Utusan Rindu

1620 Words
Rindu Fatin dan Hawa saling merindui antara satu sama lain. Mereka berdua sudah 1 tahun 5 bulan tidak bertemu. Mereka hanya saling berwasap sesama sendiri. Tetapi itu tidak menghilangkan rasa rindu antara mereka. Mereka juga sedar bahawa mereka tidak dapat jumpa selalu. Ini kerana, Fatin berada di Johor dan Hawa berada di Pahang. Mereka juga tidak pernah lupa untuk catat diari mereka senantiasa. Hari demi hari berlalu tetapi rindu antara mereka tidak pernah jemu dan putus. Walaupun sudah berumahtangga dan sudah mempunyai anak, Fatin dan Hawa tidak saling melupakan. Mereka juga tau bahawa suami mereka sering diganggu oleh Ain dan Nurin. Ain dan Nurin masih berusaha untuk mendapatkan Khairul dan Syukri kembali ke pangkuannya. Fatin dan Hawa tau bahawa suami mereka akan setia dan tidak pernah curang kepada mereka. Suzana dan Nizam sudah selamat diijabkabulkan begitu juga Syuhada bersama Aidil dan Suhaila bersama Imran. Syuhada dan Aidil bercuti ke Langkawi untuk honeymoon. Suhaila dan Imran honeymoon di Terengganu. Suzana dan Nizam pula pergi menunaikan ibadah umrah sudah seminggu lalu. Tidak menyangka Allah aturkan perjalanan jodoh antara mereka. Fatin dan Hawa turut mendoakan kebahagiaan untuk sahabat-sahabatnya itu. Fatin dan Hawa merasakan pertemuan antara mereka hanya sekejap sahaja. Mereka hanya mampu berdoa agar dipertemukan suatu hari nanti. Cepat atau lambat terserah kepada Tuhan Yang Esa. Iri Hati(Majlis Rumah Terbuka Dato' Syed Abu Bakar) "Hye Khairul!" Panggil Nurin "Kau buat apa kat sini? Semak je!" Ungkap Khairul dengan nada marah "Alaa. Takkan I tak boleh jumpa you dekat sini." Jawab Nurin "Woi! Siapa benarkan kau dekat sini? Majlis dekat sana ehh. Yang kau dekat sini buat apa? " Ucap Khairul "You ni, relax lah. Tak payah nak marah-marah. I datang sini nak jumpa you. I miss you so much. You tak rindu kat I ke?" Ucap Nurin "Eh! Meluatlah aku dengar. Nak muntah pun ada. Baik kau blaaa dari sini sebelum aku mengamuk." Khairul mengusir Nurin "Alaaa you ni! Aduh!" Nurin ingin menyentuh tangan Khairul tapi ditepis Fatin "Wey! Asal kau ni tepis tangan aku. Sakit tau tak." Nurin tengking Fatin "Hati aku lagi sakit bila kau cuba nak sentuh tangan suami aku. Perempuan tak tau malu." Fatin tengking Nurin pula "Hey! Kau siapa? Kau kan sebenarnya tak layak jadi isteri dia. Aku je yang layak untuk dia. Kau tau sebab apa? Sebab engkau dengan dia macam langit dengan bumi." Ucap Nurin "Kau pasti ke kau layak untuk dia. Tapi kenapa kau putuskan pertunangan tu? Kenapa kau curang dengan dia? Pastu terhegeh-hegeh nak dengan suami aku balik. Tak malu!" Sindir Fatin "Hey! Itu kisah lama tak payah nak ungkit. Sekarang ni aku nak tebus kesalahan aku dekat dia. Salah ke?" Tengking Nurin "Daripada kau tebus kesalahan kau dekat dia, baik kau tebus kesalahan kau tu dekat Allah. Sekurang-kurangnya dapat pahala." Ucap Fatin "Heh! Menyirap betul. Woi, perempuan! Agaknya mak bapak kau tak didik kau dengan betul kot. Sebab tu perangai macam se..." Belum sempat Nurin habiskan ayat, Fatin menampar pipi Nurin "Sakitlah!" Jerit Nurin "Sakit? Hati aku lagi sakit. Mulut macam longkang. Ikutkan hati aku, nak je aku cilikan mulut kau baru sedar diri." Ujar Fatin "Apa masalah kau haa!" Jerit Nurin "Patutnya aku yang tanya soalan tu dekat kau. Woi! Kalau kau tak puas hati dengan aku, kau tak payah nak libatkan mak bapak aku dalam hal ni. Nasib aku bagi penampar. Ikutkan hati, aku tendang je kau kat sini." Ucap Fatin "Mak! Abah! Jom kita balik! Sakit hati betul!" Nurin mengajak Ibu bapanya pulang Para tetamu yang hadir menyaksikan kejadian itu. Fatin pula pergi ke kamarnya lalu menitiskan air mata. "Khairul! Pergi pujuk Fatin tu!" Arah Dato' Abu Bakar "Tuan-tuan dan puan-puan. Maaf ye atas kejadian tadi. Semua boleh sambung makan." Ucap Dato' Abu Bakar kepada tetamu "Apa masalah perempuan tu ha mak? Tak habis-habis ganggu Kak Fatin dengan Abang." Ucap Sofea "Entahlah dia tu. Orang dah tak suka nak terhegeh-hegeh mintak sambung balik." Ujar Datin Amirah "Perempuan tu memang tak reti malu agaknya. Salah dia jugak. Siapa suruh curang dengan abang tu. Kan dah putus pertunangan tu." Tambah Sofea "Dia curang ke tak curang, mak tetap tak berkenan dengan Nurin tu. Tapi baguslah, sebab kalau dia tak curang dengan abang kau tu takdelah abang kau tu jumpa si Fatin tu." Tambah Datin Amirah pula "Tapi bukan ke kak Fatin dengan abang tu dah lama kenal? Sejak sekolah rendah lagi.!" Tambah Sofea lagi "Dah! Dah! Jangan borak je! Tetamu dah nak balik dah." Ujar Dato' Abu Khairul menuju ke kamarnya. Dia membuka pintu kamarnya dan melihat Fatin sedang menangis di jendela. "Sayang!" Panggil Khairul "Haa! Ada apa?" Tanya Fatin sambil mengesat air matanya "Sayang okey ke?" Tanya Khairul pula "Okey je." Jawab Fatin "Abang minta maaf. Sebab abang, sayang kena maki dengan perempuan tu." Kata Khairul sambil memeluk Fatin "Abang takde salah apa pun dekat sayang. Tapi sayang bersyukur sangat abang sekeluarga boleh terima sayang dengan baik." Ungkap Fatin "Terima kasih sebab sudi terima abang dalam hidup sayang." Ungkap Khairul "Terima kasih jugak sebab sayang saya dengan sepenuh hati abang." Ungkap Fatin sambil mereka tersenyum "Jom!" Ajak Khairul "Pergi mana?" Tanya Fatin "Jom kita keluar dating." Jawab Khairul "Fuad macam mana? Takkan nak tinggalkan dia sorang-sorang." Ujar Fatin "Kak Zaiton kan ada! Abang dah suruh dia tolong jagakan Fuad." Jawab Khairul "Tak susahkan ke?" Tanya Fatin "Tak susahkan pun. Lagipun akak suka dengan budak-budak lebih-lebih lagi si Fuad ni." Jawab Kak Zaiton "Terina kasih kak." Ucap Fatin "Sama-sama!" Ujar Kak Zaiton Kak Zaiton ialah pembantu rumah di rumah Dato' Abu Bakar. Kak Zaiton sudah 5 tahun bekerja di rumah itu. Kak Zaiton seorang yang peramah dan baik hati. Sebab itulah Dato' dan Datin suka Kak Zaiton bekerja di situ. Khairul dan Fatin pergi jalan-jalan sekeliling bandar. Syukri Dan Hawa "Sayang! Jom pergi makan?" Ajak Syukri "Pergi makan? Kenapa tak masak je?" Tanya Hawa "Alaaa! Sekali sekala. Apa salahnya." Jawab Hawa "Kejap. Nak bersiap." Ujar Hawa "Abang tunggu dekat bawah ye!" Ujar Syukri "Okey!" Ujar Hawa Hawa sedang menuruni tangga lalu pergi ke pintu. Syukri sedang setia menunggu Hawa di mobilnya. "Kita nak makan kat mana?" Tanya Hawa "Hmmm...surprise! Sayang ikut je lah. Nanti sayang tau." Ucap Syukri "Okey!" Tambah Hawa Selang beberapa minit, mereka sudah sampai ke restaurant. "Cantik tempat ni. Abang selalu datang sini ke?" Tanya Hawa "Ye. Selalu dari kecik mak dengan abah bawak abang datang sini. Restaurant ni memang favorite." Ungkap Syukri "Oh. I see!" Ujar Hawa sambil senyum ke arah Syukri "Sayang nak order apa?" Tanya Syukri "Tak kisah. Order je apa-apa. Sayang okey." Ucap Hawa "Okey. Kalau macam tu kita makan stik je lah. Sayang mesti tak pernah cuba stik ni kan?" Tanya Syukri "Stik! Okey jugak." Jawab Hawa Mereka makan bersama dan minum air milo ais. Tiba-tiba, Ain muncul. Ain menyimbah air mineral ke muka Hawa. "Apa masalah kau haa perempuan!" Ujar Syukri "You boleh diam tak. Ini antara I dengan dia." Ujar Ain "Kau boleh berambus tak! Kau jangan sampai aku simbah muka kau kat sini." Ujar Syukri "Sayang! Takpe." Hawa menahan tangan Syukri "Haa.. Kau buat apa dekat sini? Tak puas hati ke?" Tak Hawa "Hey! Perempuan! Aku memang tak puas hati dengan kau. Dahlah kau rampas Syukri dari aku. Pastu buat tak tau pulak." Ungkap Ain "Heh! Aku rampas dia dari kau? Bukan kau ke nak rampas dia dari aku? Gila punya perempuan!" Ungkap Hawa "Hey! Kau berlagak eh! Kau memang perempuan tak tau malu." Tengking Ain kepada Hawa "Patutnya kau yang kena malu. Kau tau sebab apa? Sebab kau dah tinggalkan dia pastu nak terhegeh-hegeh nak dekat dia balik." Ucap Hawa "Hey! Kau tak payah nak sibuk hal aku lah." Tengking Ain lagi "Aku! Heh! Aku ke kau yang menyibuk. Tak sedar diri kau kan." Ungkap Hawa "Hey! Engkau tu sepatutnya cermin diri kau tu." Tambah Ain "Aku dah cermin dah diri aku. Tapi tu lah. Ada orang tu tak tau malu ke nak rampas suami orang. Agaknya orang tu ada masalah mental kot!" Sindir Hawa "Hey! Kau kan!" Ain ingin menampar Hawa tapi tangannya ditepis Hawa "Hey! Sakitlah." Ain jerit ke arah Hawa lalu disimbah air mineral ke mukanya "Sayang! Jom balik! Takde mood nak makan sini." Ajak Hawa Syukri tersenyum sinis kepada Ain. Semua pelanggan di restaurant itu melihat Ain. Ain berlalu pergi kerana malu. Hawa dan Syukri pulang ke rumah. "Haa! Sekejapnya pergi makan." Ujar Datin Khairunisa "Mak, saya pergi atas dulu ye." Hawa berlalu pergi sambil senyum "Kenapa dengan Kak Hawa tu bang?" Tanya Syahida "Tadi dekat restaurant tu ada orang gila simbah muka dia dengan air. Nasib air mineral." Jawab Syukri "Orang gila? Siapa?" Tanta Syahida "Tu lah si Ain tu." Jawab Syukri "Perempuan tu buat apa je kat situ." Tanya Datin Khairunisa "Entah. Tiba-tiba je muncul terus simbah air. Tapi dia pun dah kena simbah balik." Ujar Syukri "Siapa simbah?" Tanya Syazwan "Tu lah. Hawa simbah balik. Ain nak lempang pastu Hawa tepis. Pastu Hawa simbah terus air mineral kat muka dia." Jawab Syukri "Hahaha! Mesti dia malu sebab ramai tengok." Syazwan gelak "Apa yang dia tak puas hati sangat dengan Hawa tu?" Tanya Datin Khairunisa "Entah dia tu. Dia kata Hawa rampas abang ari dia. Gila!" Ujar Syukri "Hahaha! Bila entah Kak Hawa rampas. Dia yang tinggalkan abang pastu curang. Tiber cakap Kak Hawa rampas abang dari dia." Ulas Syahida "Memang betul dia tu dah mental." Sindir Syazwan "Hahaha!" Syazwan dan Syahida gelak Utusan Rindu Fatin dan Hawa sedang mencatat diari di meja. Mereka kelihatan sama dan serupa. Cuma muka je berbeza. Fatin dan Hawa seperti belangkas. Ke mana sahaja tetap berhubung. Mereka juga tidak pernah jemu saling berhubung. Di situlah terletaknya kesetiaan persahabatan antara mereka berdua. Mereka sangat merindui antara satu sama lain. Mereka tidak pernah lupa birthday masing-masing. Fatin dan Hawa berharap dan berdoa agar Allah mempertemukan mereka berdua suatu hari nanti.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD