Chapter 19

1340 Words
Usai solat Maghrib Zairil turun ketingkat bawah.Semua sudah ke kawasan jeram dibelakang rumah.Banyak kereta dihalaman rumah.Zairil mencari Airin.Selesai menyalin pakaian tadi Airin sudah hilang.Bila Zairil sampai dibelakang,dia lihat Airin sedang rancak berbual dengan sepupu-sepupu serta saudara mara dia yang lain.Mujur dia balik.Jika tidak,tentu dia tidak tahu Airin bergurau senda dengan siapa.Zairil berjalan laju menuju ke arah Airin. "Assalamualaikum" "Waalaikumusalam..Ada kau Ril?Hari tu Rin kata kau tak balik..Meeting"Zairil menjeling Airin.Airin ada bertemu Erul sepanjang berada dikampung?. "Bini aku ada sini.Aku balik lah..Sayang,sini kejap"Zairil menarik tangan Airin beredar dari situ. "Airil.Kenapa ni?" "Kenapa you tak beritahu i you ada jumpa Erul?"Airin tersenyum sebelum melepas nafas panjang.Ditekup wajah Zairil dengan tangannya. "Tak kan every single things i nak cerita.Lagipun,bukan apa pun.Teruk betul i tengok cemburu you ni Airil?"Airil mengetap bibir.Dia serius,Airin boleh main-main pula.  "Tu tahu kan Erul tu suka you" "Mila suka you i tak kisah pun...Dia tengok you macam nak terkam.Chill okay..You know me right..Taste i macam you,macam..." "macam siapa?" "Airil.." "Airin...." "Malas nak layan you..Jomlah"Zairil masih tidak puas hati dengan jawapan Airin tetapi terpaksa juga diturutkan ajakan Airin.Zairil kurang senang bila Airin berbual dan bergelak ketawa dengan saudara-saudara lelakinya. "Makan Ril?"Zairil menolak ajakan Sharmila.Pantang betul gadis itu lihat dia sendiri. "Ril tak lapar lagi.." "Tunggu isteri suapkan?"Zairil menggaru kening yang tidak gatal. "Mila jadi tak bertunang hujung tahun ni?" "Entah...Hati macam tak mahu "Zairil tersenggeh. "Macam tu pun boleh..Kahwin jer la.Mana tahu sayang ke nanti" "Mila tak nak jadi macam Ril.Cintakan orang lain,kahwin dengan orang lain..Tapi Ril lelaki.Boleh kahwin dua.Tak ada masalah kan"Senyuman Zairil termati. "So,Mila fikir Ril tak cintakan Airin?Tak sayangkan Airin?" "Kalau sayang,cinta..Tak mungkin lah Ril tak boleh lupakan Juwita kan?"Zairil menyaup wajah. "Personal attack sangat ni.Mila tak tahu apa-apa.So,Ril rasa baik jangan masuk campur.Ril nak pergi sana kejap..Macam happening pula"Dari perbualan berlanjutan ke hal yang lebih serius.Baik Airil angkat kaki.Dia tidak mahu keluarga mereka bertambah tahu tentang masalah dia dan Airin.Dari jauh Zairil sudah lihat Airin bersama-sama Mama,Mak Su serta nenek dibawah pokok sedang enak menjamu selera. "Makan tak ajak"Airin beralih sedikit,memberi laluan untuk Zairil duduk. "I ingat you dah kenyang borak dengan ex crush you?"Bahu Airin dikucup sekejap sebelum tersenyum. "Jealous nampak?"Airin mencebik.Dia kurang senang bila Sharmila asyik mengambil kesempatan bila Zairil tanpa dia.Suka-suka hati menyentuh Zairil. "Dah boleh ada baby nenek tengok kamu berdua ni"Teguran Hajah Ramlah dipersetujui oleh Puan Ruzila dan Marlia.Mungkin,bila ada anak,Zairil akan lupakan Juwita.     "Rin belajar lagi nek..." "Tak apa..Biar kami puas berdua dulu nek"Tambah Zairil.Dia inginkan anak segera tetapi dia tahu Airin masih belum bersedia. "Sampai bila pun tak puas kalau macam tu Ril"Sampuk Tuan Hakim. "Biarlah diorang Abang Ngah ni..Budak berdua ni muda lagi"Lega Airin bila Pak Cik Zairil muncul.Pak Cik Emran sendiri masih bujang. "Mawar dengan Afzal tak sampai lagi nek?"Baru Zairil perasan yang pasangan bakal pengantin masih belum muncul dari tadi. "Dah ada tadi.tapi pergi ambil baju nikah"Mimi mencelah sambil membawa dulang ayam yang sudah siap dibakar. "Wahhh..Ayam dah siap...."Mereka bersorak bila lihat dulang yang penuh berisi ketulan ayam.Dengan aroma yang cukup buat mereka rasa lapar.Seronok betul Airin malam itu.Bukan selalu mereka dapat berkumpul.Cuma kurang seorang.Zarul tidak dapat pulang kerana masih berkrusus. ************** Airin terjaga bila talifon Zairil berbunyi.Tangan Zairil dipinggang Airin alih ketepi sebelum mencapai talifon bimbit Zairil dihujung kaki.Juwita.Ada dua puluh miss call yang Zairil tidak jawab.Risau pula Airin.Perlahan dia mengejutkan Zairil yang sedang lena. "Ril..wake up.." "Ermmm..."Berat Zairil hendak mengangkat mata.Dia benar-benar kepenatan. "Ju call..Ada dua puluh miss call.You tak sedar ke?"Airin bercakap dengan suara separuh berbisik.Zairil perasan tetapi memang dia sengaja tidak menjawab atau lihat talifon dari semalam.Dia mahu tumpukan perhatian sepenuhnya dengan Airin. "Biar jer..Nanti i jawab..." "Airil..i rimas kalau dia asyik call you.Baik you jawab sebelum i campak phone ni ke luar" "Ya..ya..i jawab..."Dengan malas,Zairil membuka mata yang rasa seperti terlekat.Dia memisat mata sambil mengambil phone dari Airin.Zairil bangun mencapai tuala di penyidai sebelum menghilang kedalam bilik air.Hendak keluar,keluarganya ramai.Nanti perasan pula mereka.Lima minit kemudian Zairil keluar dari bilik mandi dengan wajah masam mencuka. "Kenapa?" "Juwita ada dekat sini"Mata Airin membulat. "Dia dekat mana?" "Dia check in hotel dekat pekan" "Bila dia sampai?" "Malam tadi..."Zairil mengambil pakaian didalam beg dan disarung ketubuh. "You nak pergi mana ni?" "Dia suruh i pergi sana..Kejap jer. If everything is okay. I will go home as soon as possible"Airin tidak menjawab.Untuk apa Juwita minta Zairil datang kesana jam tiga pagi begitu.Bukan Juwita tidak boleh tunggu esok.Zairil mengeluh bila lihat perubahan diwajah Airin.Airin bangun untuk ke bilik mandi. "sayang..Jangan macam ni.I janji.Kejap jer.You tahu kan Juwita macam mana...I tak nak dia buat kecoh nanti.."Zairil cepat-cepat memeluk Airin dari belakang.Takut jika Airin merajuk lagi. "Pergilah.I okay..Airil,lepaskan i boleh.I rimas"Tangan Zairil dipinggang,Airin lerai.Sudah puas dengan dia,Zairil pergi pula pada Juwita.Apa yang hendak dibuat pagi-pagi begitu. "Rin.." "You pergilah..Nanti pintu kunci dari dalam..I nak mandi.."Airin tidak memandang langsung wajah Zairil dan terus masuk kedalam bilik mandi.Airmata Airin mula menitis.Hatinya sebak tiba-tiba.Bagaimana dia boleh terjerat dengan masalah begini.Walau dia cintakan Zairil tapi jika dia bersama Zarul,keadaan mungkin berbeza.Tentu dia bahagia tanpa perlu berkongsi kasih.Sampai bila dia mampu bertahan?.Airin sendiri tidak pasti. ************** Zairil menekan loceng berkali-kali.Geram.Kenapa tiba-tiba Juwita ubah fikiran.Datang kesana tiba-tiba.Bila Juwita membuka pintu,Zairil mengalihkan pandangan kearah lain.Juwita sengaja berpakaian begitu untuk menggoda dia. "Masuklah dulu sayang"Zairil mengundur bila Juwita ingin menarik dia kedalam. "Ju..ni kampung i you tahu tak?Ni kalau parents i tahu.Masak i...You salin baju dulu.I tunggu dilobi" "Airil sejak bila you macam ni?Bukan you tak pernah tengok i macam ni...Lebih dari ini you pernah tengok kan"Ujar Juwita sinis.Dia tidak suka dengan Zairil yang sekarang.Kolot. "Itu dulu..Kita bukan budak-budak lagi Ju..Change your clothes. I'm waiting for you at the lobby ..Cepat"Arah Zairil sebelum berlalu ke arah lift.Dibiarkan sahaja Juwita yang masih terpingga-pingga ditinggalkan begitu sahaja.Dalam kepala Zairil masih terfikir tentang Airin.Airin memang boleh buat dia gila.Apa Zairil hendak buat.Dua-dua penting.Kalau bukan dahulu dia pernah melihat semua milik Juwita,dia tidak akan tersepit sebegitu.Dia tidak boleh tinggalkan Juwita begitu sahaja.Dia perlu bertanggungjawab.Dia tidak boleh melempar Juwita begitu sahaja. "Serabut i tengok you ni Airil"Lamunan Zairil termati.Dia melihat diri dicermin yang ada dilobi hotel.Memang benar kata Juwita.Serabut betul dia. "Errmm,dah you cari i pagi-pagi buta macam ni..You naik apa datang sini?"Juwita menunjuk isyarat tangan yang dia datang menaiki  kapal terbang. "I ajak you semalam kan?" "Kalau i ikut you..Mesti kena terus ikut you balik rumah nenek you..Seganlah i..Ramai orang.." "Then..Buat apa you datang sini.You tahu kan,kenduri esok..Hari ni i busy nak tolong my family"Zairil memberi alasan. "Tolong apanya.Keluarga you kaya.Mesti pakai katering ke..wedding planner ke..You temankan i..Esok i singgah kejaplah.Then you balik dengan i..Tak kan keluarga you tak faham"Zairil tersenyum menggeleng. "Bila you nak berubah ni Ju..?Kalau you nak ambil hati keluarga i..You datanglah sana..Tolong apa yang patut"Dahi Juwita berkerut.Dia mana tahu masuk kedapur. "Airil..Nak tolong apa lagi..I kahwin bukan nak jadi suri rumah...I punya tanggungjawab,just serve you"zairil ketawa kecil.Ketawa yang dibuat-buat. "kenyang ke hari-hari serve i yang tu?Nafsu i jer la yang kenyang kot..Malas i nak bertekak dengan you.You dah makan?"Juwita tersenyum panjang.Dia tahu Zairil akan ikut juga kata dia.Zairil tidak akan berani menolak kerana Juwita tahu dia penting dalam hidup Zairil. "Laparlah..Jom makan" "sekarang kedai makan tak ada... McD adalah" "Airil..McD?You nak i gemuk ke?"Zairil menggaru kening yang tidak gatal. "Habis..You ingat ni KL ke baby?"Pipi Juwita diusap lembut. "Ni yang i malas kalau pergi tempat-tempat ceruk macam ni.." "At least ada McD..Dah..jomlah"Tangan Juwita dipimpin ke lobi hotel.Zairil memarkir kereta di lobi sahaja kerana tiada orang pada waktu-waktu begitu. Selepas makan,Zairil menemani Juwita berbual di ruang lobi hotel sehingga tujuh pagi.Itupun setelah Juwita mengantuk. **************** "Airil mana Rin?"Soal Puan Ruzila bila lihat Airin turun seorang diri. "Keluar sekejap..Pergi kedai"Puan Ruzila merenung Airin tajam.tidak puas hati dengan jawapan Airin.Apa yang Zairil cari pagi-pagi begitu.Dari subuh tadi dia lihat kereta Zairil tiada di hadapan rumah. "Airin tak tipu Mama kan?" "Eh,kenapa Rin nak tipu Mama?Nak Rin tolong apa-apa tak ni?" "Tak apa..Semua dah siap..Mama harap Rin tak tipu Mama ya?"Airin tersenyum sambil menggeleng.Dia lihat suasa riuh rendah dengan kehadiran tetamu dan juga saudara mara Zairil.Semua sibuk dengan kerja masing-masing. "Rin..Airil mana?"Soal Erul pendek. "Keluar..' "Tadi Erul nampak kereta Airil dekat Royal Signatures.Dia buat apa dekat sana?"Airin melepas nafas panjang.penat pula dia hendak menjawab soalan tentang kehilangan Zairil pagi itu. "Manalah Rin tahu..Airil tu bukan Airin boleh letak dalam kocek Rin ni" "Sorry...Dah..Erul tak akan tanya lagi.Jangan marah okay" "Tak apa lah.." "Rin,Jom kita pergi pekan rabu nak?Nak cari tudung..Erul nak ikut.Jom"Bila dengar Mimi turut pelawa erul,Airin jadi serba salah kerana dia tahu Zairil tidak suka.Tapi bila difikir-fikir,Zairil tidak langsung tidak endahkan perasaan dia,untuk apa dia menjaga hati Zairil. "Okay..Kejap..Aku ambil beg..Tunggu tau"Mimi mengangguk dan terus beredar kekereta.                      
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD