Albert berjalan menuju ke arah kantin, sambil diikuti oleh Stayla, sesampainya di kantin Albert mempersilakan Stayla duduk .
"kamu mahu minum apa?...
"saya mahu oren jus.."
Albert pun berjalan menuju ke arah kaunter dan memesan segelas jus oren bersama secawan kopi panas.
selepas memesan minuman dia pun berjalan ke arah tempat Stayla.
"kamu cari saya ni kenapa Stayla..?
Albert memulakan perbicaraan.
"saya rindu kamu Albert.."
"saya tidak suka basa basi dengan awak Stayla, saya tak suka membazir masa dengan ucapan awak, kalau soal kerja saya boleh terima kalau perkara lain saya minta maaf.."
dengan tegas Albert memberitahu Stayla.
"tolonglah terima saya , saya amat mencintai kamu Bert, saya minta maaf tentang masa lalu...tolonglah Bert...
dalam beberapa saat air yang di order pun sampai.
Albert mengambil cawan yang berisi air kopi dan mengacau air kopi tersebut dan mengangkat cawan ko lalu dihirup dengan perlahan.
sambil menghirup jus oren, Stayla cuba membuat muka manis di hadapan Albert , supaya Albert tidak mengetahui muka sebenar Stayla, walaupun dihadapannya adalah lelaki yang bermuka datar yang tidak ada menunjukkan wajah tersenyum.
"Bert..kenapa kamu benci saya Bert..?
Albert cuba mengawal kemarahan sambil menghela nafas secara perlahan.
"Stayla...,kamu tahu kan saya sekarang berstatus suami orang, dan sekarang hanya isteri aku yang aku sayang, perasaan saya terhadap kamu sudah tiada, kamu carilah lelaki di luar sana yang masih bujang..."
"tapi saya cintakan awak Bert...!
sambil mengeluarkan air mata palsu, Stayla seorang perempuan pisau cukur, mana-mana lelaki kaya dia akan mengidamkannya.
Albert menikmati air kopi dan tidak menghiraukan ucapan Stayla.
selesai minum Albert melihat jam tangan menujukan waktu rehat sudah habis, dia pun bangun dari kerusi yang didudukinya tadi.
"oklah..,Stayla saya mahu masuk kerja, hari ni banyak kerja nak kena siapkan..."
Stayla terdiam, kerana Albert tidak pedulikan tentang kemahuannya.