"Sudikah kau menjadi isteriku?"tanya Zack kepadaku.
"Yes,Aku sudi."balasku dengan gembira.
Hatiku merasakan sangat bahagia kerana cintaku tak bertepuk sebelah tangan.Zack menyarungkan cincin di tanganku.Sungguh tak kusangka aku sebahagia begini.
Kring..Kring..
Tiba-tiba aku terdengar telefon berbunyi,rupanya semuanya hanya mimpi.Huhuhu!
"Hello.."Aku separuh sedar mengangkat telefonku.
"Hey babe.So macam mana pertemuan dengan Zack semalam?"usik Cherry.
"Good.Aku jadi model new dress dia semalam.Haha!"Aku mula membuka cerita.
"Wow...bahagianyaa dia..hahahah!"Cherry ketawa terbahak-bahak.
Sebenarnya Cherry sengaja suruh aku jumpa Zack sebab dia tau aku teringin sangat nak jumpa crush aku.Siapa tak happy jumpa crush sendiri.Haha!Tambahan pula Cherry sentiasa sokong agar Zack dan aku boleh disatukan.Kawan yang terbaik.haha!
"Oya,Ahad ne Zack ajak aku jumpa."kataku kepada Cherry.
"Really?wow..I think Zack pun ada hati kat awak la Evy."kata cherry.
"Aku tak tahu la Cherry.Tapi kalau dia suka kat aku.Maybe senang la aku nanti.hehe."balasku kepada Cherry.
Hampir sejam bercerita dengan Cherry.Banyak cerita kongsi bersama dengan kawan rapat yang aku sayang.Hanya Cherry saja la tempat aku meluahkan apa yang terpendam dihatiku.Semua masalah turut dikongsi kongsi bersama.Seperti kakak dan adik.
Aku bangun dan terus membuka laci meja solekku.Aku mengambil album,terkenang memori terindah bersama ayahku.'Daddy,aku rindu sama daddy..'.Tanpa disedari air mataku mengalir.Aku sangat rindu akan ayahku.Aku berjanji kepada ayah bahawa aku akan mencapai impianku.Aku yakin suatu hari nanti cita-citaku pasti akan tercapai.Rezeki orang tidak sama dan aku masih sabar menunggu detik-detik kejayaan dalam hidupku.Walaubagaimanapun,kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.