▫️b a b 1▫️

1054 Words
RAMBUT separas bahunya diikat messy bun. Ligat jemari runcingnya menyediakan hidangan makan tengah hari untuk dirinya berserta bapanya. Dua biji pinggan dan cawan turut dicapai. Matanya menjeling sekilas kearah bapanya yang sedang menyelak surat khabar. Nafas ditarik dalam lalu dihela halus. Penat. Untuk sesaat matanya dipejam rapat. Benda yang paling dia takuti sudah tiba masanya. Lagi 2 bulan SPM bakal tiba dan masanya untuk bebas juga berbaki yang sama. Wajah kacak Duke berlayar difikirannya. Agak-agak dia berubah tak? Kali terakhir mereka berjumpa sewaktu dia berusia 12 tahun bersamaan hari janji mereka terikat. Kalau masa tu wajah dia sudah kacak? Sekarang mesti lagi kacak? Betul tak? Heh! Gatal! Wajah tua bapanya turut berlayar. Dadanya terasa sesak. Ke-kenapa abah taknak buat rawatan? Abah-nak tinggalkan aku ke? " Lyssa, dah siap ke? " suara lemah itu menyentakkan lamunnnya. Pantas badan dipusingkan menghadap bapanya yang menghampiri." abah--" Lengan bapanya dicapai lalu dibawa ke meja makan sebelum berlalu kedapur masak untuk mencedok lauk dan diletakkan kedalam pinggan sebelum nasi diambil untuk bapanya. " abah, boleh Lyssa tanya sesuatu? " soalnya setelah mereka senyap beberapa minit untuk menjamu selera. Lelaki berusia itu mengangguk kecil. Mengizinkan. " kenapa abah taknak buat rawatan untuk penyakit abah? Abah tahukan yang penyakit abah dah kritikal? " dahinya berkerut. Tidak suka. Seperti sebelum-sebelum ini, lelaki itu pasti akan senyap dan tidak menjawab satu pun dari soalan si anak. Elyssa menghela nafas kecil. " abah tak sayang Lyssa? Kan? " suaranya berubah. Serak. Sebak dadanya tika itu cuba diusir. Encik Earvin menoleh memandang si anak. Wajah sayu itu dipandang dalam. Dia tiada niat mahu buat gadis itu risau tetapi pengorbanan anak gadisnya terlampau besar. Dan dia-- Serba-salah. " Lyssa, abah tak--" " taknak susahkan Lyssa? Habistu abah nak Lyssa rasa apa tengok bapa sendiri sakit, pucat setiap masa? Nak Lyssa terkinja-kinja gembira? Abah sedar tak apa yang abah cakap ni? Lyssa tak faham tau tak kenapa abah nak pertahankan sakit abah tu. Lyssa tak faham! " air mata yang gugur dikesat kasar. Wajah terkedu bapanya dipandang kecewa. " Lyssa tak buat apa-apa pun untuk abah. Setakat terikat dengan janji yang Lyssa redha tu, tak bagi kesan langsung dekat hidup Lyssa ni, abah. Takda kesan sikit pun." nadanya yang sedikit tinggi kembali perlahan. Lemah. Pinggan ditolak perlahan." Lyssa takda selera.Pinggan semua biar je. Nanti balik Lyssa bersihkan. Abah jangan lupa makan ubat." Tangan bapanya dicapai lalu dikucup hormat." Lyssa pergi dulu." Encik Earvin mengetap bibirnya kuat.Tangan Elyssa digenggam erat. Tiska mahu melepaskan." maafkan abah, Lyssa. Abah salah. Abah dah buat anak abah rasa tak guna. Maafkan abah." bisiknya lembut. Sayu. Gadis itu menghela nafas kecil. Hatinya terpujuk. Senyuman manis diukir ikhlas.Hatinya tidak kuat untuk melihat bapanya terus-terusan merayu. Wajah tua itu dipandang dalam." abah, Lyssa tak marah tapi Lyssa kecewa. Lyssa takut hilang abah. Cukuplah Lyssa ada abah sorang je. Maafkan Lyssa buat abah serba-salah." Dikucup pipi bapanya sekilas sebelum berlalu ke muka pintu.Selipar digapai dari rak lalu disarungkan ke kaki. Pintu ditutup rapat. " argh! " mata dipejam rapat apabila terpandang dua susuk dibelakangnya. Mata dibuka perlahan ketika mendengar tawa besar dari dua susuk itu. Pandangannya berubah dingin." korang nak apa datang sini? Kalini dia nak bagi apa pulak? " pantas matanya terpandang barangan yang dibawa dua lelaki dewasa itu. Hasiff dan juga Qays. Orang suruhan merangkap rakan kepada Duke Caesar. Jejaka yang telah diikat dengannya melalui mulut. " dia suruh bagi this clothes--" satu kotak besar ditunjuk oleh Hasiff. " also this--" lagi satu kotak turut ditunjuk oleh Qays. Elyssa menghela nafasnya. Kenapa? " pesanan? " " jangan lupa, 2 months more and you're Duke. By the way, Duke suruh bawa Earvin pergi hospital. Dah teruk, kan? " gadis itu mengeluh halus. " kalau pujuk abah tu senang, tak payah disuruh pun aku dah buat. Tapi abah tu degil! " rengusnya. Masih geram. Hasiff dan Qays saling berpandangan. Wajah geram Elyssa dipandang lama. Gulp! Garang! " cakap dekat dia thanks and lepas ni tak payah bagi apa-apa lagi. Lagipun masanya dah dekat. Takda sebab dia nak bagi aku macam-macam. End up, aku dengan dia jugak." rambut yang diikat messy bun dibuka sebelum sambung jalan melintasi dua jejaka itu. " pergi mana? " " kerja. Aku tak kaya so aku kena cari duit makan." laungnya dari jauh. Hasiff tersenyum nipis manakala Qays tergelak halus. " aku tak tahu macam mana janji tu boleh terikat tapi serius mati Duke kena hadap perempuan ni." rambut diraup kebelakang. Qays mengangguk setuju. Kaeley Elyssa, gadis yang sangat selamba dan bijak. " weyh, Lyssa! " langkah gadis itu terbantut. Dia menoleh dengan kening sebelah diangkat tinggi. Mereka membuka langkah untuk menghampiri. " Duke suruh kau berhenti kerja and also he want to meet you today." gadis itu merengus geram." untuk? " " dia cakap ada benda nak settle. Kalau kau nak, jom? " tangan kanan dihulur mesra. Seperti mengajak anak kecil. Elyssa menarik nafas dalam. " kenapa aku kena berhenti kerja? Mana aku nak dapat duit? One more things, dia nak bincang apa? Datang jelah rumah aku, bincang kat sini." kaki dihentak geram. Qays mengusap kepala gadis itu lembut. Cuba memujuk." dia taknak datang sini sebab nanti apa pulak orang kata and dia nak bagi good news. Don't worry, okay? " lembut kata-kata itu menusuk kedalam hati kecilnya. Kepala diangguk pasrah. Badannya dijeling sekilas.Okay ke baju ni? Hoodie and skinny jeans koyak dekat bahagian paha? " nak tukar ke? " " nope. Malas. Jumpa Duke je bukannya jumpa jodoh." selamba mulutnya memberi jawapan. Hasiff tergeleng manakala Qays tersengih. " future husband, kan? " gadis itu terdiam. Turut mengakui perkataan itu. " urgh! Fine! But i still won't change it. Bazir masa. Jom-jom! "lengan Qays ditarik menuju ke kereta Toyota Vios merah milik Hasiff. Mana dia tahu Hasiff punya? Well, seorang Kaeley Elyssa sangat gemarkan barangan mewah dan dia akan bertanya tanpa segan silu. Tidak kesah siapa pun empunya barang. " wait." gadis itu tetap melangkah apabila Qays memberi anggukansebagai isyarat. Suasana senyap seketika. Menunggu Hasiff menghabiskan panggilannya." sure. No Problem." Pap! Panggilan dimatikan. Wajah Elyssa dipandang dalam." panggil Earvin. Duke suruh bawa dia. Tiada sebarang penolakan." Gadis itu mengangguk akur. Pintu rumah dituju sebelum keluar kembali. Walaupun hanya kepalanya." erghh, korang? " " yes? " " bawakan masuk kotak-kotak durjana tu. Aku tak kuat nak angkat sorang-sorang nanti." keduanya akur. Kotak-kotak itu diangkat lalu dibawa masuk. Mereka sempat tergeleng mendengar ayat gadis itu. Kotak-kotak durjana? Ada-ada je. " Lyssa? Mana kau? " Susuk gadis itu dicari." Lyssa? " " Lyssa? " " A-abah! Jangan tinggalkan Lyssa. Tolong! Sesiapa to-tolong!! "
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD