Lelaki itu

1550 Words
Suasana perpustakaan sunyi sepi , beberapa orang pelajar tahun satu sedang tekun mengulang kaji. Aku dan Diana duduk berdekatan pintu utama kerana kami malas melangkah lebih jauh ke dalam dan bahan bahan yang diperlukan oleh Diana berada berdekatan dengan pintu utama . Diana membuka laptopnya dan seketika kemudian melangkah ke arah rak buku berdekatan. Aku membuka website Victoria untuk melihat dengan lebih lanjut tentang trip ke Silver City. Sejujurnya aku tidak pernah bermimpi untuk ke Silver City. Silver City adalah bandar persendirian yang dimiliki oleh hartawan George Brune. Tiada siapa pun dibenarkan masuk ke Silver City melainkan dengan jemputan dari keluarga Brune. Silver City menempatkan ibu pejabat Brune Group yang berada di Silver Tower. Selain dari itu Silver City adalah tempat pelancongan ekslusif. Aku melihat namaku 'Helena White' dan di atasnya adalah 'Leon Daniel'. Aku tidak terlalu memikirkan tentang Leon dan mencari nama yang kuharapkan akan berada di sana juga. 'Sebastian Roux'. Bibirku mengukir senyuman apabila terlihat nama lelaki itu dan di bawahnya 'Alexandra White'. Sudah tentu dia akan pergi bersama dengan Alexandra. Kulepaskan keluhanku perlahan. Apa yang aku harapkan dari Sebastian? Lelaki seperti Sebastian tidak akan memandang aku seperti dia memandang Alexandra. Alexandra dan diriku umpama langit dan bumi. Alexandra adalah kebanggaan keluargaku , segala yang terbaik hanyalah untuk Alexandra dan Sebastian selayaknya bersama Alexandra berbanding diriku namun mengapa hatiku masih mengharap?. Mengharapkan suatu yang tak mungkin akan terjadi dalam hayat ini. Sedang aku melihat lihat nama pelajar yang di jemput untuk turut serta seseorang duduk bersebelahan denganku dan pantas aku menoleh dan aku tergamam seketika. Lelaki berambut perang kemerahan itu memandangku bersahaja. Pandangan mata birunya tidak setajam awal pagi tadi. " Helena.." nada lelaki itu perlahan dan bersahaja. Tangannya bermain dengan sekeping sampul putih yang seketika kemudian dihulurkan kepadaku. Tanpa berfikir panjang aku menyambut huluran lelaki itu. Ah! aku memang bodoh. Lelaki itu tidak melepaskan pegangannya dan aku kaget seketika. " See you on Monday , ini invitation card. Jangan lupa bawa or you won't be allowed in." ucap Leon sambil matanya tajam merenung ke dalam mataku dan genggaman tangannya terhadap kad itu dilepaskan. " Thank you.." ucapku sambil cuba mengalihkan pandangan. Leon bangun namun masih belum beredar dan aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan selain berdiam diri. Lelaki ini kelihatan tenang namun menakutkan , apa lagi setelah mendengar perbualan Eric dan Diana di dewan kuliah tadi. Tersilap kata mungkin aku yang akan menjadi mangsa seterusnya. Tidak. Sebodoh bodoh diriku aku masih punya akal fikiran untuk situasi sebegini. Berdiam diri adalah perkara yang paling bijak yang aku lakukan. " You bawa appropriate attire because its chilly there in Silver City at this time." Leon mengingatkan ku sebelum melangkah pergi meninggalkan perpustakaan. Aku terlihat beberapa orang pelajar perempuan yang tadinya tekun mengulangkaji kini sedang memerhatikan kelibat Leon yang semakin menghilang dari pandangan. Lelaki itu tinggi lampai berbadan sasa dan berkulit putih kemerahan. Siapa sahaja yang tidak suka melihat lelaki sebegitu namun belum tentu lelaki seperti itu boleh dimiliki oleh sesiapa. Aku meliarkan pandangan mencari Diana yang hilang entah ke mana. Ku buka sampul yang membaluti kad jemputan ke Silver City dan tertera namaku di atasnya serta tarikh keberadaan kami di sana. Info penginapan juga tertera di atas kad. Aku menyimpan kemas kad jemputan itu ke dalam beg sandangku dan bangun mencari Diana. Pelajar pelajar yang tadinya memerhatikan Leon kini memerhatikan ku dan aku melemparkan senyuman buat mereka. Jangan benci aku kerana aku juga tidak mengenali lelaki itu. kami hanya ditakdirkan untuk berada di dalam kumpulan yang sama ke Silver City Isnin nanti. Perhatian sebegini selalu diberi kepadaku jika aku melakukan sesuatu yang menyakitkan hati Alexandra. Langkahku dituju ke arah rak pertama dan kulihat Diana sedang duduk di lantai sambil menyelak helaian majalah , gadis itu kelihatan sangat tekun. Kuhampiri Diana dan duduk bersebelahan dengannya. Diana memandangku dan menuding ke arah majalah yang sedang dibacanya. " I jumpa tentang Silver City , pening la I Helena .. I tengah fikir baju apa nak bawa sebab Eric cakap limit dua luggage je seorang. Mana muat baju baju I , kasut lagi.. " Diana mengomel sambil jarinya menekan majalah di hadapannya. Aku menyandarkan belakangku ke rak buku sambil tersenyum. " I guna satu luggage je so you boleh ambil space I. No worries." Ya , aku perlukan satu bag sahaja kerana seperti biasa tiada apa yang menarik untukku bawa. Kata kata Leon tadi bermain difikiranku. " Tadi Leon datang bagi I invitation card.." Diana membulatkan matanya sebaik sahaja aku menyebut nama Leon. Pandangan gadis cantik itu berubah serta merta dan Diana kemudiannya menutup majalah dan memegang tanganku. " You okay ke? Oh my god , dia nak apa?" Diana kelihatan risau. " Dia bagi I kad then dia cakap bawa baju yang sesuai sebab Silver City sejuk sekarang." Jujur aku pada Diana dan masih tidak memahami perlakuannya. " I ingatkan nama dia je ada dalam tu and dia tak akan pergi , oh Helena.. jom kita jumpa Ms Erica and minta dia tukar group you.. and how that monster know it's cold there? No , Helena jom." Diana menarik tanganku tanpa menunggu jawapan dariku. Gadis itu membuat panggilan ke Eric dan seketika kemudian kami beredar dari perpustakaan. Langkah dituju kebangunan pentadbiran yang terletak berdekatan perpustakaan utama. Eric berlari lari anak mengampiri kami berdua. Lelaki itu kelihatannya datang dari bangunan sukan. " Diana , I dah ambil kad jemputan kita . Nanti I bagi you hari Isnin. You nak buat apa pergi jumpa Ms Erica?" Eric bertanya sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada Diana. " I nak minta tukarkan group Helena lah , you tau tak Leon datang library tadi jumpa Helena..nasib baik tak ada apa apa jadi." Diana mengomel sambil langkahnya dilajukan. " Hmm.. tadi I nampak Leon dekat basketball court. Sibuk baling bola dekat few students. You sure you okay Helena?" Eric kelihatan risau sama seperti Diana. " Helena , you heard that? Baling bola dekat orang tengah tengah hari macam ni. He is crazy." Diana mengeluh sambil memandangku. " Berapa lama you guys kenal dia?" Aku bertanya tanpa berfikir , seperti biasa. " He is from Victoria all the way , maybe you tak kenal dia sebab you mana pernah tengok orang and primary school you tak sama class dengan dia. College everyone takut nak cakap pasal dia and second year university dia pergi Brixton sebab he beat Sebastian." Eric membalas panjang lebar menyimpulkan mengapa aku tidak pernah mengenal Leon. Ada betulnya juga kata kata Eric , siapa sahaja yang kukenal dan mengenaliku disini. Langkah kami bertiga terhenti apabila memasuki ruang menunggu bangunan pentadbiran. Suara Sebastian yang agak tinggi menyebabkan kami bertiga mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Kelihatan Sebastian sedang berurusan dengan Ms Erica namun ianya tidak kelihatan begitu baik. Muka Sebastian merah seakan menahan marah. Tidak pernah aku lihat lelaki itu sebegitu rupa , apa yang membuatkan dia begitu marah. " Sebastian .. we can't do that , he received the invitation.." suara lembut milik Ms Erica kedengaran. " Well , he should not be in Victoria in the first place. My question is, why is he here?" nada Sebastian serius dan matanya tajam memandang Ms Erica. Diana yang tidak bercadang menunggu melihat urusan Sebastian segera menghampiri Ms Erica sambil menarik lenganku bersama dan kini aku berdiri bersebelahan Sebastian. Lelaki itu mengalih pandangannya ke arahku tanpa kata. " Ms Erica , I nak minta tukarkan group Helena , it is not safe for her to be with Leon . What were you guys thinking?" Diana meminta tanpa berselindung. Riaknya serius dan tegas. Ms Erica melepaskan keluhannya perlahan sambil memandang ke arahku. Disangkanya hanya Sebastian yang akan datang meminta itu dan ini tetapi kini masalahnya bertambah apabila Diana juga mempunyai permintaan lain. " Diana .. group ni berdasarkan apa yang you register dulu . Helena , you yang pilih untuk dengan Leon right?" Ms Erica memandangku. " No , I yang registerkan Helena and I dengan dia satu group." Diana memotong tanpa memberi peluang kepadaku untuk menjawab. Aku mengangguk tanda bersetuju. Ms Erica menggeleng perlahan. " I tak boleh tukar , semuanya dah dihantar ke Silver City's Management.. everything will be okay. Now everyone please be nice and civil towards each other and towards Leon. We do not want any trouble.." Ms Erica memandang kami bertiga dengan penuh pengharapan. Sebastian melurut rambutnya ke belakang. Diana masih tidak berpuas hati namun entah dari mana datang kekuatan aku menahannya dari bertelagah. Kedatangan kami ke pusat pentadbiran tidak membuahkan hasil namun aku berpeluang berjumpa dengan Sebastian. Lelaki berambut kuning keperangan itu sempat memberikanku sekuntum senyuman sebelum melangkah pergi tanpa kata. Senyuman yang tak sempat kubalas kerana terlalu teruja melihat dirinya. Helena , you stupid. Diana masih tidak berpuas hati dan mengomel sendirian sepanjang jalan kembali ke perpustakaan. Eric kembali ke bangunan sukan dan aku kembali mencari tahu tentang Silver City kerana sebelum ini aku tidak memberikan perhatian terhadap trip ke Silver City. Sangkaanku bahawa aku tidak akan dijemput meleset sama sekali dan yang paling tidak terduga aku akan membuat tugasan yang diberi bersama Leon Daniel. Seorang lelaki yang tidak aku kenali. Aku mengambil beberapa nota tentang Silver City sebagai persediaan dan kemudiannya masuk kembali ke web Victoria untuk memuat turun tugasan yang diberi oleh Dr Eric. Selain bercuti ke Silver City ianya adalah salah satu tugasan kami. Antaranya adalah lawatan ke Silver Tower dan kami telah dibahagikan kepada kumpulan untuk tugasan berlainan.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD