Ford mundar-mandir, tampak gelisah di dalam ruangan office-nya. Dia sedang memikirkan cara bagaimana ingin membuat supaya Cora cepat jatuh ke tangannya. Hingga akhirnya, dia mendapat satu idea.
“Wait a minute. Dia memiliki masalah dengan mantan kekasihnya, bukan? Bagaimana kalau aku menggunakan kesempatan dalam permasalahan ini untuk memikat dia dengan bertindak menjadi hero penyelamatnya? Aku rasa ini merupakan idea yang bernas! Wow! Ternyata, aku bijak juga!”, kata Ford dengan arrogant.
Tiba-tiba, pintu ruangan office Ford dibuka dan terlihat Tobey memasuki ruangan.
“Wow! Semenjak kebelakangan ini, bukan main lagi kau melupakan aku. Dasar lupa kawan!”, sindir Tobey.
“Kau tahu sendiri kan, aku ada kepentingan yang lain? Lagipun, siapa yang lupa kawan? Kau sendiri yang menjauhkan diri dari aku! Dasar kawan tidak sedar diri!”, kutuk Ford.
Tobey menjelirkan lidahnya ke arah Ford.
“Kau mahu apa?”, tanya Ford dengan nada yang dingin.
“So, how was your progress?”, tanya Tobey, membuat Ford mengerutkan dahinya.
“What progress?”, tanya Ford.
“Tentang Cora. Apa kau sudah berhasil membuat dia jatuh cinta dan menjadi milik kau?”, tanya Tobey.
“Masih dalam process.”, kata Ford.
Tobey mentertawakan Ford.
“Hahaha! Menakhlukkan satu perempuan saja susah. Tidak padan dengan wajah kau yang handsome.”, ejek Tobey.
Ford mendengus.
“Aku baru mendekati dia, you know?”, kata Ford dengan nada yang terdengar kesal.
“Kau lemah, bro.”, ejek Tobey.
“Kau ada apa-apa cadangan untuk aku?”, tanya Ford.
“Cadangan apa?”, tanya Tobey, curious.
“Cadangan bagaimana aku ingin menanam dan menumbuhkan bibit cinta di hati Cora.”, kata Ford, membuat Tobey ketawa terbahak-bahak.
“Hahaha! Bukannya kau lebih berpengalaman berbanding aku? Menurut aku, tidak susah. Cukup simple. Kau cium saja Cora.”, kata Tobey, membuat mata Ford terbeliak.
“Wait, what? No! No! No! Sebaiknya, aku tidak mahu main cium-cium. Kau gila?”, kata Ford.
“Kenapa? Kau takut kau yang jatuh cinta pada dia?”, tanya Tobey dengan sinis.
“Bukan begitu!”, kata Ford.
“Bro, if you want to gain something, you have to sacrifice.”, kata Tobey.
“Maksud kau, aku harus korbankan bibir aku demi mendapatkan dia?”, tanya Ford.
“Mmm-hmm!”, sahut Tobey sambil menganggukkan kepalanya.
“Kau gila! Nampaknya aku sudah salah tanya orang. Menyesal aku bertanyakan pada kau.”, kutuk Ford, membuat Tobey menggelengkan kepalanya.
“Kau ini lucu. Padahal kau pernah bercinta.”, kata Tobey.
“Sudahlah. Kau tidak membantu sama sekali.”, kata Ford, membuat Tobey tersenyum menahan ketawa.
“Bro, kalau rencana balas dendam kau terhadap Cora sudah selesai, bererti aku bolehlah mendekati dia, kan?”, tanya Tobey.
“Apa maksud kau?”, tanya Ford sambil mengerutkan dahinya.
“Well, you know. I like her, bro. Aku boleh mendekati dia, kan?”, sahut Tobey sambil tersenyum nakal.
Ford mendengus lalu menarik collar kemeja Tobey.
“Don’t you dare! Aku tidak berfikir untuk melepaskan dia dari genggaman aku!”, seru Ford.
Tobey mengerutkan dahinya. Dia menatap mata Ford dengan dalam. Entah kenapa, ucapan Ford terdengar sedikit aneh.
“Okay, fine. Itu urusan kau. Suka hati kau. Tapi satu ingin aku pesan. Kalau kau bermain dengan api, kau akan terbakar nanti.”, kata Tobey lalu mengenyitkan matanya.
Di sisi lain, Tobey mulai tertanya-tanya apa maksud di sebalik ucapan Ford sebentar tadi. Entah kenapa, dia merasakan ada sesuatu yang berbeza dalam diri Ford.
“Apa Ford memang memiliki perasaan sebenarnya pada Cora? Ugh! Sudahlah. Tunggu dan lihat saja. Nanti kau pasti akan tersungkur, Ford!”, kata Tobey di dalam hatinya.
* * *
Cora pulang kerja seperti biasa dengan berjalan kaki. Baru saja dia ingin menikmati harinya tanpa kehadiran Jensen, namun harapannya malah hancur apabila dia didatangi Jensen dalam perjalanannya.
“Hi! Boleh aku temankan kau pulang?”, sapa Jensen sambil berjalan beriringan dengan Cora.
“Nanti boyfriend aku marah. Kau tidak takut?”, ancam Cora.
“Hanya boyfriend. Bukan suami.”, kata Jensen.
“Kau memang tidak ada kerja lain selain mengganggu aku?”, tanya Cora dengan nada yang penuh kesal.
“Ada. Tapi hari ini aku pulang kerja awal. Memandangkan aku sering memiliki masa terluang, aku teringatkan kau tiap saat. Jadi, aku pergilah menjenguk kau.”, kata Jensen.
Mendengar ucapan Jensen, membuat Cora mual.
“Bolehkah kau jangan mengikuti aku?”, pinta Cora.
“Kenapa? Aku tidak akan melakukan apa-apa. Aku hanya ingin temankan kau pulang.”, kata Jensen.
Semakin lama, batas kesabaran Cora semakin nipis. Dia tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk menghindari Jensen. Dia sudah malas ingin berhadapan dengan Jensen.
“Sudahlah. Lupakan semua itu. Jangan hiraukan si Jensen lagi. Lama-kelamaan, dia akan give up juga nanti. I'm sure that he will forget you one day.”
Cora teringat akan ucapan Suzette tempoh hari. Mengingat ucapan tersebut, membuat dia merasa sedikit bersemangat. Dia bertekad untuk tidak menghiraukan Jensen lagi. Dia akan mulai bersikap dingin dengan Jensen.
“Suka hati kaulah!”, kata Cora dengan nada yang dingin.
Jensen mengukirkan senyuman. Dia pun menyusuli Cora yang melangkah semakin laju. Sambil berjalan beriringan dengan Cora, dia tidak berhenti-henti melirik ke arah Cora.
Tiba-tiba, sebuah kereta Renault Mégane Sedan berwarna hitam menepi ke arah mereka, membuat mereka menghentikan langkah.
Melihat kereta tersebut, Cora mengerutkan dahinya kerana dia sangat mengenali kereta tersebut.
“Tuan Ford?”, kata Cora di dalam hatinya.
Ketika melihat cermin kereta itu diturunkan, memang benar ia adalah Ford.
“Hi! Kau baru pulang?”, sapa Ford.
“Mmm-hmm!”, sahut Cora sambil menganggukkan kepalanya.
“Mari sini. Masuk.”, perintah Ford.
Kebetulan ada Ford, Cora pun menggunakan kesempatan itu untuk melarikan diri dari Jensen. Tanpa membuang masa, dia pun bergegas masuk ke dalam kereta Ford.
Setelah Cora masuk ke dalam kereta, Ford langsung memecut laju keretanya pergi dari tempat tersebut.
Di sisi lain, Jensen mengumpat kesal kerana ditinggalkan Cora begitu saja.
“Terima kasih, Tuan Ford.”, ucap Cora ketika Ford sudah membawanya jauh.
“Sama-sama.”, sahut Ford.
“Bagaimana Tuan boleh terserempak dengan aku?”, tanya Cora.
“Hanya kebetulan. Aku baru pulang dari kerja.”, sahut Ford.
Cora mengerutkan dahinya, hairan.
“Kenapa, ya? Kita sering bertemu secara kebetulan.”, tanya Cora.
“Tidak tahu. Mungkin kita jodoh barangkali.”, sahut Ford, membuat Cora langsung tertawa.
“Pftt! Hahaha! Tuan pun pandai bergurau rupanya. Biarpun Tuan sering terlihat serious. Aku tidak sangka. Aku fikir cuma Tuan Tobey yang pandai bergurau.”, kata Cora.
“Aku kata, mungkin.”, kata Ford sambil tersengih.
“Apa-apa pun, terima kasih banyak. Tuan datang di waktu yang tepat. Kalau Tuan tidak ada tadi, mantan kekasih aku pasti sudah mengikuti aku sampai ke rumah. Jenuh aku hendak menghindari dia.”, ucap Cora.
“Dia masih mengganggu kau?”, tanya Ford.
Cora mengangguk.
“Kau mahu aku berpura-pura jadi kekasih mu?”, tanya Ford, membuat Cora terdiam seketika.
“Memangnya, boleh?”, tanya Cora dengan polos.
“Aku tidak ada masalah. Hanya berpura-pura, bukan?”, sahut Ford.
“Tapi aku tidak pandai berlakon jadi pasangan kekasih. Tidak usahlah, Tuan. Rasanya itu keterlaluan. Lagipun aku yakin, suatu hari nanti dia pasti akan melupakan aku.”, kata Cora, sedikit kekok.
“Kenapa? Aku cuma ingin membantu kau. It’s okay. Kalau kau tidak mahu aku berpura-pura menjadi kekasih mu, aku ada cara lain agar kita terlihat seperti pasangan kekasih. Dan situasi ini akan dapat menyelamatkan kau.”, kata Ford.
“Apa?”, tanya Cora, curious.
“Kau harus sering keluar bersama aku.”, sahut Ford.
“Maksud Tuan apa? Kita harus keluar bersama seperti yang dilakukan pasangan kekasih yang lain?”, tanya Cora.
“Tidak. Kau harus ikut pulang bersama aku tiap kali pulang kerja. Aku akan hantarkan kau pulang ke rumah setiap hari. Dan kau harus temankan aku keluar makan tiap kali aku memintanya. Jadi, kita tidak perlu bersusah-payah berlakon menjadi pasangan kekasih.”, kata Ford.
Cora mengangguk faham, “Oh, I see.”
“Dia sering mengikuti kau, bukan? Kalau dia sering melihat kita begini, dia pasti akan berfikir kalau kita memiliki hubungan. Sedikit sebanyak akan membuat dia tidak ingin mengganggu kau lagi.”, kata Ford.
Cora terdiam seketika. Ucapan Ford ada logic-nya.
“Baiklah.”, kata Cora, tanda setuju.
Ford mengukirkan senyuman devil. Dia sebenarnya sedang menyusun rencana untuk memikat Cora. Dia akan menggunakan kesempatan ini untuk mendekati Cora.
Tidak lama kemudian, mereka tiba di kediaman Suzette. Berasa terhutang budi terhadap Ford, Cora pun bercadang ingin mengajak Ford untuk singgah sebentar di rumah Suzette.
“Terima kasih banyak, Tuan.”, ucap Cora.
“Sama-sama.”, sahut Ford lalu mengenyitkan matanya.
“Umm, Tuan tidak mahu singgah sebentar? Aku mahu perkenalkan Tuan dengan sahabat aku. Boleh?”, tanya Cora.
“Sure!”, sahut Ford.
Mereka pun melangkah keluar dari kereta lalu bersama-sama melangkah menuju ke rumah.
“Umm, Tuan duduk di ruang tamu dulu, okay?”, kata Cora setelah mereka masuk ke dalam rumah.
Ford pun menuruti tanpa banyak kata.
Cora kemudian bercadang ingin memanggil Suzette. Namun baru saja dia ingin memanggil, Suzette sudah memunculkan dirinya di ruang tamu.
“Hey, C.C., kau bawa siapa ini?”, tanya Suzette.
Cora tersengih, “Perkenalkan, ini Tuan Ford. Aku bawa Tuan aku ke rumah. Boleh, kan?”
“Oh, boleh.”, kata Suzette.
Ford dan Suzette pun saling berjabat tangan.
“Umm, Tuan berbuallah dulu dengan Suzette. Aku pergi buat coffee sebentar.”, kata Cora lalu melangkah menuju ke ruang dapur.
Beberapa minit kemudian, satu coffee pot dengan tiga cawan terhidang di atas meja ruang tamu.
“Minumlah.”, pelawa Cora setelah menuangkan coffee ke dalam tiga cawan tersebut.
Ford pun menghirup coffee tersebut dengan perlahan-lahan.
“Ternyata, kau pandai buat coffee. Kalau begini, kau boleh jadi isteri aku.”, kata Ford.
“Huh?”, kata Cora sambil tersengih kekok.
Suzette yang mendengarkan hal tersebut langsung tertawa geli hati.
“Hahaha! Tuan pandai bergurau rupanya, ya? Boleh saja kalau Tuan ambil Cora jadi isteri Tuan. Dia memang pandai buat coffee.”, kata Suzette, membuat Cora langsung menggelengkan kepalanya.
“Eh, tidak! Kalau Tuan mahu tahu, Suzette lebih pandai. Dan coffee yang dia buat lebih sedap berbanding aku.”, nafi Cora.
“Tuan mahu tahu, Cora ini kalau tidak minum coffee dalam satu hari, memang tidak sah. Dia rasa harinya tidak akan lengkap kalau tidak minum coffee.”, tambah Suzette.
“Hey! Suzette!”, seru Cora.
“Oh, yeah? Kalau begitu, memang sesuai jadi isteri aku.”, kata Ford.
“Tuan bergurau, kan?”, tanya Cora sambil tersengih kekok.
Ford mengenyitkan matanya ke arah Cora lalu mereka bertiga pun melanjutkan perbualan mereka sambil menghirup coffee.
Di sisi lain, Cora dengan wajahnya yang merah cuba menahan malu akibat kenyitan mata Ford.