"oookkkk ookkkookk!" Bunyi ayam berkokok menandakan waktu pagi tiba
Farisya dan Rahayu merupakan sahabat karib sejak kecil lagi. Mereka sering menghabiskan masa bersama tanpa jemu. Persahabatan mereka jadi tarikan Izzuddin dan juga Nazri. Mereka mula berkenalan dan bergaul tanpa kekok. Bak kata orang "Air Yang Dicincang Tidak Akan Purus". Manakan tidak sering bersama sahaja.
Pra Sekolah
Farisya dan Rahayu memulakan persekolahan di Pra Sekolah. Sejak itulah perkenalan mereja mula terjalin dan hubungan mereka semakin akrab. Walhal mereka baru saja berkenalan.
"Ok murid-murid hari ni kita semua berkenalan dulu ye?" Kata Cikgu Amna
"Kita mula dari belakang. Sila kenalkan diri masing-masing." Kata Cikgu Amna
"Nama saya Rahayu.....Farisya....(begitulah selanjutnya)"
Hari ni mereka semua belajar menulis huruf dahulu. Esok mereka akan belajar menulis jawi hingga pandai. Murid-murid juga diajar berselawat dan berzikir sebelum memulakan pembelajaran. Farisya dan Rahayu duduk satu meja. Satu meja ada 4 orang iaitu Farisya, Rahayu, Izzuddin dan Nazri. Izzuddin dan Nazru juga saling berkenalan dengan Farisya dan Rahayu.
"Wey! Nama korang sape?" Kata Nazri
"Aku Rahayu." Jawab Rahayu
"Aku Farisya." Jawab Farisya
"Aku Izzuddin. Dia Nazri. Kitorang dah kenal sebelum sekolah lagi." Kata Izzuddin
Tiba waktu untuk pulang, Cikgu Amna meminta murid-muridnya duduk dan berzikir sebelum pulang. Begitulah seterusnya rutin harian yang dilakukan Cikgu Amna agar murid-muridnya terbiasa mengalunkan zikir setiap hari dan setiap waktu supaya masa mereka tidak terbazir begitu saja.
Masih Belajar
Farisya dan Rahayu masih belajar bersama-sama. Mereka berdua rajin untuk belajar berdua. Mereka lebih suka belajar subjek yang mereka gemari. Walaupun mereka berdua masih pra, mereka lebih minat belajar subjek Pendidikan Islam.
"Wey! Jom study sama-sama." Panggil Ayu
"Ye. Jom study subjek Pendidikan Islam." Balas Isya
"Ok. Lagipun Pendidikan Islam je subjek aku paling minat." Balas Ayu
"Aku pun. Jom study. Lagi 3 bulan nak exam." Balas Isya
Walaupun hanya exam biasa, tetapi mereka berdua rajin ulangkaji di sekolah mahupun di rumah.