Jodoh
"Tak sangka kan? Rupanya kita semua berjodoh." Tanya Yaya
"Aaahh kan. Kecik dunia. Isya dengan Zaqwan, Ayu dengan Amsyar, Aku dengan Ecah. Kau pulak Nazri dengan Yaya." Balas Izzuddin
"Tu namanya kalau dah jodoh tak ke mana." Balas Ayu
"Rupanya jodoh kita sahabat kita sendiri." Balas Zaqwan
"Lagi bagus. Kalau siapa-siapa buat hal senang nak ambik tindakan." Balas Ecah
"Betul tu. Kalau ada masalah kita share sama-sama." Sambung Isya
"Kita sama-samalah sepakat suami isteri berbincang bukan berdebat. Jom kita pergi makan. Dah sejuk makanan tu." Balas Nazri
20 Tahun
Tanpa mereka sedar, persahabatan mereka semua bertukar cinta. Ayu telah berkahwin bersama Amsyar, Isya telah berkahwin dengan Zaqwan dan Ecah telah berkahwin dengan Izzuddin. Mereka perlu menjalani hidup baru dan pasti masing-masing jarang untuk bertemu kerna mereka perlu fokus hal rumahtangga. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan begitu juga Farisya dan Rahayu. Mereka akan menjani kehidupan sebagai seorang isteri. Pasti mereka jarang untuk selalu bertemu kerna itu pasti berlaku. Farisya perlu ikut Zaqwan ke Melaka dan Rahayu perlu ikut Amsyar ke Pahang. Ini kerana seorang isteri wajib taat perintah suami dan sentiasa mendampingi suami. Sejak itu, terciptalah sebuah puisi antara persahabatan Farisya dan Rahayu.
Sahabat Rindu:
Mekar sejambak bukan kuntuman
Indah terpancar bukan sinaran
Kasih tersemat bukan paksaan
Cinta abadi jadi pedoman
Subur meninggi bukan tanaman
Tempias di pipi bukan percikan
Intan permata bukan ukuran
Hanya kesetiaan kekal diingatan
Ikatan yang kukuh terjalin mengekalkan silaturahim antara dua sahabat walaupun terpisah jauh. Jadi terhasillah pantun
Sahabat Dirindu
Dulu bersama kini terpisah
Dulu bahgia kini sendiri
Dulu indah kini berubah
Dulu bersatu kini menyepi
Kini sinar terpancar cahaya
Saat jauh terasa rindu
Kini sepi bersulam duka
Saat hidup dibuai sendu
Kasih terjalin sejak dulu
Bila jauh pasti sukar
Cinta tersemat dalam kalbu
Walau diragut pepohon akar
Mereka pasti semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Keresahan dan kerisauan ditolak ke tepi demi kebahagaian bersama keluarga. Mereka juga pasti akan hadir sebuah pengakhiran yang vaik buat mereka berdua. Masa depan dapat dikecapi dengan lebih baik saat masing-masing redha akan ujian Allah untuk mereka berdua. Kerna pasti ada sesuatu yang tersirat dibalik yang telah tersurat.