu dari situ.
"Hm, Haikal pun nak keluar." Pamit Haikal pula dan di ikuti oleh Hairul.
Tengku Malik mengurut dahinya. Manakala Puan Mawar hanya memandang si suami. "See, awak biarkan lagi dia orang tu. Bila saya membebel, awak diamkan saja. Bukan nak tolong tegur sama. So now, awak fikirlah sendiri. Cari sendiri siapa yang awak akan pilih untuk jadi pewaris syarikat awak tu." Bebel Puan Mawar dan dia terus naik ke bilik.
Tengku Malik menyandarkan badannya pada sofa. "Hm, aku pun kena." Ujar Tengku Malik.
Hakimi melangkah masuk ke dalam rumah. "Baby, you pergi mana?" Sapa seseorang dan memeluk leher Hakimi.
Hakimi mengangkat kepala memandang ke arah suara tersebut. "Sarah." Sahut Hakimi dengan nada lemah tetapi tangannya tetap memeluk pinggang Sarah.
Sarah mengerutkan dahi. "Hey what's wrong?" Soal Sarah dan melonggarkan pelukan.
Hakimi menggeleng. "Nothing. Eh, bila you sampai?" Soal Hakimi.
"Around 30 minutes ago. Oh ya, sejak bila you ada maid?" Soal Sarah. Mereka melangkah ke arah sofa.
"Baru je." Jawab Hakimi ringkas.
Sarah mengangguk dan mengeluarkan rokoknya. "Oh, tapi perlu ke ambik maid?" Soal Sarah sambil menghisap rokoknya.
Hakimi mengangguk. "Yup, you know me right. Kalau I outstation nanti siapa yang nak jaga rumah I ni? Sebab tu I ambik maid. Senang." Jawab Hakimi sambil menarik tangan Sarah untuk menghisap rokok yang sama.
Sarah membuat muka. "Iyalah tu. Ingat Kimi, kita dah nak kahwin tahun depan. Jangan you jatuh suka dekat maid you tu sudah la." Ujar Sarah memberi amaran. Kenal sangat dengan perangai buaya darat Hakimi.
Hakimi tersenyum nakal memandang si tunang. "Hey, are you jealous?" Soal Hakimi ingin mengusik.
Laju sahaja Sarah memandang ke arah Hakimi. "Memang tak lah! Buat apa I nak jealous dengan maid you tu?" Bangkang Sarah. Bibirnya sudah mencebik.
"Muka pun macam orang kampung." Sambung Sarah sambil menjeling ke arah dapur.
"Indeed, she is." Ujar Haikimi
Hakimi membuat muka. "Okay, stop talking about her now. Yang you ni, kenapa tiba-tiba je muncul ni?" Soal Hakimi menukar topik.
Laju sahaja rokok yang sudah habis di jari di buang ke dalam bekas habuk rokok. Leher Hakimi di peluk dari tepi. "I miss you lah, baby." Ujar Sarah bersama bibir yang sengaja dimuncungkan.
Hakimi tersenyum sinis. "Dah agak dah." Ujar Hakimi dan memandang ke arah lain.
Sarah melonggarkan pelukan dan duduk di atas riba Hakimi. "Babe, you tak rindu I ke?" Soal Sarah dengan lenggok manjanya.
Hakimi tertawa. Laju sahaja dia mendukung Sarah. "Of course I am." Jawab Hakimi dan menuju ke biliknya.
Mia menyediakan sarapan. Sedang ralik dia menghidangkan makanan, tiba-tiba dia di sapa.
"Morning."
Mia memandang ke belakang. Segera dia beranjak ke tepi dan menundukkan kepala. "Morning." Sapa Mia pula.
Hakimi menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. "Hari ni aku tak balik lunch. So, kau tak payah masak." Beritahu Hakimi.
Mia mengangguk faham. "Baik. Awak nak roti atau nasi goreng?" Soal Mia bersedia untuk meletakkan makanan di atas pinggan Hakimi.
"Nasi goreng." Jawab Hakimi. Mia mengaut nasi goreng untuk Hakimi.
"Air?" Soal Mia lagi.
"Kopi." Jawab Hakimi. Mia menuangnya ke dalam cawan.
"Morning." Sapa seseorang dengan suara ceria.
Mia memandang orang tersebut. "Morning." Sahutnya perlahan.
Sarah hanya memandang sepi ke arah Mia. Kemudian Hakimi di peluk dari belakang dan pipi Hakimi di cium. "Morning baby." Ujar Sarah.
"Hm." Sahut Hakimi. Sarah mengambil tempat di sebelah Hakimi.
Mia menghampiri Sarah. "Cik nak makan apa?" Soal Mia dengan sopan.
"Roti dengan jem." Jawab Sarah mendatar.
Mia mengangguk dan menyediakan roti untuk Sarah. "Eh, you malam ni lepak dekat tempat biasa nak?" Ajak Sarah.
Mia yang sudah selesai menyediakan roti itu, meletakkan roti tersebut di atas pinggan di hadapan Sarah. "Air?" Soal Mia dengan sopan.
"Susu." Jawab Sarah. Kemudian dia memandang ke arah Hakimi semula. "You, dengar tak?" Soal Sarah menggoyangkan lengan Hakimi.
Hakimi memandang kosong ke arah Sarah. Mia yang sudah menuang air itu mempamitkan diri ke dapur semula. "I malas nak keluar malam ni." Jawab Hakimi dan sambung makan semula.
Sarah mula merungut. "Ish, kenapa pula? Sebelum ni elok je." Rungut Sarah dan terus berpeluk tubuh. Ingin merajuk.
Hakimi meletakkan sudu dan garfu. "I takde mood nak pergi pub. I dah lambat nak masuk office. Bye." Ujar Hakimi mendatar dan terus berlalu pergi.
Sarah membuat muka. "Ish period ke apa mamat ni." Ujar Sarah dan menyumbat roti ke dalam mulut.
Hakimi melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Setiap pekerja yang terserempak dengannya memberi tunduk hormat dan salam. Manakala dia pula hanya mengangguk dan menjawab salam tersebut di dalam hati.
"Morning Tengku." Sapa pembantu peribadinya.
"Morning Eliene. My schedule." Ujar Hakimi sambil menapak ke arah meja kerjanya.
Eliene membuka buku nota di tangannya. "Hari ni Tengku ada meeting dengan Syarikat Indah Pelangi jam sembilan pagi. Kemudian jam sepuluh pagi Tengku akan ada meeting dengan wakil dari Syarikat JL 99 Sendirian Berhad. Setelah itu, jam dua petang Tengku perlu ke tapak projek kita di Klang dan itu sahaja untuk hari ni." Beritahu Eliene panjang lebar.
Hakimi mengangguk. "Okay, thanks. Awak boleh keluar sekarang." Arah Hakimi dan mula membelek fail yang berada di atas mejanya untuk meeting nanti.
Eliene mengangguk dan meminta diri. Sedang leka Hakimi membaca isi fail tersebut, seseorang menyapanya. "Haih Tengku, rajin betul hari ni datang awal." Ujar orang tersebut.
Hakimi memandang ke arah suara itu. "Tak reti bagi salam dulu ke Tengku Remi Shah Tengku Ismail Shah?" Perli Hakimi. Kembali menyambung kerjanya.
Remi tersengeh. "Hehe, maaflah Tengku Hakim Hakimi Tengku Malik Iskandar." Ujar Remi pula. Dia menarik kerusi di hadapan meja Hakimi.
Hakimi hanya menjeling sepupunya itu. "Hm, kau nak apa?" Soal Hakimi.
Remi sudah mengambil tempat di hadapan Hakimi. "Hairul bagitahu aku semalam yang mak long panggil kau suruh balik teratak. Bincang hal sama. Kau tak bosan ke?" Soal Remi.
Hakimi membuat muka bosan. "Bro, aku bosan la cerita pasal topik ni. Takde topik lain ke?" Soalan di balas soalan oleh Hakimi.
Remi tertawa geli hati. "Hahaha... Sorry bro." Pohon Remi. Hakimi hanya menjeling.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik di buka dari luar. Muncul Eliene di muka pintu. "Maaf mengganggu Tengku. Tapi wakil dari Syarikat Indah Pelangi sudah tiba dan sedang menunggu di bilik menyuarat." Ujar Eliene dengan sopan.
Hakimi mengerling ke arah jam tangannya. Tepat jam sembilan pagi. Hakimi mengangguk dan menyarung kotnya semula ke badan. "Nanti kita sambung sembang. Kau pergi siapkan kerja kau." Ujar Hakimi dan melangkah keluar dari biliknya.
Remi tersenyum sinis. "Huh, tak sangka Mia Sofea jadi milik kau Kimi. Kalau aku tahu, aku beli dia dulu hari tu." Monolog Remi memandang pintu pejabat yang sudah tertutup rapat.
TBC