Zairil pulang agak lewat malam itu kerana banyak laporan yang perlu dia siapkan sebelum hari Jumaat minggu itu.Itupun banyak yang Fauzan bantu.Jika dia seorang mungkin tidak akan selesai.Siang tadi kerjanya banyak tergendala kerana Juwita mengajak dia keluar.Jika tidak diturutkan,takut jadi gaduh pula nanti.Airin keluar makan malam dengan adik bongsunya malam itu.Jadi,zairil tidak perlu terlalu bimbang. "Banyak lagi Ril?" "Sikit lagi.Kau nak balik,baliklah dulu" "Airin ada mana Ril?"Zairil berhenti dari menaip. "Keluar dengan Ira..Kenapa?" "Ni aku tengok sss Zarul..Airin tak cakap Zarul ada sekali?"Zairil merampas talifon dari Fauzan.Jantungnya berdegup laju melihat gambar mesra Zarul dan Airin. "Biarlah dia.." Korang ni macam mana ni?Apa kesudahannya Ril..Tinggalkan jer Juwita tu"

