Satu

292 Words
Alhamdulillah sampai juga di negeri johor. Penat naik bas masih terasa lagi kalau tempat asal dari pantai timur memang jarak perjalanan lebih dari 7 jam. Sekarang Ain tunggu kawan bilik tolong ambik dekat stesen bas Larkin. Pagi macam ni serius ramai orang kat sini. Setiap masa orang ramai. Dalam tengah tunggu si Fiqa datang ambik, sempat tertengok ada mamat hensem turun dari bas. Rezeki tengok ciptaan tuhan paling hensem. Huhuhu. Rezeki jangan ditolak.  'Izz, aku dah sampai'. - Naufal  'Dalam 15 minit saya sampai' - Izz  Mata tengok kiri kanan kalau ada tempat kosong nak duduk. Tapi kerusi kosong kat situ ada awek. Izz lambat lagi nak sampai. Nak makan tiada selera. Takpe lah makan kat rumah. Kalau sebab kereta rosak, takde maknanya nak naik bas. Satu badan lenguh.  'Awak dari mana ni?' Aku pandang dia si tudung kelabu.  Bunyi macam orang cakap lah, tapi dia cakap nga aku ke? Ain pandang ke sebelah tempat lelaki yang duduk satu kerusi nga dia. Mamat ni kusyuk tengok muka aku, nak tanya Ain malu. Jadi, dia diam. Mata berkelip-keli tak tahu nak balas apa.  'Halo, saya cakap dengan awak. Halo' - Naufal  Kebetulan pulak Fiqa sampai masa Ain nak balas soalan si mamat sebelah. Jadi tak terbalas soalan. Naufal diam jelah malas nak cakap, orang tanya si tudung kelabu diam pulak. Selepas dua perempuan tuh balik, Izz pon sampai.  'Izz, ibu ada masak tak kat rumah? Aku lapar'. Tapi mata hitam dia macam ternampak awek sebelah dia tadi kena kacau. Laju dia lari tinggal kan pembantu setia jadi patung kat situ. Izz nak kejar juga tapi bila teringat beg tuan dia banyak, jadi lebih baik dia tunggu.  'Maybe, tuan sakit perut kot. Dari tunggu buang masa baik aku main game Word Domination'. - Izz   
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD