Persediaan Hidup Baru

1637 Words
3 bulan lepas, Fatin dan Hawa dilamar pada hari dan tarikh yang sama. Mereka tidak menyangka secepat itu. Malah, mereka juga tidak sangka bahawa keluarga mereka menerima Khairul dan Syukri dalam keluarga itu. Fatin dan Hawa redha dan rela hati menerima pinangan tersebut. Mungkin inilah takdir dan ketentuan jodoh dari Allah Yang Maha Esa. Fatin dan Hawa tak sangka orang yang selama ini yang dia tak suka bakal menjadi sebahagian dalam hidupnya. Ibu bapa Fatin dan Hawa juga tau bahawa Fatin dan Hawa tidak minat untuk sambung study. Jadi, apa salahnya mereka terima lamaran tersebut. Keluarga Khairul sepakat ingin memberi wang hantaran RM10,000 begitu juga keluarga Syukri kepada Hawa. Keluarga Hawa dan Fatin hanya meminta RM7,000 wang hantaran malah pihak lelaki ingin memberi lebih dari itu. Lagi 3 bulan sahaja Fatin dan Hawa akan bergelar isteri. Lagi 3 bulan juga akan tahun baru dan umur Fatin dan Hawa ketika itu 18 tahun. Persiapan demi persiapan telah diuruskan. Keluarga Fatin dan Hawa bercadang ingin membuat majlis di dewan yang sama. Jadi, keluarga Hawa akan pulang di kampung lamanya sebulan sebelum majlis berlangsung. Fatin dan Hawa berasa senang kerana mereka akhirnya akan bertemu setelah lama terpisah. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Fatin dan Hawa sudah bekerja di butik terletak jauh sedikit dari kawasan rumah masing-masing. Fatin dan Hawa sudah menjemput sahabat-sahabat mereka sebelum majlis tiba. Di Dewan SK Bandar UDA 2 ....2 bulan 28 hari.... "Fatin!" Panggil Khairul "Apa?" Tanya Fatin "Awak tunggu apa je dekat situ?" Khairul pula bertanya "Saya tengah tunggu bff datang." Jawab Fatin "Bila diorang nak datang?" Tanya Khairul lagi "Tak tau lah. Diorang dah gerak pagi tadi." Jawab Fatin "Oh. Lambat lagilah tu sampai. Pahang tu bukan dekat, jauh." Khairul berkata kepada Fatin "Selalu berapa jam sampai?" Tanya Fatin kepada Khairul "6 jam ke 7 jam. Tak tau lah. Kalau tak jem mungkin cepatlah diorang sampai." Jawab Khairul "Oookeyyy!" Jawab Fatin ringkas "Daripada awak tunggu diorang lama, baik awak gubah bunga letak atas dewan tu. Jangan risau saya tolong." Khairul berkata sambil tersenyum. Fatin turut tersipu malu Fatin dan Khairul tidak sedar bahawa ada seseorang peehatikan mereka. Imran berasa cemburu melihat keserasian antara Fatin dan Khairul. Begitu juga Aidil yang cemburu kerana mendapat khabar bahawa Hawa akan berkahwin dengan Syukri. Aidil dan Imran duduk di tepi dewan sambil memikirkan nasib mereka. Maklumlah Fatin dan Hawa akan diijabkabulkan bersama Khairul dan Syukri pada hari esok. Aidil dan Imran berasa sedih atas khabar mengejut itu. Aidil dan Imran sudah lama menunggu Fatin dan Hawa untuk dijadikan sebahagian teman hidupnya tetapi dirampas sekelip mata oleh Khairul dan Syukri. Aidil dan Imran berpakat tidak akan menunjukkan reaksi wajah cemburu dan iri terhadap majlis akan berlangsung. "Wey! Korang buat apa duduk sini. Tak tolong pasang sarung kerusi ke?" Nizam sergah Aidil dan Imran "Kitorang dah tolong tadi bahagian dua meja depan tu. Yang lain tu orang lain yang buat." Jawab Aidil "Oh. Wey! Korang tengok Fatin dengan Khairul tu. Sama-sama gubah bunga dewan. Sweet kan?" Perli Nizam "Kau tak payah nak perli aku. Aku tengah moody ni. Kang ada yang mendapat." Balas Imran "Okey. Okey. Relax. Jangan marah bro. Kau tak nak tegur dia ke?" Sakat Nizam "Ishh..kau boleh pergi tak. Sekali aku tendang kang budak ni." Arah Imran. Nizam pergi sambil tersenyum Imran melihat Fatin dan Khairul tersenyum-senyum menggubah bunga bersama-sama. Imran berasa menyampah lalu pergi ke luar dewan. "Eh. Kau nak pergi mana?" Tanya Aidil "Aku nak keluar kejap." Jawab Imran "Tunggu. Aku nak ikut." Aidil pergi ke arah Imran dan mereka meninggalkan tempat itu. ....4 jam berlalu... "Tinnn..tinnn..." Hon kereta berbunyi "Eh! Hawalah." Fatin berkata kepada Khairul lalu pergi kepada Hawa Fatin dan Hawa saling berpelukan lama kerana terlalu rindu. Mereka berasa sangat happy dapat bertemu semula setelah sekian lama. Syukri juga turut sampai di dewan itu. "Mana diorang?" Tanya Hawa "Diorang tu siapa?" Tanya Fatin kembali "Tu lah. Nizam, Aidil dengan Imran." Jawab Hawa "Oh. Nizam ada tu. Tapi Aidil dengan Imran dari tadi tak nampak." Jawab Fatin "Nizam!" Panggil Hawa dan Fatin "Ye apa?" Tanya Nizam "Mana Aidil dengan Imran?" Tanya Hawa "Aku tadi nampak diorang blaahh dari sini lepas siap sarung meja kerusi." Jawab Nizam sambil mengajak mereja berbual di tempat jauh sedikit dari yang lain "Kau tau tak diorang pergi mana?" Tanya Fatin "Tu aku tak tau. Tapi aku tau kenapa diorang pergi." Jawab Nizam "Apa dia?" Tanya Fatin dan Hawa serentak "Sebenarnya diorang moody. Pastu diorang cemburu sebab korang dah nak kahwin." Jawab Nizam "Seriuslah diorang betul-betul suka kitorang?" Tanya Hawa "Korang ingat diorang tu main-main ke? Diorang tu serius. Kalau tak, rakdelah diorang tolong kau je time sekolah rendah dulu." Jawab Nizam "Aku ingatkan diorang pura-pura je. Diorang okey kan?" Tanya Fatin "Korang jangan risau. Esok diorang adalah. Sebab esok kan korang nikah. Takkan diorang tak datang. Biar je lah diorang tu tenangkan fikiran diorang tu." Ujar Nizam "Aku rasa serba salah pulak dekat diorang." Ucap Fatin "Aku pun. Tapi kenapa diorang tak terus terang je dekat kitorang?" Tanya Hawa "Sebenarnya diorang nak luahkan pun. Diorang memang nak terus terang dengan korang tapi ada je halangan." Jawab Nizam "Halangan?" Tanya Fatin "Halangan apa? Maksud kau?" Tanya Hawa pula "Tiap kali diorang nak luahkan je ada diorang tu dah datang dulu dekat korang." Ujar Nizam sambil berpaling ke arah Khairul dan Syukri "Diorang tengah borak pasal apa entah tu? Siap pandang dekat kita pulak tu" Tanya Syukri "Entah. Diorang tengah borak pasal kita agaknya" Jawab Khairul Nizam, Fatin dan Hawa sudah selesai perbualan antara mereka. Nizam sambung tugasannya di dalam dewan. Hawa dan Fatin pula pergi berdua sahaja. Hawa dan Fatin menuju ke surau wanita di sekolah itu. Mereka masuk sambil berbual bersama. "Wey! Esok kita dah jadi isteri orang. Kita nak teruskan ke tak majlis tu?" Tanya Fatin kepada Hawa "Entahlah. Tapi kalau kita batalkan, keluarga kita dengan keluarga diorang akan malu." Hawa ulas pertanyaan Fatin "Hmmm..betul lah cakap kau. Mesti orang kampung akan cakap-cakap pasal keluarga kita." Fatin menambah ulasan "Tapi, kita ni cintakan siapa sebenarnya ni?" Tanya Hawa "Tak tau lah beb! Hati aku berbelah bagi sekarang ni." Ucap Fatin "Aku pun sama beb. Tak tau nak pilih yang mana." Tambah Hawa "Kalau kita pilih di sini, di sana mesti sedih kecewa. Walaupun diorang sorokkan hakikat." Ucap Fatin "Kalau kita pilih di sana, di sini mesti terluka merana. Sedangkan diorang tunang kita." Tambah Hawa Mereka berdua borak sambil menitiskan air mata. Mereka tidak perasan bahawa Syukri dan Khairul curi-curi dengar perbualan mereka berdua. Syukri dan Khairul pergi meninggalkan tempat itu. Hari Di Nanti Telah Tiba Fatin dan Hawa telah selamat diijabkabulkan dan diwalikan oleh bapa kandung mereka. Mereka diijabkabulkan di pejabat agama. Mereka sekeluarga mengambil gambar photoshoot di luar pejabat agama. Mereka semua pulang ke rumah masing-masing setelah selesai photoshoot. Esok adalah hari persandingan antara pasangan mempelai iaitu Fatin dengan Khairul dan Hawa dengan Syukri. Imran dan Aidil mengucapkan selamat pengantin baru kepada Fatin dan Hawa di pejabat agama. Fatin dan Hawa hanya mengucapkan terima kasih malah Aidil dan Imran terus beredar di tempat itu tanpa berpaling. Fatin dan Hawa sudah sampai ke rumah keluarga masing-masing. ....Di bilik Hawa.... "Sayang! Nak cakap sikit boleh?" Tanya Syukri kepada Hawa "Boleh. Nak cakap apa?" Hawa pula bertanya "Sayang ikhlas ke terima abang sebagai suami?" Tanya Syukri "Soalan apa sayang ni. Sayang ikhlas terima abang suami sayang tau tak." Jawab Hawa "Betul ni. Tak tipu?" Tanya Syukri lagi "Betul. Kenapa tiba-tiba tanya macam ni?" Tanya Hawa pula "Sebenarnya haritu abang tak sengaja dengar perbualan sayang dengan Fatin dalam surau pasal Aidil dengan Imran. Sebab tu abang tanya sayang." Jawab Syukri "Jadi abang dah dengar semualah?" Tanya Hawa "(Syukri menggangguk kepala)." "Sebenarnya haritu hati berbelah bagi. Lepas solat Istikharah, sayang yakin abanglah pilihan Allah untuk sayang." Ucap Hawa. Mereka sambil berpelukan "Terima kasih sayang sebab terima abang. Harap hubungan kita kekal hingga ke jannah." Ucap Syukri sambil memeluk Hawa "Sama-sama. In Shaa Allah. Aaamiiin." Ucap Hawa sambil memeluk erat Syukri ....Di luar rumah Fatin... "Abang! Kenapa duduk luar tu. Masuklah dalam." Panggil Fatin "Sayang! Sini kejap." Panggil Khairul "Ada apa?" Tanya Fatin "Sayang, sayang abang tak?" Tanya Khairul sambil memeluk belakang Fatin "Mestilah sayang. Dah kenapa tanya nacam tu?" Balas Fatin "Kalau abang tanya, sayang bolah tak jujur dengan abang?" Ucap Khairul "Nak tanya apa ni?" Tanya Fatin "Cakap dulu. Jujur dengan abang." Ujar Khairul "Okey. Sayang jawab jujur. Apa dia?" Tanya Fatin "Sayang ada apa-apa perasaan tak dekat Imran tu?" Tanya Khairul "Mengarut apa abang ni!" Ucap Fatin sambil senyum "Jawablah. Ye atau tidak?" Ujar Khairul "Tak. Sayang takde apa-apa perasaan pun dekat dia." Jawab Fatin "Betul ni?" Tanya Khairul "Ya Allah abang ni. Betullah tak tipu. Kenapa tiba-tiba tanya soalan tu?" Tanya Fatin pula "Takde. Cuma haritu abang adalah terdengar perbualan sayang dengan Hawa dekat surau." Jawab Khairul "Ohh..curi-curi dengar pulak. Haritu sayang buntu. Hati berbelah bagi tak tau nak buat keputusan." Ujar Fatin "Okey. Abang harap hubungan kita ni kekal hingga ke jannah. Kekal hingga akhir hayat." Ucap Khairul "In Shaa Allah. Aaamiin." Fatin berkata sambil tersenyum ke arah Khairul Mereka berdua masuk ke rumah untuk makan malam. Esok pula adalah hari persandingan. Hari Persandingan Hari ini berlangsungnya persandingan antara dua pasangan mempelai iaitu Fatin dengan Khairul dan Hawa dengan Syukri. Di dewan tersebut telah menjemput keluarga pihak lelaki dan keluarga pihak perempuan. Tidak lupa juga sahabat handai dan jiran tetangga. Majlis tersebut berlansung dengan meriah. Tidak lupa pula berhenti seketika untuk solat Zohor. Majlis tersebut akan tamat pada pukul 4.00 petang. Aidil dan Imran hanya mampu mendoakan kebahagian kedua pihak pasangan lelaki dan perempuan. Aidil dan Imran pergi setelah selesai makan di majlis tersebut. Aidil dan Imran tidak dapat menahan sebak dan pergi meninggalkan majlis tersebut sebelum tamat majlis. Hawa dan Fatin hanya mampu melihat mereka pergi. Sahabat Hawa iaitu Suhaila dan Syuhada juga datang. Malah, sahabat Fatin iaitu Suzana turut hadir ke majlis tersebut.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD