week1:Penyiasatan yang tidak berhasil

321 Words
sejak seminggu yang lalu,Jehaan seolah menjadi seorang penyiasat.dia semakin curiga dengan lelaki bernama Habib Khanani ini.seringkali mereka bertemu ditempat Dan waktu yang sama.sehinggakan dia merasakan lelaki ini seolah menjadi stalker.namun kerap kali pula tidak disana saat dicari. seperti hari2 yang lalu,Jehaan sudah semakin biasa dengan keadaannya.yang kadangkala terbangun hanya kerana sebuah mimpi yang seram bagi dia.lebih menyeramkan,dia juga pernah bangun dalam keadaan berbaju kurung klasik dengan bunga Mawar diselit kerambutnya.membuatkan dia semakin ingin mengetahui.apakah mimpi itu hanyalah sebuah mimpi,atau itu adalah gambaran Masa lalu yang ingin dia memecahkan suatu rahsia yang tidak terpecahkan olehnya. "Jehaan,Papa nak keluar kejap lagi.nanti jangan lupa kunci pejabat".Dato' Rahim menyerahkan segungus kunci kepadanya.Dato' Rahim bukanlah bapa kandungnya.melainkan pakciknya.pakciknya itu sudah lama menduda.ibubapanya meninggal saat dia berusia 3tahun.sejak saat itu dia dijaga oleh pakciknya bersama isteri beliau.namun,Sayang.isteri beliau turut meninggal 5 tahun selepas itu.dan sejak saat itu.pakciknya tidak lagi ingin berkhawin.dan Hanya menumpukan hidupnya kepada usahanya dalam bidang perniagaan barangan antik.namun saat itu,barangan ini bukanlah menjadi kesukaan orang ramai. Dan sehingga kini di usia 20 tahun,dia masih tidak tahu dengan pasti penyebab kematian kedua orang tuanya.kerana yang disampaikan padanya,mereka meninggal kerana kemalangan jalan Raya.manakala makciknya meninggal dalam rumah dengan kesan tikaman.seolah itu adalah tikaman pedang yang sangat tajam luar biasa.namun,menurut Dato'Rahim.isterinya itu mempunyai Penyakit halusinasi Dan kemurungan.dan kemungkinan dia menikam dirinya sendiri.semua itu sehingga kini tidak pernah terpecahkan olehnya.apakah kebenaran disebalik kematian mereka. sehingga kehari ini,Jehaan masih mencari tahu akan kemalangan yang berlaku keatas ibubapanya Dan juga kematian makciknya yang menurutnya sangat tragis. "ahhhhh!!!apa sebenarnya yang terjadi dalam hidup Aku Ni?siapa aku sebenarnya?".Jehaan merasakan sakit bukan kepalang.kepalanya seakan dicucuk dengan ribuan jarum kecil.setiap Kali dia berusaha untuk mengingat semula kejadian di mana makciknya terbaring di ruang penyimpanan barangan antik di rumah papa saat itu. dia masih ingat,dia melihat satu lembaga yang sangat menyeramkan dalam bilik itu,namun tiada siapa yang mempercayainya.Papa juga tidak. "jangan percaya apapun yang jehaan nampak.itu semua hanya bayangan halusinasi Jehaan."itu apa yang papa katakan.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD