Zairil melempar talifon ke meja.Sudah dua hari dia tidak bertemu Airin walau mereka serumah.Setiap kali dia pulang,Airin sudah tidur.Whatapp dia hanya dibalas Airin dengan sepatah dua kata.Risau Zairil.Talifon dia berdering berkali-kali juga tidak Zairil hiraukan.Juwita mahu apa lagi dengan dia. "Encik Zairil,Cik Juwita on the line"Zairil terkejut bila Sarah tiba-tiba mengetuk pintu biliknya.. "Kenapa tak sambung terus tadi?" "Dah tapi Encik Zairil tak angkat pun"Zairil tersenyum pendek.Teruk betul dia sampai tidak sedar talifon berbunyi. "Okay..Thanks Sarah"Zairil mencapai ganggang sebelum menekan butang jawab. "Ada apa lagi sayang?"Soal Zairil lembut. "Kenapa tak angkat call i?" "I am doing my work dear.Ada apa lagi?" "You jangan lupa tau.Nanti i telambat pula"Zairil menepuk dahi

