Setelah hampir seminggu berada di negara kanggaru, Ramil kembali sibuk dengan kerja di pejabatnya. Banyak file yang menumpuk di atas meja yang perlu disemak dan ditandatangani. Dia juga perlu menghadiri beberapa meeting pada hari ini. Kesibukkannya membuat dia lupa untuk mengawasi Maria pada hari ini. Tok Tok "Masuk" derapan sepatu menghampiri meja kebesaran Ramil lalu berhenti. "Mr.Ramil, Mr.Tony sudah berada di bilik meeting" Dani, setiausaha peribadinya sudah berdiri tegak di hadapan Ramil. "Baiklah" Ramil segera mencapai file kerjasama mereka untuk dibincangkan di dalam meeting nanti. ***** Sampai sahaja di bilik meeting, Ramil melihat susuk dua orang lelaki sedang duduk dikerusi berhadapan meja meeting dan sedang membelakanginya. "Apa khabar Mr.Tony" lelaki yang duduk tadi l

