Hari ini Caca akan memulai pekerjaannya di syarikat D&D yang menerimanya bekerja semalam.Caca terlihat begitu bersemangat."Pagi bu",sapa Caca pada ibunya."Pagi sayang ibu,wahhh,cantik betul anak ibu pagi ni,kerja dengan ikhlas ye nak",nasihat ibu Raenah buat Caca.Caca memang sangat cantik,comel,dengan cuma ketinggian 154cm dan berat dalam 45kg,memang sesuai ketinggiannya.Dan itulah yang menampakkan lagi kecomelannya.Cara dia berpakaian juga tidak terlalu menonjol,padahal kalau di novel-novel yang ada,seorang sekretari itu selalunya seksi-seksi dan memakai pakaian menjolok mata.Caca hanya mengenakan skirt pencil di atas lutut dan kemeja yang mengikut bentuk badannya tetapi tidak ketat serta memakai jas.Semuanya berwarna hitam.Setelah selesai sarapan,Caca lansung menyalami tangan ibunya dan keluar kerja.Tidak mengambil masa terlalu lama,cuma 30 minit Caca dah sampai di office-nya."Assalamualaikum Haris",terlihat Haris sudah sampai dulu dari Caca."Walaikumsalam,wah,cantik ya kamu Kalisha",Haris memang jujur,tampan juga berbadan sasa tapi sayang sudah mempunyai isteri dan seorang anak perempuan yang baru berusia 10 bulan."Biasa je Haris,nama pun kerja office kan",Caca menjawab dengan sopan."Kamu ke meja kamu dulu ya,nanti aku datang ajar apa yang patut,kemas-kemas kan dulu semuanya",kata Haris."Baiklah".Tiba-tiba,"Kalisha,masuk office saya sekarang,bawa tablet yang Haris dah sediakan dimeja awak".Ujar Am(Akram)."I-Iya boss.Saya masuk sekarang".Kata Caca.'Matilah aku,semoga dia lupa kejadian semalam',ujar Caca dalam hati.Di meja Haris,Haris tersenyum dan berkata dalam hati,'habislah kau Kalisha,harap-harap boss mood nya baik hari ni',lalu dia menyambung membuat job task list untuk Kalisha.
"Ada acara berkabung ke hari ni di office saya?"Tanya Am pada Caca setelah Caca masuk ke office nya."Hah?Berkabung?Ada yang mati ke boss?",tanya Caca polos.Am memijit kepalanya yang tidak sakit."Kamu tu!!!Saya tanya kamu,pakai nya semua serba hitam,ada kematian kah?",tanya Am lagi,sambil melihat Caca dari atas ke bawah,dalam hatinya berkata,'haishhh,perempuan ni,comel betul,hilang fokus aku ni,tolong jangan senyum Am,be serious'."Ouh,boss tanya saya?Bila pulak saya nak ke acara kematian?Memangnya kalau pakai serba hitam hanya pergi ke acara macam tu?",tanya Caca pada Am.'Berani juga dia melawan aku ya'.Gumam Am dalam hati."Sudah-sudah,duduk depan ni,saya akan ajar kamu cara untuk gunakan tablet appoiment dan to do list yang di tangan kamu tu",titah Am pada Caca dan Caca menurut sambil cemberut.'Ini boss,dasar!!!Tadi tanya aku pasal kematian,lepas tu komplen pasal baju aku pulak,ketuk dengan tab ni nanti baru tau',caca mengumpat dalam hati."Jangan mengumpat saya Kalisha,saya boleh dengar".Tiba-tiba Am menyatakan begitu pada Caca."Bila saya mengumpat boss?Setahu saya,saya cuma ikut arahan boss suruh saya duduk di sini,di kerusi depan boss ni".Caca melawan.Dalam hatinya,'heh,ini manusia atau jin?Boleh baca hati orang?'."Saya masih manusia Kalisha,berhenti mengumpat saya dalam hati awak",sambung Am dan hal itu membuat Caca salah tingkah."I-iya,saya tak mengumpat boss,boleh boss terus mengajar saya bagaimana cara untuk gunakan tablet ni?",sebenarnya Caca sudah kehabisan ayat,tetapi ayat terakhirnya membuat Am terpaksa menyambung kembali perdebatan mereka."Kamu mengarah saya?Jangan sampai saya biar kamu belajar sendiri cara menggunakan tablet itu Kalisha",Am sengaja menggoda Caca dengan harapan gadis itu akan melawannya lagi.Tetapi....."Iyalah boss,saya tak beri arahan lagi,saya menanti",Caca menjawab,terdengar seperti dia kalah dalam perdebatan dengan boss nya.'Yes,aku menang',ujar Am dalam hati dan dia meneruskan dengan mengajar Caca cara untuk menggunakan tablet tersebut.Setelah satu jam lamanya mereka di dalam office Am,Am pun berkata."Saya harap kamu tidak menghampakan saya,dan teruskan dengan cara berpakaian kamu seperti ini,biar sopan,jangan yang seksi-seksi kerana kamu disini bekerja sebagai sekretari saya,bukan sebagai penjual diri.Faham?".'Ya ampun,jahat betul mulut jantan ni,nak je aku cili mulut dia dengan sambal hijau yang ibu bekalkan tadi!!!',gumam caca dalam hati."Baiklah boss,insyaallah saya akan berikan perkhidmatan yang terbaik buat syarikat".jawab Caca dengan sopan dan senyum yang memaksa."Berhenti mengumpat saya Caca kalau kamu tak mau saya kunci kamu di office saya ni".ugut Am,Caca lansung berdiri memandang kiri kanan."Kenapa?Nampak setan?",tanya Am lagi sambil ketawa."Boss ni menakutkan lah,memangnya boss bela setan?"tanya Caca.Dan dia lansung keluar sambil mengumpat dalam hati.
"Kalisha,nanti makan tengah hari tolong orderkan makanan dari GrabFood,order untuk 2 orang,dan yang penting,fast food".Titah Am pada Caca."Boss,tak bagus makan fast food,kena jaga kesihatan,kalau boss betul nak saya orderkan,saya akan order makanan yang sihat buat boss sekali dengan siapa tuh...alah...tak kisah lah siapa pun lagi seorang tu,kan bagus kalau makan makanan sihat,fast food tak bagus boss,nanti lemak berlebihan dalam badan",ujar Caca panjang lebar.Am menegrutkan dahi mendengar omelan dari Caca."Ikut suka hati kamu lah",Am lansung masuk semula ke officenya,dan Caca tersenyum penuh kemenangan."Haishhh,perempuan ni,betul-betul buat aku sakit kepala dengan cara dia menjawab,tapi bagus juga,sekurang-kurangnya ada hiburan baru buat aku",Am bercakap sendirian sambil melihat-lihat dokumen yang ada di meja kerjanya.Sejam kemudian Caca mengetuk pintu office Am,"Boss,makanan dah sampai ya,ni saya letak di meja ni",Caca meletakkan makanan yang di pesannya.Mata Am terbelalak."Ini,kamu order steak buat saya?berapa harga semua ni?",Tanya Am terkejut sambil membuka-buka bungkusan makanan tersebut."Takpe boss,hari ni saya belanja boss sebab boss dah sudi terima saya bekerja kat sini,tapi kalau boss nak bayar,2 kali ganda ya boss,heeeee,boss pilih sendiri,nak terima secara percuma atau nak bayar 2 kali ganda",Kata Caca diakhiri dengan senyuman cute nya.'Aduhaiii,berdebar jantung aku tengok senyuman dia,dah kenapa dengan aku ni?Tak mungkin aku akan ambilnya secara percuma,jatuhlah maruah aku',umpat Am dalam hati.Lalu dia mengeluarkan 3 keping duit RM100 dari walletnya dan menyerahkannya pada Caca,"saya bayar,ini bukan murah,saya tahu sangat",kata Am sambil memberi duit tersebut pada Caca."Eh boss,saya bergurau je boss,steak ni tak semahal duit yang boss nak bayar ni",Caca menolak nya kerana padanya dia cuma bergurau."Tiada penolakkan dalam kamus hidup saya,ambil ni",Am menyatakannya sambil mendekatkan mukanya ke muka Caca dan menarik perlahan tangan Caca serta menyerahkan duit tersebut ke tapak tangan Caca.Muka Caca memerah habis.Malu agaknya."Duduk,makan dengan saya".Katanya."Tapi boss,saya bawa bekal,ibu saya masak dari rumah",Caca memberi penolakkan lagi.Am mengambil nafas dalam sambil memejamkan matanya dan berkata."Sana kamu ambil bekalan kamu,bawa dan makan dengan saya sekarang,DI SINI,DI MEJA INI!!!Ingat Kalisha,saya tidak suka penolakkan".Ugutnya lagi dan Caca menyerah kalah,dia keluar dan ambil bekalannya dan masuk semula ke office Am sambil mengumpat perlahan.
Caca membuka kotak makanannya dan waktu itu,naiklah bau yang sedap lagi menggoda dan mematikan semua bau makanan di dalam office bossnya.Sewaktu dia mahu menyuap untuk suapan pertama,Am tiba-tiba rampas sudu Caca.Dan menyuapnya ke dalam mulutnya sendiri tanpa rasa bersalah."Boss,tu saya punya,boss kenapa ambil makanan saya?"Caca menanyakan itu kerana selepas Am memakan sesudu makanan Caca tadi,dia lansung menolak ketepi steak nya dan mengambil kotak makanan Caca."Kamu makan steak je,saya makan yang punya kamu,kata kamu steak itu kan sehat,nah,sekarang kamu habiskan ya?jangan banyak cakap".Caca mencerna setiap ayat yang Am lemparkan padanya.'Apa dia fikir aku serakus beruk nak makan semua ni?Banyak niiii!!!!',caca mengumpat dalam hati."Kalisha,jangan mengumpat saya,makan sekarang atau kamu mahu saya sumbat semua ni ke dalam mulut kamu?",sekali lagi Caca melongo.'Ya Allah,mimpi apa aku minggu lepas sampai terpaksa berhadapan dengan boss galak macam ni'.Dan Caca baru saja mahu memulai ritual makannya.Tiba-tiba....'Brakkkkkk',pintu office Am di buka dengan kasar."Akram!!!",Caca tersedak ketika melihat wanita di hadapannya.Lebih tepat melihat penampilannya."Astaghfirullohalazim",dengan spontan Caca beristighfar dan menutup matanya.'Siapa lah pulak perempuan seksi ni',ujarnya dalam hati.