AIDIL memandang ke arah susuk tubuh Mellia yang sedang berdiri di tengah-tengah taman bunga mini teratak indah mereka. Taman yang dipenuhi dengan bunga pelbagai jenis dan warna, menjadikan suasana di situ kelihatan begitu tenang, indah dan cantik. Setenang, seindah dan secantik pengusahanya juga. Dari kejauhan, dia mengukir senyum saat melihat gelagat isterinya yang sedang bergelak tawa mengejar pergerakan sang rama-rama yang berterbangan. Jika dulu, di situlah dia akan menemani Mellia mengurus tanamannya setiap petang.
"Abang, kalau Mell jadi bunga, abang nak jadi apa?" Pecahan suara manja Mellia lantas mematikan fokus Aidil pada sebuah buku bacaannya.
"Laaaa....apasal pulak nak jadi bunga? Dah bosan jadi manusia ke?" Soal Aidil sambil bergeleng kepala ketika mendengar pertanyaan aneh dari mulut isterinya.
"Isshh abang! Lembaplah abang ni! Tak romantik langsung! Tak sukalah macam ni...!" Mellia terus menarik wajah masam bersama cebikan bibir rajuknya.
"Habis tu, sayang nak abang jadi apa?" Soal Aidil kehairanan. Buku di tangan langsung ditutup dan diletak ke tepi. Dia mahu fokus kepada bicara isteri kesayangan yang sudah merajuk.
"Abang cakaplah yang abang akan jadi rama-rama. Baru romantik sikit. Mell pula akan jadi bunga-bunga yang tumbuh mekar dengan cantik....macam tanaman Mell ni..." Tutur Mellia menggoda sambil tersenyum manis. Lama-lama, Aidil juga ikutan tersenyum sambil bangkit berdiri dari duduknya. Tubuh Mellia yang sedang berdiri menyirami bunga-bungaan langsung ditarik rapat.
"Eh sayang...kalau macam tu, abang setujulah nak jadi rama-rama. Sebab....."
"Sebab apa? " Cantas Mellia sambil menyisi wajahnya. Dia sempat menggeliat kegelian saat lehernya digigit manja oleh lelaki kesayangannya itu.
"Rama-rama kan selalu hisap......ehemmm...."
"Issh..gatalnya! " Mellia laju menolak pautan Aidil ketika mula memahami reaksi miang yang terpamer pada wajah suaminya.
"Malam ni sayang jadi bunga erk, biar abang jadi rama-rama...Deal?" Aidil semakin merancakkan lagi usikannya. Semakin kuat tawanya terhambur saat melihat riak malu isterinya.
"Gatallah abang ni! Ishh..."
Aidil terus membuka langkah saat Mellia sudah membuka kaki mahu mengejarinya.
"Hei, tak acilah..bunga mana boleh lari. Stay situ je. Tunggu rama-rama datang untuk hisap..." Tawa Aidi semakin meledak dengan nyaring saat muncung hos air yang dipegang Mellia sudah terhala ke arahnya. Tubuhnya yang sudah kebasahan dek ulah nakal isterinya tidak dikisahkan lagi. Dia terus merampas hose air tersebut lalu dihalakan kembali ke arah tubuh wanita kesayangannya itu.
"Abang..Mell basahlah. Kerja Mell belum habis lagi ni!" Mellia merungut keras.
"Sayang yang basahkan abang dulu! Padan muka....!" Ujar Aidil sambil ketawa menang. Sekali lagi tubuh Mellia dibasahkan dengan sengaja lantaran geli hati dengan raut masam yang terpamer pada wajah cantik itu.
"Ishh..bencilah!" Hambur Mellia geram. Wajah nakal Aidil dijeling tajam. Tidak betah melayan perangai suaminya, Mellia kembali meneruskan kerja-kerja mencabut rumput pada sebuah pasu yang terisi dengan pokok rose merah itu dengan tubuh yang sudah kekuyupan.
"Sayang...."
"Apalagi...?!"
"Sayang tak pakai bra erk? Abang nampak tu. Dahlah baju putih..!"
Mellia terus menekur ke bawah untuk melihat keadaan tubuhnya. Wajah wanita itu langsung berubah kemerahan saat menyedari aset indah miliknya sudah terpampang menghiasi mata nakal Aidil.
Dengan gelak tawa yang masih bersisa banyak, Aidil terus mencempung tubuh Mellia masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan jeritan seorang wanita yang sedang meronta minta dilepaskan itu.
"Abang nak buat apa ni?"Jerit Mellia sambil memukul bahu suaminya berkali-kali.
"Abang nak jadi rama-rama....!"
"Abang!! " Kerana kegeraman, Mellia terus menggigit bahu suaminya. Teratak indah itulah yang menjadi saksi kemesraan mereka pada petang yang redup dan tenang saat itu.
"Ish..korang ni laju je escape kalau aku nak tangkap kan..naughty macam abang..." Aidil yang baru tersedar dari detik kenangan lalu, langsung termati gerak tatkala mendengar kata-kata Mellia sebentar tadi. Dia laju berdeham saat dua pasang mata yang memiliki satu cinta itu ligat bertaut menyapa.
Mellia yang juga tersentak dengan kehadiran Aidil terus melontar jauh wajahnya. Tubuhnya dipusingkan semula ke hadapan. Penggembur tanah yang sudah terbuang di atas tanah langsung dicapai. Dia kembali meneruskan pekerjaan yang telah terganggu tadi lantaran tergoda dengan kecantikan sang rerama yang berterbangan. Kehadiran serangga bersayap cantik sempat membawanya kembali melayari saat-saat indah bersama Aidil dahulu.
"Hujung bulan ni, Anis jemput kita untuk datang kat majlis kahwin dia. Sama ada kau nak atau pun tak, kau kena datang! Aku tak mahu dengar apa-apa alasan. Jaga air muka aku sikit depan staff-staff aku!" Aidil terus menyatakan tujuannya ke situ. Tiada suara romantis seperti dalam khayalannya tadi melainkan rentak suara kasar dan mengarah yang kedengaran.
"Pernah ke aku hina kau depan orang?!" Mellia memerli sinis sambil tetap meneruskan kerjanya.
"Aku ingatkan kau sikit je, bukan main lagi kau menjawab kan?! Kau ni memang dah tak reti nak respect aku ke apa ni??"
"Kau cermin diri tu dulu! Pakai otak kau tu sikit bila nak bercakap! Layak ke kau sebut perkataan respect tu dengan aku? Sedangkan kau sendiri langsung tak hormat aku!" Hujah Mellia bersahaja. Dia tidak mahu lagi peduli jika lelaki itu akan mengamuk besar mendengar kata-katanya. Dia sudah terlalu penat untuk berpura-pura!
"Kau jangan nak buat aku hilang sabar, Mellia! Selama ni aku hadap je perangai buruk kau! Aku pekakkan telinga aku setiap kali kau bertinggi suara. Aku ni suami kau tahu tak?!" Tengking Aidil sambil mencengkam kuat lengan kiri Mellia.
"Pukullah kalau kau berani? Selama ni aku pun bersabar juga dengan perangai raja kau, kau tahu tak? Aku mengalah je..aku ikut je sebab aku ingat kau dapat berubah! Tapi tengok apa yang aku dapat?? Kau layan aku macam orang tak ada perasaan!"
"Kau tu yang tak pandai nak bersyukur Mellia! Macam-macam aku bagi kat kau. Aku kerja siang malam untuk sara kau! Untuk bahagiakan kau! Apa yang aku dapat?? Aku balik kerja sampai malam , kau dah terperap dalam gua kau tu! Aku sendiri yang urus makan minum pakai aku! Kau langsung dah tak nak jalankan tanggungjawab kau kat aku! Kau dah banyak berubah ,tahu tak?"
"Aku penat kau tahu tak? Kau ingat kerja aku layan kau 24 jam je ke?! Banyak lagi benda penting yang aku kena buat!"
"Kau sendiri yang buat kau penat. Aku dah cakap banyak kali. Berhenti je , tapi kau degil! Taksub sangat dengan minat dan kerja kau tu, mentang-mentang banyak balak yang kau dapat kat sekolah tu kan. Kau jangan ingat aku tak tahu,Mellia! Sekali lagi aku tahu kau ambil pemberian daripada jantan lain, kau tunggu apa yang aku akan buat!" Aidil beramaran sambil menunjuk tepat ke wajah Mellia.
"Kau yang taksub sangat dengan kerja kau! Kau tak pernah nak fikirkan perasaan aku! Kau biar aku seorang-seorang kat rumah ni! Kau pergi berhari-hari tanpa ingat sikit pun kat aku! Aku tidur sorang-sorang macam orang bodoh tunggu kau! Kau tu yang pentingkan diri, AIDIL!" Mellia menjawab lantang, bahkan sehingga hampir habis suaranya terlontar keluar.
"Habis tu aku kerja untuk siapa?? Untuk kau tahu tak! Aku nak bahagiakan kau! "
"Kau ingat dengan duit dan harta benda aku boleh bahagia?? Aku tak perlukan semua tu!"
"Dah tu, kau ingat semua benda yang kau makan dan pakai ni aku beli pakai batu ke? Hahh???"Jerkah Aidil tepat pada muka Mellia. Dan saat itu juga Mellia langsung terkelu, pandang kaburnya menakur ke atas rumput-rumput hijau yang dpijak. Perlahan-lahan titisan jernih mula menghujani pipi bersih itu. Dadanya sebak kesakitan. Hatinya berdarah tertoreh luka yang dalam.
"Abang tak pernah nak faham Mell. Bagi abang duit tu segalanya. Pergi matilah dengan semua tu! Abang ego! Mell penat buat semua benda, abang tak pernah nak tolong Mell sebab risau sangat maruah abang tu jatuh." Tutur Mellia terketar-ketar sambil mengesat air matanya.
"Abang dah kata kan, cari maid! Tak pun berhenti je kerja! Mell yang tak nak! Lepas tu Mell nak salahkan abang pulak?!"
"Abang nak ke mama hina Mell? Kata Mell ni pemalas, tak ada anak tapi terhegeh-hegeh nak upah orang gaji! Bukan kita tak pernah ada maid pun kan, tapi disebabkan mulut mama abang tu...argh... Telinga ni, hati ni sakit tahu tak! Sakit sangat, abang...." Bertalu-talu luahan itu terungkap keluar. Dada Aidil dipukul berkali-kali bersama esakan pilunya. Aidil hanya membatu dek kehilangan kata. Mata basahnya lalu memandang kepergian Mellia, meninggalkan dia keseorangan di sebuah taman yang sudah terlalu banyak mengukir kenangan cinta mereka.
****
Malam yang dingin mula bertandang, terhias dengan rintikan-rintikan hujan yang renyai-renyai. Malam yang mewakili jiwa seorang isteri yang sedang menangis kelukaan.
Mellia berpeluk tubuh sambil berdiri merenungi suasana basah di balkoni tingkat atas rumah agam itu. Titisan deras hujan yang turun menyembah bumi seperti mengerti perasaannya yang sedang menangis keesakan.
Selepas pertengkaran mereka petang tadi, masing-masing menyepi, tidak lagi langsung bertegur sapa sama sekali. Aidil hanya mengurung diri di dalam ruangan kerjanya malahan makan pun lelaki itu tidak , sama seperti Mellia. Barangkali dia tahu, Mellia memang tidak masak.
Mellia mengusap lengannya, sambil terus merenungi permandangan luar yang terbalut dengan kepekatan malam. Sejuknya ketika itu menyerang hingga ke seluruh tubuh yang terdalam.
"Kenapa berdiri kat luar ni sayang? Tak sejuk ke? Dahla seksi semacam? Nak pikat katak ke?" Mellia mengukir senyum saat tubuhnya terkapuk dari belakang. Sepasang tangan yang melingkari tubuhnya diusap lembut.
"Abang ni, suka kejutkan Mell tahu tak! Tak sukalah...." Mellia membebel sambil memejamkan matanya. Saat itu dia sedang menikmati kucupan hangat Aidil pada leher dan sisi wajahnya
"Cantik sangat isteri abang ni.. Kalah miss world. Jom masuk tidur, abang tak dapat tidurlah kalau sayang jauh-jauh..!" Ujar Aidil sambil memusing tubuh Mellia agar menghadapnya. Mellia mengangguk dengan senyuman lalu menyambut huluran tangan lelaki itu. Kedinginan pada seluruh tubuhnya terasa terubat saat tubuh sasa Aidil yang sedang erat merangkulnya membawanya masuk ke kamar beradu mereka.
"Sekarang, abang tidur dah tak cari Mell dah.. Abang yang berubah! Abang tak sayangkan Mell lagi" Mellia meluahkan hatinya sebaik sahaja kenangan lama tadi berlalu pergi. Kelopak mata yang tergenang dengan air mata langsung pecah saat itu juga. Andai sahaja Aidil tahu, rasa sayang Mellia terhadapnya seperti apa.
Saat memikirkan kata-kata runcing yang terhambur keluar dari mulut suaminya petang tadi, semakin deras rembesan air mata wanita itu berjujuran keluar.
Mellia memusingkan tubuhnya untuk kembali masuk ke dalam bilik. Tubuhnya sudah tidak kuat menahan kesejukan malam itu. Wajah yang kebasahan dibiarkan sahaja. Namun sesaat langkahnya terhenti saat menatap figura Aidil yang sedang berdiri menatap ke arahnya dan.....lelaki itu juga sedang berair mata sama sepertinya. Namun, tiada sedikitpun bicara yang kedengaran. Masing-masing melayan rasa luka hati yang tertusuk dalam. Tanpa menunggu, Mellia terus berlalu ke kamar, hanya tidur yang mampu menghentikan air matanya.
"Mell...!" Mellia sedikit tersentak saat namanya terbisik. Kedua-dua matanya terbuka meluas tika melihat wajah Aidil yang terpancar pada pandangan kaburnya.
Tanpa ada kata-kata ,hanya berteman air mata yang masih lagi mengalir deras, Aidil terus menindih tubuh isterinya. Mellia tahu maksud sebenar lelaki itu. Wajah sayu seorang lelaki yang sedang berada di atas tubuhnya, ditatap tanpa beralih sedikitpun. Cairan jernih yang menakung seribu satu rasa kesedihan yang membasahi wajah kasar itu diseka dengan gerakan tangan yang terketar-terketar.
" Mell takkan mengandung pun abang...Kita dah cuba banyak kali dah. Mell tak nak abang kecewa lagi." Ungkap Mellia kesebakan sambil membiarkan tubuhnya dikerjakan oleh Aidil.
"Kita akan cuba. Abang tak nak hidup dengan perempuan selain Mell. Abang tak akan mungkir janji-janji kita. Apapun yang berlaku, abang akan pastikan yang Mell...akan mengandung." Ungkap Aidil bergetaran saat rasa rawan sedang memamah rakus sekeping hatinya.
****
Mellia menghiasai wajahnya dengan sedikit solekan. Saat embun-embun masih membasahi dedaunan di luar, saat mentari masih belum memunculkan diri, wanita itu sudah bersiap awal untuk berangkat menunaikan bakti kepada anak-anak didik.
Bibirnya menggariskan senyum saat mata menatapi sekujur tubuh yang terlindung oleh selimut tebal dari pantulan kaca cermin. Tidur yang selama ini sunyi dan kedinginan menjadi bahang berteman malam tadi. Usai menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, dia terlena panjang tanpa terjaga seperti selalu lantaran merasa nyaman dirangkul oleh satu tubuh hangat.
Lama matanya jatuh pada sekujur tubuh yang polos terlena itu sedang hatinya berkira-bira mahu mengucap pamit atapun tidak.
Kakinya dibawa mendekati tubuh kaku Aidil. Namun, tangan yang sudah diangkat untuk menyentuh lelaki itu langsung ditarik lantaran bimbang sentuhannya mengganggu.
Lalu hanya bibirnya yang akan berpamitan. Wajah Aidil didekati, pipi kasar suaminya dikucup nipis.
"I love you, abang.."Ucapan pendek namun membawa makna yang begitu terdasar dalam mengiringi kepergian Mellia dari kamar itu.
Aidil membuka mata saat mendengar pintu kamar itu sudah terkatup. Bibirnya ikut mengukir senyum.
"I love you too, sayang..." Ucapan seperti itu juga yang mengiringi lenanya kembali.
**********
"MORNING Cikgu Mell...Amboi berseri-seri hari ni. Senyum terkoyak lebar...!" Mellia tersipu-sipu saat diusik awal-awal pagi itu. Memang wajahnya berseri pagi itu, ya..dia mengaku. Kerana apa?
Sudah tentu kerana hatinya sedang mengucap bahagia.
Bahagia tatkala mengingati kembali ikrar sumpah insan kesayangan juga bahagia setiap kali menikmati sentuhan yang sungguh memukaukan malam tadi. Semua itu indah dan rasa itu terbawa-bawa pula hingga ke tempat kerja. Kerana itu senyuman langsung mekar pada bibirnya.
"Memandai je kau ni kan. Habis selama ini muka aku suram je lah??" Sengaja Mellia menegangkan wajah. Mahu memperlihatkan dirinya sedang menahan geram atau marah.
" Adalah juga sikit..."Ujar Amy bersahaja sambil tertawa nakal. Dia tumpang senang melihat penampilan ceria sahabatnya pagi itu. Berbeza daripada yang biasa.
"Ishh kau ni..."
"Siapa yang hantar kau tadi? Cik Abang ke? Dah berbaik dah?" Soal Amy sedikit berbisik kerana takut perbualan mereka didengari oleh telinga-telinga asing. Hampir semua kisah rumah tangga Mellia dia tahu. Hanya kepada dia sahaja Mellia mampu meluah.
"Aku drive sendirilah..kereta aku dah siap dah.." Jawab Mellia sambil menyisir jari helaian-helaian rambutnya.
"Kalau macam tu, bolehlah kita keluar lunch sama nanti..Please Mell..Aku rindu nak keluar makan dengan kau...Kau asyik nak mengelak je. Kalau kau setuju,kau cakap je nak makan apa. Aku belanja..." Amy mula memancing. Jujur, dia sungguh rindu meluang masa dengan sahabatnya itu.
"Ni bukan soal siapa belanja siapa, tapi keluar-keluar ni, aku lemah sikitlah..penat....Kau tahulah kelas aku tu macam mana." Mellia bersuara dengan sedikit keluhan berat.
"Sombonglah kau ni.. Mentang-mentang laki kaya! Mana nak hairan dengan nilai belanja aku yang seciput je..!" Amy mula menarik muka masam. Biar wanita itu tahu yang dia sedang berkecil hati.
"Ishh..merajuklah tu..!! Ye la..kita lunch sama tapi...kau belanja. Kang aku belanja, kau kata aku riak pulak! " Amy langsung tertawa riang saat melihat kekalahan Mellia. Tidak sia-sia dia berpura-pura merajuk.
**********
"NI nanti you tolong i pass dengan Zafrul. I dah check dah. Tak da apa-apa masalah..Lengkap dan cantik,i suka!" Aidil menghulurkan sekeping fail nipis kepada Anis dengan koyakan bibir yang sungguh manis.
"Baik tuan. Ada apa-apa lagi tuan?" Soal Anis yang sedari tadi mengulum senyum.
"Tu je.."
"Tuan nampak ceria je hari ni."Anis memulakan usikan sebaik sahaja mereka melangkaui babak serius tadi.
"Selalu you nampak i menangis ke Anis?" Soal Aidil berpura-pura menegangkan riak walau jauh tersasar di lubuk hati dia sedang melihat sang kumbang berterbangan di sebuah taman cinta. Dan di situ sudah tentu ada Mellia.
"Tidaklah.. cuma hari ni aura tuan ada lain sikit.." Anis menjawab tenang. Dia tahu mood lelaki itu baik sangat sampaikan sanggup mentraktir staff-staff sarapan pagi. Bukan sedikit, berpuluh-puluh para pekerja yang ada di situ.
"Memandai je you ni. I macam biasa je lah. Hari-hari you menghadap muka i, takkan masih tak kenal."
"Sebab saya hari-hari hadaplah saya tahu, tuan.. Okaylah, saya minta diri dulu tuan." Ujar Anis sambil tertawa sinis. Dia mula bangkit untuk berlalu keluar. Namun, belumpun sampai ke muka pintu, kedengaran bunyi ketukan pintu berlagu dari arah luar dan dedaun kaca itu langsung terbuka sebelum sempat Aidil memberi kebenaran.
"Aidil.....surprise...!!"
Reaksi Anis berubah menyampah saat terpandang figura seseorang yang meliuk-liuk tergedik-gedik dengan tanpa rasa malu menampakkan diri di situ. Namun dia tidak keseorangan, ada penyokong kuatnya di sisi. Siapa lagi jika bukan Puan Sri Nabila.
"Morning Puan Sri, silakan." Sapaan Anis ala-ala kadar sahaja. Hanya memikirkan status wanita terhormat itu di tempatnya bekerja.
"Morning, Anis. You pergilah, kami ada perbincangan family.." Puan Sri Nabila menghalau lembut dengan sedikit senyuman.
Aidil hanya memerhatikan dua wajah yang baru muncul dengan pandangan yang malas. Jika mamanya berseorangan, barangkali dia akan teruja namun, ada yang tiba-tiba membunuh mood baiknya pada hari tersebut.
"Ada apa mama tiba-tiba je datang ni? Aidil sibuklah..."Aidil menyoal tanpa berselindung. Dia bangkit untuk menyalami Puan Sri Nabila tanpa mempedulikan kehadiran Fazura.
"Aidil ni..asyik-asyik kerja je..Sekali sekala tu tinggallah kerja tu sekejap. Kami datang ni, nak ajak Aidil keluar lunch. Mama rindulah nak ke berbual dengan anak mama ni. Sambil-sambil tu, boleh juga kita bincang pasal pernikahan kamu dengan Faz ni.." Ujar Puan Sri Nabila dengan tampang ceria. Fazura yang sedari tadi diam tersipu dilirik sebentar.
"Apa yang mama cakap ni? Siapa pulak yang nak kahwin?" Wajah Aidil mula menegang teruk, nada suaranya juga meninggi tersasar.
"Aidil dengan Fazuralah. Aidil lupa ke permintaan mama hari tu? Perempuan tu pun dah setuju dah!" Ungkap Puan Sri Nabila bertegas tanpa ampun.
"Tapi Aidil tak pernah cakap pun yang Aidil setuju. Dan mama jangan lupa, mama dah bagi masa tiga bulan untuk kami."
"Aidil yakin ke perempuan mandul tu akan mengandung? Selama empat tahun ni, apa pun tak ada inikan pula tiga bulan. Aidil ikut je cakap mama. Faz ni jauh lebih cantik dari perempuan tu. Pandai ambil hati mama! Mama malu tahu tak, kawan -kawan mama semua dah bercucu! Mama sorang je yang masih macam ni. Bukan sebulan dua kamu dengan perempuan mandul tu berkahwin. Lama sangat dah Dil!!"
"Kalau mama datang cuma untuk hina Mell, Aidil rasa lebih baik mama dan perempuan ni balik! Aidil tak ada masalah nak layan hal-hal remeh macam ni.."
"Mama bukan hina dia, dah semua yang mama cakap tu benda betul. Mama dah cakap kan, mama nak ajak kamu keluar lunch. Mama tak perduli, sama ada kami setuju atau tak, kami kena ikut. Kamu tahu kan, mama ni macam mana? Jangan sampai mama mengamuk pula!"
"Okay , fine!! Nak keluar sangat kan, jom!!"
Aidil terus bangkit setelah mencapai dompet dan kunci keretanya. Puan Sri Nabila dan Fazura saling berpandangan sebelum mengoyak senyuman manis terselit msksud kelicikan.
Kereta diberhentikan sebaik sahaja mereka tiba di sebuah restoren. Aidil duluan melangkah keluar kerana sudah tidak kuat menahan rasa menyampah terhadap kegedikan Fazura yang berlabuh di tempat duduk bersebelahan dengannya. Tidak putus-putus makiannya terhadap wanita itu biar hanya mampu terluah di dalam hati. Puan Sri Nabila mendadak meminta diri tadi dengan alasan ada hal mustahak. Aidil tahu, semua ini perangkap untuknya. Namun, lantaran tidak mahu mamanya membebel atau mengamuk, Aidil dengan berat hati tetap membodohkan juga dirinya untuk keluar makan bersama Fazura.
"Aidil..tunggulah.. Sakit kakilah..auu..." Fazura merengek manja tatkala melihat kepergian Aidil yang sudah mahu melangkah masuk ke dalam restoren. Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling, Fazura dengan laju langsung mengejari pergerakan kaki Aidil dan tanpa rasa malu, lengan kekar itu langsung dipaut.
"Apa ni, Fazura? Suka hati je pegang i! You jangan buat i semakin benci dengan you, boleh tak?" Bentak Aidil dengan bisikan kerana dia tidak mahu menimbulkan kekacauan di situ.
"Kaki i sakitlah..i nak pegang you, kejap je..." Fazura mengadu manja dan tetap enggan melepaskan pautannya pada tubuh Aidil.
" Siapa yang bodoh sangat suruh you tergedik-gedik pakai heel seratus inci ni hah?? Kalau kaki you patah pun, i tak hairanlah!"
"Aaaa...Aidil... you ni kan...." Fazura semakin meleretkan rengekannya. Dia tidak kisah pun jika perbuatan mereka ditontoni mata-mata di situ. Memang itu mahunya.
"Encik Aidil? Encik ni suami Cikgu Mellia kan? Ke saya salah orang....?" Satu suara garau yang tiba-tiba menyapa langsung membuatkan Aidil laju menepis tangan Fazura. Apatah lagi, saat mendengar nama Mellia disebut.
"Ya.. saya suami dia. Encik ni?" Aidil tersenyum nipis sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki yang terlihat segak dan tegas itu. Barangkali, rakan sekerja Mellia.
"Saya Bakri, pengetua sekolah tu. Kebetulan, kami lunch beramai-ramai kat sini. Cikgu Mellia pun ada sekali. Encik Aidil boleh je join, tu pun kalau encik sudilah.." Bakri memperlawa ramah dengan gelak kecil walau dahinya sedikit berkerut melihat pautan sepasang tangan pada lengan suami anak buahnya itu.
"Err..boleh ke?" Soal Aidil laju. Itulah peluang keemasannya untuk mengelak daripada Fazura. Saat itu, dia lebih rela menghadap wajah dingin Mellia berbanding dengan perangai Fazura yang tidak tahu malu itu.
"Eh, apa pula tak boleh. Jom...Cikgu Mellia mesti happy tengok suami kesayangan dia datang. Ni ...kawan ke? Boleh juga ajak cik ni sekali.."Ujar Bakri sambil melirik sekilas ke arah Fazura.
"Tak..saya tak kenal dia, dia salah orang... Maaf cik, saya minta diri." Aidil terus berlalu mengikuti langkahan Bakri ke satu sudut hujung tanpa mempedulikan lagi dengan reaksi bodoh Fazura yang sudah termangu-mangu di situ.
'Tak apa Aidil, you tunggu! I akan mengadu dengan perempuan tua tu! Biar si mandul tak sedar diri tu yang akan jadi mangsa...!'