Catatan Demi Catatan

1518 Words
2 tahun kemudian... "Form 1 aku hanya bersama Nizam sahabat yang tinggal. Tapi, aku sudah bertemu teman karib baru. Nama dia Suzana. Dia peramah orangnya. Ramai yang selesa berteman dengannya tak kira lelaki atau perempuan. Hehe...tak kiralah di manapun selalu bersamanya. Kitorang rehat di kantin sama-sama. Siapa sangka, dalam banyak-banyak kawan, aku yang Suzana pilih untuk pergi ke mana saja tanpa jemu. Syukur...sebab ada sahabat baru yang memahami apa jua situasi. Beginilah diariku. Akan aku catat apa yang dilakukan bersama sahabat. Nizam juga rehat bersama dengan aku. Walaupun ada teman lelaki yang lain, Nizam tetap memilih untuk rehat bersama aku dan Suzana. Tak sangka rapat dengan dia. Ramai yang fikir aku dengan Nizam mempunyai hubungan istimewa. Kalaulah masin mulut diorang tu, hehe...tak tau nak cakap apa. Aidil dengan Imran dah pindah tempat diorang. Harap dapat jumpa diorang jugak satu hari nanti. Aidil bersekolah di SMK St Andrew, Muar Johor. Imran pula bersekolah di SMK Sultan Mansor Shah, Pulau Sebang Melaka. Hawa bersekolah di Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Seri Pekan, Pekan Pahang. Aku dan Nizam bersekolah di SMK Bandar UDA Utama, Bandar Baru Uda Johor Bahru. Sampai sini saja catatan diariku. Mungkin akan ada sambungan lagi. Hehe....see you soon." Fatin catat dalam buku diarinya Rumah baru Hawa Rumah Hawa terletak berhampiran Pekan Pahang. Kawasannya di kampung pedalaman. Rumah kampung nenek Hawa terletak di kawasan yang cantik dengan pokok-pokok bunga. Rumah tersebut telahpun dibersihkan oleh Hawa sekeluarga. Pemandangan yang indah di atas bukit menceriakan pandangan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Hari ini adalah hari minggu dan cuti umum. Hawa juga tidak pernah lupa untuk chat di group w******p. Mereka riuh borak sakan di dalam group wasap itu. "Good morning everybody!" Ucap Hawa "Good morning BFF." Balas Fatin "Morning sahabatku!" Balas Imran "Mana yang lain? Masih membuta ke?" Balas Hawa "Ada ni haa! Aku tengah basuh motor." Balas Nizam "Wow! Rajinnya dia." Perli Fatin "Biasalah. Aku kan rajin. Kau je pemalas." Balas Nizam "Huhu!" Balas Fatin dan Hawa "Mana Aidil? Aidil!!!" Balas Imran "Apa je korang ni? Aku ada ni. Tengah tengok korang chat!" Balas Aidil "Kau tak payah nak jadi spy dekat sini." Balas Nizam "(Aidil hantar emoji ejek)" Balas Aidil "Nasib kau jau kalau tak aku cekik kau (emoji jeling)" Balas Nizam "Dah!! Dah!! Jangan gaduh!!" Balas Fatin "Kitorang left group nanti kang!" Hawa ugut "Ehh! Kau! Mengada!" Balas Imran "Alaaa!! Aku gurau je (emoji gelak)" Balas Hawa "Kau tau tak dah pukul 10.45 pagi. Aku nanti nak masak lagi." Balas Fatin "Huhu...masak." Perli Imran "Asal! Tak percaya aku pandai masak?" Balas Fatin "Kitorang pandai masak. Korang yang lelaki tak tau lah pandai ke masak." Sindir Hawa "Buuuu....aku pun pandai masaklah." Balas Nizam "Aku off phone dulu. Korang sambunglah gaduh (emoji gelak). Aku nak tolong abah aku ambik kelapa." Balas Aidil "Pergilah kau." Balas Nizam "Okey lah korang. Sambung esok ke chat." Balas Imran "Ok. Bye." Balas Hawa "Bye." Balas Fatin Begitulah rutin harian mereka berlima. Mereka sudah seperti adik-beradik. Mereka juga sangat akrab. .....Malam hari.... Hawa mencatat sesuatu di dalam diarinya. Tingkah laku Hawa hampir sama dengan Fatin. Setiap hari pasti menulis diarinya kecuali bila busy. "Aku Hawa! Aku ada empat orang sahabat iaitu Fatin, Imran, Aidil dan Nizam. Diorang memang sporting. Memang tak jemulah kawan dengan diorang. Aku ada teman akrab baru. Nama dia Siti Suhaila binti Adhwa dan Siti Syuhada binti Adhwa. Pelik kan nama abah diorang sama. Diorang adik-beradik kembar seiras. Diorang comel jer walaupun kurus. Diorang jugak putih jer muka. Diorang memang murah senyum. Ramai jugaklah yang cuba ngorat diorang. Tapi Suhaila dengan Syuhada tak endahkan pun gelagat pelajar lelaki yang lain. Abah diorang ni seorang Tabligh. Sebab tu diorang tudung labuh dan berhandsock. Terdetik jugak nak pakai. Dah beli pun handsock tu. Diorang memang baik. Tapi Fatin tetap sahabat dunia akhirat aku. Fatin lah yang paling rapat dengan aku. Aku suka jadi sahabat Fatin. Bagitu juga Suhaila dan Syuhada. Kitorang bertiga satu kelas. Kitorang duduk satu kumpulan lima orang. Tak sangka pulak rapat dengan diorang berdua. Ini je lah yang aku nak catat. Jumpa lain hari pulak ye. Bye!" Catat Hawa dalam diarinya Hawa menyimpan diarinya lalu naik ke atas katil untuk tidur. Esok akan bermulanya persekolahan seperti biasa. Hawa juga pandai memasak sama seperti Fatin. Sebelum tidur sudah menjadi kebiasaan membaca doa sebelum tidur dan ayat kursi sebagai pendinding diri. Tingkatan 2 "Kokkk...kokokkk...kokkk.." Bunyi kokokan ayam tanda waktu subuh Hawa bersiap untuk ke sekolah. Cepat sungguh masa berlalu. Sudah masuk Tingkatan 2. "Mak masak apa?" Tanya Hawa kepada ibunya Zahra "Masak cucur udang je dengan air milo." Jawab Zahra "Kakak mana? Tak sekolah ke?" Tanya Hawa "Haa!! Tu dia. Panjang umur. Baru cakap tadi." Ucap Zahra "Apa? Mengelirukan." Tanya Humaira "Takde apa. Si Hawa tanya mak, kau mana. Belum sempat lagi jawab, kau dah muncul." Jawab Zahra "What ever." Balas Humaira Humaira berusia 17 tahun ketika itu masih di bangku sekolah. Perwatakannya agak lasak dari Hawa. Dia juga suka aktiviti lasak seperti bermain hoki. Maklumlah suatu hari nanti sekiranya mempunyai duit poket sendiri, dia ingin menunggang kuda pula. Hawa pula suka camping dan pandai juga bawa motor. Manakala sahabatnya iaitu Fatin suka bermain bowling dan pandai juga bawa motor. Hari Rumah Sukan "Wey! Jomlah kita rehat dekat bawah pokok tu. Panaslah sini." Ajak Hawa "Okey." Ucap Syuhada "Aku beli air dulu ye. Korang nak air apa?" Tanya Suhaila "Air milo je lah semua." Jawab Hawa "Sama lah air milo. Ais tau." Ucap Syuhada "Okey. Aku gerak dulu." Balas Suhaila "Ni kau punya makanan kan?" Tanya Hawa "Ambik je lah mana-mana pun. Sama je semua nasi lemak." Jawab Syuhada "Nah." Hawa menghulurkan nasi lemak "Nah korang! Air." Suhaila menghulurkan air kepada Hawa dan Syuhada "Thank you." Ucap Syuhada "Terima kasih." Ucap Hawa "You are welcome." Balas Suhaila "Nanti pergi dewan kan?" Tanya Suhaila "Aaahh..kan lepas ni penyampaian hadiah untuk pemenang." Jawab Syuhada "Kita tengok rumah sukan mana nombor satu." Ujar Hawa "Hari tu rumah sukan hijau menang 2 kali berturut-turut." Ujar Suhaila "Rumah sukan kitalah tu." Ucap Hawa "Tak sabarnya nak tunggu." Ucap Syuhada "Hehe." Mereka gelak bersama Sedang mereka rancak berbual, tiba-tiba Ain, Nurin, Syukri dan Khairul menghampiri. Mereka memang suka dengki dan ganggu Suhaila, Syuhada dan Hawa. Mereka adalah pasangan tip top di sekolah itu. Ain adalah girlfriend Syukri dan Nurin adalah girlfriend Khairul. Mereka memang suka menyakat Hawa dan dya kembar itu. "Wahh!! Rancak nampak berbual! Ada good news ke?" Perli Nurin "Aku rasa bukan good news tapi bad news." Sakat Ain "Hahaha!" Mereka berempat gelak serentak "Kau kalau nak kacau kitorang, baik tak payah. Lagi bagus korang berambus." Hawa usir sambil menaikkan kening "Wooohhh. Garangnya awak. Tengah datang ke?" Perli Khairul "Ke cik adik tengah moody sebab takde pakwe? Ye tak?" Perli Syukri "Hahaha." Mereka gelak serentak "Pushh." Hawa simbah air mineral ke muka Syukri dan Khairul "Ehhh. Kau ni dah melebih." Ucap Syukri dengan nada marah "Kau tengok baju kitorang dah basah. Kau nak ganti ke?" Ucap Khairul dengan nada marah "Apa susah. Balik nanti kan korang mandi." Perli Hawa "Ehh. Menjawab kau eh." Nurin berkata "Dah korang tanya. Aku jawablah. Gila." Perli Hawa "Eh. Aku dah menyirap ni tau tak!" Ain marah Hawa "Apa? Kau nak buat apa?" Sakat Hawa "Eeee." Nurin ingin menampar Hawa tetapi di tepis Hawa "Sakitlah." Ucap Nurin "Wey. Baik kita blah dari sini. Buat apa layan orang gila ni. Buang masa je." Ucap Khairul "Tunggu apa lagi. Berambus lah." Hawa mengusir mereka "Nasib kau ni perempuan. Kalau tak, dah lama aku lempang." Ucap Syukri "Lempanglah. Pergi mana tu? Baguslah korang berambus. Buat semak je kat sini." Sindir Hawa "Wey. Dah jom pergi dewan nanti lambat." Ucap Suhaila "Dah. Biarkan je diorang tu. Tak payah layan. Buang masa je." Ucap Syuhada "Tak faham aku dengan diorang tu. Apa entah yang tak puas hatinya." Ucap Hawa "Dah. Jom." Ajak Syuhada Waktu makan malam Hawa "Hawa! Apa citer kat padang tadi? Aku nampak kau tepis tangan Nurin tu."Humaira bertanya "Kau nampak ke?" Hawa pula bertanya "Aku dekat tangga padang. Ternampak korang. Macam tegang je. Ada pape ke?" Tanya Humaira "Ada apa? Gaduh ke?" Tanya Zahra "Mana ada gaduh. Diorang tu haa tak puas hati dengan aku." Jawab Hawa "Tak puas hati sebab apa?" Humaira bertanya "Entah. Aku pun tak tau." Jawab Hawa "Diorang cemburu dengan kau kot. Ialah kau kan cantik. Hehe." Humaira menyenggol lengan Hawa "Malas aku nak layan diorang tu." Jawab Hawa "Yang kau tepis tangan Nurin tu kenapa?" Humaira bertanya lagi "Dia tu haa nak lempang aku. Belum sempat dia lempang aku tepislah. Ikutkan hati, aku nak belasah je dia kat situ. Baru padan dengan muka dia." Ujar Hawa "Hahaha. Kenapa kau tak tendang je dia? Biar dia malu." Tambah Humaira "Humaira! Boleh tak jangan batu api sangat." Arah Razak "Patutnya kau nasihatkan ke damaikan ke. Ni tak, nak mengapikan pulak." Nasihat Zahra kepada Humaira "Ye lah mak abah." Ucap Humaira "Tapi kan Hawa. Aku rasa si Khairul dengan Syukri tu macam sorokkan sesuatu." Ujar Humaira "Aku pun rasa diorang macam sorokkan sesuatu dari aku. Takpe kita tunggu rahsia apa yang diorang pendam tu." Tambah Hawa "High five. Good." Hawa dan Humaira High five Razak dan Zahra hanya gelengkan kepala sesama sendiri.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD