"Serabut jer kau aku tengok Ril?Dalam meeting tadi pun tak banyak bersuara"Soal Fauzan.Dia duduk dikerusi berhadapan dengan Zairil.Zairil menghulur talifon bimbit. "Siapa hantar?" "Ju lah..Siapa lagi.."Fauzan teringat.Patutlah Airin mencari Zairil semalam. "Semalam dia ada contact aku.Kau tidur rumah Juwita?"Zairil mengangguk. "Aku bergaduh dengan Airin semalam..Aku ingat dapatlah tenangkan kepala otak ni.Lagi tambah masalah ada"Fauzan mendengus. "Belum kahwin lagi dah macam-macam masalah.Macam mana kalau dah kahwin ni Ril?Boleh ke kau control?"Fauzan makin tidak yakin dengan kemampuan Zairil untuk beristeri dua.Sahabat dia itu jika sudah sayang seorang,seorang sahaja.Dia yakin kini hati Zairil pada Airin.Jika tidak,Zairil tidak akan jadi seperti itu. "Hurmm..Kau jangan nak tambahkan

