Masa Remaja

1501 Words
Sekolah Menengah Syazwani anak kepada Hawa sudah meningkat remaja dan berusia 14 tahun sebaya dengan usia Fahmi anak kepada Fatin. Syazwani dan Fahmi adalah sahabat karib begitu juga Izzaty. Izzaty adalah anak kepada Nurin dan Fayyadh. Mereka kenal sejak usia 10 tahun. Ketika itu Syazwani dan Haziq bersekolah di SK Bandar UDA selama 3 bulan dan pulang semula di sekolah rendah berdekatan Pekan Pahang. Khalil satu kelas dengan Syazwani. Khalil adalah anak kepada Ain dan Zahid. Khalil tidaklah rapat dengan Syazwani. Khalil hanya rapat dengan Izzaty. Khalil sudah lama memendam perasaan terhadap Izzaty sejak berusia 10 tahun. Syazwani pula menyembunyikan perasaannya terhadap Fahmi ketika berusia 10 tahun. Syazwani dan Khalil tidak tahu bahawa Fahmi dan Izzaty saling bercinta malah Fahmi menyembunyikannya kepada Syazwani dan Khalil. SMK Bandar Baru UDA "Wey! Izzaty!" Panggil Fahmi "Ye! Apa?" Tanya Izzaty "Jom pergi perpustakaan!" Ajak Fahmi "Kau tak rehat ke?" Tanya Izzaty "Dah. Baru lepas makan. Jomlah kita pergi perpustakaan." Ajak Fahmi lagi "Okey. Tapi ada satu syarat!" Ujar Izzaty "Syarat? Syarat spa?" Tanya Fahmi pula "Dekat perpustakaan tu mesti ada orang. Kalau tak ada kau pergi je lah sorang-sorang." Ucap Izzaty "Ada je orang kat perpustakaan tu. Takkan kita nak masuk berdua-duaan dalam tu." Perli Fahmi "Aku cakap je. Tak payah nak ambik hati." Ujar Izzaty "Jomlah. Nanti nak habis waktu rehat. Alang-alang tu kita bacalah buku ke buat homework ke." Ujar Fahmi "Okey." Ucap Izzaty ringkas Izzaty dan Fahmi membaca buku sambil berbual kosong secara perlahan kerana berada di dalam perpustakaan. "Izzaty! Aku nak tanya boleh?" Tanya Fahmi "Kau nak tanya apa ni? Cakap je lah. Macam tak biasa pulak." Ujar Izzaty "Kau dengan Khalil tu ada sesuatu ke? Aku tengok bukan main rapat." Ucap Fahmi "Aku dengan Khalil tu cuma bff je lah. Takkan aku nak suka kat dia. Aku kan dah ada kau." Ucap Izzaty sambil senyum kepada Fahmi "Okey. Tapi kan aku tengok Khalil tu macam syok je dekat kau. Time kau borak dengan aku time sekolah rendah hari tu dia asyik pandang kau je." Ujar Fahmi "Ishhh kau ni. Takkanlah. Lagipun aku cuma anggap dia sahabat aku je. Tak lebih dari seorang sahabat." Ujar Izzaty "Tu kata kau. Dia tu pulak mungkin kata lain. Manalah kita tau kan. Mungkin apa yang aku cakap ni betul." Ujar Fahmi "Boleh tak kita jangan bahas pasal benda ni. Lagipun hati aku hanya untuk kau sorang je. Takde orang lain." Ucap Izzaty "Aku tau kau setia dengan aku. Aku cuma takut je." Ungkap Fahmi "Takut apa?" Tanya Izzaty "Takut kehilangan kau. Takut kau diambil orang." Ungkap Fahmi "Ishhh kau ni. Merepek je. Aku harap apa yang kau cakap tadi tak jadi kenyataan." Ucap Izzaty "Aaaamiiin." Ucap Fahmi "Dahlah. Jom balik kelas. Waktu rehat dah habis dah." Ajak Izzaty ke kelas "Okey." Ujar Fahmi Rumah Khalil "Haa, Khalil! Tengok tv rupanya. Makanan dah siap tu. Pergilah makan." Ajak Ain "Kejap lagilah pergi makan. Kartun belum habis ni." Ujar Khalil "Hmmm..dari kecik sampai ke besar asyik dengan kartun Tom and Jerry tu." Ujar Ain "Alaaa. Dah habis pulak kartunnya." Khalil berkata sambil pergi ke dapur untuk makan "Haa! Sayang! Nampak kunci kereta abang tak?" Tanya Zahid kepada Ain "Tadi sayang nampak kunci kereta abang tepi tv tu." Ujar Ain "Nasib baik jumpa." Ucap Zahid "Abang nak pergi mana?" Tanya Ain kembali "Abang nak beli KFC jap. Hari ni kan gaji." Ujar Zahid "Tak membazir ke? Baik abang simpan je duit tu. Lagi bagus." Ungkap Ain "Alah, takpe. Bukan selalu. Abang pergi dulu ye!" Ujar Zahid "Okey. Hati-hati!" Ucap Ain "Okey!" Ucap Zahid "Mak! Ada nampak tak phone orang tak?" Tanya Khalil "Ada. Mak nampak ada bawah katil masa mak sapu bilik kau tu. Nasib mak tak sapu sekali." Sindir Ain "Hehe. Nasib tak hilang." Ujar Khalil "Lain kali letak barang tu jangan merata. Nasib phone yang hilang. Kalau isteri yang hilang macam mana. Susah nak cari nanti." Sindir Ain "Hehe. Masih muda lagi nak kahwin. Tapi kalau kahwi, mak pinangkanlah di Izzaty tu." Khalil senyum ke arah Ain "Eh. Menggatal kau ye. Belajar pun habis. Kerja pun tak lagi berangan nak kahwin. Nak bagi isteri makan apa. Makan pasir." Ain bebel ke arah Khalil Khalil tutup telinga lalu senyum sambil pergi ke biliknya. Khalil sedang termenung. "Hmmm....rindu pulak dekat dia. Dia okey tak kat sana? Okeylah tu sebab ada Fahmi. Izzaty! Izzaty! Kallaulah betul kau jodoh aku, memang bahagialah hidup aku. Tapi tu lah, segan nak terus terang apa yang terbuku dalam hati aku. Malu nak bagitau kat kau yang aku dah lama cintakan kau. Takpelah. Kalau jumpa kau lagi aku terus terang je tentang perasaan aku ni. Hmmmm..tunggu je lah." Bisik hati Khalil Rumah Syazwani "Good morning ibu!" Syazwani pergi ke arah Hawa "Good morning. Lambat bangun. Tak solat Subuh ke?" Tanya Hawa "Orang cutilah mak." Jawab Syazwani "Cuti ke tak cuti ke sama je. Kena bangun awal. Takdelah membuta sampai pukul 9 setengah." Ucap Hawa "Hmmm...Ye lah mak." Ujar Syazwani "Mana adik kau si Syazana tu?" Tanya Hawa "Syazana dekat luar tu haa." Jawab Syazwani "Buat apa dia dekat luar tu?" Tanya Hawa lagi "Dia tengah siram pokok bunga." Jawab Syazwani "Kau tak nak siram ke?" Tanya Hawa "Orang tak minatlah bunga ni. Orang minat nyanyi." Ujar Syazwani "Hmmm...ye lah. Daripada layan kau ni, baik ibu masak. Lagi bagus." Ujar Hawa Syazwani hanya tersenyum. Syazwani masuk ke kamarnya sambil berangan sendirian. "Hmmm....nak terus terang ke tak dekat dia. Kalau aku terus terang dia, dia boleh terima ke? Segan pulak nak bagitau dia yang aku suka dekat dia. Tapi.....dia masih single ke? Harap dia single lagilah. Tapi aku tak boleh nak tipu macam mana perasaan aku dekat dia. Jujur aku takut kehilangan dia. Jujur aku sayangkan dia. Tapi tak tau nak cakap apa kat dia. Ke dia cuma anggap aku bestfriend dia je? Hmmm...tak taulah. Mungkin lain kali aku bagitau kat dia tentang isi hati aku ni." Bisik hati Syazwani. Syazwani hanya baring di atas katil sambil memeluk bantal. Syazwani, Khalil, Izzaty dan Fahmi sudah berusia 17 tahun. Mereka berempat akan menduduki peperiksaan SPM bulan depan. Hari Pertunangan "Wani! Cepatlah bersiap!" Arah Hawa "Bersiap nak ke mana?" Tanya Syazwani "Aikk! Kau tak tau lagi ke?" Tanya Hawa pula "Eh! Haziq! Kau belum bagitau Wani ke pasal hari ni majlis pertunangan tu?" Tanya Hawa kepada Haziq "Lupa nak bagitau. Hehe. Mak bagitau lah dia." Ujar Haziq "Majlis tunang siapa ni?" Tanya Syazwani "Izzaty nak bertunang hari ni." Jawab Hawa "Tunang? Dengan siapa? Khalil ke?" Tanya Syazwani lagi "Bukan dengan Khalil. Dengan Fahmi." Jawab Hawa "Haa! Dengan Fahmi? Sejak bila diorang bercinta ni? Tak tau pun." Syazwani terpaku mendengar jawapan Hawa "Entahlah. Mak pun tak tau. Kata maknya, Fahmi dengan Izzaty dah lama suka sama suka pastu diorang dah lama bercinta. Dahlah cepat bersiap. Nanti lambat pulak." Ucap Hawa Syazwani masih terkejut mendengar berita pertunangan itu. Dia hanya mampu menahan sedih dan sebak supaya tiada siapa mengetahui bahawa dia sudah lama memendam perasaan cinta tersebut terhadap Fahmi. Keluarga Fatin dan Hawa bersama-sama menuju ke rumah Nurin dan Fayyadh. Fatin masuk ke bilik Izzaty untuk menyarung cincin pertunangan. Syazwani hanya mampu senyum melihat kejadian itu. Syazwani keluar dari rumah Izzaty lalu duduk di bangku luar yang tersembunyi sedikit. Khalil melihat Syazwani lalu mengekorinya. "Aku tau!" Ucap Khalil "Isshh. Kau ni! Terkejut aku. Tau apa?" Ujar Syazwani "Aku tau kau suka dekat Fahmi kan?" Ujar Khalil "Merepek je kau. Mana ada aku suka dia. Kitorang bestfriend je." Jawab Syazwani "Alahh! Kau tak payah nak tipu aku. Mulut kau cakap lain, tapi hati kau kuat mengatakan yang kau cintakan Fahmi tu." Ungkap Khalil "Kalau ye pun kenapa? Ada masalah ke?" Tanya Syazwani "Bukan apa. Aku faham perasaan kau tu." Ucap Khalil "Apa yang kau faham?" Tanya Syazwani "Sebenarnya aku cintakan Izzaty." Ucap Khalil "Kau cintakan Izzaty? Kenapa kau tak nak terus terang je dekat dia?" Tanya Syazwani "Aku tengok dia tengah bahagia dengan Fahmi. Sebab tu aku diam je. Aku tak nak hancurkan hubungan diorang. Walaupun aku sakit sangat tengok diorang." Ungkap Khalil "Aku pun. Aku dah buat keputusan yang aku akan simpan je perasaan aku dekat dia. Aku tak nak jadi punca diorang berpisah. Aku lebih rela hati ni hancur daripada tengok hubungan diorang hancur." Ungkap Syazwani "Aku rela diorang tak tau apa-apa. Daripada kalau diorang tau. Mungkin hubungan persahabatan ni takkan lama." Ungkap Khalil "Kita doakan je lah hubungan diorang kekal hingga ke jannah." Ucap Syazwani sambil senyum bersama Khalil Hawa dan Ain tidak sengaja mendengar perbualan Syazwani dan Khalil. Ain dan Hawa merasa bersalah kepada Syazwani dan Khalil. Hawa dan Ain datang ke arah mereka berdua. "Betul ke apa yang kami dengar tadi?" Ain bertanya kepada Syazwani dan Khalil sambil menitis air mata "Mak! Makcik! Saya merayu sangat. Tolong rahsiakan semua ni?" Syazwani merayu kepada Ain dan Hawa "Betul tu. Tolong jangan bagitau diorang semua!" Ucap Khalil "Okey. Takpe. Kami faham." Ujar Hawa "Kami janji tak bagitau diorang semua." Ujar Ain Syazwani memeluk Hawa dan Khalil memeluk Ain. Mereka menitiskan air mata. Kemudian mereka mengesat sir mata tersebut lalu masuk ke rumah. Mereka berbual seperti biasa.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD