Airin pura-pura berpatah semula bila terserempak dengan Zairil dan Juwita.Tangan yang sedang menggenggam tangan Juwita dilepaskan.Zairil menelan air liur yang terasa pahit.mengapalah mereka sering teserempak sejak akhir-akhir ini. "Rin,beli apa jer?"Juwita menjeling kearah beg plastik yang dijinjing Airin. "Barang dapur.."Pendek jawapan Airin. "You masak ke kat rumah?"Airin tersenyum sinis.Apa Juwita fikir,dia tidak tahu kedapur agaknya. "Malas nak keluar. Assignment banyak" "Kami nak pergi makan..Jom join sekali"Pelawa Juwita walau dia tahu Airin tidak akan mahu turut serta.Susah benar dia hendak ambil hati Airin.Dengan Zahirah lagi lah payah. "Tak apa.Kacau daun jer..Lagipun i nak balik rumah Mama.Airil,i nak balik rumah Mama.Nanti anything i let you know.Tak payah tunggu"Lambat-la

