Bab 2

377 Words
Perkampungan yang tenang memberikan aku kekuatan untuk terus bertahan dan melawan penyakit ini. Aku tahu kenangan yang indah ini akan pudar. Aku hanya ingin melakar kenangan perkampungan ini di dalam kotak memoriku. Aku menjenguk ke luar jendelah, aku melihat seorang anak lelaki bertopi merah sedang mengayu basikal.Kemudian, lelaki bertopi itu menongak lalu melihat ke arah aku. Mata kami saling bertatapan. Lelaki bertopi merah itu menghadiakan satu garisan indah di wajahnya. "Hello, saya Gilbert" kata lelaki bertopi merah. "Saya Sofi" balas aku pula. kemudian Gibertl melambai ke arah aku lalu mengayuh basikalnya kembali. Perkenalan itu membuatkan aku tenang, aku berharap aku dapat diterima di tempat ini. Nenek, ya aku akan berusaha membuatkan nenek dapat menerima aku. Aku sama sekali tidak mengenali nenek, kisah lalunya dan kisah bagaimana dia mengajar ibu untuk menjadi seorang wanita yang berjaya. Aku tahu bukan senang menjadi seorang ibu. Jika di berikan umur yang panjang pasti aku akan dapat merasakan bagaimana untuk menjadi seorang ibu. Namun, yang menjadi persoalan aku sekarang adalah suasana perkampungan ini rasanya tidak asing untuk aku. Aku seolah-olah perna berada di tempat ini. Aku seolah-olah perna bermain di tempat ini.Malah, kedudukan rumah-rumah di perkampungan ini pula sangat tidak asing. Tiba-tiba air mata aku berguguran dari kelopak mata tanpa mengetahui punca di sebalik mengalirnya air mata. "Dahlia" tanpa disedari aku menyebut nama itu. Nama yang sangat indah dan nama yang selalu menemani aku di kalah aku kesunyian. Aku melihat pula anak-anak gadis di perkampungan itu, suara tawa yang indah membuatkan aku iri melihat mereka. Aku ingin sekali menegur dan berada di antara mereka namun hampa aku hanya memikirkan kematian. Kematian adalah pasti tidak ada seorang pun manusia yang tahu hari dan bila seseorang itu akan pergi menghadap ilahi. Aku teringat dengan kata-kata dari seseorang, seseorang yang memberikan aku rasa kasih sayang seorang nenek. Ibu kepada ayah aku, nenek Som adalah panggilannya. Nenek Som selalu mengajarkan aku erti hormat, hormat kepada yang lebih dewasa, hormat akan teguran orang lain, hormat kepada keadaan dan yang aku kagum dengan nenek Som adalah nenek Som selalu berpesan untuk menghormati nenek kepada mama ibu aku. Aku sama sekali tidak mengenal malah aku sama sekali tidak tahu nama sebenar nenek mama ibu aku. Yang aku tahu hanya satu kata iaitu Ria namun nama itu bukan nama sebenar.

Great novels start here

Download by scanning the QR code to get countless free stories and daily updated books

Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD