AINNA hairan membaca pesanan ibunya yang bertanya akan keadaannya. Jarang sekali ibunya bertanya khabarnya secara tiba-tiba seperti itu. Melihat mesej itu dihantar sejak pagi tadi, Ainna segera membuat panggilan untuk menghubungi ibunya. Namun, dia merasa hampa bila panggilannya tidak dijawab oleh Puan Rozita. Selepas beberapa minit, satu panggilan masuk di telefon bimbitnya. Melihat nama kontak babanya di skrin, dia mengerut dahi sendiri. Biarpun dirinya hairan, dia tetap menjawab panggilan telefon dari babanya, “Assalamualaikum baba,” salam Ainna dengan nada yang lembut. “Waalaikumussalam. Kamu ada call ibu ya tadi?” tanya Encik Sharif dengan suara yang lemah. “Haah. Adik baru tengok chat dari ibu. Itu yang adik terus call, tapi ibu tak angkat. Bab

