Diari Terpaut

1044 Words
Di dalam sebuah perkampungan, terdapat beberapa buah rumah berdekatan sawah padi. Kehijauan dan keindahan pemandangan sawah padi menceriakan suasana desa. Lebih menarik bila didatangi sekumpulan burung-burung terbang bebas memecah suasana. Terdapat juga bangau serta burung wak-wak di sawah padi sedang mencari makanan. Fatin mulai senyum melihat keindahan sawah padi di waktu pagi. Dia menghirup udara segar sambil menghela nafas. Fatin mempunyai 5 orang adik-beradik. Yang sulung ialah Muhd Farid bin Azlan atau Farid berusia 24 tahun. Yang kedua, Nur Farah binti Azlan berusia 22 tahun. Yang ketiga, Muhd Firdaus bin Azlan berusia 18 tahun. Yang keempat ialah Nur Fatin bin Azlan berusia 16 tahun. Dan yang bongsu, Muhd Fadhlan bin Azlan berusia 14 tahun. Ayah Fatin ialah Muhd Azlan bin Muhd Imran berusia 49/ tahun. Ibu Fatin pula Siti Aminah binti Khuzairi berusia 46 tahun. Di Rumah Fatin "Fatin!" Panggil ibunya di dapur "Ye mak! Ada apa?" Tanya Fatin kepada ibunya Aminah "Ni tolong kopekkan bawang. Pastu kisar ye!" Arah Aminah kepada Fatin "Mak nak masak apa?" Tanya Fatin "Mak nak masak ayam masak kunyit. Abah kau katanya dah lama tak makan ayam masak kunyit. Tu yang mak buatkan untuk abah kau." Jawab Aminah panjang "Oh! " Balas Fatin "Dah. Tak payah nak ohh...sangat. Cepat kisar bahan tu. Karang nanti abah kau dengan abang kau balik nak makan apa.. Tak siap-siap lagi masaknya!" Aminah mula bebel kepada Fatin "Ye lah mak! Bebel jer. Cuba relax." Perli Fatin "Mana tak bebelnya. Kalau semua dah siap nanti senang. Mak ni belum mandi lagi. Solat Zohor pun belum." Bebel Aminah lagi "Ye lah mak. Dah siap ni.(sedang mengisar bahan)..Nah!" Fatin menghulurkan bahan dikisar Aminah sedang menyediakan juadah untuk lunch. .........(rehat sebentar)........ "Tinn...tinn..." Bunyi hon motor "Haa! Tu abah kau dah balik." Kata Aminah "Assalamualaikum!" Azlan beri salam "Waalaikumsalam!" Aminah dan Fatin jawab salam "Mana si Fadhlan? Belum balik lagi ke?" Tanya Azlan "Adik ada kelas tambahan abah. Lewat sikit balik. Lagi 10 minit dua baliklah tu." Jawab Fatin "Pongg...ponggg.." Bunyi motor Farid "Tu abang kau dah balik. Kita tunggu adik jer. Nanti makan sama-sama." Azlan berkata kepada anaknya ......mereka semua di dapur........ "Mak masak apa?" Tanya Fadhlan "Mak masak ayam masak kunyit. Sayur bayam tu akak kau yang masak." Jeling Amimah ke arah Fatin. Fatin tersenyum sinis "Hmmm....makanan kesukaan ni." Kata Fadhlan .......mereka menjamu selera...... Mereka solat Maghrib berjemaah bersama-sama. Farah tidak berada di rumah kerana sudah berkahwin. Suaminya bernama Muhd Nazmi bin Khalid atau disapa Amy. Amy berusia 25 tahun. Firdaus pula berada di Universiti Putra Malaysia. Firdaus ambil kursus seni lukisan/visual. Fatin tidak bersekolah lagi kerana dia tidak minat memasuki Tingkatan 6/ Pra-Universiti. Dia sedang berusaha mencari pekerjaan di butik kerana dia minat tentang designer. .....waktu pagi.... "Tutt..tu...tu..tuttt..." Phone Fatin berdering "Hello! Assalamualaikum! Ada apa call aku pagi-pagi ni?" Tanya Fatin kepada temannya Suzana "Waalaikumsalam! Aku nak bagitau kau. Butik Cik Moon ada cari pekerja. Kau nak aply tak?" Tanya Suzana "Cik Moon? Siapa tu?" Tanya Fatin "Cik Moon tu mak cik belah abah aku. Dia ada butik. Tengah cari pekerja." Jawab Suzana "Ohh! Boleh lah. Apa salahnya cuba." Balas Fatin "Kau nak tak aply? Aku pun nak aply jugak. Katanya ada dua kekosongan." Jawab Suzana "Bolehlah. Kau tolong aplykan untuk aku." Jawab Fatin "Okey. Esok aku ambik kau kat rumah. Kita pergi butik tu esok sama-sama." Jawab Suzana "Okey. See you soon. Assalamualaikum." Fatin beri salam "Okey. See you soon to. Waalaikumsalam." Suzana jawab salam .....sebuah diari...... Fatin membuka laci biliknya. Dia terlihat diarinya. Fatin menghembus nafas sepertinya rindu seseorang. Dia mula mencatat sesuatu di diarinya itu. "Harap sangat suatu hari nanti dapat jumpa kau." Fatin berbisik di dalam hatinya "Harap kau tak lupakan aku." Bisik hati Fatin "Semoga kau dan family kau sihat selalu." Bisik hati Fatin lagi "Aku rindu nak jumpa kau. Aku rindu nak peluk kau. Kaulah sahabat dunia akhirat." Bisik hati Fatin lagi Fatin termenung di luar jendela kamarnya. ...Keesokan hari.... "Assalamualaikum!" Suzana beri salam "Waalaikumsalam!" Aminah jawab salam "Mak Cik! Fatin ada?" Tanya Suzana "Ada! Dia tengah bersiap tu." Jawab Aminah "Mak! Pergi dulu." Fatin minta izin sambil cium pipi dan tangan Aminah "Hati-hati!" Kata Aminah "Ye mak cik." Balas Suzana "Diorang pergi mana mak?" Tanya Farid "Diorang pergi interview dekat butik Cik Moon." Jawab Aminah "Cik Moon? Siapa Cik Moon?" Tanya Farid lagi "Cik Moon! Mak cik Suzana. Mak cik belah abah dia." Jawab Aminah lagi "Ohhh." Balas Farid "Eh! Farid! Belikan ikan merah 3 ekor. Pastu beli rempah kurma." Arah Aminah "Nak buat apa beli?" Tanya Farid "Esokkan Firdaus nak balik. Dia request nak makan ikan merah masak kurma." Jawab Aminah "Aikkk...bukan main ngidam nak makan." Perli Farid "Dia cakap rindu nak makan masakan mak. Sebab tu mak suruh kau beli bahannya." Jawab Aminah "Ye lah! Ye lah!" Farid berlalu .....Di Butik Cik Moon.... "Assalamualaikum!" Fatin dan Suzana beri salam serentak "Waalaikumsalam. Masuklah." Jawab Cik Moon "Ni ke kawan kau yang nak kerja tu?" Tanya Cik Moon kepada Suzana "Aaaahhh. Dialah." Jawab Suzana "Kau nak kerja sekali ke? Ada lagi kosong ni." Tanya Cik Moon kepada Suzana "Aaahhh. Nak jugak." Jawab Suzana "Jomlah masuk ruang pejabat Cik Moon. Kita borak dulu. Kenal-kenal dulu." Balas Cik Moon "Wow! Cantiknya bunga kat dinding tu. Buat sendiri ke Cik Moon?" Tanya Fatin "Taklah. Itu upah designer." Jawab Cik Moon ......Suzana pergi ke tingkap..... "Cik Moon! Cantik betul pemandangan kat luar ni." Suzana mencelah "Kan? Sebab Cik Moon suka tempat ni." Sahut Cik Moon "Bestnya ada pantai kat luar." Fatin berkata kepada Cik Moon "Okey. Korang berdua boleh start kerja. Disebabkan korang awal lagi, kita mula dari bawah dulu. Korang jual-jual dulu. Sambil-sambil tu korang boleh tengok akak-akak yang design baju-baju ni." Arah Cik Moon "Kat mana bilik design?" Tanya Fatin "Nanti Cik Moon tunjukkan." Jawab Cik Moon "Berapa gaji sebulan?" Tanya Suzana "Gaji sebulan ikut jawatan masing-masinglah. Contoh, korang jurujual. So, gaji korang 600 ringgit sebulan. Okey faham?" Tanya Cik Moon pula "Faham. Tapi yang atas lagi berapa pulak gaji?" Tanya Suzana "Bawah korang tukang cek stok gaji RM500 sebulan. Atas korang Accauntant RM670 sebulan. Atas korang kerani RM690 sebulan. Atas lagi designer RM800 sebulan." Ucap Cik Moon "Kalau dah faham boleh start kerja hari ni. Waktu rehat pukul 1.30-2.15 ptg. Pukul 5.30 petang semua dah boleh balik." Ucap Cik Moon lagi "Okey Cik Moon." Suzana dan Fatin jawab serentak.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD