AINNA yang baru sahaja selesai menunaikan solat Asar, bangun untuk melihat pemanggil yang tidak henti membuat panggilan di telefon bimbit suaminya. Dia melepaskan keluhan berat melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit. ‘Call mengalahkan orang hilang laki! Aku laki tak call berhari-hari pun boleh je hidup. Bising kau tahu tak?! Dah orang tak angkat tu maksudnya ada hal la. Bingit betulla minah ni. Macamana la laki aku boleh tahan dengan dia,’ marah Ainna di dalam hati. Hampir berbelas kali teman wanita suaminya itu memanggil dan masih juga belum berputus asa. Ainna tersentak mendengar pintu ruangan wad dibuka. Tangannya lekas melipat telekung yang tadinya hanya diletakkan di atas lengan. “Dah siap?” tegur Fikry yang sedang membawa Raiq dalam dukungannya. Ainna

