"hello ma, ada apa cari saya, tadi Denny beritahu pada saya yang mami cari saya".
"oh..., memang mama cari Ky, tapi Ky tiada di ofis ,mami nak bagitahu, besok adik kamu balik dari Australia, kamu tak balik rumah ke nanti?
"oh ..adik balik ingat ada hal apa tadi ,nanti adik balik saya jemput"
"Ky...mama nak tanya boleh?
"boleh..,mama nak tanya apa?
"mami nak tanya Ky dah jumpa pendamping belum, kalau belum mama carikan, mama ni bukan muda lagi, mama nak juga rasa cucu dari Ky, adik kamu anak sudah besar, tapi kamu belum juga menikah".
ibu Rokky sudah banyak memperkenalkan Rokky dengan banyak wanita tetapi semua Rokky tolakan, alasannya dia belum berjumpa dengan wanita yang mampu menggetar hatinya.walau disisi lain Rokky menganggap perkahwinan itu membosankan, tetapi apa salahnya mencuba untuk berkahwin.
"Rokky dah jumpa wanita yang mampu menggetar hati saya ma"
"siapa wanita itu Ky.., dengan rasa penuh kegembiraan, akhirnya anak bujangnya telah memiliki wanita"
" Ky baru cuba mendekatkan diri dengan dia ma..."
"tak apa Ky, pelahan pelahan kamu dekat dengan dia nanti dia mahulah tu nanti", mama menyemagat Rokky.
"baiklah ma..., nanti saya kirim foto dia pada mama"
"ok..Ky jangan lupa dengan kirimkan foto pada mama, mama dan papa ingin melihat bagaimana wajah bakal menantu mama".
"ok mama.. byebye '.sambil menutup panggilan.
"Nessa..Nessa...saya akan menakluki hati kamu Nessa"sambil melihat wajah di depan cermin.
"erm..wajah ku masih tampan body masih fit ,tapi yah..rambut mulai putih, betul kata mami aku sebaiknya kahwin cepat, Nessa tolong terima cintaku" .
malam yang indah dengan terangnya rembulan dan cahaya lampu di bangunan yang terdiri megah menjadikan suasana yang memenangkan.
di bilik lain yang didiami oleh Nessa.
"malam ni pakai ini sajalah, malas pula nak pakai baju tidur, erm...seluar pendek hitam baju t-shirt biru, ok...cantik".
selesai dengan pakaian akhirnya dia berjalan menuju ke tempat meja yang berhadapan tempat tidur lalu mengambil telefon bimbit dan Beg kecil,dia ingin keluar membeli beberapa tin kopi.
Nessa keluar dari bilik dan tak disangka juga Rokky juga keluar dari bilik yang bersebelah bilik Emi.
"hai... Nessa" ,sapa Rokky .
"ha...hai...Uncle" dengan suara terbata bata.
"kamu mahu pergi mana malam malam ni"
"itu...anu...,saya nak beli beberapa tin kopi"
"ok..saya temankan awak"
"tak usah, saya boleh pergi sendiri "
"tak apa saya temankan awak, tak ada penolakan ok"
"oklah.."akhirnya Nessa mengalah.
* * * * *
"besok saya akan ke airport , kerana adik saya balik, nanti besok kamu semua balik dengan Denny , nanti bagitahu dengan sahabat awak ya".
dengan jawapan yang singkat Nessa menjawab "ok".
"Uncle ada adik ya?
"ya, saya ada adik perempuan , dan dia pun sudah menikah dan mempunyai dua orang anak".
"nama adik uncle apa?
"nama dia Rose, anak dia mungkin seumuran dengan awak, Nessa umur awak berapa ?
"umur saya 28 tahun."
"yah..,umur awak dengan anak dia sama".
"Nessa".
"ya, Uncle ada apa?
"kamu ada boyfriend?
"belum, kenapa Uncle? sambil menegak air kopi di dalam tin.
"kalau saya jadi boyfriend kamu apa boleh?
"uhuk...uuhuk...uhuk!, Nessa tersedak mendengar ucapan Rokky.
"kamu tak apa apa...Nessa!
"erm...saya tak apa apa "sambil mengusap dada dan menegak air kopi sedikit untuk membasahi tekak.
"nanti saya fikirkan dulu Uncle" dengan memalingkan muka ke arah lain, dia berasa malu untuk menatap wajah Rokky, walaupun diri luaran seakan tomboy tetapi jiwa raga masih tetap perempuan.